Anda di halaman 1dari 5

Ini bahan-bahan untuk Strawberry Trifle Southampton Birds Trifle perisa strawberry 1 gulung sponge cake perisa strawberry

13 biji strawberry dibelah dua. Setengah masuk mulut anda okey. Saya guna 12 biji setengah sahaja. Hehehe. Susu segar 3 sudu gula Resepi asal menggunakan finger biscuit. Sedia di dalam kotak. Saya gantikan dengan sponge cake untuk mendapatkan kuantiti yang lebih besar.

Potong kek gulung anggaran setengah inci. Susun seperti gambar di atas. Eh, susun mengikut bekas anda. Kang ada yang menangis guling-guling. Nak susun macam saya punya pulak. Hehehe.

Bancuh jelly crystal dengan air suamsuam panas. Ikut arahan di paket. Jangan derhaka. Petua bibik: Biarkan jelly sejuk seketika sebelum dituang ke dalam bekas. Ini untuk mengelakkan kek mengembang dengan dasyatnya. Biarkan sehingga jelly mengeras. Nak cepat masukkan dalam peti ais.

Sambil menunggu jelly keras. Bancuh custard powder dengan susu segar dan gula. Ikut sukatan dipaket. Maaf bibik lupa. Petua bibik:

Sekiranya anda malas mahu mengacau custard di atas api yang perlahan. Bancuh custard dalam bekas tahan panas. Masukkan dalam microwave selama 3 minit. Kacau sehingga bancuhan tidak berketulketul.

Tuangkan custard dan ratakan menggunakan punggung sudu. Sila lakukan dengan lemah gemalai okey. Biarkan sejuk di dalam peti.

Bancuh dress topping dengan susu segar. Ikut sukatan dipaket. Pukul dengan menggunakan whisker atau mesin sehingga kembang. Petua bibik: Sekiranya anda mahukan topping lebih lembut, tambahkan sedikit susu dan teruskan memukul sehingga kembang.

Ratakan topping menggunakan belakang sudu dengan cermat. No kasar-kasar okey.

Ok, ini cara saya mendekorasikan trifle. Untuk mendapatkan bentuk love yang cantik lagi menawan. Silalah menggunakan kertas yang ditebuk berbentuk love. Pandai tak saya. ekeke. Hias trifle dengan strawberry yang dibelah dua. Atau mengikut citarasa anda. Selepas siap semuanya. Balutkan trifle dengan cling foil dan sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum boleh dimakan. Lebih lama anda mensejukgedikkan ia, lebih sedap rasanya bila dimakan.

Lebih-lebih lagi musim panas. Memang wallah..! Selamat Mencuba. Wassalam.