Anda di halaman 1dari 19

1

KBS 3123 PENGALAMAN BERASAKAN SEKOLAH TUGASAN 3

TAJUK TUGASAN

TAJUK TUGASAN 3 :
Pendidikan Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bincangkan isu dan cabaran kelas

pemulihan khas.

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 2.0 Pengenalan Mengapa Program Pemulihan kurang berkesan 2.1 Masalah Bilik Darjah 2.2 Masalah guru Pemulihan Khas dengan Guru Besar 2.3 Masalah guru Pemulihan Khas dengan Guru Biasa 2.4 Masalah guru Pemulihan Khas dengan Ibubapa 2.5 Masalah guru Pemulihan Khas dengan murid yang lambat 3.0 4.0 5.0 6.0 Keadaan dan keperluan kelas Pemulihan Pengurusan Program Pemulihan Khas berkesan Isu dan Cabaran kelas Pemulihan Khas Cadangan untuk mengatasi isu-isu yang timbul di kelas Pemulihan Khas. 7.0 8.0 Kesimpulan Bibliografi 19 20 5 56 67 78 8 9 10 14 15 17 17 18 4

1.0 Pengenalan Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanakkanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggunjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Murid pemulihan khas yang menghadapi masalah 3M memerlukan model kurikulum yang sesuai dengan keupayaan mereka. Kurikulum kebangsaan dapat memenuhi keperluan murid-murid pemulihan khas sekiranya dilakukan pengubahsuaian aspek kemahiran 3M. ini adalah kerana tahap pencapaian pendidikan murid-murid pemulihan khas secara amnya amat rendah dan peningkatan pencapaian adalah perlahan dan minimum. Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada pula terlalu tinggi untuk murid pemulihan khas menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan masing-masing. Oleh itu, terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid pemulihan khas. Perancangan dan penggubalan kurikulum pemulihan khas mengambil kira kepelbagaian keupyaan individu selaras dengan akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan( Pendidikan Khas ) 1997Bahagian 11 3(2) yang menyatakan: untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan pendidikan( Pendidikan Khas ) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Di Malaysia Kurikulum Pendidika Khas yang digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individuberkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam program pendidikan khas terdiri daripada kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Ringkas kata, seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu mengurud diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2.0 Mengapa Program Pemulihan Kurang Berkesan Masalah yang wujud di setiap sekolah ialah berpunca daripada sekolah itu sendiri. Jika sekolah tersebut adalah sekolah gred C, jumlah gurunya adalah sangat kurang. Semua aktiviti yang ditetapkan perlu dijalankan dan dengan ini semua guru terpaksa berkongsi kerja untuk menjayakan program-program ini. Dalam hal ini bebanan guru sangat bertambah. Demi kebaikan sekolah semua guru terpaksa bertolak ansur Antara satu sama lain. Terutamanya guru pemulihan adalah sasaran utama. Berdasarkan senarai tugas guru di pejabat guru besar, secara purata setiap orang guru memegang sekurang-kurangnya enam atau tujuh tugas. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada guru pemulihan khas. Guru pemulihan khas terpaksa lebih bertolak ansur dalam hal memegang jawatan dan menjalankan tugas penting di sekolah. Jawatan jawatan yang diberikan kepada guru pemulihan khas menganggu mereka untuk menjalankan pengajaran pemulihan. 2.1 Masalah Bilik Darjah Masalah utama yang dihadapi oleh guru pemuihan ialah masalah tidak ada bilik khas untuk menjalankan program pemulihan. Guru Pemulihan Khan menghadapi masalah tempat yang sesuai untuk dijadikan bilik khas. Kadang kala mereka diberi sebuah stor yang sempit untuk dijadikan kelas pemulihan khas. Bilik yang diberinya amat sempit dan tidak selesa untuk suasana pembelajaran. Oleh kerana tiada ada pilihan, guru tersebut terpaksa

