Anda di halaman 1dari 15

2.

Menyatakan

Kepentingan

Pemuliharaan

dan

Pemeliharaan

Alam

Sekitar

berdasarkan objektif Pendidikan konservasi mengikut UNESCO 1976. 2.1 Pengenalan pendidikan konservasi Pendidikan Konservasi merupakan pendidikan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. (Ford, 1981). Menyedari hakikat ini, kita haruslah memupuk ataupun memberikan pendidikan konservasi ini di peringkat awal yakni peringkat kanak-kanak lagi agar mereka dapat ilmu pengetahuan, mengenal dan memahami pentingnya konservasi alam. Dengan adanya pendidikan konservasi dapat memberi kesedaran ke dalam diri para pelajar tentang kewajipan mereka terhadap alam sekitar iaitu memelihara dan memulihara serta bersikap dan bertindak positif terhadap alam sekitar yang berada di sekitar mereka. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan pendedahan pendidikan konservasi kepada anak-anak mereka kerana mereka merupakan guru pertama bagi kanak-kanak. Seperti yang kita sedia maklum, alam sekitar memainkan penting dalam kehidupan seharian. Kita juga akan menjalani kehidupan yang selesa dan menyegarkan jika alam sekitar bersih. Hal ini kerana alam sekitar yang bersih akan menjamin kesihatan tubuh badan, iaitu kita terhindar daripada sebarang penyakit yang mungkin berpunca daripada pencemaran pada alam sekitar. Alam sekitar juga merupakan sumber asli yang berharga bukan sahaja bagi manusia malah sumber bagi makhluk-makhluk yang hidup di dunia ini. Hakikatnya, kita sebagai manusia mesti menjaga alam sekitar yang menjadi sumber utama yang untuk demikian, menghasilkan manusia sumber sebagai makanan makhluk dan yang

minuman. Oleh

bertanggungjawab atas segala yang berlaku di bumi ini , iaitu sebagai makhluk yang berakal fikiran haruslah memelihara alam sekitar dengan baik agar tidak berlakunya kemusnahan alam sekitar. Tambahan lagi, usaha yang dijalankan oleh guru, badan bukan kerajaaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan untuk memberikan kesedaran tentang
3

pentingnya pendidikan konservasi diharapkan dapat disampaikan kepada generasi yang akan datang kerana mereka bakal memimpin negara pada masa depan. Melalui pendidikan konservasi juga, kita dapat melatih mereka supaya bertanggungjawab, mempunyai nilai etika yang tinggi dan juga mempunyai visi dan misi yang berwawasan dalam mengekalkan alam sekitar. Melalui laman web sesawang ini,

(2011/http://www.scribd.com/doc/26994294/pendidikan-konservasi), Pendidikan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah

pelajar akan mereka diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentingnya konservasi alam. Ini akan membawa kesedaran kepada mereka tentang kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif terhadap alam. Selain itu, melalui guru yang dilatih, badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diharapkan penyebaran informasi tentang konservasi alam dapat disampaikan kepada generasi masa depan yang akan menjadi pemimpin bangsa yang mempunyai keberanian, bertangggungjawab,

menjunjung tinggi nilai etika dan mempunyai visi yang berwawasan. Oleh itu, di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivinya dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang mengikuti program pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih. Seterusnya, alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

2.2 Objektif Pendidikan Konservasi Seperti yang termaktub dalam objektif UNESCO 1976,

pengetahuan merupakan objektif pertama dan utama. Hal ini kerana untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, sememangnya pengetahuan amat penting. Melalui pengetahuan, barulah kita boleh menyedarkan masyarakat betapa pentingnya alam sekitar dalam kehidupan sehari-hari. Melalui

pengetahuan juga, kita dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap alam sekitar, permasalahan dan tanggungjawab kita sebagai makhluk yang bergantung kepadanya. Melalui kaedah ini, kita akan dapat memberikan peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk mendapatkan kesedaran, pengetahuan, keahlian dan komitmen untuk berganding bahu melakukan konservasi alam

semula jadi. Sebagai makhluk yang tinggal di muka bumi ini, kita seharusnya mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keindahan bumi yang cukup sempurna demi menjaga kepentingan bersama-sama sesama hidupan yang hidup. Seterusnya, selepas diberikan pengetahuan untuk menyedari masyarakat akan masalah alam sekitar, barulah perubahan sikap boleh berlaku. Perubahan sikap boleh berupa nilai-nilai estetika yang kuat dan tinggi, bermotivasi dalam usaha-usaha perlindungan, pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar

