Anda di halaman 1dari 1

TEKNIK LATIH TUBI Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari.

Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

Aspek kebolehan menggunakan bahasa Sebutan (accent)

Huraian menyebut perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukum-hukum bahasa daripada semua aspek

Tatabahasa (grammar)

Perbendaharaan kata (vocabulary)

meluaskannnya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu

Kefasihan (fluency)

menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya

Kefahaman (comprehension)

latihan memahami soalan dan mengemukakan jawapan yang wajar