menceriakan bilik tersebut dan terpaksa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, kemudahan prasarana juga kurang. Kemudahan seperti perabot, kerusi meja murid, almari tidak dapat dimasukkan di bilik yang kecil tersebut. Ada sesebuah sekolah terpaksa menggunakan bangku panjang dan meja panjang yang ada di kantin sekolah untuk murid pemulihan. Kelas pemulihan juga dijalankan di kantin sekolah atas sebab kekurangan bilik darjah. keadaan seperti ini menyebabkan emosi murid terganggu dan mereka tidak akan menumpuhkan perhatian dalam pelajaran. Berkenaan dengan papan hitam pula guru terpaksa menggunakan papan gulung atau papan kecil. Almari dan rak-rak buku juga tidak cukup untuk menyimpan bahan-bahan dengan teratur sehingga hanya bahan-bahan alat bantu mengajar yang rosak dimakan anai-anai dan senangga lain. Di samping itu, alat bantu mengajar juga tidak dapat dipamerkan untuk pengukuhan pembelajaran murid. 2.2 Masalah Guru pemulihan Khas dengan Guru Besar

5 Semua sekolah rendah gred A dan gred B telah dibekalkan dengan perjawatan Guru Pemulihan Khas. Dalam hal ini, ada guru besar yang masih tidak mengetahui perkara ini dan tidak membuka kelas Pemulihan Khas. Perjawatan ini digunakan untuk mengajar keas KBSR. Sikap guru besar yang tidak menunjukkan minat terhadap kelas pemulihan menjadi masalah utama guru pemulihan khas. Alasan yang diberikan oleh guru besar ialah, KPM tidak memberi peruntukan khas berhubung dengan persediaan kelas khas ini. Sikap tidak minat guru besar lebih jelas lagi apabila mereka sewenag-wenangnya mengarahkan guru khas menutup sementara kelas khas pemulihan bagi membolehkan guru khas menjadi guru ganti apabila beraku ketidakhadiran guru akibat cuti atau cuti bersalin. Keadaan ini

menjadikan guru khas kerap menjadi guru ganti dibandingkan dengan guru-guru yang lain. Keadaan ini menjejaskan perancangan guru khas dan pemelajaran murid pemulihan. Sikap guru besar yang tidak minat ini menyebabkan guru pemulihan s mengeluarkan wang sendiri untuk segala perbelanjaan tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Ada juga guru besar yang memandang rendah terhadap perkembangan kelas khas pemulihan. Guru pemulihan diarahkan untuk menyediakan laporan. Laporan ini perlu disediakan dengan mencatatkan kesan positif sahaja mengenai kelas pemulihan dan kesan negative disembunyikan. Hal ini menyebabkan guru pemulihan bedara dalam keadaan tertekan dan serba salah. Perkara ini menyebabkan guru pemulihan khas kurang bersemangat terhadap pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, guru besar juga tidak suka menceritakan kelemahan anak muridnya di pihak luar sekolah terutamanya ibu bapa murid berkenaan. Ini adalah kerana guru besar menanggap perkara ini akan menjejaskan nama baik sekolah. Daam perkara ini, guru pemulihan khas mendalam dan tepat. Berdasarkan pekeliling daripada bahagian sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BS)8502!5/PKIJi1. V/(26) bertarik 28 Januari 1986, semua guru besar sekolah rendah diberikan penduan serta diminta memberikan sokongan dan kerjasama untuk mengadakan kelas pemulihan khas di sekolah masing-masing. Namun, ada guru besar yang tidak mengikut arahan dan guru pemulihan ditugaskan sebagai guru Pusat Sumber dan Guru Disiplin. amat sukar mengetahui latar belakang murid pemulihan secara

2.3 Masalah Guru Pemulihan Khas dengan guru Biasa Guru biasa yang kurang pengetahuan atau pendedahan kepada pengajaran pemulihan mempunyai sikap dan tanggapan yang salah tentang kedudukan dan kepentingan guru khas di sekolah. Dalam ha ini guru Pemulihan Khas mengalami

