Anda di halaman 1dari 20

Adakah Suara Wanita Itu Aurat?

by Dunia Maklumat

Islam mengharamkan apa saja yg dapat menimbulkan fitnah sehingga islam mengharamkan perempuan yg menghentak kakinya ke tanah dgn tujuan supaya gelang kakinya didengar orang untuk membangkitkan syahwat lelaki. Allah berfirman : Dan janganlah mereka menyentakkan kakinya ke tanah agar supaya diketahui apa yg mereka sembunyikan dari perhiasan mereka (an-Nur:31). 1 Mazhab hanafi menjadikan larangan dlm ayat ini sebagai dalil bahawa : Suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang kaki saja dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri. Abu Bakar al-Jashash berkata : ayat di atas menunjukkan bahawa wanita dilarang mengeraskan suara yg sekiranya didengar orang lain. sebab suaranya itu lebih membangkitkan fitnah daripada bunyi gelang kakinya, oleh itu ashab kami (mazhab hanafi) memakhruhkan azan wanita sebab dalam azan diperlukan suara yg keras.(tafsir al-jashash 3/393) Sebahagian fuqaha hanafi berpendapat bahawa : nyanyian wanita adalah aurat mereka. Mereka berdalilkan dgn sepotong hadith seperti berikut : suara takbir bagi lelaki dan tepuk bagi perempuan. 2 mazhab syafie dan lain-lain berpedapat bahawa : suara perempuan bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.

Al-Alusi berkata : yang tersebut di dalam kitab2 fiqh syafie, dimana aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bkn aurat) kecuali kalau dikhuatiri timbulnya fitnah. (ruh al-maani 18/146) melihat zahirnya pendapat kedua ini bahawa : apabila tidak menimbulkan fitnah maka suara perempuan bukanlah aurat. Sebab isteri2 nabi saw ada yang meriwayat hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yg bukan mahramnya.

Ibnu Kasir berpendapat : perempuan dilarang melakukan tindakan apa saja yg dapat mempengaruhi dan membangkitkan syahwat lelaki dan oleh kerana itu perempuan dilarang memakai wangi-wangian ketika keluar rumah, dalam hal ini nabi bersabda : setiap pandangan mata adalah zina dan perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melalui majlis (lelaki) maka ia demikian dan demikian (berzina). syeikh as-shobuni berpendapat : sebaiknya kaum lelaki mencegah perempuan2 dari melakukan perkara yg membangkitkan fitnah dan tipu daya seperti memakai pakaian sempit, meninggikan suara, dan memakai wangi-wangian. Firman Allah swt : Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dan berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam hatinya (al-ahzab:32). Rujukan : Tafsir Ayat Al-Ahkam As-Shobuni, Mujam Asasi

SUARA WANITA: Aurat atau Bukan ?

Perbahasan mengenai kedudukan suara wanita telah banyak dibahaskan. Pelbagai pendapat berhubung permasalahan ini telah dikemukan samada yang disandarkan kepada nash syarak atau secara aqliyah semata. Tidak dinafikan wujudnya percanggahan pendapat dalam perkara ini. Pada kesempatan kali ini, sekali lagi kita akan turut membahaskan perkara ini. Apa yang bakal kami tampilkan di sini merupakan prinsip yang dipegang oleh penulis setelah mengkaji secara dalam dan menyeluruh (al-fikrul al-mustanir) berdasarkan nash-nash yang ada. Sekiranya para pembaca menginginkan penjelasan lanjut, anda dialualukan berhubung terus dengan sidang redaksi.

Adakah boleh mendengar nyanyian dari seorang wanita ? Apakah kedudukannya dan bagaimanakah seharusnya sikap dan pendirian kita ? Mungkin persoalan sedemikian rupa sering berlegar di benak pemikiran kita. Ada yang mengatakan bahawa yang boleh didengar adalah nyanyian dari lelaki, sedangkan nyanyian seorang wanita adalah haram untuk didengar. Alasannya, suara wanita itu aurat (hal yang tidak boleh ditampilkan). Jawapannya wallahu alam.

