Anda di halaman 1dari 47

SOALAN TUGASAN

1. Firman Allah SWT dalam surah al-Qalam ayat 4, yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya Engkau(Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.” Ayat ini menyarankan kepada semua manusia supaya beradab mulia kerana ia sesuatu yang terpuji. Islam sentiasa menganjurkan kepada umatnya supaya menjaga adab-adab sama ada ketika makan dan minum, bercakap dengan rakan, melayan tetamu, berjalan, menziarahi jenazah dan kubur, makan di majlis keramaian, berjiran dan sebagainya.

Anda dikehendaki:

a) Membandingbeza antara etika dan adab.

b) Menyenaraikan ayat Al Quran dan hadis beserta huraian mengenai 3 adab menurut Islam yang anda pilih.

c) Menulis 2 cerita teladan berkaitan dengan adab terpuji yang berlaku di zaman Rasulullah SAW atau para sahabat.

2. Hariraya disambut dengan meriah setiap tahun. Semasa menyambutnya didapati

masyarakat masih tidak dapat membezakan adab-adab yang dibenar dan dilarang oleh syarak.

a) Anda dikehendaki membandingbeza antara adab mahmudah dan mazmumah yang berlaku dalam proses menyambut perayaan tersebut dengan menggunakan borang pengurusan bandingbeza.

1

PANDUAN PELAJAR

SOALAN 1

A) Anda dikehendaki mencari dan mencatat maklumat berkaitan dengan definisi etika dan adab. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, huraikan dengan jelas definisi tersebut.

B) Anda dikehendaki memilih 3 adab dalam Islam dan setiap adab hendaklah dibuktikan dengan satu ayat Al Quran dan satu hadis Rasulullah SAW beserta huraian.

C) Seterusnya, anda dikehendaki menulis 2 kisah teladan di zaman Rasulullah SAW atau di zaman para sahabat dengan menitikberatkan aspek-aspek nilai murni, pengajaran dan penghayatan.

SOALAN 2

Anda dikehendaki membuat satu bandingbeza mengenai adab mahmudah dan mazmumah dari aspek berkaitan:

I.

Pakaian

II.

Penyediaan makanan

III.

Hiburan

IV.

Tempoh masa

V.

Akhlak pergaulan

2

1 (a). Membandingbeza Antara Etika dan Adab

Islam amat menitikberatkan perihal adab dan akhlak. Kedua-duanya menjadi salah satu inti penting dalam ajaran Islam. Apatah lagi adab dan akhlak Islam yang terpuji adalah dimulakan oleh pembawa obor Islam itu sendiri iaitu Nabi Muhammad SAW.

Baginda SAW memulakan akhlak yang terpuji dan mulia agar menjadi ikutan umatnya sehingga hari kiamat kelak. Meskipun Nabi SAW telah sekian lama pergi meninggalkan kita semua, namun wajib atas kita selaku umat baginda SAW untuk mencontohi akhlak baginda sebagaimana telah termaktub dalam Al-Quran dan Al- Hadist. Ini kerana Allah SWT telah mengiktiraf keunggulan akhlak yang dimiliki oleh Rasulullah SAW melalui firmannya yang bermaksud:



Maksudnya:

Dan

sesungguhnya

engkau

(Muhammad)

mempunyai

akhlak

yang

agung.

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:

  

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta banyak menyebut dan mengingati Allah (sama ada ketika dalam kesusahan mahupun kesenangan).” (Surah Al-Ahzab, ayat 21)

Manakala disebutkan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Qatadah r.a, Sayidatina Aisyah r.a pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, lalu beliau berkata: “Akhlak Nabi adalah seluruh isi kandungan al-Quran.” Bahkan Rasulullah SAW sendiri telah menegaskan dalam hadist baginda SAW bahawa

3

matlamat utama pengutusan baginda adalah untuk mereformasikan dimensi akhlak manusia, “Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Justeru, setiap apa jua yang kita lakukan sebagai seorang muslim, perlu berlandaskan adab-adab Islami yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Al-Hadist. Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali (meninggal 505 H) pernah menulis sebuah kitab khusus berbicara adab sebagai seorang Islam berjudul “Adab fi Al-Din”, sebuah karangan kecil yang ringkas tapi padat pelbagai adab sebagai Muslim. Di dalamnya, beliau menyatakan, “Sesungguhnya kesempurnaan dan puncak akhlak dan sebaik-baik amalan utama adalah adab dalam agama. Apa yang mukmin amalkan adalah ajaran Allah, akhlak Nabi dan Rasul.”

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kalimah ‘adab’ membawa maksud tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus dan kesopanan. Sopan di sini membawa maksud hormat, baik budi bahasa, tahu tertib peraturan atau beradab manakala tatatertib adalah peraturan yang baik yang telah ditetapkan. Adab juga didefinisikan sebagai cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Orang yang beradab dikatakan telah maju dalam tingkat kemajuan dari aspek jasmani dan rohani atau telah bertamadun. Oleh itu, manusia yang beradab sepatutnya tahu dan dapat membezakan antara kejahatan dengan kebaikan, keindahan dengan keburukan, sesuatu yang berharga daripada yang tidak berharga, dan sesuatu yang benar dengan yang palsu.

Menyentuh tentang perkaitan konsep adab dan akhlak, Prof. Mohd Yusof Haji Othman (2006) menyatakan adab tidak boleh dibataskan fahamannya kepada perlakuan yang betul, yang dilakukan pada masa dan suasana tertentu sahaja. Namun lebih dari itu, adab perlu difahami dengan konsep yang lebih luas mencakupi fahaman diri tentang perkara yang dilakukan dan bagaimana diri tersebut bertindak dengan apa yang berlaku di persekitarannya. Manakala akhlak pula adalah segala sifat terpuji yang dimiliki oleh makhluk yang bernama insan. Termasuk dalam konsep akhlak adalah sifat

4

terpuji diri termasuk amanah, jujur, ikhlas, sabar, berlapang dada, tunai janji, tepati waktu, tidak memakan perkara yang haram yang boleh merosakkan diri, tidak mengambil hak orang lain, menunai hak sesama manusia dan menunai hak Tuhannya dengan penuh sedar dan rasa rendah diri.

Berbeza dengan akhlak dalam tradisi ilmu Barat di mana akhlak dikenali sebagai istilah etika dan moral. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan etika sebagai suatu ilmu prinsip-prinsip akhlak atau moral. Ia juga didefinisikan sebagai prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau suatu kumpulan sama ada persatuan, pekerjaan dan sebagainya. Manakala manusia atau individu yang beretika bermaksud manusia atau individu yang mempunyai atau berpegang kepada etika, berakhlak dan bermoral.

Menurut Sahakian et. al. (1993), perkataan etika berasal daripada bahasa Greek Kuno yang bermaksud ”falsafah moral” iaitu salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada menganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik" iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian “summum bonum” iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya.

Etika juga boleh difahami sebagai sains moral yang mengkaji mengenai nilai-nilai moral yang terdapat di dalam masyarakat sama ada baik atau buruk serta merupakan satu susunan peraturan tingkah laku untuk melicinkan perjalanan sesuatu pentadbiran atau pengurusan seperti kod etika perguruan, perubatan, guaman, perakaunan dan lain-lain. Inilah yang menunjukkan bahawa etika mempunyai perkaitan dengan moral kerana moral merupakan tingkah laku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila dan peraturan sesebuah masyarakat.

5

Menurut Mohd. Nasir Omar (2005), istilah etika dan moral jika diperincikan terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek etimologi dan pengertian teknikal. dari segi etimologi, istilah etika dan moral mempunyai makna yang hampir sama iaitu merujuk kepada tabiat, adat kebiasaan, susila, niat, sikap, pandangan hidup, maruah, agama dan disposisi seseorang. Manakala dari sudut pengertian teknikal, etika dan moral merujuk kepada disiplin ilmu yang mengkaji pelbagai isu tentang perbuatan dan tingkah laku manusia termasuk:

1. Tentang konsep nilai terutama yang relevan dengan perlakuan manusia seperti konsep kebaikan, keburukan, keadilan, kebebasan, tanggungjawab dan sebagainya.

