Anda di halaman 1dari 21

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

UNIT 9 MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat: 1. Menerangkan konsep dan pengertian perubahan dan inovasi kurikulum. 2. Menghuraikan teori inovasi dan realitinya. 3. Menjelaskan transformasi kurikulum kebangsaan dan implikasi kepada kurikulum bilik darjah. 4. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan dan inovasi kurikulum. 5. Mengetahui isu-isu berkaitan dengan pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah.

PETA MINDA

Rajah 9.1 1

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

PENGENALAN
Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan definisi sebenar perubahan dan inovasi kurikulum serta teri-teori yang terlibat. Selain itu, anda akan mengetahui dengan mendalam tentang transformasi-transformasi kurikulum yang berlaku dalam negara Malaysia dan implikasinya kepada kurikulum bilik darjah. Anda juga akan dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan dan inovasi kurikulum. Terdapat juga isu-isu semasa yang berkaitan yang dikupas permasalahannya di dalam modul ini. Di akhir topik, terdapat latihan yang berbentuk soalan esei yang mampu meransang pemahaman anda. Soalan-soalan objektif turut disediakan di akhir topik sebagai penilaian kendiri. Skema jawapan turut disediakan untuk kemudahan anda.

KONSEP DAN PENGERTIAN


Pengertian Perubahan dan Inovasi Kurikulum
Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa berkembang sesuai dengan keperluan dan tuntutan semasa. Ini bagi memastikan para pelajar di sekolah dapat diberikan pengalaman sewajarnya bagi keperluan masa hadapan mereka yang semakin mencabar. Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara serta melihat perkembangan kurikulum di Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, perubahan membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum. Perubahan kurikulum adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempurna dan lengkap. Ia juga dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat.Ini bermakna kurikulum pendidikan perlu mempunyai matlamat yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut. Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2005), Inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan perkara yang baru. Kurikulum yang sedia ada diperbaharui supaya menjadi lebih berkesan dengan memasukkan elemen-eleman yang tidak terdapat dalam kurikulum terdahulu. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Kurikulum merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi terutamanya dalam dunia pendidikan.Terdapat pelbagai andaian yang boleh dibuat berdasarkan perkataan ini kerana kurikulum mempunyai pengertian yang sangat luas. Dalam bahasa Inggeris, kurikulum membawa maksud jelmaan. Paduan daripada kedua-dua kata ini telah menghasilkan kurikulum yang bermaksud laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Manakala pengertian menurut Hilda Taba dalam bukunya Curriculum development menyatakan bahawa curricular is,after all.a way of preparing young people to participate as productive members of our culturer (Taba, 1962).

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

Oleh itu, kurikulum bilik darjah adalah suatu rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan dan inovasi. Dalam konteks Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya KSSR dan KSSM) adalah didasari pleh falsafah dan matlamat negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta salaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamarudin Haji Hussin,1994). Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan dan inovasi kurikulum menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri.

Konsep perubahan dan Inovasi Kurikulum


Perubahan dan inovasi kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.Perubahan dan inovasi Kurikulum mengikut kesesuaian berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan yang dilakukan bergantung kepada : Perkembangan Falsafah dan Teori Pendidikan Kehendak masyarakat Perkembangan Sains dan Teknologi Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut: " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara "( PPK, 1988 ) Sebagai contoh, Falsafah Pendidikan Negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam KSSR tersebut ialah :

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

Sumber : ( UTUSAN 30 Disember 2011) Rajah 9.2 Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.Menurut Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan : "It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring" Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza. Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik. Perubahan dan inovasi Kurikulum prasekolah Kebangsaan bertujuan untuk membolehkan murid-murid : menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan. menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis. 4

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

menguasai kemahiran mengira menguasai Bahasa Inggeris membina dan memupuk akhlak yang mulia meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam dapat bergaul dalam masyarakat

Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial. Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) : "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself " Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu pengurusan dan perhubungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kuriklum itu sendiri.

Teori inovasi dan realitinya


Kurikulum bilik darjah tidak terikat secara nyata dengan mana - mana teori kurikulum yang utama. Ini adalah kerana teori dan model kurikulum telah digubal mengikut acuan Malaysia. 5

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

Walaupun begitu tidak dinafikan bahawa perubahan dan inovasi kurikulum sedikit sebanyak dipengaruhi oleh teori kurikulum yang utama tersebut. Antara beberapa teori kurikulum itu, terdapat empat teori yang penting iaitu: Teori Disiplin Mental Teori Kurikulum Saintifik Teori Fungsi Teori Kurikulum

Menurut Teori Disiplin Mental, Kurikulum perlu sentiasa diperhalusi / diperbaharui untuk membolehkan apa jua ilmu pengetahuan dapat diajar kepada kanak-kanak sebagai latihan pembinaan disiplin dan keupayaan menaakul. Sebagai contoh, terdapat perubahan dalam Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) dimana terdapat penambaikbaikan beberapa matapelajaran berkaitan seperti ketukangan, keusahawanan serta pengurusan diri dan keluarga. Kurikulum yang digubal perlu ke arah penyediaan kemahiran pekerjaan sesuai dengan keperluan tenaga manusia melibatkan pelbagai jenis pekerjaan yang melibatkan latihan peningkatan kemahiran dari semasa ke semasa. Inovasi terhadap kurikulum matapelajaran ini dilakukan dengan tumpuan utamanya adalah kepada penguasaan kemahiran dalam bidang Reka Bentuk Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Menurut Franklin Bobbit, sekolah merupakan kilang yang memproses murid sebagai bahan mentah agar menjadi output yang bersedia dan berupaya memikul peranan dalam kehidupan. Teori ini menegaskan kepentingan kanak-kanak dibezakan mengikut darjah kecerdasan, agar mereka mendapat latihan yang spesifik selaras dengan peranan mereka dalam masyarakat. Budaya dan ilmu pengetahuan sentiasa berkembang maka kurikulum perlu diubah agar dapat merentasi masa dan sesuai dengan konteks sosial, politik dan ekonomi semasa.Sebagai contoh inovasi yang dilakukan terhadap kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan memperkenalkan aktiviti amali yang berunsurkan teknologi.

