Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA SMK SERI BERANG

TAHUN 2011
PANITIA GEOGRAFI
TARIKH
MASA
TEMPAT

: 15 Januari 2011
: 8.30 AM
: KELAS 5A

KEHADIRAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pn. Fauzan Bt. Ali (Ketua Panitia)


Pn. Hjh Hasmah Bt. Ibrahim ( Ketua Bidang)
Tn. Hj. Kasman B. Embong
En. Kaidir B. Ab Wahab
Tn. Hj.Wahab B. Awang
En. Mohd Razi @ Nor Rozi B. Sulaiman
Pn. Surina Bt. Mustapha
En. Ahmad Tarmizi B. Abd Ghani ( Setiausaha)

.
BIL
PERKARA
1
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi.
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan surah Al- Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke mesyuarat
geografi kali pertama ini walaupun dibuat pada hari sabtu.
Makluman
1.3 Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah akan datang untuk menyemak buku
nota pelajar.
1.4 Oleh itu diminta guru matapelajaran menyemak atau menanda buku nota
pelajar.
Tindakan : Semua guru matapelajaran.
2.0 Ucapan Guru Kanan Kemanusiaan.
2.1 Guru-guru diharap dapat menghayati Visi sekolah.
2.2 Kerjasama dan kesungguhan guru diperlukan untuk meningkatkan lagi
pencapaian PMR.
Tindakan : Semua guru matapelajaran.
3

3.0 Perkara berbangkit.


3.1 En. Ahmad Tarmizi menyatakan
- projek taman geografi memerlukan bantuan idea dan tenaga dari
guru-guru.
- Untuk melestarikan taman geografi memerlukan banyak pokokpokok bunga. Oleh itu beberapa peruntukan diperlukan untuk
membeli barangan berkenaan.
- Kekurangan peruntukan kewangan menyebabkan taman geografi
tidak dapat di lestarikan.
- Telah meminta pelajar pelajar membawa anak-anak pokok dari
rumah tetapi pelajar malu untuk membawa anak pokok berkenaan.
- Bantuan dari pelajar kelab alam sekitar diperlukan untuk memulihara
taman geografi berkenaan.
En. Tarmizi dan guru-guru matapelajaran

3.2 Mesyuarat memutuskan bahawa alatan geografi seperti kincir angin, penunjuk
arah mata angin dan rumah stervenson untuk diletakkan di taman pada asalnya
tidak perlu dibeli.
Makluman
3.3 Minggu Geografi
- Tidak dapat dibuat mengikut takwim pada tahun lepas.
- Djadikan aktiviti panitia geografi selepas PMR bersama sama turut
serta melalui projek unit kokurikulum Ke Gunung Tahan.
- Akan mencuba melancarkan minggu geografi mengikut takwim pada
tahun ini.
Tindakan : Ketua Panitia
3.4 Mesyuarat memerlukan satu tempat untuk menyimpan ABM dan alatan
geografi yang bertaburan. Alatan ini perlu dicari dan dikumpul semula.
Tindakan : Pn. Surina
4

4.0 Analisis Peperiksaan Ahkir Tahun 2010 (OTI 5)


4.1 Tingkatan 1
CALON
A
187
3

B
27

C
39

D
68

E
49

TH
1

GPA
3.72

4.2 Tingkatan 2
CALON
A
B
C
168
3
26
38

D
64

E
36

TH
1

GPA
3.62

TH
0

GPA
2.94

4.3 Tingkatan 3 (PMR 2010)


CALON
A
191
23

B
41

C
64

D
51

E
12

4.4 Tingkatan 4
CALON
62

A+

A-

B+
1

B
3

C+
4

C
20

D
17

E
6

G
10

4.5 Tingkatan 5 (SPM 2010)- Tunggu Keputusan SPM


4.6 Tingkatan 6 bawah.
CALON A+
A
AB+
B
B- C+ C
CD+
49
6
2
2
4
20 10
4
0

GPMP
6.75

D
2

GPMP
1.9

5.0 Perancangan Pengurusan Panitia 2011


5.1 Buku kerja akan dibeli menggunakan peruntukan panitia.
5.2 Fail perlu disediakan oleh pelajar untuk menyimpan rekod latihan / kerja
yang diberikan guru.
Tindakan : Guru matapelajaran

5.3 rancangan pelajaran tahunan


- Semua guru telah mempunyai rancangan pelajaran tahunan dan
dikehendaki mengajar mengikut sukatan yang telah dibekalkan.
5.4 Penyata kewangan 2011 dan prosedur pembelian
- Peruntukan panitia ialah sebanyak RM 2976 dan perlu dibelanjakan
dan baki perlu ditinggal 15%.
Tindakan : Ketua Panitia
- Agihan tugas penyelaras peperiksaan telah diberikan dalam kertas
edaran.
Tindakan : Guru Matapelajaran
6

6.0 Hal-hal lain.


6.1 En. Tarmizi meminta sedikit peruntukan panitia digunakan untuk
membeli alatan geografi seperti jangka sudut dan jangka lukis.
Tindakan : Ketua Panitia
6.2 En Kasman menyatakan guru tingkatan enam perlu mempunyai laporan
tentang P&P seperti folio dan kerja kursus pelajar.
Tindakan : Guru ting. 6

7.0 Penutup
7.1 Mesyuarat diakhiri dengan Surah Al Asq dan tasbih kifarah.
7.2 Mesyuarat ditangguh pada jam 10.15 pagi.
Makluman

Disediakan Oleh :
( AHMAD TARMIZI BIN ABD GHANI )
Setiausaha,
Panitia Geografi.
SMK Seri Berang

Disemak Oleh;
(FAUZAN BT ALI)
Ketua Panitia Geografi
SMK Seri Berang

Anda mungkin juga menyukai