6 kesukaran unuk mengenal pasti murid yang memerlukan pemuihan. Oleh sebab itu, guru pemulihan meminta kerjasama guru biasa untuk membantu menjalankan tugasnya. Jadi guru kelad memilih murid murid yang peru dipuluhkan berdasarkan pada prestasi murid. Murid yang gaga dalam ujian, ambat serta mempunyai masaah perlakuan dipiih sebagai calon murid pemulihan. Jumah murid yang terau ramai menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam ha ini, guru keas kurang mempunyai pendedahan tentang tatacara pemiihan murid pemuihan. Sejurus ini, kebanyakan guru kelas ingin melepaskan bebanan untuk menghadapi murid yang bermasalah ini. Guru kelas juga memberi layanan yang buruk kepada murid yang nakal agnesif dan dihantar ke kelas pemulihan bagi mengelakkan keadaan ini. Selain daripada itu, setelah seseorang murid pemulihan dipulihkan dan dihantar semula ke kelas arus perdana, murid ini tidak mendapat sambutan yang baik daripada guru kelas. Dalam hal ini murid ini datang semua ke keas pemulihan dengan alas an guru pemulihan baik, suka mengajar, tidak memarahi apabila mereka membuat kesaahan dalam aktiviti pembelajaran. Guru biasa juga menganggap tugas pengajaran di kelas pemulihan amat mudah dan ringan. Tangganpan ini menjadikan guru pemulihan menerima tugasan lain yang diberikan kepadanya. Hal ini menyebabkan guru khas terpaksa menyelesaikan urusan lain terutamanya sebagai guru gantin. Akibatnya guru tidak cukup masa untuk membuat perancangan dan persediaan yang rapid an teratur. Akhirnya, sikap guru kelas yang lambat menghantar muridnya ke kelas pemuihan khas juga salah masalah yang sering dihadapi oleh guru pemulihan khas. Guru pemulihan terpaksa menjemput muridnya. Keadaan ini amat menyedihkan dan menyusahkan guru khas kerana banyak masa murid gan guru khas terbuang tanpa digunakan unntuk membantu murid pemuihan khas.

2.4 Masalah guru khas dengan ibubapa Masalah ibu bapa juga menjadi satu isu yang hangat menyebabkan Program Pemulihan Khas tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Ibu bapa murid yang berkenaan tidak pernah datang ke sekolah dan bertemu dengan guru pemulihan walaupunmereka dijemput untuk taklimat khas oleh pihak sekolah. Ini adaah kerana para ibu bapa tidak memahami tentang program pemulihan dan pihak sekolah tidak perna memberikan keterangan kepada ibu bapa. Keadaan ini menimbulkan salah faham di kalangan ibu bapa mengenai istilah pemulihan. Ada juga ibu bapa yang malu untuk mengaku bahawa anak

7 mereka belajara di kelas pemulihan dan mereka keberatan untuk datang menemui guru pemulihan di sekolah. Di samping itu, kebanyakan ibu bapa sibuk dengan tugas harian mereka sehingga tidak ada masa untuk datang ke sekolah. Kebanyakan ibu bapa bekerja sebagai buruh, pemandu lori dan sebagainya. Sikap seperti ini menyulitkan guru pemulihan untuk mengenali dan memahami murid- murid tersebut. Dalam hal ini guru pemulihan mengambil masa yang lama untuk mendaptkan maklumat yang tepat tentang latar belakang murid pemulihan tersebut. Kekurangan sokongan dan dorongan daripada keluarga menyebabkan mereka ketinggalan dalama pelajaran. Murid murid yang mempunyai latar belakang kurang sihat selalunya tidak menyiapkan kerja rumah dan selalu ponteng ke sekolah. Sehubungan dengan ini, ada juga murid yang tidak membawa alat tulisan yang lengkap semasa datang ke kelas pemulihan khas. Ini membebankan guru kelas yang terpaksa menyediakan banyak alat tulisan seperti pensel, getah pemadam, pensel, warna, pembaris dan lain-lain. Kadangkala ada juga murid yang datang ke sekolah daam keadaan lletih kerana tidak bersarapan. Keadaan ini sudah pasti menggaggu tugas guru pemulihan khas. Masalah ponteng ke sekolah juga salah cabaran yang sedang di hadapi oleh guru pemulihan khas. Murid-murid pemulihan suka ponteng sekolah tanpa alas an yang