KONSEP DAN PENGERTIAN TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN DAN IMPLIKASINYA KEPADA KURIKULUM BILIK DARJAH
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, transformasi didefinisikan sebagai perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dan lain-lain). Secara umumnya, transformasi kurikulum didefinisikan sebagai usaha menyusun serta menaiktaraf kurikulum sedia ada dan bukannya menghapuskan kurikulum asal. Oleh itu transformasi kurikulum kebangsaan membawa cadangan perubahan yang holistik merangkumi kepada perubahan konsep, bentuk, struktur, organisasi kandungan, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum persekolahan kebangsaan. Tujuan transformasi kurikulum dilaksanakan adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan kemahiran selain pengetahuan dan nilai yang relevan serta bersesuaian dengan keperluan semasa bagi mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Oleh itu pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia antaranya membuat perbandingan dengan sistem pendidikan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun yang kurikulumnya dianggap lebih kompetitif. Usaha ini bertujuan untuk memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri 6

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

Muhyiddin Yassin di dalam Utusan Malaysia bertarikh 23 Februari 2010, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum bertujuan membantu percambahan idea kreatif dan inovatif dalam kalangan murid sekolah. Menurutnya lagi, transformasi itu akan menekankan aspek penerokaan ilmu secara lebih mendalam melalui pembelajaran yang lebih menyeronokkan serta tidak berorientasikan peperiksaan. Usaha murni kerajaan ini turut dilihat apabila menekankan perkataan transformasi menerusi tema sambutan Hari Guru iaitu Guru penjana transformasi pendidikan negara tahun 2011 dan Guru inovatif melonjakkan transformasi pendidikan negara tahun 2012.

Jenis-jenis Pembaharuan dan Perubahan/Transformasi Kurikulum


Setiap pembaharuan perubahan/transformasi kurikulum yang dirancang atau dilaksanakan mempunyai objektif dan cirinya yang tertentu. Impak pelaksanaannya juga berbeza bagi setiap jenis pembaharuan. Oleh itu amat penting bagi setiap ahli atau organisasi pembentuk kurikulum mengetahui tujuan dan bentuk perubahan yang hendak dilakukan. Terdapat empat jenis pembaharuan dan perubahan/transformasi kurikulum yang dapat dikenalpasti dalam bidang literatur iaitu perubahan Homeostatik, perubahan Perkembangan, perubahan Neomobilistik dan perubahan Metamophistik. Perubahan Homeostatik bermaksud perubahan yang berlaku pada bila-bila masa/sepanjang masa kerana perubahannya adalah mengikut keperluan semasa. Sebagai contoh di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan transformasi atau pembaharuan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti perintegrasian ICT yang melibatkan guru dan murid. Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran ini berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Perubahan homeostatik ini dilakukan berlandaskan inisiatif guru atau individu yang peka terhadap perubahan semasa tanpa ada arahan mana-mana pihak. Perubahan Perkembangan bermaksud terdapat unsur atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum atau terdapat penambahbaikan ataupun pengintegrasian terhadap proses dan bentuk kurikulum yang sedia ada. Ini bermaksud ciri-ciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih dikekalkan. Cuma yang berubah mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alatalat yang digunakan. Ini bermaksud proses atau bentuk pembaharuan adalah lebih baik berbanding yang asal dan lebih menepati kehendak dan keperluan semasa dan akan datang. Sebagai contoh, matapelajaran Alam dan Manusia ditukarkan kepada matapelajaran Kajian Tempatan di peringkat sekolah rendah. Walaupun objektifnya sama, namun terdapat proses dan bentuk isi kandungan yang ditambahbaik untuk diselarikan dengan perkembangan yang berlaku dalam masyarakat. Perubahan Neomobilistik turut membawa masuk unsur atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum namun terdapat sedikit perbezaan dimana perubahan tersebut berlaku akibat faktor-faktor luaran seperti perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru ataupun penciptaan teknologi. Oleh itu, idea-idea atau pengetahuan baru tersebut perlu diambil kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada. Jika tidak, kurikulum tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak mengikuti keperluan semasa. Negara Malaysia banyak merujuk kepada negara maju dalam sistem pendidikan seperti di Amerika Syarikat, Jerman dan Britain untuk membuat perubahan. Sebagai contoh menyemak dan membanding beza teori pengurusan kurikulum, teori pendidikan dan penggunan ICT dalam pendidikan untuk membuat penambahbaikan dalam kurikulum sedia ada. Tujuan mendapatkan penanda arasan pendidikan dari negara-negara maju ini supaya kurikulum negara setaraf dengan kurikulum yang ada pada negara-negara maju tersebut dan mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam era globalasasi. Ia penting untuk menjamin masa depan pelajar kita supaya diterima dimana-mana tempat 7

