Anda di halaman 1dari 1

Sebelum belajar BMM3103 ini, saya keliru dengan konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian.

Berdasarkan pengetahuan saya yang sedia ada, semua ini sama dengan refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran. Tajuk tugasan ini memberi motivasi kepada saya untuk mendapatkan ilmu baharu tentang konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian. Saya mulakan tugasan saya dengan mengumpul maklumat dari laman web dan bahan maujud. Saya perlu memahami konsep-konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian untuk menghasilkan tugasan ini. Selepas membaca semua maklumat yang saya dapat, saya mula mendapat ilmu yang baru dan jelas terhadap pengujian, pentaksiran dan penilaian. Saya dapat mengaplikasikan ilmu yang baru ini dalam ujian bulanan sekolah. Soalan yang saya bina berdasarkan aras taksonomi bloom. Soalan ujian menjadi lebih sesuai untuk menguji murid-murid di sekolah. Pengujian dijalankan selepas setiap sesi pengajaran untuk memastikan murid-murid mempelajari kemahiran yang telah diajar. Pemulihan dan pengayaan dapat dijalankan dengan lebih lancar dengan keputusan pengujian. Pentaksiran pula dijalankan selepas satu bab atau bulanan untuk mengumpulkan tahap kemahiran murid-murid. Dengan mengumpulkan maklumat tersebut, guru dapat menyelaraskan cara pengajarannya mengikut tahap murid-murid. Penilaian pula dijalankan pada akhir semesta untuk menilai kemahiran murid-murid secara keseluruhan. Prestasi murid-murid dapat dinilai secara keseluruhan dan dapat dibezakan melalui penilaian.