Walaupun nyanyian yang memalukan itu haram dikerjakan bila disertai dengan perbuatan haram atau mungkar namun mendengarkannya tidaklah haram. Keharamannya itu terbatas pada mendengarkannya secara langsung dari penyanyinya ditempat maksiat (contohnya konsert secara langsung), bukan kerana suara penyanyi wanita itu aurat. Keharaman itu terletak pada sikap berdiam diri terhadap nyanyian yang berisi kata-kata mungkar dan sipenyanyi wanita tersebut menampilkan kecantikkannya untuk ditonjolkan dengan membuka auratnya, misalnya rambut, leher, dada, betis, paha dan bahagian aurat lainnya. Inilah yang diharamkan oleh syara, bukan kerana masalah mendengarkan nyanyian wanita itu.

Suara wanita bukan aurat kerana jika disebut demikian, mengapa Rasulullah SAW mengizinkan dua budak wanita menyanyi di rumahnya ? Selain itu, baginda SAW juga tidak keberatan berbicara dengan kaum wanita, sebagaimana yang terjadi ketika menerima baiat dari kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan beliau pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan menyanyi di hadapan Rasulullah SAW. Semua keterangan tersebut dan keterangan serupa lainnya menunjukkan bahawa suara wanita bukan aurat.

Selain itu, syara telah memberikan hak dan kekuasaan/kebenaran kepada kaum wanita untuk melakukan aktiviti jual-beli, berdagang, menyampaikan ceramah atau mengajar, mengaji Al Quran di rumah sendiri, membaca qasidah atau syair dan sebagainya. Jika suara mereka itu dianggap aurat atau haram diperdengarkan maka tentu syara akan mencegah mereka melakukan semua aktiviti tersebut. Inilah hujjah yang kuat. Memang diakui, syara melarang wanita menampilkan perhiasannya di hadapan kaum lelaki yang bukan mahramnya, melenggak-lenggok atau manja dalam berbicara sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:

...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...*An Nur: 31+

Syara tidak melarang wanita berbicara dengan lelaki dengan syarat ia tidak menampilkan kecantikkan atau perhiasannya kepada masyarakat umum di samping ketentuan lain yang telah ditetapkan oleh syara. Oleh kerana itu, mendengar suara wanita tidaklah haram sebab ianya bukan aurat. Tidak ada larangan wanita untuk berbicara dengan kaum lelaki kecuali dengan suara manja, merayu, mendayu atau keluhan yang dapat menimbulkan keinginan kaum lelaki untuk berbuat jahat, serong dan perbuatan dosa besar yang lainnya terhadap wanita tersebut. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:

...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun). *Al Ahzab:32+

Apabila wanita sudah melanggar perintah tersebut maka tidak hanya dirinya yang terlibat dalam perbuatan dosa atau haram, tetapi setiap orang yang membiarkan hal tersebut kerana mereka tidak menyeru kepada yang maruf terhadap wanita itu dan tidak pula mencegahnya melakukan yang mungkar.

Rasulullah SAW bersabda mengenai hal ini:

Siapa saja di antara kalian yang melihat adanya kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya. Jika ia tidak mampu melakukannya, maka hendaklah dengan lisannya. Kalau inipun tidak mapu dilakukannya, maka hendaklah dengan menolaknya dii dalam hatinya. Tetapi itulah iman yang selemah-lemahnya. *HR Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An Nasai dan Ibn Majah]

Jadi, itulah sedikit penjelasan ringkas yang dapat kami berikan berhubung perkara ini. Sebarang komentar bolehlah dipanjangkan kepada kami. InsyaAllah kami sedia menerima sebarang komentar anda. Wallahu alam.

Suara wanita aurat ? *

Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzaab ayat 32: terjemahannya "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)" Di dalam ayat di atas sudah cukup nyata dan jelas betapa suara wanita itu bukannya bahagian-bahagian aib (aurat) wanita. Perintah Allah swt. bahawa perlunya wanita itu bertutur (bersuara) dengan perkaraperkara makruf (baik) dan kena pada tempat dan waktunya. Pada zaman Rasulullah saw. terdapat ramai di kalangan para sahabat dan kaum Hawa yang hadir, bertanyakan soalan dan berhujah dengan Baginda saw. Kaum Hawa mengajukan soalan kepada Baginda saw. mengenai hukum-hukum agama dan ini juga telah didengari oleh sahabat-sahabat Baginda saw. yang lain. Tidak ada sesiapa pun yang melarang mereka (kaum Hawa) mereka daripada bercakap.

Dr. Yusof al-Qardhawi dalam Fatwa Muasirah memetik satu dalil. Kata beliau: Suara wanita bukan aurat. Katanya, Al-Quran sendiri mengandungi ayat yang membenarkan wanita berdialog dengan Nabi Muhammad saw." Cuma apa yang perlu diperjelaskan di sini adalah suara kaum Hawa itu boleh jatuh kepada bahagianbahagian aib (aurat) jika bersabit dengan beberapa perkara, antaranya ialah: 1. Bercakap antara kaum Adam dan Hawa yang bukan muhrim akan perkara yang sia-sia, mengajak kepada perkara maksiat serta melalaikan. 2. Sesungguhnya suara wanita bukanlah aurat kecuali ketika dia menyanyi. Maka pada saat itu suaranya aurat. [Imam al-Ghazali] 3. Syeikh Atiyah juga memetik beberapa pendapat ulama terdahulu mengenai perkara ini. Al-Qurtubi berkata suara wanita ketika berkata-kata bukanlah termasuk aurat kecuali ketika dia menyanyi.

Seperti yang telah diperjelaskan di atas, suara wanita tidak jatuh kepada (bahagian-bahagian aib) aurat wanita selagi ianya berpegang kepada perkara-perkara berikut: 1. Kaum Adam dibolehkan bercakap atau berdialog dengan kaum Hawa dengan suatu hajat yang perlu sahaja 2. Kaum Hawa tidak boleh bermanja-manja, memerdukan, melembut-lembutkan suaranya pada saat bercakap dengan lelaki yang bukan muhrimnya kerana ianya boleh menimbulkan nafsu berahi dan fitnah orang 3. Wanita tidak boleh mengeluarkan suara sewenang-wenang; tidak disyariat kepada wanita untuk azan bagi mendirikan solat, kecuali di kalangan mereka sendiri 4. Apabila seorang wanita ingin menegur kesalahan yang dilakukan imam dalam solat tidak boleh dengan melafazkan tasbih seperti yang dilakukan oleh lelaki tetapi memadailah dengan menepuk tangannya saja 5. Kaum Hawa juga tidak boleh membaca nyaring dalam bacaan solat 6. Di antara fitnah dalam suara wanita ialah hilai ketawa, suara yang memberahikan, nyanyian yang bertujuan menggoda dan melalaikan. Ia dilarang bagi menjaga martabat sebagai seorang wanita 7. Wanita yang ingin mempelajari Al-Quran secara berlagu tidaklah dilarang. Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya Riadhus Salihin mengenai galakan belajar Al-Quran berlagu.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Allah tidak senang mendengar sesuatu selain daripada mendengar seseorang yang sedang melagukan bacaan al-Quran dengan suara lantang dan merdu" [Riwayat Bukhari dan Muslim] Ibnu Abbas juga menyatakan, Rasulullah saw. bersabda bermaksud: "Sesiapa yang tidak suka berlagu (mengelokkan bacaan) Al-Quran maka dianya bukanlah daripada golonganku" [Riwayat Abu Daud] Secara ringkasnya, suara wanita bukanlah aurat selama mana pertuturannya masih berada di dalam batas-batas hukum agama dan tidak pula bertujuan mempengaruhi orang lain akan perkara-perkara yang sia-sia dan maksiat dengan kemanjaan dan kemerduaan suaranya. Wallahualam bissawab. Jazakalahu khairan katsira wassalammualaikum wbk. Suara wanita aurat ? *

Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzaab ayat 32: terjemahannya "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)" Di dalam ayat di atas sudah cukup nyata dan jelas betapa suara wanita itu bukannya bahagian-bahagian aib (aurat) wanita. Perintah Allah swt. bahawa perlunya wanita itu bertutur (bersuara) dengan perkaraperkara makruf (baik) dan kena pada tempat dan waktunya. Pada zaman Rasulullah saw. terdapat ramai di kalangan para sahabat dan kaum Hawa yang hadir, bertanyakan soalan dan berhujah dengan Baginda saw. Kaum Hawa mengajukan soalan kepada Baginda saw. mengenai hukum-hukum agama dan ini juga telah didengari oleh sahabat-sahabat Baginda saw. yang lain. Tidak ada sesiapa pun yang melarang mereka (kaum Hawa) mereka daripada bercakap.

Dr. Yusof al-Qardhawi dalam Fatwa Muasirah memetik satu dalil. Kata beliau: Suara wanita bukan aurat. Katanya, Al-Quran sendiri mengandungi ayat yang membenarkan wanita berdialog dengan Nabi Muhammad saw." Cuma apa yang perlu diperjelaskan di sini adalah suara kaum Hawa itu boleh jatuh kepada bahagianbahagian aib (aurat) jika bersabit dengan beberapa perkara, antaranya ialah: 1. Bercakap antara kaum Adam dan Hawa yang bukan muhrim akan perkara yang sia-sia, mengajak kepada perkara maksiat serta melalaikan. 2. Sesungguhnya suara wanita bukanlah aurat kecuali ketika dia menyanyi. Maka pada saat itu suaranya aurat. [Imam al-Ghazali] 3. Syeikh Atiyah juga memetik beberapa pendapat ulama terdahulu mengenai perkara ini. Al-Qurtubi berkata suara wanita ketika berkata-kata bukanlah termasuk aurat kecuali ketika dia menyanyi.

Seperti yang telah diperjelaskan di atas, suara wanita tidak jatuh kepada (bahagian-bahagian aib) aurat wanita selagi ianya berpegang kepada perkara-perkara berikut: 1. Kaum Adam dibolehkan bercakap atau berdialog dengan kaum Hawa dengan suatu hajat yang perlu sahaja 2. Kaum Hawa tidak boleh bermanja-manja, memerdukan, melembut-lembutkan suaranya pada saat bercakap dengan lelaki yang bukan muhrimnya kerana ianya boleh menimbulkan nafsu berahi dan fitnah orang 3. Wanita tidak boleh mengeluarkan suara sewenang-wenang; tidak disyariat kepada wanita untuk azan bagi mendirikan solat, kecuali di kalangan mereka sendiri 4. Apabila seorang wanita ingin menegur kesalahan yang dilakukan imam dalam solat tidak boleh dengan melafazkan tasbih seperti yang dilakukan oleh lelaki tetapi memadailah dengan menepuk tangannya saja 5. Kaum Hawa juga tidak boleh membaca nyaring dalam bacaan solat 6. Di antara fitnah dalam suara wanita ialah hilai ketawa, suara yang memberahikan, nyanyian yang bertujuan menggoda dan melalaikan. Ia dilarang bagi menjaga martabat sebagai seorang wanita 7. Wanita yang ingin mempelajari Al-Quran secara berlagu tidaklah dilarang. Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya Riadhus Salihin mengenai galakan belajar Al-Quran berlagu.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Allah tidak senang mendengar sesuatu selain daripada mendengar seseorang yang sedang melagukan bacaan al-Quran dengan suara lantang dan merdu" [Riwayat Bukhari dan Muslim] Ibnu Abbas juga menyatakan, Rasulullah saw. bersabda bermaksud: "Sesiapa yang tidak suka berlagu (mengelokkan bacaan) Al-Quran maka dianya bukanlah daripada golonganku" [Riwayat Abu Daud] Secara ringkasnya, suara wanita bukanlah aurat selama mana pertuturannya masih berada di dalam batas-batas hukum agama dan tidak pula bertujuan mempengaruhi orang lain akan perkara-perkara yang sia-sia dan maksiat dengan kemanjaan dan kemerduaan suaranya. Wallahualam bissawab. Jazakalahu khairan katsira wassalammualaikum wbk. Suara Perempuan Itu Aurat ? ARTIKEL PADA MONDAY, MAY 20, 2013 Membetulkan salah faham. Berkenaan suara wanita, bilakah masanya aurat? bilakah masanya harus? Dalil bahawa HARAMnya wanita menyanyi depan bukan mahram.