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

kerana sistem yang ada dalam pendidikan negara mendapat akreditasi dari pihak luar atau antarabangsa. Perubahan keempat iaitu perubahan Metamophistik pula wujud disebabkan oleh kemasukan idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan yang dimasukkan ini mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu terpaksa ditukar. Bukan sahaja bahagian rasional dan objektifnya perlu diperbaharui, tetapi juga isi kurikulum tersebut, pendekatan dalam penyusunan isi, pengajaran dan penilaian kurikulum juga perlu diperbaharui sesuai dengan kehendak baru mengenai fungsi dan objektif pendidikan (Razali Arof, 1991). Perubahan besar yang dilakukan ini adalah lantaran menyaingi pembangunan dan globalisasi yang melanda negara.

Transformasi Kurikulum Kebangsaan


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini giat membuat penyesuaian dan penambahbaikan tehadap sistem pendidikan sedia ada sejajar dengan perubahan yang berlaku di peringkat global. Kesan globalisasi dan liberalisasi ini secara langsung dan tidak langsung memberi cabaran terhadap perancangan pendidikan negara. Oleh itu pelbagai usaha mentransformasikan kurikulum kebangsaan yang menjadi tunggak utama sistem pendidikan negara dirancang dan dalam proses untuk merealisasikannya. Antaranya pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) mulai tahun satu pada 2011, penekanan literasi asas BM & BI melalui modul P&P, tumpuan penggunaan teknologi dan maklumat selaras matlamat melahirkan murid berkebolehan dalam ICT, pembabitan murid dalam kegiatan kokurikulum, pelaksanaan program bahasa dan penambahan waktu P&P bagi kedua-dua bahasa. Pertamanya iaitu pelaksanaan KSSR dan SPPBS bermula tahun 2011. KSSR ini telah digubal oleh pihak kementerian supaya murid dibekalkan ilmu yang relevan dengan kehendak serta keperluan masa akan datang untuk menghasilkan modal insane yang boleh diterima di pasaran global. Terdapat enam tunjang yang difokuskan dalam KSSR iaitu tunjang Komunikasi, Sains dan Teknologi, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan serta Ketrampilan Diri. Keenam-enam tunjang ini telah dikenalpasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang seimbang dan berpemikiran kreatif, kritis dan inovatif. Pelbagai aktiviti telah dirancang bermula tahun 2011 dan berterusan untuk mentransformasikan kurikulum dan kokurikulum KSSR ini. Antaranya melaksanakan Model Teras Asas, Model Teras Tema dan Model Elektif di Tahap I, melaksanakan KSSR sesuai dengan keperluan murid pendidikan khas, melaksanakan pakej baru matapelajaran teras dan elektif bagi Tahap II dan memperluas penawaran matapelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan. SPPBS pula merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik dan diilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Transformasi seterusnya iaitu penekanan literasi asas BM & BI melalui modul P&P. Ini kerana modul Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi kurikulum bahasa Malaysia clan bahasa Inggeris disediakan berdasarkan kemahiran bahasa berkenaan, membabitkan proses mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain penekanan terhadap modul tatabahasa dan seni bahasa. Transformasi kurikulum berikutnya iaitu transformasi kurikulum yang melibatkan tumpuan penggunaan teknologi dan maklumat selaras matlamat melahirkan murid berkebolehan dalam 8

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

ICT. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Antara projek yang telah dilaksanakan kerajaan dalam pengintegrasian ICT dalam pendidikan iaitu pelaksanaan Sekolah Bestari, Smart Lab, Projek Sekolah Net, Projek Sekolah Vista dan sebagainya. Tujuannya supaya murid dapat melalui pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih interaktif dengan menggunakan aplikasi teknologi dalam bilik darjah. Pengaplikasian ICT ini mestilah sama-sama dilakukan bersama guru untuk pemantauan dan pemudahcara. Kementerian juga mengambil langkah mempergiatkan pembabitan murid dalam kegiatan kokurikulum. Langkah yang diambil ialah dengan mewujudkan dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S). Dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah dan dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Tujuan dasar 1M 1S ini diwujudkan adalah untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah dan memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Langkah transformasi seterusnya ialah pelaksanaan program bahasa dan penambahan waktu P&P bagi kedua-dua bahasa selari dengan dasar MBMMBI. Salah satu inisiatif ICT yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk dasar ini iaitu dengan menyediakan makmal bahasa di sekolahsekolah. Infrastruktur makmal bahasa ini dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.