2. Tentang kriteria kepada kebaikan dan keburukan iaitu tentang bagaimana penentuan nilai baik buruk mengenai sesuatu perkara, disposisi kejiwaan dan perlakuan manusia dapat ditentukan.

3. Tentang peranan serta relevansi dimensi rohaniah terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh manusia. Ini termasuklah tentang ilmu mengenai sesuatu perbuatan tentang niat, nafsu, motif, tujuan, tanggungjawab, tugas, pilihan, kebebasan dan sebagainya.

Namun begitu, etika hanyalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik dan bukannya amalan. Berbeza dengan adab, etika hanya mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya tetapi tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Ini menunjukkan etika adalah berbeza dengan agama. Ini kerana etika biasanya dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kumpulan asas persatuan seperti etika perguruan, etika guaman dan sebagainya.

6

Walau bagaimanapun, dalam Islam, etika dan moral, sekalipun banyak perbezaannya terutama dari segi sumber rujukan, masih dipanggil akhlak. Akhlak ialah istilah yang diperkenal dan diguna pakai oleh orang Islam bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadith. Kedua-dua sumber autoritif tersebut telah menggariskan pelbagai prinsip akhlak untuk panduan umat manusia. Manakala Rasulullah SAW pula merupakan model atau contoh ikutan aklah terbaik kepada manusia khususnya kepada orang Islam sendiri. Baginda SAW sendiri telah merealisasikan prinsip-prinsip akhlak Al-Quran dalam pelbagai bidang dan realiti kehidupan bermasyarakat sebagaimana tercatat secara autentik dalam as-Sunnah.

7

1 (b). Menyenaraikan ayat Al-Quran dan hadis beserta huraian mengenai tiga adab menurut Islam yang anda pilih.

1. Adab Terhadap Kedua Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan insan yang banyak menabur jasa bakti untuk membesarkan anak- anak. Mereka telah banyak berkorban masa dan tenaga sebelum anak tersebut dilahirkan ke dunia lagi. Tanpa mereka berdua, kita tidak akan dilahirkan ke dunia ini.

Ibu bapa telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anak dari kecil hingga dewasa dan mereka juga bertanggungjawab mengasuh dan mendidik sehingga anak-anak menjadi orang yang berguna. Betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa sehingga perihal keperitan ibu mengandung selama sembilan bulan sepuluh hari dan menyusukan anaknya selama dua tahun juga turut termaktub dalam kandungan Al- Quran. Sebagaimana firman Allah SWT:

   

 

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu ". (Surah Luqman, ayat 14)

8

Perkara yang sama juga turut dijelaskan dalam Surah Al-Ahqaaf, ayat 15:

   

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta tempoh menceraikan susunya dalam masa tiga puluh bulan.”

Di samping itu, seorang ibu juga perlu menguruskan rumah tangga walaupun dalam keadaan tenat. Celik sahaja mata, ibu telah memikirkan tentang perkara yang perlu dilakukan sepanjang hari seperti menyediakan makanan, mengemas rumah, membasuh pakaian dan lain-lain pekerjaan yang perlu dilakukan. Tambah menyedihkan lagi sekiranya ibu tersebut terpaksa mengharungi penderitaan seorang diri tanpa seorang suami di sisi. Manakala ayah juga merupakan insan mulia yang sama-sama bertanggungjawab membesarkan cahaya mata kesayangan mereka. Ketabahan mereka dalam memegang amanah Allah SWT begitu besar dan amat bererti untuk sama-sama kita hayati. Sebagai ibu bapa, mereka tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada anak-anak. Mereka tidak pernah memaksa agar segala pengorbanan mereka dihargai. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak tidak pernah diragui. Namun begitu, sejauh mana kasih sayang seorang anak terhadap kedua ibu bapanya biasanya masih dipersoalkan.

Justeru, seorang anak perlu ingat bahawa tiada lagi manusia lain di dunia ini yang benar-benar menabur jasa dalam hidupnya melainkan ibu bapa mereka. Malah agama Islam sendiri mewajibkan umatnya agar sentiasa berbakti atau berbuat baik terhadap kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak mereka. Hal ini

9

selaras dengan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya melalui dalil-dalil Al-Quran dan Al- Hadis. Firman Allah SWT:

  

  

  

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan suatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membangga diri". (Surah An Nisaa', ayat 36)

Dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab menunaikan hak ibu bapa merupakan hak paling penting untuk dilaksanakan sesudah hak Allah SWT dan hak Rasul-Nya. Manakala dalam sebuah hadis Nabi SAW telah ditegaskan bahawa Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak ibu bapa, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

ﹴﺮﻤﺧ ﻦﻣ ﺪﻣ ﹶﻻﻭ ﻕﺎﻋ ﹶﻻﻭ ﹲﻥﺎﻨﻣ ﹶﺔﻨﺠﹾﻟﺍ ﹸﻞﺧﺪﻳ ﹶﻻ

Maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras." (Sunan An-Nasa’ie)

10

Justeru, kita hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa, mentaati mereka dan berakhlak mulia sepanjang masa dengan mereka, mengutamakan mereka dalam segala hal-hal kebajikan dan kebaikan lebih daripada kepentingan diri kita sendiri, anak-anak dan juga isteri. Antara, adab terhadap ibu bapa yang perlu diamalkan ialah:

1. Patuh dan Taat Segala Perintah dan Suruhan Kedua Ibu Bapa

Sebagai anak, kita diwajibkan untuk sentiasa patuh dan taat segala perintah dan suruhan kedua ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan perintah Allah SWT. Dalam konteks ini, Nabi Ismail a.s telah menunjukkan kepada kita betapa ketaatannya yang luar biasa sebagai seorang anak yang soleh dan beriman kepada Allah SWT tatkala diperintahkan untuk disembelih oleh bapanya, Nabi Ibrahim a.s. Dengan sepenuh jiwa dan raga, baginda a.s taat dan ikhlas serta rela disembelih demi melaksanakan perintah Allah SWT. Perihal kewajipan untuk patuh dan taat kepada segala perintah dan suruhan kedua ibu bapa telah pun dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

   

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)

Renungi dan fikirkan sejenak betapa besarnya pengorbanan ibu yang mengandungkan kita selama sembilan bulan. Ditambah dengan keadaan ibu yang biasanya mengalami pelbagai masalah terutamanya dari segi fizikal dan emosi. Semakin besar kandungan, semakin besar risiko yang dihadapinya. Hatinya merasa

11

cemas menantikan masa untuk melahirkan dan apabila tiba saat anak hendak lahir ke dunia ini, ibu menanggung kesakitan dan kesukaran melahirkan serta bertarung nyawa menghadapinya. Setelah melahirkan, ibu akan berjaga malam untuk menyusukan dan melayan karenah. Segalanya dilakukan dengan penuh perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Ibu bapa telah bersusah payah membesarkan kita dan sanggup berkorban apa saja demi anak-anak. Walaupun ada di antara ibu bapa yang tidak mampu memenuhi keperluan anak-anak dengan sempurna disebabkan kesempitan hidup tetapi sebagai anak, maka wajiblah taat dan patuh kepada ibubapa kerana tanpa mereka kita tidak akan wujud di dunia ini. Mereka sanggup berpenat lelah dan berusaha sedaya upaya mendapatkan nafkah untuk menyara anak-anak, mereka juga sanggup berjimat dan mengikat perut semata-mata untuk memberi kesenangan anak-anak.