pengawetan dan pemanfaatan alam sekitar secara lestari. Lestari merujuk kepada kebijaksanaan dan kepandaian, maka lestari yang dimaksud ini kebijaksanaan mengurus alam sekitar. Berlainan pula dengan pembangunan lestari yang membawa maksud kepandaian membuat pembangunan tanpa mengorbankan alam

sekitar. Dengan kata lain, pembangunan yang dijalankan masih sistematik dan tidak menjejaskan alam sekitar. Oleh yang demikian sikap dan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar haruslah dipupuk dan ditanam dalam sanubari kanakkanak ataupun para pelajar sejak dari kecil. Dengan membentuk pola perilaku
5

yang natural terhadap alam semula jadi, sumber-sumber yang semakin kurang akan dihargai oleh akar bangsa akan datang dan tidak akan menghadapi masalah kekurangan sumber seperti yang dialami oleh negara Indonesia. Salah satu daripada objektif yang termaktub dalam UNESCO 1976 ialah Keterampilan. Keterampilan ini bermaksud mengembangkan etika konservasi dan memberikan pengetahuan tentang cara yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah pencemaran di alam sekitar. Keterampilan juga boleh membawa maksud memberikan pengetahuan cara untuk menguruskan atau mengelakkan pencemaran yang dilakukan oleh manusia. Lantaran itu, kemampuan mengevaluasi (evaluation ability). Sekiranya setiap pelajar mempunyai kemampuan mengevaluasi konservasi alam dan program pendidikan dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan sebagainya, sudah tentu alam sekitar pada masa depan dapat dipelihara dan masalah pencemaran atau kepupusan haiwan dapat diatasi. Objektif yang terakhir dinyatakan dalam UNESCO 1976 ialah peranserta iaitu (participation). Selain itu juga, pelajar atau murid sememangnya digalakkan untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi. Melalui aktiviti sebegini, mereka dapat mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka untuk menghadapi permasalahan konservasi alam sehingga mereka dapat mengambil keputusan dan melakukan tindakan yang bijak dan

relevan. Misalnya, para pelajar mengambil bahagian dalam menanam semula pokok bagi myelesaikan maslah peningkatan suhu setempat mahupun suhu global. 2.3 Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri.
6

Selain itu, air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kita. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan. Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, beberapa usaha telah dilakukan seperti membenteras aktiviti pembalakan secara haram dan membuat hutan simpan di tempat-tempat tertentu untuk memastikan flora dan fauna terjaga dengan rapi. Akhir sekali, perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti manusia telah memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik sejagat. Namun secara tidak langsung, segala proses untuk pelaksanaan objektif pembangunan tersebut telah menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk , penipisan lapisan ozon,

penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna. Secara konklusinya, kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan

berdasarkan objektif pendidikan konservasi amatlah penting untuk direalisasikan oleh manusia supaya keselamatan alam sekitar akan lebih terjamin pada masa akan datang.

3.0

Kajian ringkas mengenai flora yang pupus (Hutan Paya Bakau)

PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuhtumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Kepupusan flora ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh tumbuhan semulajadi. FAKTA-FAKTA ASAS Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuhtumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air. Dalam membincangkan tentang kepupusan flora ini kita lihat bagaimana hutan paya bakau yang cantik telah dilaporkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia yang kian menggugat kestabilan alam. STATUS TABURAN DAN POPULASI HUTAN PAYA BAKAU Kemusnahan hutan bakau di kawasan persisiran pantai dikatakan berpunca daripada sikap masyarakat yang sering mengabaikan tentang kepentingan hutan ini. Apa yang perlu disedari umum, hutan bakau adalah merupakan warisan alam yang perlu dipelihara. Hutan bakau sememangnya diketahui menjadi tempat perlindungan pelbagai spesis flora dan fauna seperti buaya, ketam, memerang, beruk, ikan dan pelbagai jenis siput yang masingmasing mempunyai nilai tersendiri. Disamping itu juga hutan bakau merupakan
8

habitat bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Terdapat empat jenis spesies utama yang paling di kenali iaitu api-api ludat, bakau minyak, perepat dan berus tumu. Antara spesies bakau lain ialah lenggadai, nyireh bunga, bakau kurap dan chegam.

Di Malaysia, hutan paya laut terdapat di sepanjang pantai Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Hutan paya laut di Malaysia merupakan yang ketiga terbesar di Asia Pasifik selepas Indonesia dan Australia. Jumlah luas keseluruhan kawasan tersebut adalah lebih kurang 566 856 hektar iaitu 57 peratus terdapat di Sabah, 26 peratus di Sarawak dan 17 peratus di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan hutan paya laut di Malaysia terletak di pantai barat ( Persisiran Selat Melaka ) iaitu di Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Johor.

