Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1Malaysia.

KBSR yang dilaksanakan pada suatu ketika daulu hanya melibatkan tiga bidang yang utama iaitu Bidang Komunikasi, Manusia Dan alam Sekeliling dan Perkembangan Diri Individu. Bidang ini pula mengandungi matapelajaran-matapelajaran yang perlu dilaksanakan di sekolah. Manakala, KSSR yang diperkenalkan kini berasaskan kepada enam tunjang utama. Sistem pendidikan negara mengalami transformasi seiring dengan arus kemajuan yang melanda dunia. Sebagaimana yang diketahui KBSR menekankan kepada pendekatan bersepadu, pendidikan yang sama untuk semua murid, perkembangan individu secara menyeluruh serta penekanan kepada pendidikan seumur hidup. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip tersebut, mata pelajaran yang diajar dalam KBSR mengikut tahap dan dikategorikan kepada matapelajaran teras,matapelajaran wajib, dan matapelajaran tambahan KSSR pula memberi penumpuan kepada teras asas, teras tema dan elektif. Selain itu, dalam KSSR matapelajaran Bahasa Melayu diberikan penekanan kepada pendekatan didik hibur iaitu untuk memberi keseronokan dan keberkesanan pembelajaran mereka. Dalam KSSR juga, unsur TMK diperkenalkan dalam matapelajaran Bahasa Melayu. TMK juga diajar secara ansur maju bertujuan untuk menyediakan murid kepada cabaran dunia luar pada masa akan datang. KSSR turut memperkenalkan elemen keusahawanan Elemen keusahawana ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi malah berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi masa kini. Sehubungan dengan itu, setiap modal insan harus dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam persaingan global. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai