Anda di halaman 1dari 9

Asas Kejurulatihan

Ciri-ciri jurulatih 1) Kecerdasan sukan/ Sport intelligence

Ciri jurulatih ini ialah, bersifat ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka. Selain itu, jurulatih juga dapat menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat. Jurulatih yang pandai telah melalui pelbagai pengalaman yang akan

digunakan sebagai peluang mempelajari lebih tentang atlet dan sukan. 2) Dorongan / drive

Ciri-ciri jurulatih ini ialah, berorientasikan matlamat pencapaian. Cara jurulatih ini ialah, tidak akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi akan membuatkan ia berkesan. Jurulatih juga tidak mudah berputus asa untuk meneruskan usaha walaupun pelbagai rintangan dihadapi. 3) Penyabar

Jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk melatih atlet sehingga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan. Peningkatan prestasi atlet dicapai dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten. Jurulatih perlu menetapkan standard pencapaian yang realistik supaya tidak mudah putus asa apabila tidak mencapai sesuatu matlamat. 4) Komitmen emosional perlu mempunyai komitmen sosial dengan atlet agar sebarang

Jurulatih

masalah timbul, dapat diatasi dengan pembincangan bersama. Hal ini akan menggalakkan respon positif daripada atlet. 5) Berpengetahuan

Jurulatih perlu menguasai peraturan-peraturan dalam sesuatu permainan, mahupun peraturan keselamatan. Selain itu, jurulatih perlu menguasai teknik dan taktik , pengetahuan berkenaan isu sukan supaya prestasi atlet dapat meningkat.

6)

Yakin

Seorang jurulatih yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan dihormati oleh atlet. Hal ini memudahkan jurulatih untuk member arahan .

Peranan Jurulatih

Pengatur strategi Membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk mempastikan pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi.

Pengurus Melibatkan kerja merancang,melaksana,mengurus dan mengawas kegiatan latihan.

Pereka bentuk Mereka bentuk program,pembentukan objektif,menyusun kandungan

kursus,merangka strategi,penyempaian dan merancang penilaian.

Rakan Memberi ruang kepada atlit untuk meluahkan perasaan dan masalah dan masa untuk meneratkan hubungan antara jurulatuh dan atlit

Pendidik Jurulatih berperanan memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan kepada atlet. Selain itu jurulatih juga bertanggungjawab dalam mengarahkan atlit untuk melakukan sesuatu selain membantu menyelesaikan masalah yang melanda atlit.

Pelatih Jurulatih berperanan melatih atlet mencapai tahap prestasi terunggul. Jurulatih juga berperanan meningkatkan kecergasan atlet.

Perangsang/ Motivator

Jurulatih juga perlu menjadi sumber semanagat kepada atlet supaya atlet menghasilkan prestasi terbaik

Penubuh tabung Jurulatih perlu mengorganisasikan sesebuah pasukan dengan cara penubuhan tabung, contohnya tabung kebajikan atlit yang ditimpa bencana.

Undang-undang dan peraturan Sebelum mengendalikan kejohanan jawatan kuasa teknikal dan induk perlu menyediakan satu set peraturan am kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya. Walaupun peraturan am adalah hak mutlak penganjur namun sebagai penganjur yang beretika kita perlu memastikan peraturan am yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sebaliknya peraturan am yang kita rangka dan bina bertujuan mengawal perjalanan kejohanan.Peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undang permainan. Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang teknikal yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia. Sebagai contohnya dalam menganjurkan kejohanan olahraga undang bagi setiap acara perlulah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Contoh Peraturan Am Berikut adalah contoh peraturan am yang di ambil dari peraturan Majlis sekolah-sekolah Malaysia: 1.0 Peraturan Am 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 1.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia. 1.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). 2.0 Tarikh Pertandingan 09 Sept hingga 12 Sept, 2006 3.0 Tempat Pertandingan Kompleks Sukan Bandar Batu Pahat, Johor. 4.0 Penyertaan 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah dalam daerah Batu Pahat Johor yang berdaftar dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Batu Pahat. 4.2 Pegawai Satu (1) orang Pengurus Dua (2) orang Jurulatih Lelaki Dua (2) Jurulatih Wanita 4.3 Peserta 4.3.1 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk menyertai tiga (3) acara perseorangan dan dua (2) acara berpasukan. 4.3.2 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk satu kategori sahaja. 5.0 Kelayakan Peserta

