Anda di halaman 1dari 9

KAEDAH PENGAJARAN MENGGUNAKAN VIDEO

DESKRIPSI PELAJARAN
Tahun: 2 Tahap: sederhana Nilai: Kasih Sayang Tajuk: Menyayangi ahli keluarga Masa: 60 minit Aktiviti: nyanyian, main peranan

OBJEKTIF PELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini, murid akan dapat: 1. Menunjukkan cara menyayangi keluarga. 2. Menyenaraikan kepentingan menyayangi keluarga. 3. Menghargai perasaan kasih sayang sesama keluarga.

SET INDUKSI
Guru menunjukkan gambar sebuah keluarga. Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid. 1. Kamu sayang keluarga kamu ke tidak? 2. Mengapa menyayangi keluarga itu penting?

LANGKAH 1
Guru menayangkan video kepada murid dan menyuruh mereka untuk menghayati lirik lagu tersebut. Guru memainkan video tersebut sekali lagi dan menyuruh murid tersebut untuk turut serta. Guru menanyakan apa yang kamu dapat daripada video tersebut.

LANGKAH 2
Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan. Wakil dari setiap kumpulan akan memilih satu sampul yang mengandungi situasi yang perlu dilakukan oleh kumpulan tersebut. Stiap kumpulan diberi masa 12 minit untuk berlatih melakonkan situasi yang diberikan.

LANGKAH 3
Guru memilih kumpulan untuk memainkan peranan berdasarkan situasi yang diberikan.

PENUTUP
Guru menyimpulkan pelajaran dengan bertanyakan beberapa soalan. 1. Apa nilai yang kamu dapat hari ini? 2. Mengapa menyayangi keluarga itu penting?

Anda mungkin juga menyukai