Suara wanita hukum asalnya bukan aurat. Tapi suara wanita yg dilembutkan atau dilenggok-lenggokkan menjadi alunan atau nyanyian yg merdu atau lunak, itulah aurat.

Dalilnya: "Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Surah Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini (Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137)

Imam As-Suddi berkata: larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

#Termasuklah dalam kes ini, perempuan yg sengaja bercakap dgn menggunakan gaya bahasa/tutur kata yg manja...Itu jugak HARAM - See more at: http://www.jomkenalislam.my/2013/05/suara-perempuan-ituaurat.html#sthash.ANcCDc5K.dpuf

suara wanita aurat atau bukan? [hukum] POSTED BY CERITA FARJANNAH POSTED ON JUMAAT, APRIL 05, 2013 WITH 2 COMMENTS

menurut ulama mazhaf syafi'i suara perempuan bukan aurat. dalam hasyiah al bujairami disebutkan "suara perempuan bukanlah aurat menurut pendapat yang lebih sahih.akan tetapi haram mendengarkan suara kepada lelaki bukan mahram apabila dikhuatiri terjadinya fitnah. suara yang boleh menyebabkan fitnah itu apabila dilunakkan dan dibuat-buat manja apabila berada bersama dengan orang bukan maram. oleh sebab itu para ulama mengajar

" apabila seorang tetamu mengetuk pintu, seorang perempuan hendaknya tidak menjawab dengan suara yang lembut" malah ia sepatutnya mengasarkan suaranya misalnya dengan meletak tapak tangannya di mulut atau sebagainya. demikian penerangan dalam kitab i'anat al-talibin. walau bagaimanapun, harus bagi seorang perempuan bercakap secara normal menggunakan suaranya yang biasa. Allah berfirman mafhumnya,

"wahai isteri-isteri nabi kamu semua bukanlah seperti mana perempuan lain kalau kamu tetap bertakwa.oleh sebab itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut dan manja [semasa bercakap dengan lelaki asing] kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik[sesuai dan sopan]." (surah alahzab: ayat 32)

menurut ibn Kathir, walaupun secara zahirnya perintah Allah dalam ayat ini ditujukan kepada para isteri nabi, namun tuntutannya meliputi semua wanita beriman. seorang muslimah mestilah berbeza daripada wanita bukan islam dalam aspek cara bertuturnya. wanita islam yang bertakwa itu penuh dengan adab apabila bercakap. kata-katanya pula tidak menyakitkan dan tidak pula menyinggung orang lain dan berlebihan apabila bercakap. ibn zaid pula berkata " seorang muslimah menggunakan nada lembut apabila bercakap dengan suaminya dan berbeza pula apabila bukan bercakap dengan suaminya."

Q&A: Adakah suara wanita aurat? Soalan: Ustaz,saya ada beberapa kemuskilan selepas perbincangan antara saya dan suami baru baru ini.

Suami ada menegur mengenai bacaan Al-Quran saya dgn mengelurkan suara kerana aurat. Pada hal saya hanya membaca di dalam bilik yg hanya di dengari oleh anak dan suami sahaja. Suami saya tidak tahu/pernah membaca Al-Quran (dlm sembahyang haya surah2 pendek sahaja ). Tujuan saya untuk membentuk anak lelaki mengenal Al-Quran.

