Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: 10 : Kesepuluh :7 hingga 11 April 2014 : Keluar Kelas

1. Masalah Masalah kali ini adalah berkisarkan kepada gangguan semasa sesi p & p berjalan di mana terdapat segelintir murid yang suka keluar masuk bilik darjah.

2. Analisis Masalah Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan saya untuk bertemu guru, menghantar buku dan juga mahu ke tandas sekolah untuk membuang air dengan kerap dan sebagainya. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya kurang tegas dengan murid-murid semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid-murid mengambil kesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah. 3. Cadangan Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:(a) Saya akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p berjalan. (b) Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku murid-murid. 4. Tempoh Penyelesaian Saya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1 minggu. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses p & p saya nanti. 5. Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Diharapkan segala masalah seperti gangguan yang timbul semasa sesi p & p berlangsung akan dapat saya atasi dengan sepenuhnya.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


6. Kesimpulan Secara kesimpulannya, masalah keluar dan masuk murid ke dalam kelas semasa p&p patut dikawal oleh guru dengan baik supaya mereka tidak ketinggalan dengan pengajaran guru pada waktu tersebut. Selain itu, ketegasan guru dalam menetapkan peraturan keluar kelas harus dipertingkatkan. Murid yang mempunyai masalah atau hal-hal tertentu sahaja perlu diberi kebenaran untuk keluar kelas. Murid mesti diingatkan supaya tidak bermain-main di luar kelas walaupun telah dibenarkan untuk keluar. Guru perlu melihat dan mengenal pasti sama ada murid itu benar-benar perlu keluar atau tidak.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Nama :.............................................. Tarikh :..............................................

Tandatangan :.............................................. Nama :.............................................. Tarikh :..............................................

Anda mungkin juga menyukai