munasabah. Akibatnya mereka banyak ketinggalan dalam aktiviti pembelajaran kerana mendapat kurang pengukuhan dan latih tubi. Keadaan ini pasti melambatkan kemajuan mereka.

2.4 Masalah Guru Pemulihan dengan murid yang lambat Masalah ketidakfahaman Bahasa Melayu juga salah satu punca murid tidak menguasai kemahiran 3M. Keadaan ini amat menyulitkan guru pemulihan khas kerana kemajuan murid amat sukar dilihat akibat kurang latihan dan pengukuhan di luar kelas biasa. Guru pemulihan juga menghadapi masalah membahagikan jenis-jenis aktiviti yang perlu dibuat oleh murid pada masa yang ditetapkan mengikut kumpulan kecil. Masalah wujud apabila sekumpulan murid kurang berminat pada aktiviti tertentu dan tidak mahu bertukartukar aktiviti dengan kumpulan lain. Jika bahan-bahan atau alat alat permainan terhad , pergaduhan Antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain terjadi. Selain daripada itu, terdapat juga murid yang terlalu aktif. Murid sebegini tidak suka duduk pada satu tempat. Mereka tidak takut pada guru pemulihan tersebut.

3.0 Keadaan dan Keperluan Kelas Pemulihan Untuk menjayakan kelas Pemulihan Khas guru pemulihan khas perlu memastikan keadaan dan keperluan kelas tersebut baik dan sempurna. Tanggungjawab guru menguruskan kelas pemulihan amat penting dalam hal ini. Guru pemulihan perlu memastikan pengurusan kelasnya teratur dan baik. Guru bertanggungjawab menguruskan rutin kelas seperti menyediakan, mentafsir dan menyimpan rekod murid dengan selamat. Rekod-rekod seperti rekod kedatangan murid, rekod anekdot, rekod kesihatan murid, rekod pencapaian murid perlu dikemaskinikan dari masa ke semasa. Di samping itu, guru pemulihan juga perlu memastikan murid memahami konsep pemulihan dan peraturan peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di kelas Pemulihan tersebut. Pengurusan keadaan fizikal kelas juga perlu dipertimbangkan oleh guru pemulihan khas. Contohnya carta organisasi, pelan kedudukan murid, papan kenyataan dan senarai tugas murid perlu dipaparkan. Selain daripada itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik

darjah amat bergantung kepada iklim bilik darjah. interaksi dan aktiviti Antara guru dan pelajarnya amat penting. Suasana yang tenteram akan mewujudkan minat murid terhadap pelajaran guru. Suhu dan peredaran udara bilik pemulihan juga perlu baik supaya muridmurid tidak mengalami sebarang kerumitan semasa berada di kelas tersebut. Antara keadaan dan keperluan kelas Pemulihan perlu mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut:

Label Kelas Pemulihan, Bersih, Ceria dan Teratur, Terang dan Pengudaraan yang baik, Carta Aliran Pelaksanaan Program Pemulihan, Jadual Waktu, White Board, Tempat duduk guru dan murid yang selesa, Lantai bertikar getah atau berkarpet, Langsir, Kipas, Radio, Rak untuk dokumen-dokumen.

