Anda di halaman 1dari 21

Tutorial : Bincangkan kepentingan setiap tahap kaunseling.

Disediakan oleh: Ea Jun Sen Nor Haslam b. Mohd Nor Muhammad Nizamudin Hilmi b. Hamsan Nur Farihah binti Seman Nurfatin binti Idrus

Tahap Kaunseling
Proses kaunseling secara amnya merangkumi 3 peringkat yang utama iaitu peringkat perancangan, sesi kaunseling dan tindakan. Guru bimbingan harus menguasai kemahiran asas menyediakan prosedur kaunseling dan segala persediaan lain yang diperlukan. Dalam sesi kaunseling, terdapat 7 tahap yang harus dikuasai oleh seorang kaunselor.

5 tahap tersebut ialah: i. Menyediakan pra sesi ii. Membina hubungan iii. Meneroka/menganalisis masalah iv. Mengenalpasti masalah v. Mencari alternatif vi. Mengambil tindakan vii. Menamatkan sesi

Kepentingan setiap tahap kaunseling

1) Menyediakan pra sesi


Tahap ini merupakan tahap yang paling awal dilakukan dalam proses kaunseling. Kaunselor harus mengambil langkah-langkah yang dapat membantu klien menceritakan masalahnya.

Kepentingan
i. Mengenal pasti bahawa klien benar-benar memerlukan bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor.

ii. Mendapatkan maklumat mengenai diri dan latar


belakang kehidupan klien.

iii. Merancang aktiviti pada sesi kaunseling yang


seterusnya.

2) Membina hubungan
Peringkat yang memulakan temu bual dengan murid yang berkenaan atau klien. Guru bimbingan harus menguasai kemahiran membina perasaan kepercayaan murid terhadapnya. Menggalakkan murid agar rela meluahkan aduan atau masalah yang dihadapinya.

Kepentingan
i. Mewujudkan keadaan dan suasana yang selesa kepada murid atau klien untuk menceritakan masalah yang dihadapi. ii. Memperoleh kepercayaan murid terhadap kaunselor untuk menceritakan masalahnya. iii. Dapat meredakan perasaan atau kelakukan murid yang negatif seterusnya mencungkil permasalahan murid.

3) Meneroka/menganalisis masalah
Dikenali juga sebagai peringkat penjelasan. Kaunselor berusaha mendapatkan gambaran yang jelas tentang masalah yang dihadapi oleh murid. Kaunselor hendaklah menguasai kemahiran menyediakan soalan-soalan terbuka yang boleh mendorongkan murid meluahkan perasaannya.

Kepentingan
i. Memberikan masa kepada murid untuk memikirkan soalan yang ditanya oleh kaunselor dan menjawabnya pada masa yang dirasakan sesuai. ii. Mendapat gambaran jelas masalah yang dihadapi oleh murid. iii. Dapat mencungkil maklumat dan memahami perasaan murid.

4) Mengenal pasti punca masalah


Pada waktu ini, kaunselor harus membimbing murid supaya bersama-sama mengenal pasti punca masalah. Kaunselor harus gunakan soalan-soalan terancang dengan mengubah masalah yang dikenal pasti dalam sesi penjelasan dahulu kepada masalah spesifik dari pelbagai sudut.

Contohnya, masalah umum murid ialah selalu ponteng kelas. Kaunselor boleh tanya sebabnya dan terus membimbingnya dengan siri soalan terancang sehingga mengenal pasti punca masalah yang sebenar.

Kepentingan
i. Dapat mengenal pasti punca sebenar permasalahan yang berlaku terhadap diri murid. ii. Memberikan maklumat yang lebih terpeinci kepada kaunselor mengenai diri murid. iii. Membantu murid atau klien memahami diri sendiri dengan lebih mendalam apabila mengetahui punca masalah yang berlaku.

5) Mencari alternatif
Bertujuan membantu murid mencari alternatif untuk menyelesaikan masalahnya. Kaunselor dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir untuk mencetuskan atau menjanakan idea dan menggunakan teknik penyelesaian masalah untuk mencari pelbagai alternatif.

Kaunselor harus menguasai kemahiran membanding, menganalisis, menilai, mengusul dan membuat keputusan. Penerimaan murid untuk menerima cadangan kaunselor bergantung pada kecekapan kaunselor menggunakan prinsip-prinsip psikologi individu.

Kepentingan
i. Kaunselor dapat membimbing murid memikirkan penyelesaian yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. ii. Mewujudkan empati dimana murid dapat mengetahui bahawa kaunselor dapat memahami dan menyelami perasaannya. iii. Memperolehi beberapa alternatif atau cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dapat diusulkan kepada murid.

6) Mengambil tindakan
Pada tahap ini, kaunselor telah menyediakan dan memaklumkan kepada klien mengenai cadangan atau penyelesaian yang boleh dilakukan. Kaunselor hanya memberikan cadangan tetapi klien harus membuat keputusan dan menyelesaikan masalahnya sendiri.

Kepentingan
i. Membantu klien mengatasi masalah yang dihadapi. ii. Menyediakan jalan atau cara yang sistematik dan berstruktur untuk menyelesaikan masalah klien. iii. Klien dapat membuat keputusan yang wajar dalam menyelesaikan masalahnya.

7) Menamatkan sesi
Peringkat akhir dalam sesi kaunseling. Murid diminta menentu dan memilih alternatif yang dianggap sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunselor hendaklah menggunakan teknik peneguhan supaya dapat meyakinkan murid melaksanakan alternatif yang dipilih.

Kepentingan
i. Kaunselor dapat memastikan dan meyakinkan murid mengenai pilihan alternatif yang telah dipilih. ii. Masalah murid dapat diselesaikan dengan bimbingan daripada kaunselor. iii. Murid membuat rumusan mengenai masalah yang dihadapi seterusnya dapat mengelakkan masalah yang sama daripada berlaku.

SEKIAN