Anda di halaman 1dari 3

M2- PERKEMBANGAN (KAEDAH, STRATEGI, PENILAIAN) dan Inovasi Posted By : Noriah Bt.

Mamat (D20102042446) Date posted : 19 Mar 2014 01:27:29 AM (8 read/s)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Seterusnya dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian untuk tugasan video. Perkembangan bagi memilih kaedah, strategi ,teknik dan inovasi adalah penting dan perlu disesuaikan dengan pemilihan tajuk dan objektif. Antara perkembangan dalam pengajaran inovasi yang akan saya hasilkan ialah; a.) Kaedah Kod Kognitif iaitu menekankan kemahiran membaca dan menulis. Kelebihanya murid berpeluang belajar membaca dan menulis dibawah bimbingan guru sepenuhnya. Contoh aktiviti : Bimbing murid membaca frasa dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul. b.) Strategi Berpusatkan Murid iaitu mengalakkan murid supaya terlibat secara aktif dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dilakukan bersesuaian mengikut aras kognitif murid. c.) Penilaian iaitu menilai pencapaian murid secara formatif terhadap kemahiran membaca dan menulis yang perlu dikuasai. Bagi murid yang belum dapat kuasai akan dilakukan tindakan susulan iaitu pemulihan dalam bentuk latih tubi manakala telah kuasai akan diberi latihan pengayaan. d.) Manakala Inovasi iaitu menrujuk bahan bantu belajar yang akan digunakan adalah penggunaan ICT iaitu power point dengan gambar , suku kata dan perkataan secara animasi. Berdasarkan perkembangan (kaedah, strategi, penilaian) dan inovasi yang akan divideokan diharap Dr dan rakan-rakan dapat menyatakan pandangan yang dapat memberi satu penghasilan pengajaran yang cukup berkesan.

Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

aedah ,strategi dan penilaian

Posted By : Mohamad Zamri Bin Ismail (D20102042431) Date posted : 19 Mar 2014 02:38:44 AM (18 read/s) Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Proses menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang akan divideokan ini memrlukan ketelitian khususnya dalam aspek pemilihan kaedah, startegi dan penilaian. Aspek inovasi merupakan fokus utama dalam penyediaan rancangan mengajar ini. Dalam aspek pemilihan kaedah, saya memilih kaedah Kod-Kognitif. Kaedah ini memberi keutamaan kepada kemahiran membaca dan menulis. Manakala aspek tatabahasa hanya diterapkan secara tidak langsung. Selain itu,saya ingin mengaplikasikan teknik teater bercerita dalam melaksanakan sesi pengajaran ini.

Saya juga memilih untuk melaksanakan staregi berpusatkan murid. Strategi ini memerlukan murid memainkan peranan secara aktif. Pada pandangan saya strategi ini sesuai dengan langkah-langkah pengajaran yang saya akan sediakan.

Penilaian saya akan laksanakan secara formatif terhadap dua aspek kemahiran berbahasa iaitu kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Saya juga akan menyediakan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Saya memilih untuk mengetengahkan inovasi bahan bantu mengajar. Saya cuba menjadikan suasana pembelajaran yang menyeronakkan dengan menyediakan aktiviti berupa permainan. Saya menamakan permainan saya itu Roda Misteri . Saya mengharapkan perkongsian idea dan cadangan terutamaya daraipada Doktor khususnya dan rakan-rakan amnya. Perancangan saya ini saya akui memerlukan banyak penambahbaikan. Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

Re : Kaedah ,strategi dan penilaian Posted By : Noriah Bt. Mamat Reply To : Mohamad Zamri Bin Ismail Attachment : No File Attach

19 Mar 2014 07:22:40 PM 19 Mar 2014 02:38:44 AM

Asslamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Cadangan cikgu dalam menyediakan inovasi pengajaran melalui aktiviti permainan adalah amat sesuai dengan naluri kanak-kanak yang sememangnya suka bermain. Justeru permainan bahasa seperti Roda Mesteri dapat memberi tindak balas dan perhatian mereka. Walau bagaimanapun ianya perlu dilihat dari aspek kognitif untuk melibatkan semua murid. Malah bertepatan dengan pemilihan strategi yang dicadangankan berpusatkan murid amat sesuai dengan aktiviti yang akan diadakan Sesungguhnya penglibatan murid dalam permainan bahasa yang dinamik mampu memberikan peluang pembelajaran yang bermakna.. Justeru inovasi yang cikgu akan ketengahkan dalam pengajaran nanti adalah cukup menarik. Selain itu, cikgu harus mentikberatkan penghasilan bahan bantu yang menarik dan bermakna seperti bentuk

roda dan perkataan yang digunakan haruslah jelas dan sesuai dengan pengamatan mereka Tahniah! Semoga pengajaran tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

| Reply to This Message | Print Message |

Anda mungkin juga menyukai