Anda di halaman 1dari 6

NILAI INSTRUMENTAL (EKTRINSIK) 1.

0 Pengenalan

Secara umumnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (juga dikenali sebagai nilai ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak (absolute).

Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.

Selain itu, fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dialami. Nilai bukan hanya sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini bermakna seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.

Oleh itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut kehendak dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.

2.0

Nilai Instrumental (Ektrinsik)

Menurut Vishalache (2009), definisi bagi nilai instrumental adalah nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat . Kualiti yang diterima atau ditolak 1

sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai instrumental ini adalah nilai peringkat kedua (second order value), misalnya berani, rajin, dan hormat-menghormati. Ia juga dikenali sebagai nilai-nilai teras, kekal dalam alam semula jadi, terdiri daripada ciri-ciri peribadi dan sifat-sifat watak.

Nilai instrumental juga merupakan perspektif yang memandang bahawa terdapat nilai yang lebih baik daripada tingkah laku semulajadi dan termasuk nilai-nilai seperti kejujuran, keikhlasan, cita-cita, kebebasan, ketaatan, imaginativeness, courageousness, daya saing, dan juga sifat-sifat negatif juga.

Nilai Instrumental dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan serta membantu dalam menunjukan arah dan menjadi penentu dan dalam membuat pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai ini menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan.

Contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai instrumental ini adalah Aminah yang suka membantu rakan-rakannya menyelesaikan masalah Sains. Aminah bukannya seorang yang mengharapkan sebarang balasan daripada rakan-rakannya tetapi untuk memantapkan kemahirannya dalam menyelesaikan masalah Sains pada diri sendiri. Oleh yang demikian, contoh ini dapat membantu remaja mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa memberi bantuan juga boleh mendatangkan kelebihan pada diri sendiri.

Selain itu, contoh seperti Cikgu Lee mendenda Alvin iaitu seorang pelajar yang gagal dalam Bahasa Mandarin dalam kelasnya. Akan tetapi, sekirannya dipandang secara positif bagi tindakan Cikgu Lee tersebut sebenarnya adalah untuk meningkatkan semangat memajukan diri dan mengharapkan prestasinya akan bertambah baik pada ujian yang akan datang. Dengan demikian, ini membolehkan remaja berfikiran jauh bahawa terdapat niat baik disebalik dendaan dan mengikis perasaan dengki atau benci antara murid dengan guru. Oleh itu, melalui tindakan ini CIkgu Lee ini, mampu 2

menjadikan Alvin menjadi seorang yang rajin belajar dalam subjek Bahasa Mandarin dan seterusnya menjadikan Kumar lulus dalam ujian pada masa akan datang.

Di samping itu, contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah mengenakan tindakan disiplin bagi pelajar yang merokok. Hal ini kerana demi menjaga tatatertib para pelajar si sekolah. Tindakan sekolah ini bukan sahaja boleh menjaga tingkah laku muridmurid, malah ia juga dapat membentuk nilai moral dalam kalangan murid, khasnya remaja kini. Oleh itu, dengan tindakan disiplin yang diambil tindakan oleh pihak sekolah ini terhadap pelajar yang bermasalah mampu mendisiplinkan mereka juga.

Selain itu, contoh instrumental juga dalam surat akhbar online tentang Beg plastik: Semarakkan kempen kitar semula. Dalam surat akhbar ini bermatlamatkan tentang kempen kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan beg plstik ini agak kurang digunakan. Di samping kempen kitar semula ini juga dijalankan turut

diperkenalkan program penggunaan beg plastic daripada bahan mudah urai di mana diperbuat daripada bahan mudah urai. Menurut kata Dr.Salleh, sekiranya maklumat berkaitan kempen ini sering didedahkan, ianya mampu melahirkan masyarkat yang tinggal dalam suasana alam sekitar yang terpelihara.

Seterusnya, contoh yang berkaitan dengan nilai instrumental ialah program khidmat masyarakat. Hal ini kerana tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk persedian pelajar menempuhi realiti pekerjaan sebelum tamat pengajian nanti. Ini kerana adalah kata-kata daripada Pengarah Institut Perguuan kampus Kota Bharu di mana memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari selama ini. Melalui program ini, para pelajar dapat melihat sendiri cabaran semasa bergaul dengan masyarakat dan juga pelajar yang terlibat dalam Pendidikan Khas ini. Oleh itu, pendedahan ini, mampu member peluang kepada pelajar melihat kelemahan yang ada sebelum tampil menjadi guru yang sebenar.

