Anda di halaman 1dari 1

Buat rujukan perpustakaanuntukmengumpul maklumat tentang perkembangan fizikal kanak-kanak berumur 6 hingga 14 tahun.

Sediakan lakaran grafik tentang rujukan yang telah anda lakukan.

MINGGU 7

6 - 12 Tahun

Perkembangan fizikal kanakkanak dari umur 6-14 tahun

12 - 14 Tahun

Peringkat ini bercorak penambahbaikan kemahirankemahiran psikomotor yang sedia ada. Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak mula bertambah. Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus. kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti yang diberi. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik, menjahit, mengait dan lain-lain.

Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian , saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum akil baligh. Bentuk badan remaja perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau pecah suara dan tubuh badanya bertambah tegap, bulu ketiak dan misai mula kelihatan. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan.

Anda mungkin juga menyukai