Anda di halaman 1dari 6

Pengumuman ketibaan tetamu kehormat Cikgu Patrick & Ida

Mengumumnkan ketibaan masuk Yang Berusaha Tuan Haji Rambli bin Zainuddin, Pengetua SMK Serian serta ketamu kehormat masuk ke dewan. Hadirin dipersilan duduk. Kata-kata sapaan Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Yang Berusaha Tuan Haji Rambli B Zainuddin, Pengetua SMK Serian dan Isteri, Yang dihormati En. Sebli anak Silon, Yang Dipertua PIBG SMK Serian, Yang dihormati En. Joefaizal B Abdullah Presiden ESSSA, Yang dihormati En. Ensnat Haji Sauari, Penolong Kanan 1 SMK Serian, Yang dihormati Tuan Haji Noorazman B Baharin, Penyelia Petang SMK Serian, Yang dihormati barisan guru kanan, rakan-rakan guru dan para hadirin yang dihormati sekalian Selamat datang diucapkan kepada para tetamu ke Malam Apresiasi SMK Serian 2013. Untuk makluman hadirin sekalian, Malam Apresiasi SMK Serian 2013 merupakan majlis makan malam tahunan yang diadakan bagi meraikan dan menghargai kecemerlangan, jasa, dan pengorbanan guru-guru bukan sahaja dalam bidang kurikulum malah dalam bidang kokurikulum. Semoga kejayaan yang diperoleh dan cabaran yang dilalui akan terus menjadi pembakar semangat buat para pendidik dalam melahirkan modal insan yang bertaraf global. Bacaan doa Buluh diasah jalinan disemat, Gubahan diolah bawa berangkat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bagi memohon keberkatan Ilahi, majlis mempersilakan Ustaz Kusairi Jawawi untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Kusairi Jawawi atas pimpinan doa sebentar tadi. Ucapan tuan pengetua Besar langsat di tepi busut, Besar tak muat dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar lagi niat di hati. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Rambli B Zainuddin, Pengetua SMK Serian untuk memberikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Rambli B Zainuddin, Pengetua SMK Serian atas ucapan beliau sebentar tadi. Semoga amanat pengetua dapat dijadikan iktibar untuk kita menghadapi cabaran dunia pendidikan. Majlis diserahkan kepada Unit Hiburan Pergi memugal di tengah bendang, Penat berehat di pohon cemara, Santapan malam telah dihidang, Jemputlah tuan menjamu selera. Dengan segala hormatnya dijemput Yang Berbahagia Tuan Haji Rambli B Zainuddin, Pengetua SMK Serian, tetamu jemputan dan hadirin sekalian untuk menjamu selera. Sambil kita menjamu selera, menikmati rasa, moleklah kiranya jika kita tampilkan persembahan selingan sebagai iringan

Hidangan pertama Hidangan kedua - Karaoke (Cikgu Jonny) Pemotongan kek - Kak Emi & Sabri

Hidangan ketiga - Cikgu Jonny Cabutan bertuah pertama(15 hamper) - Cikgu Patrick & Ida Majlis akan diteruskan lagi dengan cabutan bertuah. Dijemput En. Ensnat Haji Sauari, Penolong Kanan 1 SMK Serian untuk membuat cabutan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan. Pemenang pertama bernombor. (sehingga ke-8) Terima kasih diucapkan kepada En. Ensnat Haji Sauari di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Majlis menjemput pula Tuan Haji Noorazman B Baharin, Penyelia Petang SMK Serian bagi menyambung acara cabutan bertuah ini. Majlis mempersilakan. Nombor yang bertuah adalah (sehingga ke-7) Terima kasih diucapkan kepada Tn. Haji Noorazman B Baharin di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Tahniah juga diucapkan buat hadirin yang bertuah. Hidangan keempat - Cikgu Jonny Penyampaian Apresiasi Ko kurikulum Penyampaian Anugerah Ko kurikulum - Kak Emi & Sabri

Cabutan bertuah kedua(15 hamper) - Cikgu Patrick & Ida Majlis diteruskan lagi dengan cabutan bertuah pusingan kedua. Oleh itu dijemput, En. Joefaizal B Abdullah, Pengerusi ESSSA untuk membuat lima cabutan nombor betuah dan seterusnya menyampaikan hadiah buat pemenang. Nombor yang bertuah adalah (sehingga lima) Terima kasih diucapkan kepada En. Joefaizal B Abdullah kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang. Dijemput pula En. Sebli anak Silon, YDP PIBG SMK Serian untuk membuat cabutan yang seterusnya. Dipersilakan Nombor yang bertuah adalah.. (sehingga lima) Terima kasih diucapkan kepada En. Sebli anak Silon, YDP PIBG SMK Serian. Untuk cabutan terakhir bagi pusingan kedua ini, dijemput pula En. Wan Sulaiman Wan Elias, Ketua Bidang Kemanusiaan untuk membuat cabutan. Dipersilakan. Nombor yang bertuah adalah (sehingga lima) Terima kasih diucapkan kepada En. Wan Sulaiman Wan Elias, Ketua Bidang Kemanusiaan Hidangan kelima Hidangan keenam - Cikgu Jonny Cabutan bertuah ketiga (8 hamper) - Kak Emi & Sabri

Penyampaian hamper - Cikgu Patrick & Ida Majlis pada mala mini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada: 1) Pakaian Hindustan 2) Meja ceria berdasarkan suasana meja 3) P.Ramlee & Saloma of the night penyanyi terbaik Majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Hajah Maimon untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang . Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Bagi pakaian Hindustan, pemenangnya adalah. Seterusnya pula bagi meja ceria, pemenangnya adalah. Dan, P.Ramlee & Saloma of The Night jatuh kepada. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Maimon di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Hidangan ketujuh & kelapan - Cikgu Jonny Penyampaian anugerah khas pengetua - Semua MC - 15 kategori Hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah khas pengetua. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Rambli B Zainuddin, Pengetua SMK Serian untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. Bagi anugerah khas pengetua, penerima pertama ialah Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Rambli B Zainuddin Pengetua SMK Serian atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Penutup Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Dari Kedah ke Pekan Sari, Beli suasa di Kota Tinggi, Selesai sudah tugas diberi, Di lain kali bersua lagi. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Rambli B Zainuddin dan tetamu jemputan di atas kesudian meluangkan masa bersama sama guru guru pada malam yang amat bermakna ini. Mengumumkan perarakan keluar Yang Berbahagia Tuan Haji Rambli B Zainuddin, Pengetua SMK Serian serta tetamu kehormat keluar dewan.

Anda mungkin juga menyukai