Contoh Instrumental ini juga dalam surat akhbar adalah PLKN tetap relevan demi pembangunan belia negara. Hal ini kerana tujuan PLKN ini adalah untuk menerapkan tiga konsep di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003 iaitu patriotism, perpaduan dan sukarelawan kepada belia secara berkesan. Berdasarkan hasil kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di lima university ke atas pelajar yang menyertai PLKN mendapati bahawa program ini adalh lebih baik berbanding mereka yang tidak mnyertai. Ini kerana pelatih PLKN telah didedahkan dengan tiga konsep iaitu patriotism, perpaduan dan sukarelawan dalam kalangan pelbagai kaum dan agama. Oleh itu, melalui program ini, ianya mampu mendisiplinkan pelatih di samping dapat berkenalan daripada berbilang kaum.

Satu lagi contoh yang boleh dijadikan teladan ialah mengenai keratan akhbar generasi muda harus mempunyai ilmu untuk menjadi usahawan berjaya. Disini kita dapat lihat betapa tingginya nilai ilmu terhadap diri seseorang manusia. Nilai ilmu ini mampu mengubah taraf hidup seseorang daripada tahap yang rendah ke tahap yang paling tinggi. Ilmu dan kemahiran merupakan satu nilai yang perlu dimiliki seseorang untuk mencapai matlamat yang diingini. Sebagai contoh untuk menjadi usahawan berjaya,, seseorang itu haruslah memanfaatkan ilmu, mengasah ilmu, menjalin hubungan baik dengan rakan dan berakhlak mulia. Oleh yang demikian, nilai yang baik itu harus diamalkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, contoh yang boleh dikaitkan dengan instrumental ialah tentang kaji Pendidikan Moral. Hal ini kerana banyak gejala social yang telah berlaku seperti jenayah ragut, rogol, buang bayi dan berita-berita yang menyayat hati. Disebabkan oleh permasalahn gejala sosial ini, maka Pendidikan Moral perlu dikaji semula agar permasalahan seperti ini tidak akan berlaku lagi. Misalnya Pendidikan Moral diserapkan dengan perkara yang berkaitan dengan undang-undang negara seperti jika seseorang didapati bersalah membuang bayi, maka hukumnya termaktub dalam Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

3.0

Kesimpulan

Moral merupakan satu nilai tetapi bukan semua nilai itu adalah moral. Moral adalah sesuatu benda yang dapat dilihat dan menunjukkan harga nilainya serta sesuatu yang dapat dirasai secara dalaman.

Terdapat tiga konteks utama yang boleh membantu memahami sesuatu nilai. Pertama, nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai, iaitu nilai Instrumental / Ekstrinsik dan nilai Intrinsik. Nilai Instrumental merupakan nilai yang bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai Intrinsik tidak mengambil kira kesan dengan nilai sendiri sebagai matlamat.

Kedua, nilai yang digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai, iaitu Nilai Subjektif dan Nilai Objektif. Nilai subjektif mengikuti pandangan seseorang individu. Nilai Objektif berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua orang. Ketiga, nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dnilai, iaitu Nilai Relatif dan Nilai Mutlak. Nilai Relatif tidak sempurna, tidak tertentu dan berbezabeza antara masyarakat yang berlainan. Nilai Mutlak diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.

Sesetengah nilai boleh berubah tetapi sesetengah masih stabil dalam kehidupan seseorang dan masyarakat. Sesuatu nilai itu, kadang-kadang berbeza di antara seseorang dengan yang lain atau sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Oleh itu, kita perlu memahami fungsi nilai iaitu satu piawai yang konsisten agar kita dapat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Kita dapat menjadi agen moral, mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.

SENARAI RUJUKAN Berita Harian Online.(2014). PLKN tetap relevan demi pembangunan belia negara. Diakses pada Mac 6, 2014, daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PLK

Hazeleen Liana Kamaruddin.(2010,Oktober 8), Program Khidmat Masyarakat, Persediaan Pelajar Tempuhi Alam Pekerjaan. Sinar Harian, m.s K5.

New Sabah Times.(2010, Januari 5), Generasi muda perlu ilmu jika mahu jadi usahawan berjaya. m.s 9.

Sinar Harian.(2013).Beg plastik: Semarakkan kempen kitar semula. Diakses pada Mac 6, 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/beg-plastiksemarakkan-kempen-kitar-semula-1.119180 1/

Vishalache Balakrishnan.(2009).Pendidikan Moral Untuk Universiti Dan Kolej.Shah Alam: Alam Pendidikan Sdn Bhd

Yung Siew Fong.(2010, April 24). Kaji Pendidikan Moral. Utusan Malaysia, m.s 14.

Anda mungkin juga menyukai