Anda di halaman 1dari 2

PIAGAM PELANGGAN PPKIBP Kami guru-guru Pendidikan Khas dan warga SK Tambun dengan tekad dan ikhlas akan

menumpukan seluruh masa, tenagan dan fikiran kami untuk : Menyediakan iklim yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Mengamalkan sikap adil, ikhlas, penyayang, sabar, dedikasi, hormat-menghormati, peka, prihatin, belas kasihan, amanah dan penuh tanggungjawab. Memastikan setiap murid mendapat perhatian dan tumpuan yang penuh dan sewajarnya Mewujudkan suasana yang ceria, riang, kasih sayang dan mesra semasa berada di sekolah. Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran yang sepatutnya selama beberapa tahun di sekolah Menerapkan nilai-nilai murni melalui kepelbagaian proses pengajaran dan pembelajaran. Memastikan semua guru dan warga sekolah sentiasa peka dan responsif kepada pelanggan Sentiasa menuju ke arah memartabatkan profesion keguruan

VISI PROGRAM PPKIBP SKTI Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, patuh kepada perintah agama, berjaya dalam hidup dan boleh memberi sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara

MISI PROGRAM PPKIBP SKTI 1) Melahirkan murid yang boleh mengurus diri sendiri meliputi kebersihan diri, kebersihan pakaian, rumahtangga dan makanan 2) Melahirkan murid yang boleh berdikari dalam menjalankan kerja-kerja sekolah, kerja-kerja harian di rumah dan seterusnya boleh membuat keputusan sendiri serta menyara kehidupan sendiri 3) Melahirkan insan yang faham dan boleh mengamalkan perintah-perintah agama dan meninggalkan larangan-larangan yang ditentukan 4) Melahirkan insan yang berdikari dan puas hati dengan apa yang disumbangkan melalui kerjaya dan kreativiti 5) Melahirkan warga yang teguh jati diri dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi

Anda mungkin juga menyukai