Dengan pengorbanan yang dilakukan oleh ibubapa, wajarkah seorang anak menderhakai ibu bapa mereka dan melupakan bakti dan jasa yang dicurahkan? Inikah balasan anak terhadap ibubapa yang telah menabur bakti sehingga lupa bahawa kesenangan yang dinikmati kini adalah hasil titik peluh, pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa mereka? Justeru itu, diwajibkan anak-anak agar sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar. Hal ini jelas disebut dalam hadist Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:

ﻢﻠﺳﻭ ﻪﻴﻠﻋ ﷲﺍ ﻰﻠﺻ ﷲﺍ ﻝﻮﺳﺭ ﻝﺎﻗ : ﻝﺎﻗ ﻪﻨﻋ ﷲﺍ ﻲﺿﺭ ﺙﺭﺎﳊﺍ ﻦﺑ ﻊﻴﻔﻧ ﺓﺮﻜﺑ ﰊﺃ ﻦﻋﻭ

، ِﷲﺎﹺﺑ ﻙﺍﺮﺷِﻹﺍ)) ﹶﻝﺎﹶﻗ . ِﷲﺍ ﹶﻝﻮﺳﺭ ﹶﺎﻳ ﻰﹶﻠﺑ : ﺎﻨﹾﻠﹸﻗ - ﹰﺎﺛﹶﻼﹶﺛ - ((ﺮﺋﺎﺒﹶﻜﻟﺍ ﺮﺒﹾﻛﹶﺄﹺﺑ ﻢﹸﻜﹸﺌﺒﻧﹸﺃ ﹶﻻﹶﺃ))

ﺎﻤﹶﻓ (( ﹺﺭﻭﺰﻟﺍ ﹸﺓﺩﺎﻬﺷﻭ ﹺﺭﻭﺰﻟﺍ ﻝُﻮﹶﻗﻭ ﹶﻻﹶﺃ )): ﹶﻝﺎﹶﻘﹶﻓ ﺲﹶﻠﺠﹶﻓ ﹰﺎﺌﻜﺘﻣ ﹶﻥﺎﹶﻛﻭ (( ﹺﻦﻳﺪﻟﺍﻮﻟﺍ ﻕﻮﹸﻘﻋﻭ

.ﺖﹶﻜﺳ ﻪﺘﻴﹶﻟ :ﺎﻨﹾﻠﹸﻗ ﻰﺘﺣ ﺎﻫﺭﺮﹶﻜﻳ ﹶﻝﺍﺯ

12

Maksudnya: “Dari Abi Bakrah Nafi’ bin Harith r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Mahukah aku beritahukan kamu tentang tiga dosa yang paling besar? Kami menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Sabda Rasulullah: (1) Menyekutukan Allah (2) Derhaka kepada ibu bapa. Tadinya menyandar, lalu beliau tegak duduk sambil bersabda: Camkanlah dan (3) Saksi palsu dan perkataan bohong. Maka beliau mengulangi persaksian palsu. (Muttafaq ‘alaihi).

Ketaataan kepada ibu bapa bukan hanya kepada ibu bapa muslim semata-mata tetapi Islam turut mewajibkan penganutnya agar mentaati ibu bapa mereka yang masih belum Islam dalam hal-hal yang tidak menjejaskan akidah dan keimanan. Ini jelas menunjukkan agama Islam tidak membenarkan umat-Nya memutuskan hubungan kekeluargaan antara seorang anak dengan ibu bapanya hanya disebabkan wujudnya perbezaan agama atau kepercayaan.

2.

Sentiasa bercakap dengan sopan dan lemah lembut serta tidak sesekali meninggikan suara kepada kedua ibu bapa.

Sebagai seorang anak, kesopanan merupakan lambang ketaatan anak kepada ibu bapanya. Konsep kesopanan yang dimaksudkan ialah sentiasa menunjukkan budi pekerti yang mulia di hadapan kedua-dua mereka dan memelihara budi pekerti. Antara adab yang perlu diamalkan untuk menjaga perasaan ibu bapa dan mengelak daripada menyinggung perasaan mereka ialah bercakap lemah lembut, tidak sesekali meninggikan suara serta tidak membantah permintaan mereka selagi tidak melanggar syariat. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:



    

13

Maksudnya: “Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan yang kasar sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah kepada mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun.” (Surah Al-Israa’, ayat 23)

Sesungguhnya, seorang anak amat ditegah daripada membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

3. Segeralah Menyahut Panggilan Apabila Dipanggil Oleh Ibu

Satu contoh membezakan perkara utama dan perkara terkemudian antaranya adalah menyahut panggilan ibubapa. Tiada sebarang kerja yang kita lakukan yang lebih penting dari menyahut panggilan ibubapa kita. Termasuklah ketika sembahyang sunat. Kita diwajibkan berhenti sembahyang sunat sekiranya terdengar ibubapa memanggil kita. Menyahut panggilan ibubapa hukumnya adalah wajib. Dalam sembahyang wajib pun kita perlu memperkuatkan bacaan doa atau zikir (perlu niat zikir ketika membaca dengan kuat) untuk menyatakan yang kita sedang sembahyang kepada ibubapa kita. Jangan biarkan hati mereka terguris kerana menganggap kita biadap disebabkan tidak menjawap panggilan mereka.

4. Menghormati Kaum Keluarga dan Sahabat Handai Kedua Ibu Bapa

Di samping kita taat, patuh dan menghormati kedua ibu bapa, kita juga hendaklah berbuat baik kepada kaum keluarga dan sahabat handai mereka. Misalnya melayan tetamu mereka yang datang ke rumah dengan penuh adab dan kesopanan.

14

Tunjukkanlah sikap yang baik dan terpuji serta sentiasa bermanis muka. Hal ini telah diperintahkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:





Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba Yang kamu miliki.” (Surah An-Nisa’, ayat 36)

Menghormati sahabat kedua ibu bapa bermakna menghormati kedua-dua ibu bapa. Sebaliknya, jika tidak berlaku baik kepada sahabat-sahabat mereka bermakna telah mengkhianati kedua-dua mereka. Usahlah sesekali memandang hina kepada kaum keluarga dan sahabat handai kedua ibu bapa kita. Perbuatan sombong dan membangga diri merupakan amalan yang dibenci Allah SWT. Apatah lagi jika kita sering melihat dan membandingkan kelemahan orang lain.

Berikanlah bantuan kepada mereka dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT sekiranya mereka berada dalam kesusahan. Misalnya jika kaum keluarga dan sahabat handai ibu bapa kita datang ke rumah, maka perlulah kita sebagai anak untuk memberi layanan mesra kepada mereka sebagaimana dianjurkan oleh syara’. Sediakan minuman, dan jika mampu, sediakan juadah makanan kepada mereka. Sekiranya perkara ini dapat dilakukan, pastinya ibu bapa akan merasa bangga dengan sikap dan peribadi mulia yang ditunjukkan.

15

Oleh itu, berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan hormatilah kaum keluarga dan sahabat handai mereka dengan penuh rasa rendah diri kerana sikap demikian dipuji oleh Allah SWT dan merupakan sebahagian daripada amalan kebajikan kepada umat manusia.

5. Sentiasa Menziarahi Ibu Bapa Semasa Hayat Mereka dan Mengunjungi Pusara Mereka Ketika Mereka Telah Meninggal Dunia

Apabila kita telah meningkat dewasa dan memiliki keluarga sendiri, tanggungjawab sebagai anak bukanlah sekadar memberi keselesaan kepada kedua ibu bapa semata- mata tetapi jauh lebih besar daripada itu. Setiap hari ibu bapa mendoakan kesejahteraan anak-anaknya walaupun sudah jauh terpisah. Kasih mereka tidak pernah hilang selagi nyawa dikandung badan. Oleh itu, kunjungilah mereka sekiranya mempunyai masa yang terluang terutamanya jika mereka sakit kerana di saat itu kehadiran anak-anak adalah sangat diperlukan. Inilah peluang yang amat sesuai bagi seseorang anak untuk membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban demi membesarkan kita. Renungkanlah firman Allah SWT:

   

 

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu ". (Surah Luqman, ayat 14)

Begitulah juga tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia, kita digalakkan meneruskan bakti kepada mereka dengan mendoakan dan meminta ampun untuk mereka, menziarahi kubur, menunaikan segala

16

janji dan wasiat mereka, menjelaskan hutang-hutang mereka jika ada, menunaikan fardhu haji bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadat haji, bersedekah untuk ibu bapa dan banyak lagi. Apa yang diharapkan mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa serta sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa.