4.0 Pengurusan Program Pemulihan Khas Berkesan 4.1 Bilik Pemulihan Khas Konsep bilik darjah berubah-rubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Menurut Guey R. Lefroncis (1999) dalam bukunya Psychology for Teaching, Pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagaikan aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukan masa pelajaran. Pengurusan bilikm darjah merupakan satu seni atau amalam mengurus murid, kemudahan fizikal dan aktiviti, demi membentuk suatu iklim alam belajar yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembeajaran daam bilik darjah. Persekitaran bilik darjah yang baik memudahkan guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada murid. Penekanan adalah perlu bagi memastikan persekitaran bilik darjah dalam keadaan yang baik dan menarik dengan melihat kepada cara guru menyusun, mengorganisasi dan mengolah segala alatan dalam bilik darjah, menyusun kedudukan murid dalam bilik darjah serta penyusunan perabot dan alat bantu mengajar. Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu diatur dengan sempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran dan pengajaran serta tidak membosankan murid dan guru semasa dalam biik darjah. Suasana bilik darjah Pemulihan Khas yang baik peru mempunyai suasana suasana seperti berikut:-

Iklim Sosial

Guru hendaklah merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku murid di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan

pembelajaran.

Peranan Guru Perlu banyak berinteraksi dengan murid-murid. Berkomunikasi dengan menggunakan suara yang jelas. Menjadikan murid sebagai rakan tetapi masih terdapat batasan batasan. Guru menunjukkan keperibadian yang mulia. Murid Hubungan sesame rakan Hubungan dengan guru

10

Iklim Emosi

Faktor emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. 4.2 Carta Organisasi Program Pemulihan Khas Carta organisasi adalah satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan , kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dalam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa ( authority) , tugas dan tanggungjawabnya. Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu. Jadi bagi penlacaran program Pendidikan Pemulihan di sesebuah sekolah carta organisasi sangat penting. Guru pemulihan khas perlu mewujudkan carta organisasi ini pada awal tahun dan memastikan tugas yang diberinya disempurnakan dengan lancar. 4.3 Jawatankuasa Program Intervensi 3M Guru pemulihan juga harus mewujudkan satu jawatankuasa untuk program intervensi awal 3M. Dalam jawatankuasa ini tugas setiap guru harus dijelaskan dengan baik, supaya mereka melaksanakan tugasnya dengan baik tanpa sebarang gangguan. Program intervensi 3M ini sangat penting bagi memulihkan murid-murid yang bermasalah dalam penguasaan 3M. 4.4 Jawatankuasa Pemulihan Khas. Seperti jawatankuasa lain, untuk Pendidikan Pemulihan Khas juga memerlukan

jawatankuasa bagi memastikan pelancaran proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik.

11 4.5 Takwim Program Pemulihan Khas Takwin untuk Pendidikan Pemulihan juga aspek penting. Pembinaan takwin akan memberi perkhidmatan yang cekap, berkuaiti dan berkesan kepada semua guru terutamanya guru pemulihan khas. Perancangan awal tahun membantu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan bersistematik. 4.6 Senarai tugas Guru Pemulihan Khas Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari tahun 1 hingga tahun 6. Keutamaan hendaklah diberikan kepada murid-murid tahun 1, 2 dan 3. Membantu guru-guru asas dalam hal-hal:

Mengenal pasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas

Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pemulihan. Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan Mengajar bersama-sama dengan guru asas sekiranya keadaan memerlukan.

Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/doktor/pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang dan biodata murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti program pemulihan khas. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan kemajuan murid, latar belakang murid, laporan kesihatan, hasil temu bual dan rujukan. Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah untuk guru-guru, guru-guru besar dan pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri mengenai teknik-teknik pengajaran pemulihan serta bahan-bahannya sekiranya keadaan mengizinkan. Lain-lain tugas yang diberikan dari semasa ke semasa.

