Anda di halaman 1dari 4

Resepi Tiramisu Yang Simple

Hello! Update pasal makanan lagi!!!! Sejak berpuasa ni aku rasa malas nak update pasal diri sendiri. Konon nak berprivasi lah kaedahnya. Bosan lah kan kalau semua benda nak cerita . Ahahahah Projek memasak hujung minggu . Tiramisu. Nyum!!! Bawak ke rumah In law. Diorang suka. Resepi dan cara nak buat sangat simple . ** Update 27 Jan 2014 : Latest version of Tiramisu : Kek Tiramisu **

Bahan- Bahan 250 ml Dairy Whipping Cream. Aku guna jenama Emborg 250 gm cream cheese ( jenama philadelphia) ---biar lembut dulu .Keluarkan dari peti sejuk 2,3 jam sebelum guna. 1/2 cawan gula castor ( nak kurangkan pun boleh ) 1 sudu kecil Esen Vanilla 1 cawan air kosong + 1 sudu kecil serbuk kopi ( bancuh tanpa gula) Biskut lady fingers ( aku guna sponge finger ) .Boleh juga guna kek chiffon / span perisa kopi/coklat/vanila atau pandan in case korang tak jumpa biskut tu ;)

Serbuk koko Cara- cara 1. Pukul cream cheese dan gula sampai kembang dan sebati. 2. Masukkan whipped cream dan pukul sampai sebati. Guna kelajuan sederhana je sebab nanti terpercik2 :p 3. Masukkan esen vanila. Ketepikan 4. Next step adalah celupkan biskut/ kek dalam bancuhan air kopi( tanpa gula). Ni sapa suka rasa kopi kuat leh je tambah kopi. Aku suka light so letak sikit jelah. Not necessary jenama nescafe , ko kaya nak guna kopi setabak pun boleh ;) . Celup biskut/kek kejap je dalam air kopi (1-2 saat). Setakat nak lembutkan bukan lembikkan . Faham ke idok ni? Sila google kalau masih samar!! 5.Susun biskut/ kek rapat- rapat dalam bekas.Nak renggang sikit pun boleh . Suka hatilah.Tips nak suruh nampak cantik, guna la bekas jernih. Tak perlu bekas mahal. Bekas aku rega 9.00 je . 6. Atas lapisan biskut/ kek sapu krim yang kita buat tadi. Pandaipandai la agak nak letak banyak mana. Buat lapisan macam ni. Contoh. 7. Taburkan serbuk koko. Tips!! Guna penapis teh bila nak tabur. 8. Lapiskan dengan biskut/ kek lagi. Ulang step 6,7 sampai la siap! 9. Sejukkan 2/3 jam 10. Makan dan pujilah isteri sebab " pandaiiiinyeee isteriiii abang masakkkk"~ sumpah bini korang masak lagi minggu depan. Ahahaha.. Dare to fat hubs?? Hasilnya ternyata lazat!!! Makan time sejuk..wow..licin bekas

Buat untuk potluck jamuan raya office suami.

Repeat lagi buat untuk potluck jamuan raya office sendiri.

Atas permintaan , buat lagi sempena jemput kawan-kawan datang rumah for mini open house raya

Anda mungkin juga menyukai