Transformasi Kurikulum Kebangsaan Dan Implikasinya Kepada Kurikulum Bilik Darjah


Menurut kajian yang telah dijalankan, transformasi kurikulum kebangsaan telah memberikan impak yang besar terhadap kurikulum bilik darjah. Impak atau implikasi ini dapat diukur dari dua sudut iaitu dari sudut positif dan sudut negatif. Antara impak positif transformasi kurikulum kebangsaan terhadap kurikulum bilik darjah yang dapat dikenalpasti iaitu proses p&p kini lebih mementingkan interaksi antara murid, guru dan rakan sekelas, buku teks dalam KSSR digantikan dengan modul, penerapan semangat 1 Malaysia melalui KSSR, pembabitan murid dalam kokurikulum dan aktiviti luar bilik darjah (PLBD) dipertingkatkan, potensi sebenar murid dapat ditingkatkan melalui kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), pengintegrasian ICT telah melahirkan konsep kendiri, kreatif dan kritis dalam diri murid, serta dasar MBMMBI diperkuatkan melalui bahasa p&p sains dan matematik. Antara impak yang dapat dikenalpasti dari sudut negatif pula iaitu guru-guru sukar melaksanakan perubahan jika kurang sokongan pentadbiran (kewangan, bahan bantu mengajar (BBM), motivasi), perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran; guru berkemahiran rendah dalam sesuatu inovasi kurang bekerjasama dan akhir sekali, penyelerakan maklumat secara terbuka (komunikasi, idea, budaya) dalam kalangan murid. Impak yang pertama iaitu proses p&p kini lebih mementingkan interaksi antara murid, guru dan rakan sekelas selaras dengan tunjang komunikasi yang terdapat dalam KSSR. Tunjang komunikasi ini memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi ini boleh berlaku dalam bentuk verbal dan juga nonverbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang ini, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, 9

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang lain. Impak yang kedua iaitu buku teks dalam KSSR digantikan dengan modul. Ini kerana transformasi Kurikulum Sekolah Rendah Tahap 1 mencadangkan penggunaan modul bagi menggantikan mata pelajaran sebagai medium penyampaian pengetahuan, kemahiran dan nilai. Modul-modul ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Modul Teras Asas yang terdiri daripada empat komponen iaitu bahasa, matematik, pendidikan jasmani dan kesihatan serta pendikan agama/moral. Komponen bahasa merujuk kepada bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil. Modul kedua iaitu Modul Tema berasaskan tema-tema yang dipersetujui dan merangkumi bidang-bidang pembelajaran dalam mata pelajaran lain seperi ICT, Sains, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan dan Alam Sekitar. Kesan seterusnya iaitu penerapan semangat 1 Malaysia melalui KSSR dapat memupuk perpaduan bermulanya dari sekolah rendah lagi. Antara usaha yang dilaksanakan iaitu kurikulum tersebut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. Melalui subjek tersebut, murid-murid yang terdiri daripada berbilang bangsa akan di tanam semangat cintakan negara dan kepentingan keharmonian negara kepada rakyat. Selain itu juga, transformasi kurikulum telah menggalakkan pembabitan murid dalam kokurikulum dan aktiviti luar bilik darjah (PLBD). Ia adalah selaras dengan pelan tindakan utama kerajaan dalam pelan strategik INTERIM 2011-2016 iaitu untuk membangunkan kurikulum bagi kegiatan kokurikulum yang menjurus kepada bidang yang diminati secara khusus sehingga ke tahap menguasai penetahuan dan kemahiran yang sesuai untuk golongan murid. Antaranya, membangunkan kurikulum bagi aktiviti kokurikulum mengikut struktur dan organisasi aktiviti kurikulum sedia ada dan meningkat bilangan perkhemahan aktiviti kokurikulum (akaian seragam) di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Kesan yang seterusnya iaitu potensi sebenar murid dapat ditingkatkan melalui kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Ini memandangkan aspek pengintegrasian ditegaskan dalam kurikulum prasekolah dan sekolah rendah. Sebagai contoh pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah kebangsaan yang baru merupakan kesinambungan kaedah yang ditegaskan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dahulu. Pendekatan yang dimaksudkan melibatakan perkara-perkara seperti Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK), pembelajaran Masteri, pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran Inkuiri, konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Pengintegrasian ICT dalam kurikulum bilik darjah semakin meluas di zaman globalisasi ini. Penggunaan ICT ini terdiri dari pelbagai kaedah seperti pengajaran berbantukan komputer ( berfungsi apabila guru tahu dan menguasai sepenuhnya tentang kelebihan dan kelemahan sebuah sistem komputer), pengajaran diuruskan komputer (membantu proses pengurusan dalam bilik darjah), komunikasi mediasi komputer (melibatkan pengajaran dan pembelajaran secara rangkaian atau hubungan rangkaian contohnya internet) dan multimedia berasaskan komputer (multimedia boleh dijadikan salah satu alat bantuan mengajar (ABM), Aplikasi ICT dalam transformasi kurikulum ini memberikan implikasi yang positif dan negatif terhadapkurikulum bilik darjah. Antara implikasi positif iaitu menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat, pengintegrasian multimedia daripada sumber yang pelbagai dan keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan kawalan kendiri. Kawalan kendiri ini secara tidak langsung menjana pemikiran kritis dan kreatif dalam diri murid. Antara impak negatif yang dapat dikenalpasti iaitu penyelerakan maklumat secara terbuka (komunikasi, idea, budaya) dalam kalangan murid yang jika tidak dibendung akan menyebabkan anasir-ansir yang kurang sihat dipindahkan dari medium luar ke dalam diri murid. Disamping itu aplikasi ICT turut memerlukan kos yang tinggi dan perkembangan teknologi yang cepat berubah menjadikan sesuatu aplikasi itu perlu diubah dalam jangkamasa yang singkat. Dasar MBMMBI turut diperkuatkan dalam tranformasi kurikulum ini melalui bahasa p&p sains dan matematik. Ia dilaksanakan di sekolah melalui 10

