1.0 Apakah Itu ChromeLab
1.0 Apakah Itu ChromeLab
Modul Latihan
1.0 Apakah itu ChromeLab Mudah Alih?
Chromebook Cart yang berukuran kira-kira 2 kaki (lebar) dan 4 kaki (panjang) ialah troli berkeluli yang boleh menyimpan dan mengecas Chromebook, Super Zoom, Access Point dan Content Delivery Appliance secara selamat. Chromebook Cart ini boleh disambungkan dengan soket berkuasa standard 13 Amp yang akan memberi kuasa kepada semua peranti dalam makmal termasuklah untuk pengecasan Chromebook. Chromebook Cart ini direka khas bagi memudahkan ia dialihkan dari bilik ke bilik. Bagaimanapun, disebabkan oleh saiz dan beratnya, rekaannya bukanlah untuk pemindahan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Kotak mudah alih dibekalkan bagi memudahkan anda untuk mengangkut Content Delivery Appliance, Access Point dan Super Zoom, apabila anda ingin berbuat demikian.
1.0.2 Chromebook
Setiap ChromeLab dilengkapi dengan 41 buah Chromebook. Chromebook ialah peranti pengkomputeran jenis baru yang membuatkan pembelajaran dengan teknologi menjadi lebih mudah, lebih pantas serta ringkas! Ia dioperasikan oleh Chrome Operating System (Chrome OS), iaitu sistem berasaskan pelayar Chrome yang mempunyai lapisan keselamatan berbilang dan ruang simpanan awan yang sedia terbina. Peranti ini akan memudahkan guru dan pelajar untuk mengakses sumber-sumber pendidikan global yang luas dan berkolaborasi, selain memiliki kelebihan-kelebihan berikut:
Super Zoom adalah peranti Yes 4G. Mematuhi IEEE 802.16e WiMAX standard dan 802.11b/g/n Wi-Fi yang mengintegrasikan WiMAX, WiFi dan perkhidmatan VoIP. Yes 4G Super Zoom menyediakan makmal dengan sambungan Internet 4G berkelajuan tinggi. Tidak seperti Zoom yang lain, Super Zoom tidak menghantar isyarat Wi-Fi secara terus kepada Chromebook. Sebaliknya, ia bertindak sebagai get laluan internet yang menyediakan sambungan internet apabila diperlukan oleh AP/CDA. Di dalam ChromeLab, ia adalah Access Point yang menghantar isyarat Wi-Fi kepada Chromebook, bukan kepada Super Zoom.
EAP600 adalah wireless-11n 600Mbps (300Mbps + 300Mbps) Dual Band berkuasa tinggi yang selaras dengan Access Point. Ia membolehkan operasi serentak 2.4GHz dan rangkaian tanpa wayar 5GHz. Peranti ini digunakan untuk menyediakan akses internet tanpa wayar kepada peranti di dalam ChromeLab. Ia juga menyokong sambungan serentak sehingga 42 sambungan bagi setiap ChromeLab.
Kabel HDMI dan VGA ialah penukar isyarat yang digunakan untuk menyambungkan Chromebook ke projektor. Ia direka untuk menukarkan isyarat pengeluaran (output) digital dariChromebook ke isyarat penerimaan (input) analog untuk projector.