Anda di halaman 1dari 7

SOALAN STRUKTUR ( KUMPULAN 2 PERANCANGAN PENUBUHAN

PRASEKOLAH)
1. Semasa merancang penubuhan sesebuah Pusat Pendidikan Awal Kanakkanak, tinjauan kebolehbinaan perlu dilakukan dengan mengambil kira
beberapa perkara. Nyatakan perkara tersebut.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
2. Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat
pendidikan kanak-kanak berdasarkan formula MESH. Nyatakan apa itu
formula MESH.
__________________________________________________________
_________________________________________________________
3. Nyatakan langkah langkah keselamatan yang perlu dititkberatkan di kelas
prasekolah.
_________________________________________________________
___________________________________________________________
4. Nyatakan amalan-amalan kebersihan di kawasan luar prasekolah.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
5. Menurut Bustam dan Puteri Zabariah (2005), berikut adalah perkara yang
perlu diberi perhatian untuk mendapatkan kelulusan penubuhan prasekolah.
Nyatatan perkara tersebut.
____________________________________________________________
__________________________________________________________________

SOALAN ESEI ( KUMPULAN 2 PERANCANGAN PENUBUHAN


PRASEKOLAH)

1.

Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan


jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Bincangkan
bagaimanakah pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai
tujuan tersebut.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

2. Sebagai guru prasekolah , bincangkan perkara-perkara yang perlu diambil


kira semasa anda menyusun atur persekitaran dalaman kelas anda.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

CADANGAN JAWAPAN SOALAN STRUKTUR :


1. Semasa merancang penubuhan sesebuah Pusat Pendidikan Awal Kanakkanak, tinjauan kebolehbinaan perlu dilakukan dengan mengambil kira
beberapa perkara berikut ;
a. Kesesuaian tapak dan lokasi sekolah- mengikut keperluan masyarakat
Setempat
b. Kumpulan sasaran/ pelanggan-umur kanak-kanak dan tahap
sosioekonomi setempat
c. Sumber kewangan-untuk membangun dan mengendalikan pusat
prasekolah
d. Prasarana/infrastruktur- bersesuaian dengan pusat prasekolah
e. Sumber manusia- untuk mengendalikan prasekolah
f.

Peraturan dan perundangan-untuk menjamin kepatuhan dan


keberkesanan prasekolah

g. Peralatan dan perabot- bersesuaian dengan saiz kanak-kanak dan


selamat digunakan
2. Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat
pendidikan kanak-kanak berdasarkan formula MESH.
a. M (material)
- Untuk bahan yang digunakan di pusat tersebut.
b. E (equipment)
- Untuk peralatan termasuklah alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan
dan hiasan.
c. S (space)
- Untuk tempat (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan

susunan hiasan. Termasuk juga insuran.


d. H (human)
- Untuk tenaga manusia termasuklah pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan perkhidmatan.
Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan
pengagihan kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan dan
mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan
menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini.
3. Langkah langkah keselamatan yang perlu dititkberatkan di kelas
prasekolah.
Pastikan kelas dan kawasan persekitaran premis selamat.
Elakkan kanak-kanak daripada terjatuh dari aras yang tinggi yang boleh
mencederakan mereka.
Awasi dan nasihati kanak-kanak supaya tidak menghampiri kawasan yang
bertakung seperti longkang besar atau kolam.
Pastikan kanak-kanak tidak dibiarkan bermain seorang diri tanpa
pengawasan.
Segera mengelap lantai supaya kering bagi mengelakkan kanak-kanak
tergelincir.
Simpan barang-barang ditempatnya dan tidak disepahkan di atas lantai.
Awasi benda-benda halus dan kecil seperti kekacang, duit syiling, peniti,
manik atau mana-mana bahagian kecil mainan supaya tidak memasukki
mulut, telinga dan hidung kanak-kanak.
Berwaspada memberi makanan berbiji dan bertulang.
Awasi kanak-kanak semasa di jalan raya dan jangan biarkan kanak-kanak
melintasi jalan bersendirian dan dedahkan mereka dengan pengetahuan
dan keselamatan jalan raya.
Pembalutan span pada tiang yang keras akan mengurangkan risiko
kecedaraan teruk.

Pintur pagar ditutup mengikut waktu untuk mengelakkan orang yang tidak
dikenali memasuki kawasan prasekolah.
Kaki lima sekeliling bangunan tidak diletakkan dengan barang-barang.
Larangan menggunakan peralatan tajam seperti gunting, pisau, stepler,
pensel tajam dan sebagainya.
Wujudkan peraturan tertentu seperti:
tidak boleh berlari
tidak boleh bergaduh
mengenakan hukuman sekiranya melanggar peraturan tersebut.
Langkah-langkah pencegahan atau penghapusan LILATI dan Anai-anai
(Lipas, Lalat, Tikus dan Anai-anai)

4. Amalan-amalan kebersihan di kawasan luar prasekolah.


* Rumput yang panjang perlu dipotong bagi mengelakkan ular.
* Pastikan air limbahan tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan
pembiakan lalat.
* Bersihkan longkang dan pastikan air tidak bertakung.
* Pastikan kawasan bersih dan bebas dari sampah sarap bagi menghindari
lalat dan serangga perosak.
* Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur.
5. Menurut Bustam dan Puteri Zabariah (2005), berikut adalah perkara yang
perlu diberi perhatian untuk mendapatkan kelulusan penubuhan
prasekolah:
a. Fizikal
b. Kemudahan Asas
c. Keselamatan
d. Keselesaan dan Kesejahteraan
e. Persekitaran Yang Kondusif

CADANGAN JAWAPAN SOALAN ESEI


1. Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan
dan jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah.
Bincangkan bagaimanakah pendidikan prasekolah membolehkan kanakkanak mencapai tujuan tersebut.
Sebagai modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan
negara, Pendidikan awal kanak-kanak ialah satu bidang yang sangat
penting bagi memastikan outcome daripada pendidikan tersebut
mencapai piawaian modal insan berkualiti.
Memperluas peluang pendidikan awal kepada semua kanak-kanak
berusia dibawah 4 tahun supaya bersedia daripada aspek sosioemosi,
intelek dan jasmani.
Memperluas peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak supaya
bersedia daripada aspek sosioemosi, intelek dan jasmani untuk ke
tahun 1.
Secara umumnya apa yang perlu difahami, prasekolah merupakan
tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan diri dengan rakan
sebaya dan orang dewasa, meningkatkan kemahiran-kemahiran
perkembangan menyeluruh mereka disamping meningkatkan
keupayaan berkomunikasi.
Peruntukan suatu alam persekitaran yang kaya dan menggalakkan
potensi maksimum kanak-kanak ini boleh diwujudkan di pusat
prasekolah
2. Sebagai guru prasekolah , bincangkan perkara-perkara yang perlu diambil
kira semasa anda menyusun atur persekitaran dalaman kelas anda.

Penyusunan persekitaran dalam kelas prasekolah boleh dilakukan


mengikut rupa bentuk tetap dan rupa bentuk mudah ubah.

Rupa bentuk tetap seperti Ruang Dapur, Pusat Multimedia yang


terdapat set komputer, televisyen dan socket outlet / suis elektrik.

Rupa bentuk mudah ubah termasuklah perabot seperti meja dan


kerusi murid yang boleh disusun atur mengikut kesesuaian.

Penyusunannya perlulah mengikut domain-domain perkembangan


setiap kanak-kanak seperti :

Domain Perkembangan Kognitif:


Penting bagi merangsang proses pemikiran kanak-kanak

Domain Perkembangan Sosio-emosi:


Untuk kanak-kanak membina sosialisasi dan mempertingkatkan
tahap emosi.

Domain Perkembangan Literasi:


Untuk perkembangan dan penguasaan

berbahasa.

Domain Perkembangan Kreatif:


Untuk menjadikan kanak-kanak itu lebih kreatif dan inovatif di dalam
menjalankan kehidupannya.

Anda mungkin juga menyukai