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p. Secara kesimpulannya, transformasi kurikulum sangat bertepatan dilaksanakan pada masa kini kerana ia bertujuan memastikan kurikulum kebangsaan kekal relevan dalam usaha menyediakan guna tenaga yang dapat memenuhi keperluan industri dan pihak berkepntingan yang lain. Transformasi ini berupaya membentuk warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, mengamalkan nilai murni bertujuan melahirkan modal insan yang berdaya saing dan dditerima di peringkat global.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERUBAHAN DAN INNOVASI KURIKULUM


Di dalam Inovasi kurikulum terdapat pelbagai jenis faktor yang mempengaruhi perubahan nya. Antara faktor-faktor yang terlibat ialah pertama kewujudan ilmu-ilmu yang baru, atau perkembangan atau penemuan ilmu baru. Seperti yang di ketahui kurikulum yang telah dibentuk perlu sentiasa dikemaskini supaya murid-murid tidak akan mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman. Oleh itu, pengaruh inovasi untuk memperbaiki kurikulum yang sedia ada mengambil kira atau memasukkan ilmu-ilmu yang terakhir ditemui kedalam kurikulum itu. Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perekembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu pengurusan dan perhubaungan ke dalam biodang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri. Faktor keduanya pula ialah keperluan masyarakat dan Negara yang berubah. Disini kurikulum di sekolah turut diperbaharui dengan memasukan pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi membentuk minda kreatif dan inovatif. Ini juga membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasakan kepada idea-idea yang kreatif. Perkara ini terjadi disebabkan kehendak masyarakat dan Negara untuk melatih lebih banyak tenaga mahir pada masa akan datang. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza. Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik.

11

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

Selain itu, faktor ketiga yang membawa perubahan inovasi ialah perkembangan Sains dan Teknologi. Perkembangan ini diberi tumpuan kepada matapelajaran yang dapat mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pembelajaran murid-murid . contoh seperti Komputer dimana terdapat banyak kurikulum yang telah sedia ada dibentuk, dirombak untuk membawa masuk ilmu komputer ke dalam kurikulum. Selain itu, ilmu keusahawanan, perniagaan, perkebunan dan perindustrian turut diperkenalkan dalam perkembangan ini. Ini kerana secara tidak langsung akan membuatkan pembentukan masyarakat yang produktif sejurusnya memberi tumpuan negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Faktor seterusnya yang keempat pula ialah tentang pengaruh politik dalam sistem kurikulum. Perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Oleh itu, kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Ini juga disebabkan kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Dalam perancangan dan perlaksaan kurikulum juga menyumbang kepada faktor yang kelima dalam perubahan inovasi sesebuah kurikulum. Proses pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara. Oleh kerana itu, pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Akibatnya, masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994 dalam Tengku Zawawi b Tengku Zainal). Seterusnya faktor yang keenam pula ialah perubahan sosial. Seperti yang dimaklumkan sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang perlu diserapkan. Implikasi dari pemasalahan keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan. Akhir sekali, faktor yang ketujuh ini adalah tentang kelemahan pelaksanaan kurikulum sedia ada. Ini terjadi apabila pelaksana kurikulum gagal memilih objektif atau isi kandungan kurikulum dengan sempurna bersesuaian dengan keadaan semasa. Alat yang digunakan untuk memilih objektif kurikulum tidak lagi sesuai digunakan dan dengan itu menyebabkan objektif yang dicapai oleh sesuatu kurikulum tidak tepat. Oleh itu, perubahan oleh pelaksana perlu ada bagi melancarkan perlaksanaan kurikulum ini. Kesimpulannya, pembaharuan dan inovasi diperlukan bukan saja dalam bidang teknologi tetapi dalam semua bidang termasuk bidang pendidikan. Sebagai pendidik kita harus mengetahui dan menerapkan inovasi-inovasi agar dapat mengembangkan proses pembelajaran yang kondusif sehingga dalam usaha mendapatkan hasil yang maksimum. 12

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

ISU-ISU BERKAITAN
Guru Sebagai Agen yang Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah
Guru merupakan agen perubahan penting menyebarkan kurikulum kepada pelajar di sekolah. Guru juga merupakan titian antara hasrat dan realiti kurikulum. Ini kerana kurikulum merupakan nadi utama pendidikan. Kurikulum merangkumi pelbagai aktiviti dilaksanakan di sekolah bertujuan mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Dalam konteks Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengariskan aspek penting membimbing pembelajaran pelajar ke arah memaksimakan potensi diri masing-masing. Kurikulum juga dilihat sebagai hasrat, pelan atau preskripsi mengenai apa diingini berlaku di sekolah. Ia juga berkait rapat dengan kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang oleh guru sendiri. Tahap profesionalisme guru khususnya tahap pemikiran diri mempengaruhi bagaimana guru memberi makna kepada kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Justeru, apabila inovasi dalam kurikulum berlaku, guru memainkan peranan yang penting dalam proses pelaksanaannya. Tanpa peranan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang di rancang sukar untuk dicapai.

