Anda di halaman 1dari 14

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA MELAYU

STRATEGI KONSEP STRATEGI Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

STRATEGI PENGAJARAN Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Penggabungan pendekatan dan kaedah serta bagaimana pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. . Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas, memerlukan pelbagai kaedah mengajar yang dirancang secara teratur untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan.

Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran-pembelajaran yang paling maksimum. Klasifikasi Strategi Terdapat empat klasifikasi strategi yang wajar diamalkan oleh guru dalam pengajaran. Strategi yang dikaitkan ialah strategi: i. ii. Strategi berpusatkan guru Strategi berpusatkan murid 1

iii. iv.

Strategi berpusatkan bahan Strategi berpusatkan masalah

PENDEKATAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau halatuju untuk mencapai sasaran. Pendekatan pengajaran digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran, mata pelajaran dan sebagainya. Contohnya, pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajaran disebut sebagai pendekatan memusatkan guru seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi.Manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran misalnya pengajaran Alam dan Manusia menggunakan pendekatan pendekatan bersepadu yang menggabungkan matapelajaran Sejarah, Geografi dan Kesihatan. digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Dalam pengajaran bahasa pula, terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pe situasi,psiko-linguistik, terjemahan dan tatabahasa. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behaviouris.

JENIS-JENIS PENDEKATAN

Induktif Deduktif Eklektik Komunikatif Tematik Kostruktivisme Masteri Kontekstual 2

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum. Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contohcontoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.

DEDUKTIF

Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum. Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumusrumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan. Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contohcontoh khusus. Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran. Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru. EKLEKTIK Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu. Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. 3

Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid. KOMUNIKATIF Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran. TEMATIK Terdapat juga pendekatan yang digunakan untuk pengajaran bahasa mengikut tema-tema tertentu. Pengajaran penulisan tentang alam sekitar contohnya boleh dikaitkan dengan pendekatan tematik. Tema alam sekitar boleh berkembang kepada aspek perundangan, kesihatan dan ekonomi

KONSTRUKTIVISME Bermaksud pengetahuan dibina sendiri oleh murid-murid secara aktif berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Konsep yang diketengahkan berfokus kepada pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu MASTERI Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti KONTEKSTUAL Konsep belajar yang membantu guru mengaitkan unsur masteri dengan situasi nyata murid. Pendekatan ini mendorong murid untuk menghubungkan pengetahuan yang dimiliki dengan penerapan dalam kehidupan seharian

KAEDAH
Definisi Kaedah Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kaedah bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip

Kaedah

Penerangan

Kaedah Natural

Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.

Kaedah Nahu Tradisional

Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.

Kaedah Terus

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah Ajuk Hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

Kaedah Linguistik

Kaedah ini digunakan untuk pengajaran bahasa moden secara saintifik dengan membandingkan dua bahasa. Pegetahuan bahasa murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa, di samping aspek-aspek lain seperti bunyi,susun ayat dan makna. Justeru, kaedah ini amat mementingkan aspek pertuturan dan membolehkan guru menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid semasa proses pengajaran dalam bilik darjah

Kaedah kognitif

Kod

Kaedah ini wujud berasaskan pendapat golongan mentalis yang memandang bahasa sebagai kreativiti mental. Kaedah ini merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan

Kaedah Bahasa Komuniti

Dalam kaedah ini, murid-murid akan menjadi ahli dalam komuniti. Mereka akan melalui proses interaksi dengan rakan-rakan dalam komuniti tersebut. Matlamatnya ialah untuk memastikan murid-murid belajar cara-cara berkomunikasi menggunakan bahasa yang ingin dipelajari mengikut gaya sendiri

Kaedah OralAural

Dikenali juga sebagai kaedah dengartutur. Kaedah ini memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa kepada murid. Walau bagaimanapun, kemahiran mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kaedah ini mengguakan dialog untuk dihafaz dan diikuti pula dengan cara ajukan

TEKNIK PENGAJARAN YANG SESUAI DENGAN KSSR

Teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika guru tidak menguasai teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar objektif pengajaran tidak tercapai.

TEKNIK LATIH TUBI


* Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. * Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. * Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. * Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. * Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. * Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

TEKNIK IMPROVISASI
Pengenalan Improvisasi Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut arahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri. Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan murid agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan. Langkah-langkah Improvisasi i. Guru memberi rangsangan samada berdasarkan situasi, objek watak, petikan cerita atau gambar. ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil. iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka dikehendaki beraksi di hadapan kelas. iv. Guru tidak perlu menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk membentuk keyakinan murid beraksi. v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas. vi. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk berimprovisasi.

TEKNIK BERCERITA
Pengenalan Bercerita Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. 8

Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid. Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.

Langkah-langkah Bercerita i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain Bahan Bantu Mengajar. viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspekaspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


Pengenalan Permainan Bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan 9

kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

Langkah-langkah Permainan Bahasa

i. Secara Berkumpulan Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan murid dalam banyak kumpulan.

ii. Secara Berpasangan Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan murid.

iii. Secara Individu Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu.

Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan

sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masingmasing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti

mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isiisi penting.

Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.


Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan

terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

10

Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada

murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknik Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang

dianggap penting.

Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu

situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana

pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini

dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

Teknik Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan

satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah

dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan

pembelajaran secara analitis.

Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik

permainan.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi

latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa

pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

11

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam

sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.

Teknik Drama

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan

induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur

paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan

perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.


Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu

pengajaran dan pembelajaran.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid,

disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK

Berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar

Bercorak abstrak

Bersifat konkrit

Lebih khusus atau spesifik

12

Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan

Satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara

Cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar kemahiran bahasa

Wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik dan bahan atau alat yang berkaitan

PENUTUP Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik. Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

13

14

Anda mungkin juga menyukai