5.1 Peserta hendaklah terdiri daripada pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolahsekolah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat. 5.2 Pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM/STPM tidak layak menyertai pertandingan ini. 5.3 Mereka yang berdaftar di sekolah swasta selepas mendapat keputusan SPM/STPM layak menyertai pertandingan ini dengan syarat mempunyai kedatangan tidak kurang daripada 75% kehadiran (kiraan bermula sebulan selepas pengumuman keputusan peperiksaan). 5.4 Peserta di bahagikan kepada enam kategori seperti Jadual 8.10:

Kategori dan Syarat-syaratnya Kategori Syarat

Lelaki 12 tahun ke bawah

Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006

Perempuan 12 tahun ke bawah

Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006

Lelaki 15 tahun ke bawah

Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006

Perempuan 15 tahun ke bawah

Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006

Lelaki 20 tahun ke bawah

Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006

Perempuan 20 tahun ke bawah

Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad Pengenalan diri, dan tiga (3) keping gambar berukuran Pasport Antarabangsa bagi setiap peserta bersama Borang Pendaftaran peserta. Semua peserta yang menggunakan dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau 1/11 mestilah disahkan oleh Pengerusi pertandingan. 5.4 Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran/ semasa taklimat Pengurus Pasukan akan dikenakan Yuran Pendaftaran RM 20.00 seorang. Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua Yuran Pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan. 5.5 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 20.11.

9.3 Kaedah dan ansur maju latihan Contoh: Lari pecut Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut,latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan: a) latihan mendorong berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan berlari mengutip pundi kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan larian baying-bayang secara berpasangan, seoarang mengejar danseoarang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh lari berganti-ganti ulang-alik larian 2o meter berkumpulan

b) larian teknik pecut berlari dengan melangkah panjang berjalan dengan lutut tinggi, berlari dalam kumpulan dan lutut tinggi. berjalan dengan lutut tinggi, berlari dengan bahagian bawah kakidiuruskan berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bawah kaki diluruskan

berlari menyepak kebelakang berlari dengan lutut tinggi dan memecut latihan pergerakan tangan ,berkumpulan berlatih menggerakkan tangan90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

c) latihan kekuatan kai dan latiahn pecutan melonjak untuk jarak melangkah panjang melonjak dan melepasi halangan melompat, memusing, mendekam dan memecut berpasangan: berlari dengan halangan oleh tarikan rakan

9.4 Program latihan Latihan Kecergasan 1. Maksud: Kemampuan dan kelebihan individu dalam melakukan aktivit tanpa rasa letih dan mempunyai tenaga yang mencukupi. Keadaan bagi melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif dalam sukan olahraga serta tingkatkan senaman yang sesuai.

2. Komponen Kecergasan: Ketahanan system jantung Konposisi badan Kekuatan otot Ketahanan otot Kepantasan dan kecekapan

Fleksibliti Ketangkasan Keseimbangan Kelajuan Koordinasi

3. Jenis Senaman Senamrobik - bagi membentuk system jantung dengan lancar untuk seseorang Senaman Reagangan meningkatkan fleksibiliti dan boleh dilakukan dengan melakukan yoga

Latihan Kardiovaskular 1. Maksud Kecekapan jantung, salur darah dan system pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot-otot dalam badn seseorang secara berterusan untuk jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti serta meningkatkan stamina ketika menyalurkan darah.

2. Contoh Aktiviti Merentasa desa Senamrobik Lari 2.4km Latihan litar

3. Objektif Meningkatkan kesihatan jantung Meningkatkan metabolism Mengekalkan kesihatan

4. Contoh Ujian Kecergasan Run for life 2.4km Sit up Shuttle run Standing broad jam Sit and reach

Ujian latihan ini terutamanya diadakan untuk memastikan seseorang individu itu mempunyai kecergasan di tahap yang baik. Malah, dari sini juga kita dapat melihat kelembutan dan ketangkasan individu tersebut ketika melakukan ujian. Ujian ini dilakukan di atas criteria yang telah ditetapkan seperti : Catatan masa Cara melakukan Posisi badan yang betul