6. Sentiasa Mendoakan Kebahagiaan dan Kesenangan Hidup Ibu Bapa Di Dunia dan Akhirat

Sebagai seorang anak yang dibesarkan sejak kecil lagi segala penat lelah tidak mungkin akan dapat dibalas sekalipun dia berbakti sepanjang hayatnya. Oleh itu, adalah memadai sekiranya setiap kali berdoa seorang anak itu tidak terlupa untuk mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya agar sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat sepanjang hidup. Di samping itu, doakanlah mereka agar dijauhi segala bala dan bencana serta dimurahkan rezeki. Antara doa yang boleh diamalkan:

   

Maksudnya: “Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Al- Israa’, ayat 24)

Amalan ini perlulah diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya”. (Hadis riwayat Muslim)

17

Oleh itu, gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin dan beristiqamahlah dalam berbuat ihsan kepada mereka. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

2. Adab Meminta Izin

Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini seperti kejadian sumbang mahram atau kes-kes bersekedudukan antara bapa dengan anak atau antara adik beradik masih hangat diperbincangkan. Bagi membendung masalah ini, Islam sejak awal-awal lagi telah menggariskan adab-adab penting demi melindungi aurat Muslim dalam sesebuah rumah baik antara ibu bapa dengan anak-anak atau antara sesama anak-anak yang biasanya agak kurang diberi perhatian oleh ibu bapa.

Secara anatominya, aurat adalah sebahagian daripada anggota tubuh yang ditentukan had dan hukum yang wajib dipelihara dan ditutup kerana ia adalah bahagian tubuh yang mudah menjadi tarikan dan dapat membangkitkan nafsu kepada orang yang memandangnya jika terdedah. Islam melarang umatnya dari melihat aurat orang lain dan dalam masa yang sama, dilarang mendedahkan atau memperlihatkan aurat kepada orang yang bukan mahramnya.

Demi melindungi aurat dan maruah seseorang, Islam telah menyusun suatu bentuk ‘Pendidikan Seks’ bermula dengan beberapa adab-adab dalaman dalam sesebuah rumah sama ada yang telah ditetapkan dalam Al-Quran atau melalui sunnah Rasulullah SAW sendiri. Kesucian sumber ini secara semulajadinya mampu membina dan membentuk akhlak seseorang sekaligus menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah SWT.

18

Adab meminta izin merupakan adab yang sangat penting untuk diajar kepada anak-anak. Apatah lagi adab ini sebenarnya telah diatur oleh Allah SWT sendiri dalam Al-Quran melalui firman-Nya:

 

 



 

  

   

 

Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu) dalam tiga masa; iaitu sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum- hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang telah cukup umur yang tersebut dahulu, meminta

19

izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nuur, ayat 58 dan 59)

Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan pada kita bahawa rumah dan segala isinya merupakan ‘harta’ yang menjadi benteng maruah kepada sesebuah keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir perlu dijaga adab-adabnya. Oleh itu, anak-anak terutamanya sama ada yang masih kecil atau yang telah dewasa perlu diatur dan dididik agar menghargai dan menghormati tempat tidur ibu bapa mereka khususnya pada waktu-waktu tertentu yang menyentuh masa istirahat.

Justeru itu, apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, anak-anak dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. Allah SWT menjelaskan bahawa kedudukan atau tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan peluang atau keadaan aurat ibu bapa biasanya mudah terdedah. Oleh itu demi menjaga kehormatan diri mereka, anak-anak sewajarnya diajar akan adab-adab meminta izin terlebih dahulu. Tiga waktu yang dimaksudkan ialah:

1. Sebelum Solat Subuh

Waktu ini adalah waktu kemungkinan ibu bapa sedang tidur atau kemungkinan ibu bapa sedang bangun dari tidur. Justeru itu, anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibu bapa sebelum masuk. Hal ini kerana waktu inilah kemungkinan waktu-waktu ‘privacy’ bagi ibu bapa. Mungkin ketika itu aurat mereka mudah terdedah. Oleh itu, anak-anak dilarang mengganggu ibu bapa.

2. Sekitar Sebelum Waktu Zohor

Waktu Zohor juga disebut sebagai waktu ‘Qailullah’ dan disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat atau kemungkinan sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zohor. Justeru anak-anak

20

sewajarnya diajar adab meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibu bapa bagi mengelakkan aurat ibu bapa menjadi tontonan anak-anak.

3. Selepas Isyak

Waktu-waktu seperti ini biasanya mereka sedang bersiap-siap untuk tidur atau waktu tidur mereka. Mungkin juga salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau waktu mereka bersama. Oleh itu, anak-anak sewajarnya tidak mengganggu mereka dan menjaga adab-adab supaya kehormatan kedua- dua mereka terpelihara.

Sesungguhnya adab meminta izin yang diatur oleh Allah SWT dan disampaikan melalui ayat Al-Quran menjelaskan kepada kita betapa Islam amat menitikberatkan pendidikan atau latihan yang bersifat dalaman melalui akhlak dan peribadi anak-anak sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat luar. Waktu-waktu yang disebutkan sebelum ini sebenarnya tidak hanya terhad hanya kepada adab-adab semasa di dalam rumah kita semata-mata sebaliknya ia merangkumi adab-adab kejiranan yang melibatkan komuniti di luar rumah kita. Waktu yang disusun oleh Allah SWT itu juga mengandungi hikmah yang tersendiri yang sebenarnya mendidik ibu bapa dan anak- anak agar tidak bertamu ke rumah jiran tetangga atau sahabat handai yang boleh mengganggu ketenteraman dan waktu rehat mereka.

Justeru, sejak kecil lagi anak-anak sewajarnya dibimbing agar mengamalkan adab- adab meminta izin yang telah disebutkan sama ada ketika berhubung dengan ibu bapa mereka atau komuniti luar. Di samping itu, terdapat juga beberapa adab lain yang perlu diambil kira kerana ia turut berkait rapat dengan adab meminta izin iaitu:

21

i.

Adab Memberi Salam

Anak-anak sewajarnya diajar supaya berakhlak mulia, bersopan santun serta ‘mesra diri’ dengan ibu bapa, jiran tetangga atau sahabat handai melalui amalan memberi salam. Menyentuh hal ini, Allah SWT telah berfirman:



 

Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana- mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu meminta izin terlebih dahulu serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu supaya kamu beringat.” (Surah An-Nuur, ayat 27)

Perlakuan memberi salam ini sebenarnya membezakan amalan dan perbuatan golongan Yahudi dan Nasrani. Hal ini kerana orang-orang Yahudi dan Nasrani memberi salam hanya dengan mengangkat jari atau tangan mereka sahaja.

ii. Adab Memperkenalkan Diri

Ibu bapa juga hendaklah mengajar anak-anak agar memperkenalkan diri mereka sebelum masuk ke bilik ibu bapa. Begitu juga apabila berkunjung ke rumah jiran tetangga atau ke rumah sahabat handai. Ajarkanlah mereka supaya memperkenalkan diri mereka terlebih dahulu setelah memberi salam.

