Anda di halaman 1dari 12

LATIHAN PRAKTIKUM

(Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia) DCE 4955

LATIHAN PRAKTIKUM

Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan praktikum 8-10 minggu (cuti akhir semester keempat) Telah mengikuti kursus-kursus teras bidang PSM termasuk PSM, rekabentuk, metodologi dan penilaian latihan,Andragogi, pengurusan program PSM, pengurusan organisasi & perniagaan dan komunikasi

OBJEKTIF PRAKTIKUM

Membolehkan pelajar mengamalkan ilmu berbentuk teoretikal dalam bidang PSM kepada yang lebih praktikal dalam suasana sebenar:

< < <

<

Mengalami suasana sebenar di tempat kerja Memahami tugas dalam bidang PSM Membentuk keyakinan diri dalam bidang kerjaya Mewujudkan hubungan antara pelajar, agensi dan UPM

PERATURAN AM

Menjalani praktikum sepenuhnya di sepanjang tempoh latihan di tempat yang telah ditetapkan Mempamerkan disiplin serta kesungguhan dalam latihan Menjaga imej universiti dengan tidak melakukan perkara-perkara salah laku yang boleh mencemarkan nama baik fakulti dan universiti Jika tidak hadir lebih dari satu minggu atau tidak menjalani latihan dengan memuaskan, diwajibkan mengulangi semula latihan di waktu dan tempat yang ditetapkan Bertanggungjawab atas segala bentuk perbelanjaan termasuk kos sara hidup dan penginapan di sepanjang latihan

PERANAN PELAJAR

Mematuhi peraturan agensi dan melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan PSM Melakukan aktiviti dengan bersungguhsungguh, kreatif dan inovatif Menyesuaikan diri dengan suasana kerja melalui interaksi dengan staf agensi Menyediakan diari harian dan log kerja mingguan di sepanjang latihan untuk dijadikan bahan dalam penyediaan laporan akhir

PERANAN PENSYARAH SEBAGAI PENYELIA PELAJAR

Mempastikan bahawa objektif latihan praktikum tercapai di mana pelajar mendapat pengalaman yang terbaik:

Membimbing dan menyelia pelajar di sepanjang latihan dijalankan Mewujudkan hubungan dua hala dengan agensi di mana pelajar menjalani praktikum Membuat penilaian terhadap prestasi pelajar.

PERANAN AGENSI

Memberi sumbangan maksimum kepada pelajar untuk mendalami pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap positif dalam bidang PSM. Melantik seorang penyelaras atau pegawai khas untuk memantau latihan praktikum ini termasuk: Menyediakan satu deskripsi tugasan latihan dalam bidang PSM untuk pelajar ikuti di sepanjang latihan Memberikan bimbingan kepada pelajar bagi memupuk profesionalisma dalam kerjaya Menilai prestasi pelajar berdasarkan borang penilaian yang disediakan (Borang FPP/JPPPL.L/P2-BSPSM) Memberikan bimbingan kepada pelajar dalam membina sahsiah dan disiplin pelajar

PENILAIAN PRAKTIKUM

Pegawai penyelaras bagi pihak agensi di mana pelajar menjalani latihan praktikum (20%) Pensyarah yang membuat pemantauan dan Laporan Akhir (80%)

LAPORAN PRAKTIKUM

Ditaip atas kertas saiz A4 langkau dua baris Satu (1) set laporan perlu dimajukan kepada fakulti Tajuk Penting Dalam Laporan

Latar belakang agensi Program PSM Agensi Bagaimana Program Dirancang, Dijalankan, dan Dinilai Analisis Program PSM Agensi (kekuatan dan kelemahan) Analisis Amalan dan Teori Perancanaan Program Agensi Kesimpulan dan Cadangan

Penilaian laporan adalah berdasarkan format (susunan, ilustrasi dan penggunaan bahasa) {40%}; dan kandungan (semua aspek yang berkaitan dengan latihan yang dijalani {60%}

PENDAFTARAN

Sewaktu melapor diri pelajar dikehendaki mengisi borang pendaftaran diri (Borang FPP/JPPPL.L/P1-BSPSM) Menyerahkannya kepada pegawai penyelaras di agensi untuk disahkan dan dikembalikan kepada penyelaras program di fakulti Borang yang lengkap dan disahkan mesti sampai kepada penyelaras program dalam minggu pertama selepas pelajar melaporkan diri.

TEMPOH PRAKTIKUM
Bagi pelajar PJJ yang mempunyai 3 tahun pengalaman bekerja yang berkaitan dengan perhubungan manusia boleh memohon pengcualian 8 hingga 10 minggu. Hanya pengumpulan maklumat, pemerhatian, dan analisis dokumen diperlukan Sediakan laporan mengikut format

TERIMA KASIH
SELAMAT MAJU JAYA JANGAN NAKAL-NAKAL JAGA DIRI BAIK-BAIK