Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI GOH CHEE YUIN (920201-07-5052)

Bina Insan Guru (BIG) adalah komponen wajib diikuti oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Ianya merupakan satu saluran ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru pelatih PISMP untuk melatih diri mereka supaya sentiasa bersedia melakukan perkhidmatan di sekolah. Tambahan pula, guru-guru pelatih dapat

memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi sepanjang berlangsungnya program ini dan dapat menerapkan seberapa banyak ilmu yang bersesuaian dan menyalurkan ilmu tersebut kepada para pelajar di sekolah pada masa hadapan. Semester ini, BIG terbahagi kepada dua komponen, iaitu lawatan ke sekolah dan bengkel. Oleh sebab bilangan guru pelatih semester 5 terlalu ramai, maka program kita dibahagikan kepada 3 kumpulan, dimana guru-guru pelatih akan melawat ke 3 buah sekolah yang berbeza mengikut kumpulan yang telah dibahagi. Unit kami merupakan kumpulan yang ketiga dan melawat ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam pada 4 Mac 2014. Oleh sebab perjalanan dari Kuala Lipis ke Shah Alam akan mengambil masa yang lebih panjang berbanding dengan kumpulan lain, maka kami membuat keputusan untuk bertolak lebih awal dari kampus. Pada pukul 4.15 pagi, semua guru pelatih diminta berkumpul di Dataran Bestari dan bas akan bertolak pada pukul 4.30 pagi. Namun bas kami bertolak pada pukul 5.00 pagi disebabkan kelewatan bas dan sesetengah guru pelatih. Dalam jangkaan AJK, kami akan tiba di SK Seksyen 9 Shah Alam pada pukul 8.30 pagi, tetapi disebabkan hujan lebat dan sesak jalan, maka kami tiba di SK Seksyen Shah Alam pada pukul 10.30 pagi. Dengan ini, kami telah mendapat pengalaman dan pengajaran bahawa kami harus sentiasa menepati masa dan
1

merancang dengan lebih sempurna terutamanya perjalanan ke sesuatu tempat untuk menjimatkan masa untuk mencari jalan ke destinasi. Ketika kita tiba di sekolah, Penolong Guru Besar menyambut kami dengan hati yang gembira. Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam telah dianugerah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sejak tahun 2011. Semasa kami berjalan dan masuk ke kawasan sekolah, satu faktor yang menarik perhatian mengenai sekolah ini adalah dari segi reka bentuk bangunan sekolah ini yang dibina khas secara berkongsi kawasan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, reka bentuknya berlainan berbanding dengan sekolah-sekolah lain. Reka bentuk bangunannya besar tersergam dan mempunyai empat aras dengan infrastruktur yang lengkap dan menarik. Sekolah ini terkenal dengan nama sekolah dalam pusat sumber. Kami dapat jumpa banyak buku yang terletak di sekeliling kawasan sekolah. Berdasarkan penerangan penolong guru besar, murid-murid dapat membaca buku di mana-mana pada bila-bila masa. Sekolah juga mempunyai budaya yang perlu dipujikan iaitu murid-murid sangat menghayati buku-buku, mereka tidak akan merosakkan buku atau mencuri buku. Sebaliknya, mereka akan memulangkan buku-buku selepas dibaca. Kemudahan-kumudahan di SK Seksyen 9 juga sangat lengkap. Misalnya, terdapat mesin untuk memproseskan bahan kitar semula, pusat sumber, bilik alat pandang dengar, pusat akses sekolah, makmal komputer dan sebagainya. Di sekeliling sekolah juga terdapat perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang dapat menggalakkan murid. Sekolah ini juga terdapat banyak mural yang cantik. Jadi, murid-murid akan mudah dipengaruhi dengan suasana

pembelajaran yang indah dan cantik lalu meningkatkan semangat mereka untuk belajar. Dengan ini, saya telah mendapati bahawa suasana pembelajaran adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruh semangat murid-murid untuk belajar. Oleh itu, saya harus meningkatkan kemahiran saya dalam menyediakan

suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid pada masa yang akan datang. SK Seksyen 9 Shah Alam telah menjalankan banyak program. Salah satu program yang amat berjaya adalah Program Kitar Semula. Dengan pelaksanaan Program Kitar Semula, pihak sekolah banyak menggalakkan murid untuk membuat aktiviti kitar semula. Misalnya, terdapatlah satu mesin yang dapat memproseskan bahan kitar semula murid. Murid akan mendapat markah sekiranya mereka meletakkan bahan kitar semula dalam mesin tersebut. Markah itu akan dikumpulkan dalam satu kad, dan ia dapat digunakan untuk menukar barang-barang seperti air Vitagen dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga bilik kitar semula yang penuh dengan hasilan murid yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Guru sekolah akan mengajar murid cara menghasilkan barang baru dengan menggunakan bahan kitar semula. Misalnya, kertas kitar semula, bunga yang diperbuat daripada plastik dan lain-lain. Selepas menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak sekolah, satu perjumpaan dengan pihak sekolah telah diadakan di dewan. Pihak sekolah telah memperkenalkan SK Seksyen 9 Shah Alam dan menerangkan segala yang berkaitan dengan sekolah. Misalnya, sejarah sekolah, usaha sekolah dalam mendapat anugerah SBT serta cara untuk mempertahankan anugerah ini, visi dan misi sekolah dan segala program atau aktiviti yang dijalankan di sekolah. Selepas penerangan yang diberi oleh penolong guru besar, saya mendapati bahawa usaha pihak sekolah, guru dan murid untuk mengekalkan prestasi murid serta anugerah SBT adalah sangat sukar. Pihak sekolah harus bijak menguruskan supaya guru dan murid tidak mudah berasa tertekan untuk mengejar prestasi yang baik. Saya dapat mendapat gambaran jika saya bekerja di sebuah sekolah berprestasi tinggi serta segala usaha yang harus dilaksanakan. Selepas perjumpaan dengan pihak sekolah, kami telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kerja untuk menjalankan tugas yang diberi oleh
3

