Anda di halaman 1dari 1

Definisi Pengurusan Masa

Pengurusan masa adalah kemampuan untuk meancang dan mengawal penggunaan masa kita dalam sehari dengan cara yang efektif untuk mencapai matlamat kita.Penggunaan masa yang efektif merujuk kepada bagaimana kita merancang masa itu dengan lebih berkesan dan mendatangkan keuntungan kepada kita.Sebagai seorang pelajar,matlamat kita untuk belajar dan berjuang adalah menjurus kepada matlamat sebenar kita untuk bejaya dalam bidang pendidikan kerana pada pandang kita pendidikan sahaja yang boleh mengubah taraf hidup kita menjadi lebih baik dai yang sebelumnya.Untuk itu,Pelbagai caa dan pelbagai kaedah harus disusun dan dirancang dengan begitu rapi untuk membawa kita kepada matlamat tersebut. Pengurusan masa ini semestinya mempunyai agenda yang tesendiri dalam mencapai kemajuan diri pada masa akan datang.

Penguusan masa yang tidak baik selalunya akan menyebabkan adanya penangguhan dalam membuat aktiviti yang dirancang.Pengurusan yang tidak baik ini boleh kita kaitkan dengan disiplin yang rendah.Disiplin yang rendah biasanya akan menggangu kita untuk mematuhi jadual harian yang telah kita buat.Sebagai contoh,Jadual haian yang kita hasilkan lebih memfokuskan kepada aktiviti pengetahuan dan riadah,tetapi tahap disiplin yang rendah ini akan mendorong kepada kita untuk melakukan perkara lain selain daripada aktiviti yang tersenarai dalam jadual harian kita.Contohnya,melepak bersama kawan-kawan.