Hal ini kerana kemungkinan orang yang menyambut kedatangan mereka tidak mengenali mereka. Adab ini juga bertujuan mengelakkan fitnah atau salah faham tuan rumah terhadap kunjungan tersebut. Disebutkan dalam sebuah hadis daripada Jabir r.a berkata:

22

:ﺖﹾﻠﹸﻗ ؟ﺍﹶﺬﻫ ﻦﻣ :ﻢﱠﻠﺳﻭ ﻪﻴﹶﻠﻋ ُﷲﺍ ﻰﱠﻠﺻ ﻲﹺﺒﻨﻟﺍ ﹶﻝﺎﹶﻘﹶﻓ ﺕﻮﻋﺪﹶﻓ :ﻢﱠﻠﺳﻭ ﻪﻴﹶﻠﻋ ُﷲﺍ ﻰﱠﻠﺻ ﻲﹺﺒﻨﻟﺍ ﺖﻴﺗﺃ

!!!؟

ﺎﻧﹶﺃ

ﺎﻧﹶﺃ :ﹸﻝﻮﹸﻘﻳ ﻮﻫﻭ ﺝﺮﺨﹶﻓ ﹶﻝﺎﹶﻗ

ﺎﻧﹶﺃ

Maksudnya: “Suatu ketika aku menemui Rasulullah SAW di rumah baginda, kemudian aku mengetuk pintu rumahnya. Maka Nabi SAW bertanya: Siapa tu? Maka aku menjawab: Saya. Rasulullah SAW bertanya pula: Saya? (saya tu siapa?) Nada suara baginda seolah-olah membenci jawapan aku itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

iii. Adab Meminta Izin Masuk

Islam meletakkan had-had dan peraturan tertentu terutamanya ketika menyeru atau memberitahu ibu bapa atau tuan rumah yang kita kunjungi tentang kehadiran kita. Tabiat seperti menjerit-jerit dan meninggikan suara menggambarkan kerendahan akhlak. Sebab itulah Nabi SAW pernah mengingatkan kita melalui sabda baginda SAW:

ﻊﺟﺮﻴﹾﻠﹶﻓ ﻪﹶﻟ ﹸﻥﹶﺫﺆﻳ ﻢﹶﻠﹶﻓ ﺎﹰﺛﹶﻼﹶﺛ ﻢﹸﻛﺪﺣﹶﺃ ﹶﻥﹶﺫﹾﺄﺘﺳﺍ ﺍﹶﺫﹺﺇ

Maksudnya: “Seruan meminta izin itu hendaklah diulang sebanyak tiga kali, jika tidak diizinkan maka hendaklah kamu balik.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak-anak juga hendaklah diajar bahawa adanya sepanjang tempoh menunggu di antara ketiga-tiga seruan itu hendaklah pada kadar solat empat rakaat iaitu antara empat hingga lima minit. Hal ini kerana kemungkinan tuan rumah sedang solat atau sedang menunaikan hajat-hajat tertentu di luar pengetahuan kita.

iv. Adab Mengetuk Pintu

Anak-anak juga harus diajar agar tidak mengetuk pintu bilik ibu bapa dengan kuat yang boleh mengganggu ketenangan mereka sehingga boleh menimbulkan kemarahan mereka. Apatah lagi jika mereka berkunjung ke rumah orang lain seperti jiran tetangga, guru, alim ulama’ atau golongan yang dihormati oleh masyarakat.

23

Sekiranya sesebuah rumah itu ada loceng, maka picitlah dengan beradab sebagai lambang keperibadian Muslim dan akhlak anak yang soleh.

Daripada Anas r.a meriwayatkan bahawa pintu rumah-rumah Nabi SAW biasanya diketuk oleh para sahabat dengan jari-jemari mereka, bukan dengan tangan mereka. Ini menunjukkan ketinggian adab dan akhlak mereka serta lambang penghormatan mereka terhadap seorang Nabi.

v. Adab Menunggu di Pintu

Adab-adab meminta izin ini sebenarnya disyariatkan agar dapat menjaga pandangan mata anak-anak daripada melihat aurat ibu bapa atau maruah orang lain. Justeru itu, Islam melarang seseorang berada betul-betul di hadapan pintu apabila menunggu penghuninya. Hal ini kerana kita tidak tahu yang membuka pintu tersebut kemungkinan isteri atau anak-anak perempuan mereka yang tidak menutup aurat. Perbuatan tersebut dibimbangi boleh menimbulkan sesuatu yang tidak manis dipandang mata.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Janganlah kamu mendatangi sebuah rumah itu betul-betul di hadapan pintu rumahnya tetapi beralihlah di sebelah tepinya dan mintalah keizinan untuk masuk…” (Riwayat al-Tabrani).

Manakala dalam sebuah hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud r.a, bahawasanya Nabi SAW apabila mendatangi rumah sahabat-sahabatnya, baginda tidak menghadap pintu masuk yang dapat melihat wajah penghuninya tetapi baginda berdiri di sudut kanan atau kiri pintu kemudian barulah baginda SAW memberi salam.

vi. Adab Apabila Tidak Diizinkan Masuk

Adab yang terakhir ini kemungkinan berlaku apabila tidak dibenarkan bertemu dengan ibu bapa, tuan rumah atau orang yang ingin ditemui. Maka ketika ini anak-anak

24

hendaklah diajar supaya lebih berakhlak tanpa menunjukkan sebarang reaksi buruk sama ada dengan keluhan, cacian atau tindakan-tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan mereka. Allah SWT menjelaskan melalui firman-Nya:





Maksudnya: “Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan apa yang kamu lakukan.” (Surah An-Nuur, ayat 28)

3. Adab-adab Puasa Ramadhan

Islam adalah ajaran yang mudah dan inilah ciri-ciri agama kita yang membezakannya dengan agama-agama yang lain. Bahkan terdapat banyak dalil-dalil berupa ayat-ayat Al-Quran dan hadits-hadits Nabi SAW yang menjelaskan hal ini. Rasulullah SAW sendiri pernah memarahi sebahagian sahabatnya yang bersikap berlebih-lebihan dalam urusan agama. Walhal telah termaktub dalam Al-Quran firman Allah SWT yang menegaskan prinsip bahawa Islam itu mudah sebagaimana termaktub dalam Al-Quran:

    

Maksudnya: “ Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan.” (Surah Thaaha, 1-2)

25

Nabi SAW juga telah bersabda:

ﻪﺒﹶﻠﹶﻏ ﱠﻻﹺﺇ ﺪﺣﹶﺃ ﻦﻳﺪﻟﺍ ﺩﺎﺸﻳ ﻦﹶﻠﹶﻓ ﺮﺴﻳ ﻦﻳﺪﻟﺍ ﺍﹶﺬﻫ ﱠﻥﹺﺇ

“Sesungguhnya agama ini mudah, tidak seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama ini kecuali sikapnya yang akan membinasakan dirinya sendiri.”

Dan di antara kemudahan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah disyariatkan untuk mereka suatu ibadah yang dapat membawa kepada ketakwaan dan dikurniakan syurga-Nya. Allah SWT berfirman:

  

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Ayat ini menerangkan bahawa di antara jalan untuk menggapai ketakwaan adalah dengan berpuasa. Dan Allah SWT tidak sesekali mensyariatkan hamba-Nya berpuasa semata-mata untuk menyulitkan hamba-Nya sebagaimana firman Allah SWT:

  





26

 

Maksudnya: “Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari- hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (Surah Al- Baqarah, ayat 185)

Ketika Abu Umamah r.a berkata kepada Rasulullah SAW, “Tunjukkanlah padaku suatu amalan yang memasukkanku ke dalam syurga.” Rasulullah SAW bersabda, “Kerjakanlah puasa kerana ibadah ini tiada tandingannya.”

Maka apabila telah jelas bagi kita akan keutamaan ibadah ini, penting bagi kita untuk mengetahui apakah maksud yang tersirat dan tersurat di sebalik sabda Nabi SAW dalam melaksanakan ibadah agar apa yang dilaksanakan tidak sia-sia dan diterima Allah SWT. Terdapat dua syarat yang harus dipenuhi sebelum kita mengharapkan amal ibadah yang dilaksanakan oleh Allah SWT iaitu ikhlas dan mutaba’ah.