12 4.7 Jadual Waktu Kelas Pemulihan Khas Guru Pemulihan Khas dikehendaki mempunyai agihan masa seperti berikut:
Masa untuk mengajar 990 minit Masa untuk persediaan dan panduan 120 minit (dimasukkan ke dalam Jadul

Waktu)
Masa luang (free period) sama seperti yang diberi kepada guru-guru lain di sekolah

yang berkenaan. Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah 1110 minit seminggu. Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk:
Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mengemas kini rekod-rekod Bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan

murid di kelas biasa


Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid

4.8 Fail Lembaran Kerja BM dan Matematik Guru pemulihan khas perlu menyediakan fail fail yang diperlukan untuk pengurusan kelas pemulihan khas. Guru juga perlu memastikan maklumat yang terkandung dalam fail fail ini lengkap dan benar. Segala lembaran kerja yang disediakan oleh guru pemulihan khas perlu difailkan supaya proses pemeriksaan atau pemantauan guru besar mudah. 4.9 Rekod Ujian Rekod ujian merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian ujian murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas. Rekod ini membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka. Bagi ibu bapa, rekod ini membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosial, fizikal dan emosi anak-anak. Ibu bapa juga dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-

13 anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah. 4.10 Buku Panduan KBSR/ Buku Panduan PPPPK Terbitan JPK,KP Mulai tahun 1998, program pemulihan menjadi agenda penting KPM. Antara tindakan KPM ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan pemulihan ringan dalam bilik darjah. Tindakan lain ialah menambah guru pemulihan khas (GPK) yang mampu mengendalikan pemulihan berat. Selain itu, pada bulan November 1998, KPM memulakan usaha untuk menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas. Buku itu terbit pada tahun 1999. Buku itu menjadi sumber penting GPK dan guru Bahasa Melayu.

14 5.0 Isu dan Cabaran Kelas Pemulihan Khas Antara isu-isu yang sering timbul di kelas pemulihan khas adalah seperti berikut. Guru kurang kemahiran intervensi Pelajar lambat mengalami perkembangan kognitif Kesedaran ibu bapa/ penjaga sangat rendah Pemantauan /tindakan terhadap permasalahan kurang dilakukan oleh pihak JPN dan PPD Motivasi pelajar sangat rendah Peranan Kaunselor kurang optimum

Ikuti pandangan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr Saedah Siraj, mengenai keperluan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Khairina Yasin. Kegagalan atau ketidakupayaan sebahagian murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas 3M adalah antara cabaran getir dunia pendidikan hari ini. Biarpun sukar mengenal pasti angka sebenar murid dikategorikan bermasalah itu setakat ini, ramai pakar pendidikan bimbang implikasinya yang mungkin boleh menyebabkan mereka hilang minat ke sekolah. Jika kelemahan murid menguasai 3M ini tidak diatasi sejak Tahun Satu, masalah itu akan berlarutan apabila mereka memasuki Tahun Dua dan seterusnya. Dalam memperbetulkan keadaan, tidak dinafikan banyak usaha dilaksanakan Kementerian Pelajaran bagi menangani masalah penguasaan 3M ini di kalangan murid. Faktor atau sikap murid merupakan Antara isu utama yang timbul dalam kelas Pemulihan Khas. Murid murid pemulihan kerap ponteng ke sekolah. Mereka mempunyai sikap negative terhadap pelajaran. Murid-murid ini malas dan tidak berminat untuk belajar. Hal ini menggangu proses pelancaran pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini juga kurang motivasi, kurang berusaha, tidak aktif dan tidak berani mencuba. Ada juga murid yang bermasalah kesihatan juga menjadi satu isu dalam kelas pemulihan khas. Murid yang mempunyai masalah kesihatan tidak dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna. Ada juga segelentir murid terlalu lemah sehingga pengajaran guru pemulihan tidak berkesan untuk mereka. Murid murid seperti ini sangat lemah menguasai kemahiran 3M. Sehubungan dengan ini guru pemulihan terpaksa berkerja keras untuk memulihkan mereka. Hal lain yang timbul ialah faktor guru. Ada sesetengah sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas. Kekurangan guru di sekolah menyebabkan GPK tidak dapat dilantik atau GPK diminta mengajar murid-murid di kelas-kelas biasa. GPK dibebankan dengan tugas-