FAKTOR KEPUPUSAN HUTAN PAYA BAKAU

Namun isu-isu kemusnahan hutan bakau semakin hari menjadi semakin kritikal dan jika tidak ditangani dengan bijak dan segera ianya akan memberikan impak negatif bukan sahaja kepada kita, malahan kepada generasi akan datang. Pengeksploitasian sumber biodiversiti yang tidak dikawal sepenuhnya, seperti penerokaan hutan paya bakau untuk pelbagai tujuan pembangunan seperti ternakan ikan dalam sangkar, kolam ternakan udang, perindustrian, perbandaran dan perkampungan nelayan pinggir pantai serta pembuangan sisa cecair oleh kapal dagangan dan bot nelayan secara tidak langsung mengancam ekosistem paya bakau yang amat sensitif terhadap sebarang perubahan guna tanah di kawasan yang berkenaan.

Aktiviti penerokaan paya bakau yang dilakukan secara sewenangwenangnya sama ada bagi tujuan pembangunan, perumahan, pertanian atau perindustrian tanpa mengambil kira aspek alam sekitar akan menyebabkan
9

hakisan tanah, mengganggu imbangan haba serta keseimbangan ekologi. Kesannya bukan sahaja boleh menyebabkan kepupusan kepada spesiesspesies hidupan yang sedia ada malah boleh membawa bencana yang dahsyat kepada manusia. Masalah pembalakan haram . Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang ada dikawasan tersebut akan musnah. Pembukaan tanah baru iaitu pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh tumbuhan Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisi tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.

10

USAHA-USAHA KONVERSASI

Oleh itu sebarang aktiviti yang meyumbang kepada kemusnahan hutan bakau perlulah dipertimbangkan semula dan dikurangkan. Selain itu juga, pelbagai akta dan peraturan yang telah diwujudkan berkaitan hutan paya bakau haruslah dikuatkuasakan dengan tegas demi menjamin kestabilan hutan ini disamping dapat meminimumkan kemusnahan terhadap alam sekitar. Dan apa yang lebih penting badan - badan bukan kerajaan (NGOs) diharapkan dapat bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha untuk memberi kehidupan semula kepada pokok bakau. Selain itu, langkah-langkah mengatasi ialah dengan mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama

kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi, taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi. Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram, membalak di kawasan perlindungan hutan Taman Negara. Pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid . Masalah pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hektar. Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaanAkta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974. Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000. Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986.

11

KESIMPULAN Kesimpulannya hutan paya laut atau hutan bakau adalah antara hutan yang mempunyai banyak kepentingan dan kegunaannya sama ada kepada manusia, alam sekitar ataupun hidupan lain. Ekosistem yang mudah terjejas ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi. Banyak usaha perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran awam serta menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap orang untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam.

4.0

KAJIAN KES KEPUPUSAN FAUNA (PENYU) PENDAHULUAN Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah. Kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh tumbuhan dan haiwan semulajadi. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. FAKTA-FAKTA ASAS FAUNA Dalam membincangkan tentang kepupusan fauna ini kita lihat bagaimana penyu yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan

12

penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali speisis penyu ini. STATUS TABURAN DAN POPULASI PENYU Sebanyak tiga daripada tujuh spesies penyu di dunia, termasuk yang terbesar, penyu Belimbing (Dermochelys coreacea) mendarat di pesisir pantai timur negara.

Penyu belimbing yang hampir pupus

Dua lagi ialah penyu Agar (Chelonia mydas) dan penyu Karah (Eretmochelys imbricata). Umum tahu bahawa populasi penyu kini diancam kepupusan terutama penyu Belimbing akibat faktor semula jadi dan ancaman manusia, namun masih ramai tidak faham kenapa ada pihak yang beria-ia mahu memelihara spesies ini daripada pupus. Penyu juga seperti haiwan lain memainkan peranan penting dalam memulihara keseimbangan ekologi secara langsung di lautan.

Penyu Belimbing yang amat penting dalam proses mengawal populasi obor-obor. Obor-obor ialah makanan utama penyu ini. Corak pemakanan ini, membantu mengurangkan jumlah pemangsa utama kepada anak ikan iaitu oborobor. Ini bagi memastikan anak ikan dapat membesar lalu membekalkan ikan yang mencukupi bagi manusia.