Saya tahu suara adalah aurat. Tetapi bagaimana pula dgn wanita-wanita yg membaca surah Yassin di dalam majlis kesyukuran atau musabaqah?

Saya berharap ustaz dapat menjelaskan supaya persoalan ini tidak lagi bermain di fikiran saya. Wassalam

Jawapan: Waalaikum salam warahmatullah wabarakaatuh,

Pendapat yang lebih sahih adalah suara wanita bukan aurat. Berikut adalah dalil-dalilnya dan terjemahan pendapat-pendapat dalam mazhab Shafie daripada kitab Fekah Mazhab Shafie yang masyhur dan muktabar, iaitu Kitab al-Majmu, penulisan Imam an-Nawawi (rahimahullah).

Dalil al-Quran:

1. Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang berdebat dengan kamu (Rasulullah) tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat [al-Mujadalah : 1] Komen saya: Sekiranya suara wanita aurat, sudah tentu Allah akan menegur nabi tentang soal jawab antara nabi dan wanita yang membuat aduan itu.

2. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik, [al-Ahzab: 32] Komen saya: Sekiranya suara wanita aurat, sudah tentu tidak diberikan pilihan. Yang lebih tepat adalah suara wanita bukan aurat tetapi suara dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah (menaikkan keghairahan lelaki) itulah yang tidak dibenarkan.

Dalil Hadith:

Banyak terdapat hadith-hadith di mana seorang sahabiyah (sahabat wanita) yang datang berjumpa nabi yang bersamanya sahabat2nya lalu bertanya soalan sehingga didengari oleh para sahabat, malah merekalah yang meriwayatkan hadith-hadith ini. Contoh-contohnya:

1. Abu Said al-Khudri (ra) meriwayatkan bahawa ada seorang wanita datang kepada nabi dan mengadu bahawa golongan lelaki mempunyai peluang yang lebih daripada wanita untuk belajar ilmu hadith, lalu dia meminta nabi agar mengkhususkan masa untuk mengajar golongan wanita. [Bukhari dan Muslim] Komen saya: Ternyata kejadian ini disaksikan oleh perawinya, Abu Said al-Khudri.

2. Abu Hurairah (ra) meriwayatkan tentang seorang wanita yang datang mengadu kepada nabi tentang penyakit gila. Nabi (Sallallahu alayhi wasallam) lalu bersabda: Sekiranya kamu mahu saya akan doakan dan kamu akan sembuh, tetapi sekiranya kamu mahu maka bersabarlah, dan kamu tidak akan dihisab (di Akhirat). [Sahih Ibn Hibban, Ahmad dan lain-lain] Komen saya: Ternyata kejadian ini juga disaksikan oleh Abu Hurairah.

Kata-kata Ulama:

Imam an-Nawawi telah menulis:

()

Manakala wanita pula, kebanyakan sahabat2 kami (dalam mazhab Shafie) berkata: Sekiranya dia solat seorang diri atau dihadiri wanita2 atau lelaki2 yang mahram, hendaklah dia menguatkan bacaannya samada dia solat (berjemaah) dengan wanita2 atau solat berseorangan. Sekiranya dia solat dihadiri (hampir) dengan seorang lelaki ajnabi (bukan mahram) hendaklah dia merendahkan (suaranya).

Di antara mereka yang menyatakan perincian sedemikian adalah penulis (ash-Shirazi), Abu Hamid (alGhazali), al-Bandaniji, Abu at-Toyyib dalam komentarinya, al-Mahamili dalam kitab al-Majmu dan atTajrid, dan lain-lain, dan inilah (pendapat muktabar) mazhab. Penulis kitab al-Hawi (iaitu alMawardi): Sesungguhnya dia (wanita) merendahkan suara samada ketika solat berseorangan atau sebagai Imam (kepada jemaah wanita). Dan al-Qadhi Husain pula lebih jauh lagi (kritikannya terhadap pendapat suara wanita itu aurat), dia berkata: Adakah suara wanita aurat? Dalam hal ini ada dua wajah pendapat (ulama mazhab Shafie): Yang lebih sahih adalah ianya (suara wanita) bukan aurat. Katanya lagi: Sekiranya kami berpendapat (ianya aurat), lalu dia telah menguatkan suaranya dalam solat maka batallah solatnya! (Pendapat) yang sahih adalah apa yang kami telah utarakan daripada majoriti.