15 tugas menggantikan guru-guru lain dan terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan mengajar. Di samping itu, sikap negative sesetengah guru yang tidak berminat dan tidak komited untuk mengajar murid-murid pemulihan khas. Ada juga guru yang ditugaskan sebagai guru pemulihan tidak mempunyai kemahiran dan tiada latihan khusus . Mereka mengajar muridmurid ini sambil lewa sehingga kes-kes tidak menguasai kemahiran 3M bertambah. Masalah bahan bantu mengajar juga salah satu isu. Sebahagian sekolah sukar mendapatkan BBm yang sesuai dan terkini. Di samping itu, BBM dan bahan rujukan sukar didapatkan di pasaran. Bahan bahan kurang terdapat di pasaran. BBm yang berbentuk media elektronik tidak dibekalkan walaupun sangat diperlukan. Namun, pasal buku teks, tiada buku teks yang sesuai untuk kegunaan guru dan murid pemulihan khas. Dari segi peruntukan kewangan pula, pihak sekolah tiada mempunyai bantuan kewangan untuk menyediakan bilik dan peralatan yang sesuai bagi murid-murid pemulihan khas. Guru Pemulihan tiada peruntukan kewangan untuk menyediakan atau membeli BBM dan bahan-bahan rujukan untuk guru pemulihan. Pada masa kini, tiada peruntukan khas untuk memberi latihan kepada guru pemulihan khas. Kekurangan kemudahan fizikal bilik Pemulihan Khas merupakan salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh guru pemulihan. Ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas. Sekiranya ada bilik khas, bilik itu terlalu kecil, sempit dan kurang selesa. Ada kelas pemulihan dibilik stor, kantin dan tempat-tempat lain yang tidak sesuai. Kekurangan peralatan atau perabut di bilik pemulihan seperti rak dan almari menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik pemulihan rumit. Menurut guru pemulihan khas, ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran anakanak mereka. Mereka tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah. Ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak. Bilangan murid pemulihan khas yang ramai menjadikan guru pemulihan khas tidak dapat merancang atau menyediakan bahan pengajaran yang cukup. Kekeurangan bahan menjadikan mereka terpaksa berkongsi dan masalah pergaduahan timbul. Ada sekolah bilangan murid yang memerlukan pemulihan khas agak ramai berbanding dengan seorang guru pemulihan khas. Hal ini sukar melaksanakan program pemulihan khas dengan berkesan kerana bilangan murid pemulihan khas yang rama.

16 6.0 Cadangan untuk mengatasi isu-isu yang timbul di kelas Pemulihan Khas. Bagi meningkatkan prestasi pengajaran guru dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid antaranya, iaitu pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid dapat menguasainya. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembangkan lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagaian kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan motivasi untuk terus belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Merujuk kepada Muhamad Hasan (2000), penggunaan media adalah alternatif yang baik untuk memberi kemudahan kepada guru dan murid untuk berkomunikasi. Perhubungan dua hala dapat menarik minat murid untuk bertindak balas seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif. Pihak pengurusan sekolah seharusnya berusaha secara lebih seimbang untuk mencapai matlamat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan mengadakan kelas pemulihan. Seminar serta kursus yang bermanfaat seharusnya diberikan penekanan yang jelas kepada guru dengan memberi maklumat dan input tentang keperluan khas murid-murid lemah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Persepsi guru tentang imej murid lemah yang memerlukan bantuan pemulihan seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang lebih pantas dalam penguasaan pembelajaran. Tambahan lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi membentuk amalan membantu murid yang lembam untuk berjaya. Akhirnya, KPM perlu mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam permasalahan kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, penerbitan teks panduan guru pemulihan bertujuan memberikan input tentang kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid lembam bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Kajian ini mencadangkan guru-guru perlu bersikap positif terhadap kemahiran membaca dan menulis dan melaksanakan kedua-dua kemahiran dengan strategi yang lebih berkesan. Selain itu, guruguru juga patut berusaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis melalui pengajaran yang kreatif dan berkualiti agar