13

Selain penyu Belimbing, penyu lain juga ada kepentingannya. Antara lain, penyu Karah berupaya memakan span laut yang terdapat dalam ekosistem terumbu karang. Span laut ini bersaing dengan terumbu karang lain bagi mendapatkan ruang, malah ia dilindungi oleh duri spina yang tajam lagi beracun. Pemakanan penyu Karah ini penting dalam kawalatur ekologi terumbu karang. Ia membolehkan ikan-ikan memakan span laut yang mana lapisan durinya telah dimakan oleh penyu terlebih dahulu. Ketiadaan penyu Karah membolehkan

span laut membiak lebih agresif lalu menguasai ekosistem terumbu karang yang juga menyediakan makanan kepada ikan.

Antara peranan penyu terhadap ekosistem ialah bertindak sebagai spesies petunjuk dalam ekosistem dengan ia menunjukkan sebarang tanda perubahan disebabkan perubahan persekitaran. Rantaian ekosistem bermaksud rangkaian yang saling mengikat antara satu sama lain, dan jika satu daripadanya hilang maka ia akan memusnahkan hidupan laut yang lain juga. Ini bermakna kehadiran penyu boleh menunjukkan tanda perubahan dalam bentuk taburan kehidupan laut dan kelimpahan yang menunjukkan ancaman telah berlaku ke atas keseluruhan ekosistem.

Begitu juga penyu Tempayan yang banyak memakan haiwan invertebrata, khususnya krustasea (seperti udang galah, ketam laut), obor-obor, span laut dan batu karang lembut yang hidup di dasar laut. Bentuk pemakanan ini boleh mempengaruhi taburan serta kelimpahan spesies kawasan ekosistem pantai.

Cengkerang penyu pula menjadi tempat bernaung bukan sahaja bagi haiwan yang lain tetapi juga tumbuhan laut. Sebanyak 100 jenis haiwan dan tumbuhan marin direkodkan hidup atas cengkerang penyu. Jelas kita dapat melihat bagaimana masa depan bagi banyak spesies di lautan berkaitan erat dengan kelangsungan hidup penyu.

14

Najis penyu juga menjadi baja kepada rumpai laut supaya dapat membiak dan tumbuh dengan lebih banyak lagi. Jika penyu pupus di sesuatu zon, rantaian makanan di kawasan itu pasti terganggu dan membawa kepupusan kepada populasi ikan yang menjadi sumber protein kepada manusia.

FAKTOR KEPUPUSAN Antara faktor kepupusan fauna penyu ialah pembukaan tanah baru contohnya seperti laut di tambak untuk pembangunan. Pembukaan kawasan penempatan baru melibatkan laut ini turut memusnahkan speisis penyu di negara kita khususnya di Rantau Abang, Terengganu. Penyelidik Unit Penyu Laut (Seatru) Universiti Malaysia Terengganu Dr Juanita Joseph berkata proses pemuliharaan penyu berterusan sejak tahun 1950-an, namun hasilnya belum dapat dilihat kerana proses kematangan penyu mengambil masa antara 25 dan 50 tahun. Kami di Seatru semakin giat menjalankan aktiviti pemuliharaan penyu di Pulau Redang sejak 1993. Bagaimanapun, Dr Juanita berkata Malaysia mungkin kehilangan penyu Belimbing. Buat masa ini, kita masih lagi mempunyai penyu Agar dan penyu Karah. Persarangan untuk spesies ini juga menurun jika dibandingkan pada tahun 50-an. Pemburuan secara haram yang berleluasa di laut-laut di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Penyu merupakan satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama telur haiwan ini yang amat berkhasiat menyebabkan penyu kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

15

Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan penyu juga adalah disebabkan perubahan cuaca dunia. Fenomena Elnino yang

menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisis haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.

Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faktor ini yang menyebabakan banyak hidupan akuatik kian pupus. Hidupan seperti penyu semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut. USAHA-USAHA KONVERSASI Langkah-langkah mengatasi kepupusan fauna ini ialah

mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam laut sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Mewujudkan sistem pengurusan haiwan laut berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hidupan air terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya

kepupusan. Mengiktiraf lebih banyak kawasan sebagai taman laut dengan keluasan mencukupi. Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pencerobohan hidupan air yang hampir pupus khasnya speisis penyu. Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.

16

Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan penyu. Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan. Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974. Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000. Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986.

KESIMPULAN Walaupun ramai yang tidak tahu atau tidak mengambil berat betapa pentingnya spesies penyu dalam alam kehidupan, masih ada yang sayang pada haiwan ini. Negara lain pun menunjukkan penurunan juga. Semoga langkah pemuliharaan yang kita ambil pada masa kini akan mendatangkan hasil. Untuk mencegah kepupusan ini daripada terus berlaku, manusia memainkan peranan yang penting dalam menjayakan kegiatan ini. Selamatkanlah kepupusan penyu kita supaya generasi-generasi akan datang masih dapat menghayati

keindahannya.

17

Anda mungkin juga menyukai