1. Ikhlas iaitu melakukan sesuatu amal ibadah semata-mata kerana Allah SWT sebagaimana firman-Nya:



 

27

Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (Surah Al-Kahfi, ayat 110)

2. Mutaba’ah ertinya selaras dan sesuai dengan tuntutan dan ajaran Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda SAW:

ﺩﺭ ﻮﻬﹶﻓ ﻪﻨﻣ ﺲﻴﹶﻟ ﺎﻣ ﹶﺍﺬﻫ ﺎﻧﹺﺮﻣﹶﺃ ﻲﻓ ﹶﺙﺪﺣﹶﺃ ﻦﻣ

Maksudnya: “Barangsiapa mengada-ngadakan suatu amalan di dalam agama ini bukan darinya, maka amalan tersebut tertolak”. (Muttafaqun ‘Alaihi) Manakala dalam sebuah hadist lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW telah bersabda:

ﺩﺭ ﻮﻬﹶﻓ ﺎﻧﺮﻣﹶﺃ ﻪﻴﹶﻠﻋ ﺲﻴﹶﻟ ﹰﻼﻤﻋ ﹶﻞﻤﻋ ﻦﻣ

Maksudnya: “Barangsiapa mengerjakan sesuatu amalan yang tiada dari kami maka amalan tersebut tertolak”. (Riwayat Muslim)

Begitu juga halnya dengan ibadah puasa di mana pelaksanaannya perlulah sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW. Antara tuntunan baginda SAW dan juga menjadi adab-adab berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini ialah:

1. Ihtisab iaitu mengharapkan pahala daripada Allah SWT kerana demikianlah para Nabi dan orang-orang soleh dahulu kala beribadah. Hal ini telah diceritakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran, firman-Nya:

  

28

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami.” (Surah Al- Anbiya’, ayat 90)

Di samping itu, ihtisab juga membawa pengertian mengharapkan amal ibadah diterima oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala serta berasa cemas sekiranya amal ibadah yang dilakukan tidak diterima Allah SWT. Disebutkan dalam sebuah hadist dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

ﻪﹺﺒﻧﹶﺫ ﻦﻣ ﻡﺪﹶﻘﺗ ﺎﻣ ﻪﹶﻟ ﺮﻔﹸﻏ ﺎﺑﺎﺴﺘﺣﺍﻭ ﺎﻧﺎﳝﹺﺇ ﹶﻥﺎﻀﻣﺭ ﻡﺎﺻ ﻦﻣ

Maksudnya: “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan ganjaran pahala) maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Justeru, kita perlulah sentiasa mengihtisab diri agar amal ibadah kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

2. Meniatkan Puasa di Malam Hari Dari Hafshah r.a, sabda Rasulullah SAW:

ﻪﹶﻟ ﻡﺎﻴﺻ ﹶﻼﹶﻓ ﹺﺮﺠﹶﻔﻟﺍ ﹶﻞﺒﹶﻗ ﻡﺎﻴﺼﻟﺍ ﻊﻤﺠﻳ ﻢﹶﻟ ﻦﻣ

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meniatkan puasa sebelum fajar, maka tiada puasa baginya.” (Riwayat Abu Daud)

Walau bagaimanapun, perkara ini hanya dianjurkan ketika berpuasa wajib sahaja iaitu bermula waktunya ketika tenggelam matahari sehingga waktu sebelum terbitnya fajar. Perkara ini memadai dilakukan sekali pada bulan Ramadhan kecuali jika terputus puasanya disebabkan wujudnya halangan-halangan tertentu, maka

29

perlulah diniatkan sekali lagi. Ini kerana tempat niat itu letaknya di dalam hati dan merupakan amalan batin serta bukannya amalan yang dapat dilihat secara lahiriah.

3. Mengakhirkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa Di antara kemudahan ajaran Islam dan bukti kebesaran kurniaan Allah SWT kepada kita adalah dengan disyariatkan agar bersahur dalam menjalankan puasa. Dari Anas r.a katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:

ﺔﹶﻛﺮﺑ ﹺﺭﻮﺤﺴﻟﺍ ﹺﰲ ﱠﻥﹺﺈﹶﻓ ﺍﻭﺮﺤﺴﺗ

Maksudnya: “Sahurlah kalian kerana pada makan sahur itu ada keberkatan.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Manakala dalam hadist yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Harits pula disebutkan, sabda Rasulullah SAW:

ﻩﻮﻋﺪﺗ ﹶﻼﹶﻓ ﺎﻬﻳﹺﺇ ُﷲﺍ ﻢﹸﻛﺎﹶﻄﻋﹶﺃ ﹲﺔﹶﻛﺮﺑ ﺎﻬﻧﹺﺇ

Maksudnya: “Sesungguhnya sahur ini adalah keberkatan yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah sesekali kalian meninggalkannya.” (Riwayat Ahmad)

Selain itu, disunnahkan bagi setiap muslim untuk mengakhirkan sahurnya dan sebaik-baiknya bersahur dengan kurma sebagaimana disebut dalam hadist yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda:

ﹺﺮﻤﺘﻟﺍ ﹺﻦﻣﺆﹸﳌﺍ ﺭﻮﹺ ﺤﺳ ﻢﻌﹺﻧ

Maksudnya: “Sebaik-baik sahurnya mukmin adalah kurma.” (Riwayat Abu Daud)

Dan sekiranya tiada kurma untuk bersahur, maka perlu juga tetap bersahur walaupun hanya dengan seteguk air seperti sabda Nabi SAW, riwayat Abu Said Al- Khudri r.a:

30

ٍﺀﺎﻣ ﺔﻋﺮﺤﹺﺑ ﻮﹶﻟﻭ ﺍﻭﺮﺤﺴﺗ

Maksudnya: “Makan sahurlah kalian walau dengan seteguk air”

Adapun berbuka, justeru yang dikatakan sunnahnya adalah menyegerakan. Dari Sahl bin Sa’d r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

ﺮﹾﻄﻔﻟﺍ ﺍﻮﹸﻠﺠﻋ ﺎﻣ ﹴﺮﻴﺨﹺﺑ ﺱﺎﻨﻟﺍ ﹸﻝﺍﺰﻳ ﹶﻻ

Maksudnya: “Manusia akan sentiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Dan di antara tuntunan Rasulullah SAW dalam berbuka adalah berbuka dengan ruthab (kurma basah), kalau tidak dapat maka dengan kurma kering dan apabila tidak dapat, maka dengan air dan berbuka sebelum melaksanakan solat Maghrib. Anas bin Malik r.a berkata:

ﻦﹸﻜﻳ ﻢﹶﻟ ﻥﹺﺈﹶﻓ ،ﻲﱢﻠﺼﻳ ﻥﹶﺃ ﹶﻞﺒﹶﻗ ﺕﺎﺒﹾﻃﺭ ﻰﹶﻠﻋ ﺮﻄﹾﻔﻳ ﻢﱠﻠﺳﻭ ﻪﻴﹶﻠﻋ ُﷲﺍ ﻰﱠﻠﺻ ﻲﹺﺒﻨﻟﺍ ﹶﻥﺎﹶﻛ

ٍﺀﺎﻣ ﻦﻣ ﺕﺍﻮﺴﺣ ﺎﺴﺣ ،ﺕﺍﺮﻤﺗ ﻦﹸﻜﻳ ﻢﹶﻟ ﻥﹺﺈﹶﻓ ،ﺕﺍﺮﻤﺘﹶﻓ ،ﺕﺎﺒﹾﻃﺭ

Maksudnya: “Dahulu Nabi berbuka dengan beberapa butir ruthab (kurma setengah matang) sebelum beliau solat, apabila tidak ada, maka dengan kurma, apabila tidak ada beliau minum beberapa teguk air.” (Riwayat Ahmad)

4. Menahan Diri dari Perbuatan Keji dan Ucapan Kotor

Puasa selain bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga serta menahan nafsu syahwat, ia juga merangkumi erti menahan diri daripada melakukan dosa dan maksiat, memelihara lidah daripada berdusta, mengucapkan kata-kata yang kotor dan keji. Apabila seseorang itu berbicara, hendaklah ia berbicara dengan ucapan yang tidak akan merosakkan puasanya dan apabila ia melakukan sesuatu perkara,