17 penguasaan murid dalam kemahiran tersebut dapat ditingkatkan. Guru juga perlu melaksanakan kemahiran menulis berdasarkan sukatan pelajaran terkini. Secara ringkas, pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tepat dan berkualiti oleh guru-guru sangat membantu murid dalam meningkatkan keupayaan membaca. Semua pihak yang berkaitan dengan pendidikan literasi bacaan Bahasa Melayu murid Tahun 1 harus menyedari perbezaan status ekonomi sosial SES, gender, kepelbagaian kaum, bahasa ibunda dan juga pendapatan memerlukan pendedahan kemahiran literasi bacaan yang berbeza bagi setiap murid. Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM, 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan, oleh itu guru yang diamanahkan untuk mendidik harus menyedari kelebihan dan kekurangan murid dari segi latar belakang sosial dan kekuatan yang ada dalam diri murid untuk memastikan program LINUS berjaya. Guru harus berusaha menyediakan kemudahan bahan bantu mengajar yang menarik dan pelbagai dari pelbagai sumber.

Cadangan Megatasi isu dan cabaran Kelas Pemulihan Khas Memperkasa Guru Pemulihan Pelan Tindakan Kursus Pendedahan Intervensi secara Berfokus

Bengkel membina modul dan penggunaan modul intervensi

Membina kolaborasi Think Tank Bengkel Pengurusan Kumpulan Bertindak

Memantapkan kefahaman pengurusan sekolah dalam konteks pemulihan 3M dan implikasinya. Mesyuarat /perbincangan tentang prosedur pelaksanaan program pemulihan 3M, pemantauan dan penilaian program Perjumpaan dengan Ibu bapa/penjaga murid yang mengikuti program pemulihan 3M.

18 7.0 Kesimpulan Kelemahan murid menguasai kemahiran 3M menjejaskan potensi serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kerjasama yang melibatkan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim persekolahan yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid bermotivasi untuk terus belajar. Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap

pembelajaran supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna. Faktor ini sememangnya dapat membina pembelajaran yang menggalakkan hala tuju pengajaran yang hendak dicapai oleh guru. Seluruh warga pendidik mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran 3M sebaik mungkin. Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru bahasa harus mencapai tahap kualiti profesion perguruan yang terbaik agar pendidikan pemulihan boleh menjadi satu wadah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca dan menulis. Program pemulihan peringkat awal akan memberi kesan yang lebih efektif dalam usaha memperkasakan pendidikan di negara kita. Perancangan sebuah program yang baik dan bersesuaian untuk meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam menguasai ilmu pengetahuan agar mereka yang keciciran dan lemah tidak terus diabaikan.

19 8.0 Bibliografi

1. Abdul Jalil Othman, Mahzan Arshad, & Chew Fong Peng. (2009). Reading comprehension of multiethnic literature in a multiethnic classroom: A case study of Malaysia. Universitas Muhammadiyah Purwokerto, 1(2), hlm. 119128.

2. Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

3. Najeemah Mohd Yusof. (2011). Prinsip kepimpinan di sekolah dan tahap tekanan guru sekolah rendah di Malaysia. EDUCARE: International Journal for Educational Studies, 4(1). Atan Long. (1981) .Pedagogi Kaedah Am Mengajar.

4.

5. Kuala Lumpur : Fajar BaktiSdn. Bhd.Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. (1986). Kelas KhasPemulihan di Sekolah-sekolah.

6. http://finolla-5aminuddin.blogspot.com/

7. http://www.scribd.com/doc/85142427/pemulihan-bacaan

Anda mungkin juga menyukai