Anda di halaman 1dari 5

Cabaran pelaksanaan Kssr di sekolah Cabaran kepada pihak pentadbiran 1) Cabaran dari segi kelengkapan prasarana sekolah.

Kurikulum KSSR menekankan pelaksanaan pengajaran ndan pembelajaran yang menggunakan Teknologi Maklumat danKomunikasi (TMK). Oleh itu, pihak kerajaan melalui sekolah perlulah menyediakan prasarana yang sesuai dengan kurikulum tersebut. KSSR telah mengubah landskap sekolah dari segi kelengkapan sekolah, di mana bilik darjah atau makmal komputer. Setiap sekolah perlu disediakan dan dilengkapkan dengan prasarana yang sesuai dengan keperluan kurikulum terbaru terutamanya kelengkapan ICT seperti Laptop untuk guru-guru, LCD, projektor, skrin dan speaker di setiap kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran menjadi salah satu factor yang menyumbang kepada keberkesanan kurikulum sekolah. Bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah cukup, boleh digunakan,berasaskan teknologi seperti ICT dan juga bersifat mesra pengguna. Bahan ini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yang optimum dalam pengajaran mereka. Sekiranya bahan pengajaran danpembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik, pembelajaran yangmenyeronokkan bagi pelajar serta meningkatkan pemahaman mereka.

2) Pembekalan kelengkapan Komputer yang tidak seimbang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkanTeknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and CommunicationTechnology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana,pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usahapenggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara

sekolah bandar dan luar bandar, perisian computer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh dan sebagainya lagi.

3) Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi masalah dalam melakukan tranformasi pendidikan yang berkesan.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar,khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan.Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidak sepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan dimana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi bidan terjun . Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.Kekurangan guru dan masalah guru bukan opsyen juga bolehmenimbulkan kesukaran memupuk budaya ownership kerana guru menganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen.

4) Cabaran dari segi penglibatan semua pihak. Kejayaan pelaksanaan KSSR banyak bergantung kepada bagaimana pemimpin sekolah melibatkan seluruh organisasi yang terlibat dalam membuat keputusan, merancang, menilai dan melaksanakanprogram-program kurikulum baru. Perkongsian equal (equal partnership) sebegini antara pentadbir dan organisasi di bawahnya akan menjadi satu suara yang lebih jelas dan lebih diterima serta dihormati bagi melaksanakan sebarang program kurikulum. Keputusan satu hala mahupun sesi latihan yang berbentuk one-off tidak mungkin dapat mewujudkan ownership ke atas program dan teknologi yang di sampaikan. Justeru adalah menjadi cabaran pemimpin sekolah ialah mewujudkan ownership di kalangan guru, pelajar dan ibu bapa ke atas

proses transformasi kurikulum dan produk yang dihasilkan dengan menggunakan sumber secara optimum bagi memastikan peningkatan kualiti yang berterusan. Guru, pelajar dan ibu bapa hanya akan berjaya menghayati dan mendapat manfaat daripada suatu perubahan kurikulum apabila pandangan mereka dihargai. Begitu juga, apabila suatu program yang dirancang itu bersesuaian dengan keperluan organisasi secara keseluruhannya dan melibatkan ciri-ciri rasa tanggungjawab bersama, komitmen, keahlian bersama dan perkongsian bersama.

Cabaran kepada guru 1) Guru masih lagi kabur dan kurang jelas tentang KSSR. Guru menyatakan kursus yang telah dihadiri masih tidak mencukupi untuk beliau mendapat maklumat yang jelas tentang KSSR. Tiada kursus lanjutan selepas itu dan tiada pemantauan dilakukan dalam melihat pelaksanaan KSSR di sekolah. Keadaan ini menyebabkan guru-guru melaksanakan pengajaran mereka berdasarkan apa difahami semasa kursus dan tiada perubahan dari segi amalan pengajaran dilakukan kerana guru sendiri tidak pasti apa yang sepatutnya mereka laksanakan.Mereka juga tidak pasti bagaimana penilaian dalam konteks pentaksiran perlu dilaksanakan dalam menentukan sama ada murid telah mencapai dan menguasai kemahiran yang telah berlaku dalam pengajaran yang dilakukan. Ini menunjukkan kursus yang diberi kurang berkesan dalam memfokuskan guru-guru tentang perubahan penting yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru. Kemungkinan juga disebabkan oleh kecairan maklumat kerana bukan semua guru yang terlibat telah menghadiri kursus tersebut. Setiap sekolah hanya diwakili oleh seorang guru dan guru tersebut perlu menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada guru-guru lain di sekolah mereka.

2) Penggunaan teknik dan kemahiran dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru masih lagi menggunakan pendekatan yang sama seperti yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini. Tiada perubahan yang dilakukan dari aspek teknik pengajaran. Guru-guru masih menggunakan buku teks dan BBM seperti carta yang ada di sekolah. Modul pengajaran yang disediakan oleh KPM untuk panduan guru,yang boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM, namun tidak diwajibkan penggunaannya kepada semua guru. Semua guru mengetahui tentang modul pengajaran dan menggunakan modul ini sebagai panduan tetapi ada juga guru yang hanya menggunakan modul ini pada topik yang awal sahaja, sementara bagi topiktopik yang lain menggunakan lembaran kerja yang dibina sendiri. Keadaan ini menunjukkan tiada keseragaman dari segi pelaksanaan dalam penggunaan modul kerana tidak diwajibkan penggunaannya kepada semua guru. Oleh yang demikian, sepatutnya KPM perlu mewajibkan semua guru menggunakan modul agar berlaku keseragaman dari segi pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh guru.

3) Ketidakupayaan guru-guru untuk melengkapkan dan mempertingkatkan kemahiran menaakul yang menjadi teras tambahan dalam kurikulum pendidikan sekolah berasaskan KSSR. Pada masa ini kebanyakkan guru turut menyatakan KSSR ini adalah baik namun begitu penerangan yang lebih jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru berkenaan apa yang sepatutnya dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai kemahiran 4M,iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Ketidakupayaan dan ketidakpastian guru untuk menjelas dan mengaplikasikan kemahiran menaakul apatah lagi membimbing pelajar bagi menguasai kemahiran menaakul merupakan masalah utama. Hal ini dapat diatasi jika guru sendiri mempunyai kefahaman jelas tentang konsep menaakul secara keseluruhan, iaitu bermula dengan memberi maksud menaakul, disokong dengan strategi pengajaran yang akan digunakan dalam menerapkan kemahiran menaakul dan guru sendiri jelas

dalam menentukan tahap dan penguasaan kemahiran menaakul murid berdasarkan kriteria yang telah ditentukan. Jika guru sendiri tidak jelas maka ia akan menyukarkan guru untuk membimbing murid untuk menaakul dan membuat penilaian yang sepatutnya. Maka guru-guru memerlukan dan mengharap pendedahan seperti kursus menaakul yang lebih komprehensif diadakan dalam menentukan strategi pengajaran yang perlu dilaksanakan semasa P&P bagi meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran menaakul. Sehubungan itu, satu kursus yang memfokuskan guru kepada konsep menaakul secara keseluruhan bermula dari maksud menaakul, strategi pengajaran yang dapat dilaksanakan dan penilaian yang perlu dilaksanakan dalam menaakul perlu diberi secara terperinci agar perjalanan P&P berjalan lancar.