Anda di halaman 1dari 2

Kursus MTE 3112 (Amalan Pentaksiran Dalam Matematik) melengkapkan pelajar dengan kemahiran kemahiran pengujian dan penilaian

n dalam Matematik, membantu pelajar menjalankan diagnosis ke atas kesukaran pembelajaran kanak kanak dan seterusnya mengambil tindakan yang berkesan untuk memenuhi keperluan khas kanak kanak dalam pembelajaran Matematik. Pengalaman mengaplikasikan teknologi dalam pentaksiran juga dibekalkan melalui aktiviti hands-on. Melalui tugasan yang diberikan ini, saya telah berkerjasama bersama rakan seperjuangan saya iaitu Khotib. Beliau telah banyak membantu saya dalam memahami cara membuat analisis item. Saya rasa amat bertuah kerana berpeluang untuk membuat kerja berpasangan bersama beliau. Beliau merupakan seorang yang komited dengan tugasan yang diberikan. Terdapat banyak kebaikan melaksanakan tugasan secara berpasangan mahupun berkumpulan, antaranya ialah kami dapat berkongsi idea dan pendapat. Idea yang dihasilkan adalah lebih bernas kerana ia dapat dibincangkan bersama. Kerja berpasangan ini juga dapat menjimatkan masa, hal ini dapat dibuktikan apabila kami membahagikan tugasan yang perlu dilaksanakan. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari kursus Amalan Pentaksiran Dalam Matematik. Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan baru dengan pelaksanaan tugasan ini. Objektif pembelajaran tidak dapat dicapai tanpa

mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kuliah. Sebelum ini saya kurang faham tentang analisis item dan sebagainya, namun setelah melaksanakan tugasan yang diberikan ini, saya dapat memahami dengan baik cara membuat analisis item, apakah yang dikatakan dengan jsu dan sebagainya. Saya berasa amat seronok menimba pengalaman baru dalam merancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran. Saya telah merancang pembinaan Soalan bersama rakan seperjuangan saya, Khotib. Kemudian kami menjalankan ujian ini kepada murid murid selepas sekolah. Setelah murid selesai, kami menjalankan analisis terhadap soalan yang digubal dan seterusnya mentafsir ujaian yang dijalankan. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang amat bermakna kepada diri saya kerana saya dapat mengaplikasikannya sewaktu berada di sekolah suatu hari nanti.

Selepas kami memeriksa dan mendapat keputusan, kami telah menganalisis item-item soalan yang telah kami gubal. Segala ilmu yang telah dipelajari untuk mengenalpasti Indeks Diskriminasi (ID) dan Indeks Kesukaran (IK) telah kami aplikasikan semasa menganalisis item-item. Terdapat beberapa item yang kami kenalpasti tidak baik dan perlu ditolak. Bukan itu sahaja, ada beberapa item yang perlu diubahsuai untuk menjadi satu item yang baik. Melalui tugasan ini, saya sedar bahawa menggubal sesebuah soalan bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan bukan sahaja dari segi aspek tahap murid dan malahan dari segi pemilihan jenis soalan dan menentukan jawapan. Semua aspek ini perlu diambil kira bagi menghasilkan satu item yang baik dan satu proses pentaksiran dapat dilaksanakan dengan baik bagi mengenalpasti tahap pengetahuan murid. Secara kesimpulannya, di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion ini. Usaha ini boleh dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan ujian dalam bilik darjah. Melalui ujian yang dijalankan, adalah menjadi peranan penting guru melaksanakan ujian di sekolah. Melalui ujian yang dijalankan, guru dapat

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajaran. Sekian. Terima kasih.