Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PEMULIHAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN TEMAU KALI PERTAMA 2014

Tarikh : 9 Januari 2014 (Khamis) Masa : 2.00 4.00 petang Tempat : Bilik Pemulihan Khas Kehadiran : Pn. Nor Aini Md Darus (Guru Pemulihan Khas) Puan Salma Wan Salim Puan Norhafizah Musa Puan Fadzilah Hamzah Puan Suriati Lot Puan Roslina Alias Puan Noor Azamimi Othman Agenda : 1. Ucapan Aluan Pengerusi 2. Pengesahan Perlantikan AJK Pemulihan Khas 2014 3. Laporan murid tidak menguasai 3M 4. Pelan Strategik. 5. Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik 6. RPT dan RPH 7. Peruntukan Kewangan 8. PBS dan KSSR 9. Hal-hal lain 10. Ucapan Penangguhan AGENDA Agenda 1 PERKARA 1.0 Ucapan Pengerusi (Ketua Panitia Pemulihan Khas mewakili PK1 ) 1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah. 1.2 Mengucapkan kata-kata aluan kepada semua hadirin 1.3 Program pemulihan khas adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak TINDAKAN

Makluman

yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tercicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan. Agenda 2 2.0 Pengesahan Perlantikan AJK 2014 2.1 K/Panitia Mewakili PK 1 dan mengesahkan perlantikan AJK. 2.2 AJK yang disahkan adalah seperti dibawah:KETUA PANITIA BAHASA MALAYSIA Pn. Roslina Alias KETUA PANITIA MATEMATIK Pn. Noor Azamimi Othman KETUA PANITIA PEMULIHAN KHAS Pn. Nor Aini Md Darus GURU BM TAHUN 1 Pn. Roslina Alias GURU BM TAHUN 2 Pn Salma Wan Salim Pn Norhafizah Musa GURU BM TAHUN 3 Pn. Aznirawati Mustafa GURU MATEMATIK TAHUN 1 Pn. Suriati Lot GURU MATEMATIK TAHUN 2/3 Pn. Fadzilah Hamzah Agenda 3 3.0 Laporan Murid Kelas Pemulihan Khas 2014 AJK Pemulihan Khas 3.1 Bilangan ke kelas Pemulihan Khas 2014 adalah seramai 4 orang murid Tahun 2 dan 1 orang murid Tahun 1. 2 orang murid Tahun 2 adalah murid LINUS dan 2 orang lagi telah mendapat pengesahan doktor sebagai murid pendidikan khas. 3.2 Seorang murid telah berpindah ke Pendidikan Khas SK Muhammad Jabar dan seorang lagi tidak berpindah ke sana kerana masalah pengangkutan. Oleh itu 2 orang murid LINUS yang akan masuk ke kelas Pemulihan Khas bersama seorang murid Pendidikan

AJK PANITIA PEMULIHAN

Agenda 4

Khas. 3.3 Bagi Murid Tahun 1 dijadualkan memasuki kelas Pemulihan pada bulan Jun 2014. Namun kerana murid agak lemah, guru pemulihan akan mula mengajar murid berkenaan bermula bulan Februari 2014. 3.4 Guru Pemulihan akan mengambil waktu Bahasa Melayu sebanyak 10 masa daripada 12 masa dan Matematik sebanyak 5 masa daripada 6 masa. Masa selebihnya diperuntukkan untuk guru matapelajaran menjalankan KSSR dan PBS. 4.0 Pelan Strategik Pemulihan Khas 4.1 Bersetuju dengan Pelan Strategik AJK Pemulihan Khas Pemulihan Khas 2014 yang telah dilampirkan. 4.2 Pelan Strategik telah dibukukan dalam buku Pelan Strategik Sekolah. 5.0 Ujian Saringan dan Diagnostik 5.1 Murid akan menduduki ujian saringan pada bulan Januari, Jun dan Oktober. 5.2 Analisis akan dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan untuk menguji kelayakan murid untuk masuk semula ke kelas perdana. 6.0 RPT dan RPH 6.1 RPT perlu disediakan oleh guru Pemulihan Khas selewat-lewatnya minggu kedua persekolahan. 6.2 RPH yang disediakan haruslah menepati kehendak panitia daerah dan bahagian impak perlu diisi setiap kali selepas PnP dijalankan.

Agenda 5

Agenda 6

Guru Pemulihan Khas

Agenda 7

Agenda 8

7.0 Peruntukan Kewangan 7.1 Peruntukan kewangan bagi pemulihan AJK Pemulihan Khas khas masih mengikut pekeliling di mana peruntukan boleh diambil daripada peruntukan kewangan Bahasa Malaysia, Matematik dan Kaunseling. 8.0 PBS dan KSSR 8.1 Guru matapelajaran boleh

Agenda 9

Agenda 10

menjalankan PBS dan KSSR bagi murid yang masuk ke kelas pemulihan semasa mereka tiada kelas pemulihan. 8.2 Guru pemulihan juga boleh memberikan latihan PBS kepada murid sewaktu di dalam kelas pemulihan. 9.0 Hal-hal lain 9.1 Pn. Roslina Alias mencadangkan Guru Pemulihan Khas supaya perjumpaan dibuat dengan ibu bapa murid pemulihan khas supaya ibu bapa maklum keadaan anak mereka. 10.0 Ucapan Penangguhan 10.1 Ketua Panitia Pemulihan Khas mengajak semua AJK supaya Makluman bersungguh-sungguh dalam memberi didikan yang berkualiti kepada mereka, kerana itu adalah amanah dari Allah S.W.T. Perkara yang terbaik adalah datang dari Allah dan yang kurang baik adalah dari kelemahan kita sebagai seorang hamba .

Mesyuarat ditangguh dengan bacaan Surah alAsr jam 2.30 petang.

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

(PUAN NOR AINI MD DARUS) Setiausaha Pemulihan Khas SK Temau

.. (HAJAH NORMAH YAACOB) Guru Besar SK Temau