Al-Bandaniji pula berpendapat: Menguatkan suaranya (wanita) adalah lebih rendah daripada suara lelaki.

Abu at-Toyyib pula berpendapat: Hukum membaca takbir secara kuat atau perlahan adalah (sama seperti) hukum membaca (al-Quran). Manakala khunsa pula hendaklah merendahkan suaranya di kalangan wanita dan lelaki ajnabi, dan hendaklah dia menguatkan (suaranya) sekiranya berseorangan atau di kalangan lelaki mahram sahaja. Sekumpulan (ulama) mengatakan hukumnya (khunsa) seperti wanita, dan (pendapat) yang benar adalah apa yang saya sebutkan. [Kitab al-Majmu Sharh al-Muhazzab oleh Imam an-Nawawi, Jilid 3, ms. 355-356] Dalam kitab Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib asy-Syarbini, seorang ulama Fekqh Mazhab Shafie menyebutkan:

"Suara wanita bukannya aurat, dan harus mendengar (suara)nya ketika aman daripada fitnah. Disunatkan mengubah suaranya apabila pintu rumahnya diketuk maka dia tidak menjawab dengan suara yang lembut merdu. Malah hendaklah dia mengasarkan suaranya dengan meletakkan belakang tangannya ke mulut." [Kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifat Alfadz al-Minhaj, dalam Kitab an-Nikah] Oleh yang demikian, tidak salah puan membaca al-Quran di hadapan suami dan anak lelaki, malah ianya sesuatu yang baik, lebih-lebih lagi dengan niat yang baik seperti yang disebutkan.

Cuma tambahan saya tentang bacaan wanita surah Yasin di dalam Majlis kesyukuran dan musabaqah, setelah mendengar kata-kata ulama bila ditanya tentang bacaan wanita yang didengari golongan lelaki yang bukan mahram, maka mereka biasanya menasihatkan agar tidak dilakukan kecuali bila terpaksa. Contohnya, bila guru Quran perempuan tidak dapat diketemui maka harus seorang wanita mempelajari al-Quran dengan guru lelaki, samada cara berdepan, mahupun dengan menalipon ke siaran TV yang mengajar al-Quran. Ini adalah kerana bacaan al-Quran disunatkan dengan suara yang sedap dan berlagu, maka ianya, sekurang-kurangnya, makruh diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Apatah lagi sekiranya suara seorang wanita yang sedang bernyanyi, maka itu tidak syak lagi, haram.

Malah, nabi telah berpesan kepada umatnya, sekiranya sesuatu kesilapan berlaku di dalam solat Jemaah, maka golongan lelaki boleh menegur dengan menyebut "Subhanallah", namun golongan wanita disuruh menepuk tangan mereka. Lihat bagaimana nabi memberikan cara yang betul bagi golongan wanita untuk menegur sesuatu kesilapan di dalam solat Jemaah yang merupakan ibadat yang sangat agung dan Fardu! Apatah lagi dalam musabaqah al-Quran yang paling kuat hukumnya pun sunat, dan golongan wanita sepatutnya menegaskan pendirian mereka agar musabaqah khusus untuk wanita diadakan tanpa kehadiran golongan lelaki.

Allahu alam Posted by Abu Khadeejah al-Mandili at 3:58 PM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 1 comment:

aaaaaaApril 7, 2013 at 9:26 PM PEMBETULAN TAFSIR AL-QURAN : Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). Surah Al-Ahzab(32)