pihak sekolah. Saya ditugaskan untuk mengemaskan pusat sumber. Saya dan ahli kumpulan telah menyusun buku, membersihkan pusat sumber serta membantu guru untuk mengumpulkan maklumat yang berguna dari surat khabar lalu menyimpan maklumat tersebut dalam fail-fail mengikut kategori. Misalnya akhbar yang berkaitan dengan sukan, sains dan teknologi, pendidikan, kesihatan dan agama. Cara mengumpulkan maklumat dari surat khabar ini dapat membantu murid untuk mendapat maklumat dengan lebih cepat. Selepas lawatan serta melaksanakan tugas di SK Seksyen 9 Shah Alam, saya telah mendapatkan satu gambaran iaitu situasi yang benar di sebuah sekolah. Melalui BIG fasa 5 ini, hubungan antara pelbagai kaum telah berjaya dieratkan kerana setiap kumpulan terdapat ahli-ahli yang berbeza kaum. Sepanjang melaksanakan yang diberi oleh pihak sekolah, kami telah banyak berkomunikasi dan bekerjasama. Daripada pergaulan dengan guru-guru pelatih yang berasal dari kumpulan lain sepanjang program ini, kami berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Walaupun masa pergaulan kami hanya beberapa jam, namun kami berharap agar kami dapat bersama dengan mereka lagi dalam aktiviti atau program yang akan diadakan pada masa yang akan datang. Pada hari 18 Mac 2014, bengkel yang bertemakan Surat Perkeliling Iktisas telah diadakan di Dewan Darul Makmur pada pukul 8.30 pagi. Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Fauzi bin Hassan, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Beliau dipilih menjadi penceramah kerana kobolehan dan pengetahuan beliau dalam tajuk ini. Ceramah yang disampaikan telah mengambil masa lebih kurang 2 jam. Penerangan beliau yang amat jelas itu dapat dijadikan panduan kepada para guru pelatih untuk menjalankan tugas sebagai guru di sekolah. Misalnya arahan am kepada guru, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, peraturan khusus dari segi pakaian guru, acara atau majlis rasmi sekolah, perhimpuanan rasmi, waktu bertugas dan sebagainya.

Pada sesi kedua, ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulfakhri Bin Idris yang bertema Peranan Pejabat Pendidikan Dalam Pengurusan Pendidikan Beliau telah telah menerangkan sejarah penubuhan PPD, Ketua Jabatan KPM, JPN, PPD dan sekolah, logo PPD, struktur PPD, peranan unit akademik dan sebagainya. Bengkel yang disampaikan oleh kedua-dua pensyarah telah memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai betapa pentingnya pengetahuan guru mengenai surat perkeliling ikhtisas. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan buku panduan dan surat pekeliling ikhtisas untuk memperingatkan guru tentang pengetahuan dan peraturan yang jelas. Kecuaian guru semasa di sekolah boleh menjadi masalah besar seperti murid tercedera. Terdapat beberapa kes yang pernah timbul melibatkan guru dan menjadi kes mahkamah. Pengetahuan mengenai perundangan ini membantu guru mempertahankan diri sekiranya guru benar-benar tidak bersalah. Perkara-perkara yang dinyatakan dalam surat perkeliling ini dapat menjadi panduan kepada guru mengenai apa tugas guru dan apa yang guru tidak boleh lakukan. Setelah tamatnya BIG fasa ini, saya sedar bahawa pengetahuan guruguru mengenai surat pekeliling ikhtisan amat penting. Ini membantu guru bertindak untuk mengikut undang-undang, elakkan menggunakan kekerasan dan kecuaian guru boleh mengundang bahaya. Tindakan-tindakan guru juga haruslah berdasarkan peri kemanusiaan dan jangan menidakkan hak murid untuk belajar. Kekuatan BIG ini adalah semua pelajar berganding bahu menjayakannya. Walaupun tidak semua terlibat sebagai ahli jawatankuasa, namun arahan yang diberikan oleh pengerusi BIG ini tetap dipatuhi. Kami juga sedaya upaya menjaga tingkah laku dan memberi kerjasama kepada penceramah. Sekiranya penceramah bertanyakan soalan, kami dengan pantas memberi respon. Kerjasama adalah asas kejayaan sesuatu perkara. Kesimpulannya, BIG kali ini dilaksanakan dengan jaya. Kedua-dua komponen diselesaikan tanpa banyak masalah.
5

Anda mungkin juga menyukai