31

tindakan tersebut tidak membawa kepada rosaknya puasa. Oleh itu, hendaklah ia mengucapkan sesuatu yang baik dan melakukan amal ibadah yang soleh. Dari Abu Hurairah r.a pernah meriwayatkan, Nabi SAW telah bersabda:

ﻪﺑﺍﺮﺷﻭ ﻪﻣﺎﻌﹶﻃ ﻉﺪﻳ ﹾﻥﺃ ﹲﺔﺟﺎﺣ ﱠﻞﺟﻭ ﺰﻋ ﻪﱠﻠﻟ ﺲﻴﹶﻠﹶﻓ ،ﻪﹺﺑ ﹶﻞﻤﻌﻟﺍﻭ ﹺﺭﻭﺰﻟﺍ ﹶﻝﻮﹶﻗ ﻉﺪﻳ ﻢﹶﻟ ﻦﻣ

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan perbuatan keji, maka Allah tidak menghendaki dia meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Imam Bukhari).

Manakala disebutkan dalam sebuah hadis lain yang turut diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

ﺪﺣﹶﺃ ﻚﺑﺎﺳ ﱠﻥﹺﺈﹶﻓ ،ﺚﹶﻓﺮﻟﺍﻭ ﹺﻮﻐﱠﻠﻟﺍ ﻦﻣ ﻡﺎﻴﺼﻟﺍ ﺎﻤﻧﹺﺇ ،ﹺﺏﺍﺮﺸﻟﺍﻭ ﹺﻞﹾﻛَﻷﺍ ﻦﻣ ﻡﺎﻴﺼﻟﺍ ﺲﻴﹶﻟ

ﻢﺋﺎﺻ ﻲﻧﹺﺇ ،ﻢﺋﺎﺻ ﻲﻧﹺﺇ : ﹾﻞﹸﻘﹶﻓ ﻚﻴﹶﻠﻋ ﻞﹺﹶ ﻬﺟ ﻭﹶﺃ

Maksudnya: “Puasa itu bukan dari makan dan minum. Melainkan puasa hanyalah dari perbuatan sia-sia dan kotor. Maka apabila seseorang mencacimu atau melakukan kebodohan kepadamu, maka katakanlah, Sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim)

5. Bersikap Dermawan, Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

Nabi SAW merupakan seorang dermawan dan semakin bertambah sifat dermawan tersebut sepanjang bulan Ramadhan. Hal ini dikisahkan oleh Ibnu Abbas r.a dalam hadist yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:

ﹶﻥﺎﻀﻣﺭ ﻲﻓ ﹸﻥﻮﹸﻜﻳ ﺎﻣ ﺩﻮﺟﹶﺃ ﹶﻥﺎﹶﻛﻭ ،ﹺﺱﺎﻨﻟﺍ ﺩﻮﺟﹶﺃ ﻢﱠﻠﺳﻭ ﻪﻴﹶﻠﻋ ُﷲﺍ ﻰﱠﻠﺻ ِﷲﺍ ﹸﻝﻮﺳﺭ ﹶﻥﺎﹶﻛ

،ﹶﻥﺍَﺀﺮﹸﻘﻟﺍ ﻪﺳﹺﺭﺍﺪﻴﹶﻓ ﹶﻥﺎﻀﻣﺭ ﻦﻣ ﺔﹶﻠﻴﹶﻟ ﱢﻞﹸﻛ ﻲﻓ ﻩﺎﹶﻘﹾﻠﻳ ﹸﻞﻳﹺﺮﺒﹺﺟ ﹶﻥﺎﹶﻛﻭ ،ﹸﻞﻳﹺﺮﺒﹺﺟ ﻩﺎﹶﻘﹾﻠﻳ ﲔﺣ

32

ﺔﹶﻠﺳﺮﹸﳌﺍ ﹺﺢﻳﺮﻟﺍ ﻦﻣ ﹺﺮﻴﹶﳋﺎﹺﺑ ﺩﻮﺟﹶﺃ ﹸﻞﻳﹺﺮﺒﹺﺟ ﻩﺎﹶﻘﹾﻠﻳ ﲔﺣ ﻢﱠﻠﺳﻭ ﻪﻴﹶﻠﻋ ُﷲﺍ ﻰﱠﻠﺻ ِﷲﺍ ﹸﻝﻮﺳﺮﹶﻠﹶﻓ

Maksudnya: “Dahulu Rasulullah SAW adalah manusia yang paling dermawan dan semakin bertambah kedermawannya ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang padanya. Dan dahulu Jibril datang pada setiap malam di bulan Ramadhan, mengajar Rasulullah membaca Al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah ketika itu lebih cepat dalam kebaikan dari angin yang bertiup.”

Selain sifat kedermawan baginda SAW, hadist tersebut turut menceritakan kepada kita bahawa di bulan Ramadhan baginda banyak membaca Al-Quran dan melakukan pelbagai kebaikan. Demikianlah jika seorang muslim menginginkan keredhaan Rabbnya, ia perlu menjadikan kehidupan Rasulullah SAW sebagai satu- satunya pedoman hidup disebut dalam Al-Quran:

 

Maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Akhirat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah Al-Ahzab)

33

1 (c). Menulis 2 cerita teladan berkaitan dengan adab terpuji yang berlaku di zaman Rasulullah SAW atau para sahabat.

i. Menahan Lapar Semalaman Kerana Menghormati Tetamu

Pada suatu ketika, telah datang seseorang menemui Rasulullah SAW dan beliau mengadukan hal kepada baginda tentang kelaparan yang dialaminya. Kebetulan pada ketika itu baginda s.a.w. tidak mempunyai sebarang makanan begitu juga di rumah baginda untuk diberikan kepada tetamunya itu. Lalu baginda s.a.w. bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Dengan penuh rela hati, menyahutlah seorang sahabat dari kaum Ansar, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Maka sahabat dari kalangan Ansar itu pun membawa tetamu tadi ke rumahnya dan beliau menjelaskan kepada isterinya seraya berkata, "Sesungguhnya orang ini adalah tetamu Rasulullah s.a.w. Oleh itu, kita perlu melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di dalam rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya aku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun kecuali cuma sedikit dan makanan itu hanyalah mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini."

Sahabat itu pun berkata, "Jika begitu, engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak- anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Kemudian apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit itu dan mulai makan, engkau padamkanlah lampu itu sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali agar tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama- samanya." Rancangan sahabat itu berjalan dengan lancar walaupun seluruh keluarga

34

sahabat tersebut termasuk anak-anaknya terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.

Rentetan dari peristiwa tersebut, maka Allah SWT telah berfirman:





 

Maksudnya: “Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang- orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (Surah Al-Hasyr :ayat 9)

35

Pengajaran yang Dapat Diambil dari Kisah Teladan (i)

1. Menghormati dan Memuliakan Tetamu Kita hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan tetamu yang berkunjung sebagaimana ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW:

ﻪﹶﻔﻴﺿ ﻡﹺﺮﹾﻜﻴﹾﻠﹶﻓ ﹺﺮﺧﻵﺍ ﹺﻡﻮﻴﹾﻟﺍﻭ ِﷲﺎﹺﺑ ﻦﻣﺆﻳ ﹶﻥﺎﹶﻛ ﻦﻣ

Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.