Halangan Kepada Pelaksanaan Inovasi Kurikulum


Faktor utama yang menjadi penentu kepada penyebaran kurikulum ialah tahap persepsi penyebar iaitu guru. Persepsi ini akan mengubah corak komitmen guru dalam melaksanakan perubahan dan inovasi dalam bilik darjah. Ia juga mempengaruhi sikap dan tingkah laku guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesetengah guru mengalami sindrom technophobia di mana mereka merasa takut dan bimbang dalam melaksanakan pembaharuan kurikulum yang melibatkan penggunaan teknologi. Apatah lagi sekiranya mereka tidak dilengkapi dengan kemahiran atau ilmu tertentu yang membantu mereka dalam mengaplikasikan sesuatu inovasi. Terdapat juga guru yang bersikap menolak inovasi kerana mereka selesa dengan amalan lama dan bertegas untuk tidak mahu menukar kepada amalan baru. Mereka tidak mahu keluar daripada zon selesa mereka kerana bimbang akan menambah beban tugas dan menyusahkan mereka kelak. Pelbagai alasan diberikan oleh mereka seperti masalah kekangan masa dan kekurangan kemudahan untuk melaksanakan inovasi. Walhal, sekiranya mereka komited dengan tugas dan juga membuat kajian terlebih dahulu mengenai matlamat sesuatu inovasi, mereka pasti akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin demi manfaat yang bakal diperoleh oleh anak didik mereka. Motivasi guru merupakan pembolehubah yang menjadi isu penting dalam pelaksanaan inovasi di sekolah. Motivasi guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkahlaku mereka dalam pelaksanaan inovasi dan tugas-tugas guru secara umumnya. Tahap motivasi yang tinggi akan memberikan rasa tanggungjawab yang tinggi manakala tahap motivasi yang rendah memberi kesan sebaliknya. Kadang kala, tahap motivasi ini dipengaruhi oleh tahap kemahiran dan tahap pengetahuan guru terhadap sebab dan alasan sesuatu perubahan atau inovasi itu dilakukan. Sesetengah guru hanya mendengar-dengar daripada pihak kedua dan bukannya mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber yang sebenar. Oleh itu, amat penting bagi guru-guru untuk mencari dan mengkaji latar belakang sesuatu inovasi sedalam-

13

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

dalamnya melalui sumber asal agar mereka dapat memahaminya dengan terperinci dan tidak menimbulkan salah faham di kemudian hari yang mengganggu pelaksanaannya. Halangan yang seterusnya ialah terdapat perbezaan yang ketara antara penggubal kurikulum dan juga pelaksana kurikulum. Kedua-dua pihak menghadapi dua situasi yang berbeza dan tidak sehaluan idea. Penggubal lebih bersifat teori, abstrak, idealistik, berpandangan jauh dan akademik. Manakala, pelaksana iatu pihak guru menghadapi dunia realiti di mana mereka menghadapi situasi sebenar di bilik darjah yang diisi dengan pelbagai masalah pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertentangan dan menyebabkan sesuatu inovasi sukar untuk dilaksanakan. Dalam sesetengah kes, guru-guru merasa terabai kerana tiada siapa yang mahu mendengar pendapat dan permasalahan mereka. Mereka perlu akur dan menerima sahaja keputusan daripada pihak berkuasa pendidikan. Hal ini menyebabkan mereka tidak merasa teruja dengan kewujudan perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah serta tidak mahu mengambil tahu. Mereka juga tidak teruja untuk menerima dan melaksanakannya.

Cadangan Langkah Penyelesaian


Kesediaan guru untuk melaksanakan inovasi adalah persoalan penting yang perlu dipertimbangkan oleh pihak perancangan pendidikan supaya wujudnya keharmonian antara pihak pelaksana inovasi iaitu guru dan perancang inovasi itu sendiri, Pelaksanaan inovasi akan tersekat jika pihak berkuasa pendidikan menganggap inovasi kurikulum sebagai satu kemestian, sedangkan guru melihatnya pada sudut pandangan sebaliknya Guru harus bersikap positif terhadap perubahan dan inovasi yang berlaku dengan menonjolkan sikap profesional dalam tugas. Sikap guru terhadap kurikulum dan pengajaran menentukan kejayaan atau kegagalan penyebaran kurikulum. Pegangan sikap akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan keputusan guru sama ada kurikulum yang dianjurkan terlaksana. Guru perlu mempunyai lokus kawalan diri yang positif terhadap kurikulum dan pengajaran. Guru berinisiatif tinggi dan berperanan sebagai pengusaha terbaik menterjemahkan pengajaran menyebar kurikulum. Walau apa pun reaksi guru terhadap inovasi kurikulum, namun perubahan akan terus berlaku, malah sukar untuk dibendung. Dalam hal ini, kita seharusnya mempunyai visi dan pandangan dunia tersendiri supaya dasar-dasar yang digubal mencapai sasarannya, Sekolah harus bersedia untuk berubah mengikut zaman. Mereka harus melihat inovasi sebagai peluang untuk memperkasakan kurikulum di peringkat sekolah.Trend perubahan di Malaysia yang cukup pesat semestinya akan berterusan. Malah mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan adalah agen tumbesaran generasi masa depan dengan tujuan mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk individu yang berkemampuan menangani cabaran globalisasi tetapi mengekalkan ciri-ciri ala Malaysia. Sokongan pihak berkuasa pendidikan juga amat diharapkan oleh warga guru dalam merealisasikan sesuatu inovasi. Guru perlulah dibekalkan dengan kemahiran yang sewajarnya agar mereka lebih bermotivasi dan berkeyakinan untuk melaksanakan inovasi. Mereka harus didedahkan dengan maklumat-maklumat terkini mengenai perubahan-perubahan yang berlaku dalam kurikulum. Pendapat serta permasalahan mereka juga harus didengari oleh pihak berkuasa pendidikan agar pelaksanaan inovasi tidak terganggu dan mencapai matlamatnya. Guru adalah pelaksana langsung kurikulum yang telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengetahuan. persepsi, kefahaman, kesediaan, dan kemampuan guru-guru untuk meneruskan pelaksanaan pembaharuan dan inovasi kurikulum sangat penting. Mereka haruslah berubah seiring dengan sifat inovasi itu sendiri. 14

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

RUMUSAN
Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah adalah amat penting kerana perubahan ini diharapkan akan membawa kepada pembaharuan dan penambahbaikan kepada mutu pendidikan di negara kita. Sekiranya perubahan dan inovasi yang dilakukan dirancang dan dilaksanakan dengan baik, kita mengharapkan modal insan yang akan kita hasilkan bermutu tinggi dan berkualiti seiring dengan matlamat yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Justeru, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab dan komited demi untuk kejayaan sistem pendidikan negara dalam melahirkan warga yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Hamdan. (2007). Pengajian Kurikulum. Skudai : UTM. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2012), Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2020, Putrajaya: KPM. Habib Mat Som. Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia. Jurnal Masalah Pendidikan. Jilid 31 (1), hal. 91-101. Habib Mat Som. Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum: Sorotan dan Perbincangan. Jurnal Masalah Pendidikan. Jilid 27, hal. 87-97. Jabatan Perdana Menteri.(2010). Program Transformasi Kerajaan (Pelan Hala Tuju). Putrajaya: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman. Kamus Dewan Edisi Empat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Putrajaya: KPM. Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise. Mohd Najib A Ghafar & Ali Harun (2007). Perbezaan Antara Pengetahuan dan Amalan Konsep KBSM di Kalangan Guru. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 12 Oktober 2007, hal. 99-118. Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP. Mohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP. Mok Soon Sang. (2008). Pengurusan Kurikulum. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Razali Arof (1991), Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz29GhA6ub3 diakses pada 1 Oktober 2012. Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace and World.

15

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

LATIHAN KENDIRI
Bahagian A: Soalan Objektif
1. Perubahan dan inovasi kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara serta melihat perkembangan kurikulum di Malaysia.Dengan merujuk Kamus Dewan, apakah yang dimaksudkan dengan Inovasi Kurikulum? A. Kurikulum yang sedia ada diperbaharui supaya menjadi lebih berkesan dengan memasukkan elemen-eleman yang tidak terdapat dalam kurikulum terdahulu. B. Kurikulum yang sedia ada diperbaharui mempunyai pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu. C. Kurikulum yang sedia ada diperbaharui dari segi idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan pengajaran dan pembelajaran. D. Kurikulum yang sedia ada diperbaharui bertujuan menyesuaikan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut budaya, falsafah dan sumber yang digunakan. 2. Perubahan dan inovasi kurikulum berlaku secara dinamik dan seimbang.dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara.Antara berikut,pilih sebab-sebab yang mempengaruhi perubahan dan inovasi kurikulum. I. Perkembangan Falsafah dan Teori Pendidikan II. Kehendak Masyarakat III. Isu-isu semasa IV. Perkembangan Sains dan Teknologi A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I, III dan IV D. II,III dan IV

Soalan 3 adalah berdasarkan kenyataan di bawah. Teori ini menegaskan kepentingan kanak-kanak dibezakan mengikut darjah kecerdasan, agar mereka mendapat latihan yang spesifik selaras dengan peranan mereka dalam masyarakat.

3. Antara teori perubahan dan inovasi kurikulum berikut,manakah yang berkaitan dengan pernyataan di atas? A. Teori Disiplin Mental B. Teori Kurikulum Saintifik C. Teori Kurikulum D. Teori Fungsi

16

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

4. Berikut merupakan implikasi atau impak transformasi kurikulum kebangsaan terhadap kurikulum bilik darjah KECUALI A. Transformasi kurikulum kebangsaan dapat meningkatkan pembabitan murid dalam kokurikulum dan aktiviti luar (PLBD). B. Sesi P&P di dalam kelas lebih mementingkan interaksi antara murid, guru dan rakan sekelas. C. Transformasi kurikulum melalui KSSR dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysian melalui penerapan semangat 1 Malaysia. D. Sistem pembelajaran yang ditekankan dalam kurikulum bilik darjah lebih berorientasikan peperiksaan. 6. Terdapat unsur atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum/penambahbaikan/ pengintegrasian terhadap proses dan bentuk kurikulum yang sedia ada. Ciri-ciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih dikekalkan, yang berubah mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat yang digunakan... Berdasarkan kenyataan diatas, nyatakan jenis perubahan/transformasi yang dilaksanakan terhadap kurikulum tersebut? A. B. C. D. Perubahan Neomobilistik Perubahan Homeostatik Perubahan Perkembangan Perubahan Metamophistik

7. Antara berikut yang manakah merupakan faktor-faktor mempengaruhi perubahan dan innovasi kurikulum? I Kewujudan ilmu-ilmu yang baru II Perubahan social III Kepincangan kehidupan manusia IV Perkembangan Sains dan Teknologi A B C D I,II & III I,III & IV I, II & IV II,III & IV

