Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN KEMAHIRAN HIDUP Matapelajran Tarikh Hari Masa Kelas Bilangan Murid Bidang Pembelajaran Topik

Subtopik : Kemahiran Hidup Tahun 4 : 1 Ogos 2011 : Isnin : 9.00 Pagi 10.00 Pagi : 4 Bestari : 30 Orang : Perniagaan Dan Keusahawanan : 2.2 Merancang Dan Menyediakan Jualan : b) Menyediakan Barang Jualan

Pengetahuan Sedia Ada

Murid sudah boleh mendapatkan maklumat dalam rancangan jualan seperti modal dan kuantiti.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid akan dapat; 1. Menyediakan barang jualan 2. Menentukan tujuan membungkus dan melabel.

Kemahiran Generik

: KBKK Mencirikan : Kecerdasan Pelbagai

Teori Kecerdasan Pelbagai : kinestatik, verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal, visual-ruang, logik matematik Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks Kertas latihan Powerpoint Komputer riba Barangan pukal Alat timbangan Plastik kecil Kad gambar

Nilai Murni : kerjasama, kesyukuran, kesederhanaan, kejujuran

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LANGKAH / MASA ISI KANDUNGAN PEMBELAJARAN Pengenalan tajuk Set induksi (5 minit) pembelajaran AKTIVITI P&P Guru menunjukkan gambar harga barang dan gambar barangan yang dibungkus. CATATAN Powerpoint Strategi berpusatkan bahan

Kepentingan menyediakan barang jualan dan formula mengira harga jualan Langkah 1 (10minit)

Guru memberi penjelasan mengenai kepentingan menyediakan barang jualan.

- Powerpoint - Strategi berpusatkan guru

Guru memberi formula mengira harga jualan dan menunjuk contoh untuk mengira harga jualan.

Latihan mengira harga jualan

Guru mengarahkan murid duduk dalam kumpulan.

- Kertas latihan - Strategi berpusatkan murid

Langkah 2 (15minit)

Guru mengedarkan kertas latihan mengira harga jualan untuk dibincangkan dalam kumpulan.

Wakil kumpulan membacakan jawapan yang diperolehi dan dibincang bersama guru.

Tujuan membungkus dan melabel

Guru mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan tujuan membungkus dan

- Powerpoint - Strateri berpusatkan guru dan murid

Langkah 3 (15minit) -

melabel. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan dan berbincang dengan guru dan murid yang lain.

Latihan membungkus dan melabel Langkah 4 (10minit)

Murid dalam kumpulan membungkus dan melabel barangan pukal yang diberi oleh guru mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

- Barangan pukal - Alat timbangan - Stategi berpusatkan murid.

Menguji kefahaman murid Penutup (5minit)

Guru menyoal semula murid mengenai formula mengira harga jualan dan tujuan membungkus dan melabel.

TEORI

MODEL REKABENTUK PENGAJARAN

DASAR RPH

STRATEGI

KAEDAH

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS

Ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. ilmu terbina dalam konteks sosial. Melalui interaksi sosial, pelajar memurnikan ideanya dan membantu membentuk idea orang lain.

Menurut Vygotsky, teori konstruktivis menyatakan bahawa ilmu akan terbina apabila seseorang berinteraksi dengan orang lain dan dalam masa yang sama memurnikan idea yang diperolehi dan akan turut membantu orang lain membentuk idea yang tersendiri. Selain itu, teori ini juga menyatakan bahawa ilmu tidak wujud di luar minda tetapi akan tercipta dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Melalui pengalaman yang dilalui, seseorang akan mudah membina pengetahuan baru dengan adanya pengetahuan sedia ada yang telah terbina dalam minda mereka. Rancangan pengajaran yang saya bina adalah berdasarkan teori konstruktivis. Seperti yang dinyatakan dalam teori ini, interaksi mampu membina ilmu seseorang. Jadi, segala aktiviti yang saya rangkakan banyak melibatkan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan rakan-rakan. Interaksi yang kerap ini akan dapat membantu murid memahami dan menguasai topik yang di ajar pada hari tersebut. Selain itu, penglibatan guru dan murid secara menyeluruh akan melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran malah interaksi yang baik antara guru dengan murid dan murid dengan rakan-rakan akan dapat membina ilmu yang lebih berkesan.

Pengetahuan sedia ada murid akan

Anda mungkin juga menyukai