2. Menghidangkan jamuan yang terbaik mengikut kemampuan. Bagi meraikan tetamu, adalah sangat dianjurkan untuk menghidangkan kepada tetamu jamuan yang terbaik mengikut kemampuan tuan rumah. Tidak kiralah sama ada tetamu tersebut dikenali ataupun tidak. Ini kerana amalan memuliakan dan melayan tetamu dengan baik yang dianjurkan bersesuaian dengan amalan para nabi dan rasul terdahulu.Ini dibuktikan melalui firman Allah SWT yang telah merakamkan kisah nabi Ibrahim a.s dan sikapnya yang sangat memuliakan tetamu melalui firmannya:

 

  

Maksudnya: “Sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam Dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" ia menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu! "(sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang-orang yang

36

tidak dikenal.” Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).” (Surah Hud, ayat 64)

3. Berlumba-lumba untuk Melakukan Kebaikan Dapat diperhatikan dalam kisah ini, betapa gigihnya seorang sahabat untuk berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Peluang untuk menerima tetamu bagi pihak Rasulullah SAW dirasakan amat besar walaupun beliau sedar bahawa keperluan keluarganya sendiri tidak mampu dipenuhi. Namun semangat beliau perlu dicontohi apatah lagi hal ini telah disebutkan dalam Al-Quran:

 



    

  

Maksudnya: “Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan kebenarannya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang

37

telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Surah Al-Maidah, ayat 48)

ii. Sabar Menahan Cubaan

Saidina Hassan bin Ali r.a merupakan salah seorang tokoh Islam yang sangat terkenal. Sebagai salah seorang daripada cucu Rasulullah s.a.w, beliau memiliki budi pekerti yang mulia lagi terpuji. Sikap beliau yang penyabar, rendah diri dan dermawan, amat disenangi oleh semua orang.

Pada suatu hari sedang Saidina Hassan r.a berdiri di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang lelaki mencaci dan menghina keturunan beliau. Anehnya, Saidina Hassan r.a hanya mendengar segala maki hamun itu tanpa sedikit pun berubah air mukanya. Beliau juga tidak membuat sebarang tindak balas terhadap lelaki yang berkelakuan biadap itu.

Melihatkan keadaan lelaki yang terus menerus memarahinya, Saidina Hassan r.a kemudiannya menyuruh pembantu rumahnya supaya membawa bekas yang berisikan wang perak untuk diberikan kepada lelaki itu.

“Wahai saudara! Maafkanlah aku kerana ini sahaja yang aku miliki. Jika ada yang lebih, nescaya tidak akan aku sembunyikan dari engkau.”.

Tiba-tiba lelaki itu menangis sambil berkata, “Wahai cucu Rasulullah! Maafkanlah aku kerana berlaku kasar padamu. Sebenarnya aku berbuat begini hanyalah untuk mengujimu. Aku mendengar engkau memiliki sifat penyabar yang tiada tolok bandingnya. Semakin marah orang padamu, semakin rasa kasihmu kepada orang itu. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau ini mempunyai budi pekerti yang mulia sekali.”

38

Demikianlah sifat penyabar yang ada pada cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Hassan r.a yang bukan sahaja dapat bersabar dengan ujian yang sengaja dibuat oleh lelaki itu, malah membalasnya pula dengan sikap lemah lembut dan pemurah.

Pengajaran yang Dapat Diambil dari Kisah Teladan (ii)

1. Larangan Mencaci, Memaki Hamun dan Mengeluarkan Kata-kata Kesat

Islam melarang keras umatnya mencaci, memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan berbagai-bagai lagi perkataan yang boleh menjejaskan perpaduan, keharmonian di kalangan orang Islam mahupun bukan Islam. Kerana itu, dalam kisah tersebut dalam dilihat dalam kisah tersebut, perbuatan buruk lelaki yang mencaci dan memaki hamun Saidina Hasan r.a tidak sekalipun dibalas oleh cucu Rasulullah SAW itu. Apatah lagi Islam sememangnya melarang kita mencaci dan menghina keturunan seseorang sebagaimana telah ditegaskan dalam sebuah hadist

Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar.” Para sahabat bertanya:”Adakah orang yang mencaci ibu bapanya?” Jawab Rasulullah s.a.w ,:”Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lalu orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula.” (Riwayat Muslim)

2. Bercakap lemah lembut

Seorang muslim yang baik tidak suka bercakap kasar dan sentiasa melembutkan tutur kata mereka supaya tidak menyakiti hati orang lain. Mereka akan bercakap memadai suaranya didengari dengan jelas oleh orang yang sedang berhubung dengannya. Firman Allah s.w.t :

39

 

Maksudnya: “Rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Surah Luqman, ayat 19)

Apabila kita bercakap dengan lemah lembut, orang lain akan berasa senang dan selesa untuk bercakap dengan kita lagi. Perkara ini sangat penting terutamanya apabila seseorang yang ingin berdakwah dan menarik orang bukan Islam memeluk agama Islam. Ini kerana apabila orang Islam berkata lemah lembut, maka mereka telah menunjukkan contoh akhlak sebenar orang Islam.

3. Bersabar dan Tidak Mudah Marah

Sifat marah ini merupakan sifat tercela dan dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Secara logiknya, seseorang yang sedang marah akan bercakap kasar dan menengking atau menjerit di luar kawalan dan hanya mengikut hawa nafsu. Hal ini telah ditegaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

.ﻲﹺﻨﺻﻭﹶﺃ : ﻢﻠﺳﻭ ﻪﻴﻠﻋ ﷲﺍ ﻰﻠﺻ ﻲﹺﺒﻨﻠﹶﻟ ﹶﻝﺎﹶﻗ ﹰﻼﺟﺭ ﱠﻥﹶﺃ :ﻪﻨﻋ ُﷲﺍ ﻲﺿﺭ ﹶﺓﺮﻳﺮﻫ ﻲﹺﺑﹶﺃ ﻦﻋ

((ﺐﻀﻐﺗ ﹶﻻ ﹶﻝﺎﹶﻗ ﺍﺭﺍﺮﻣ ﺩﺩﺮﹶﻓ .ﺐﻀﻐﺗ ﹶﻻ)) : ﹶﻝﺎﹶﻗ

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a: Bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi SA: Berikan daku wasiat.Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.” (Riwayat Bukhari)

Hadis tersebut menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah membawa banyak keburukan. Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti

40

menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk. Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah. Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah,namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.

41

2. Hari raya disambut dengan meriah setiap tahun. Semasa menyambutnya

didapati masyarakat masih tidak dapat membezakan adab-adab yang dibenarkan

dan dilarang oleh syarak.

a) Anda dikehendaki membandingbeza antara adab mahmudah dan mazmumah

yang berlaku dalam proses menyambut perayaan tersebut dengan

menggunakan borang pengurusan bandingbeza.

Adab Mahmudah

Aspek Perbezaan

Adab Mazmumah

Memakai pakaian yang terbaik, tidak semestinya baru tetapi yang penting mestilah kelihatan baik dan bersih.

Pakaian

Memakai pakaian yang indah- indah dan tidak memenuhi konsep menutup aurat yang diperintahkan oleh syara’ terutamanya semasa pergi untuk menunaikan solat sunat Hari Raya dan memakai wangi-wangian serta bertabarruj bagi kaum wanita.

Bagi kaum lelaki, hendaklah menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah dan berwangi-wangian.

Manakala bagi kaum perempuan, hendaklah menghindari pakaian yang berlebih-lebihan dari segi corak dan perhiasannya serta tidak memakai wangi-wangian sehingga menyebabkan kaum lelaki tertarik padanya.

Membazir dan boros berbelanja melebihi keperluan semata-mata ingin bergaya dengan baju baru dan berniat menunjuk-nunjuk barangan perhiasan yang lain pada hari raya.

Bagi kanak-kanak pula tidak kira sama ada lelaki atau perempuan dibolehkan memakai pakaian yang indah- indah, perhiasan dan berwangi- wangian.

Mengelakkan pembaziran seperti boros berbelanja semata-mata ingin bergaya dengan baju baru pada hari raya.

42

Penyediaan makanan adalah mengikut kemampuan, tidak bermewah-mewah dan elakkan daripada membazir. Pada Hari Raya Aidlifitri, eloklah disediakan sedikit makanan untuk dimakan sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Penyediaan