17

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

Bahagian B: Soalan Esei


1. Kurikulum Permata adalah salah satu perubahan dan inovasi dalam kurikulum Pendidikan Prasekolah. Kurikulum ini dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan awal kanakkanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti.Ianya berasaskan proses perkembangan kanak-kanak yang universal yang menjadi sebab utama ianya boleh digunapakai oleh mana-mana kaedah atau program pendidikan awal kanakkanak.Terangkan ciri-ciri penting kaedah atau program yang terdapat dalam Kurikulum Permata. 2. Antara salah satu transformasi kurikulum yang dilaksanakan oleh pihak kementerian ialah melalui dasar 1Murid 1Sukan (1M1S). Huraikan apakah yang anda faham mengenai dasar ini serta matlamat utama pembentukan dasar 1M1S? 3. Dalam KSSR terdapat enam tunjang yang difokuskan dalam KSSR iaitu tunjang Komunikasi, Sains dan Teknologi, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan serta Ketrampilan Diri. Jelaskan secara ringkas apakah yang dtekankan dalam tunjang komunikasi? 4. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan inovasi sesebuah kurikulum. Berikan contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong hujah anda. 5. Berikan 3 halangan kepada pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah. Jelaskan.

18

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

SKEMA JAWAPAN
Bahagian A: Soalan Objektif 1. A
2. 3. 4. 5. 6. B D D C C

Bahagian B: Soalan Esei


1. Kurikulum ini menekankan penglibatan ibu bapa secara aktif.Kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman,kaedah pengasuhan secara holistik,di samping panduan merancang aktiviti untuk mentafsir perkembangan kanakkanak,merefleksi dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga serta masyarakat. Teknik pembelajaran Permata ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan.Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui kasih-sayang dan belaian, interaksi dan komunikasi, pemikiran dan bacaan, memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas, mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak, belajar melalui bermain,menghayati muzik dan seni,nyanyian dan pantun,tarian dan lakonan. Teknik pembelajara Permata mengambil kira aspek-aspek seperti pembinaan hubungan emosi,kasih sayang,rasa selamat dan yakin diri melalui sentuhan dan belaian,melalui berkawan dan sosial, belajar melalui percubaan dan penerokaan,membina minat membaca dan berfikir sejak awal dan merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik. 2. Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah dan dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Tujuan dasar 1M 1S ini diwujudkan adalah untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah dan memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. 3. Tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi ini boleh berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang ini, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahirankemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang lain.

19

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

4. Kewujudan ilmu-ilmu yang baru, atau perkembangan atau penemuan ilmu baru Kurikulum yang telah dibentuk perlu sentiasa dikemaskini supaya murid-murid tidak akan mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman Pengaruh inovasi untuk memperbaiki kurikulum yang sedia ada mengambil kira atau memasukkan ilmu-ilmu yang terakhir ditemui kedalam kurikulum itu Contoh memperbaharui buku-buku teks Keperluan Masyarakat dan Negara yang berubah Kurikulum di sekolah turut diperbaharui dengan memasukan pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi membentuk minda kreatif dan inovatif Membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasakan kepada ideaidea yang kreatif Contohnya ::Kehendak masyarakat dan Negara melatih lebih banyak tenaga mahir Perkembangan Sains dan Teknologi Memberi tumpuan kepada matapelajaran yang dapat mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pembelajaran murid-murid Ilmu keusahawanan, perniagaan, perkebunan dan perindustrian turut diperkenalkan Pembentukan masyarakat yang produktif tumpuan negara mencapai matlamat Wawasan 2020 Contohnya :: Komputer didapati banyak kurikulum yang telah sedia ada dibentuk, dirombak untuk membawa masuk ilmu komputer ke dalam kurikulum Pengaruh Politik Perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Contohnya permansuhan PPMSI dan pengenalan KSSR dan perlaksanaan SPPBS Faktor Perancang dan Pelaksanaan kurikulum Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara. Pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku Contohnya pengenalan KSSR dan perlaksanaan SPPBS Perubahan Sosial Sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang perlu diserapkan. Masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Contohnya:: Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Kelemahan Pelaksanaan Kurikulum Sedia Ada Pelaksana kurikulum gagal memilih objektif atau isi kandungan kurikulum dengan sempurna bersesuaian dengan keadaan semasa 20

TOPIK 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

Contohnya: Alat yang digunakan untuk memilih objektif kurikulum tidak lagi sesuai digunakan dan dengan itu menyebabkan objektif yang dicapai oleh sesuatu kurikulum tidak tepat 5. Faktor utama yang menjadi penentu kepada penyebaran kurikulum ialah tahap persepsi penyebar iaitu guru. Sesetengah guru mengalami sindrom technophobia di mana mereka merasa takut dan bimbang dalam melaksanakan pembaharuan kurikulum yang melibatkan penggunaan teknologi. Terdapat juga guru yang bersikap menolak inovasi kerana mereka selesa dengan amalan lama dan tidak mahu menukar kepada amalan baru. Pelbagai alasan diberikan mereka seperti masalah kekangan masa dan kekurangan kemudahan untuk melaksanakan inovasi. Halangan yang seterusnya ialah terdapat perbezaan yang ketara antara penggubal kurikulum dan juga pelaksana kurikulum. Kedua-dua pihak menghadapi dua situasi yang berbeza dan tidak sehaluan idea. Penggubal lebih bersifat teori, abstrak, idealistik, berpandangan jauh dan akademik. Manakala, pelaksana iatu pihak guru menghadapi dunia realiti di dalam bilik darjah.

21