Anda di halaman 1dari 33

IPG KAMPUS KOTA BHARU

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

TOPIK 4: PERATURAN BERBAHASA


DISEDIAKAN OLEH : CHAI AI YUN & DYRENE NGU OPSYEN : PEMULIHAN (SJKC) PENSYARAH : PUAN ZALEHA MOHD NOOR
4/14/2014

Kesantunan Berbahasa
Konsep Kesantunan Merentas Budaya

Definisi Konsep Kesantunan Merentas Budaya


Kamus Dewan (2005) Kesantunan (kata dasar: santun) = Perihal (sifat) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti). Budaya = suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi.

Budaya Malaysia
Orang Melayu Orang Cina Orang India Orang Iban Orang Kadazan

Budaya Orang Melayu

Pakaian Tradisional
Baju Kurung Baju Takwa Baju Sikap Pakaian Kehormatan Barat Pakaian Putera Perak Pakaian Puteri Perak Pakaian Zarith Gangga Pakaian Cik Siti Wan Kembang Baju Riau Pahang

Alat Muzik Tradisional


Serunai, Geduk, Gedumbak, Canang, Kesi, Tetawak, Kecerek, Gendang Sembilan seruling

Makanan Tradisi
Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar, Nasi Tumpang, Nasi Berlauk, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Keropok Lekor, Keropok Gote, Keropok Keping, Budu, Sata, Tempoyak, Otakotak, Sate, Roti Jala, Lontong, Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik, Dodol, Belacan

Teater Tradisional
Wayang Kulit Siam
- Merupakan sejenis wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan. - Kesenian ini dahulunya sangat terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Patani. - Jenis wayang kulit yang paling terkenal di Malaysia sejak dahulu hingga ke hari ini.

Makyong
- Sejenis teater tradisional yang dipercayai berasal dari daerah Besut, Terengganu. - Dari daerah tersebut, kesenian ini telah berkembang ke negeri Kelantan, Patani, Kedah dan Perlis. - Makyong adalah diantara teater tradisional tertua di Malaysia . - Sering dikaitkan dengan kepercayaan animisme Melayu.

Mek Mulung
- Sejenis teater tradisional yang berasal dari Kampung Wang Tepus di Jitra, Kedah. - Dikatakan dicipta oleh seorang puteri kepada Raja Ligor yang telah buang negeri oleh ayahandanya. - Kesenian ini hanya boleh ditemui di negeri Kedah sahaja. - Kini diancam kepupusan.

Budaya Orang Cina


Aspek Perkhawinan
- Masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkhawinan. - Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. - Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit. - Merangkumi beberapa peringkat. - Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang ingin diingini. - Terlalu mengambil berat tentang nama,keturunan,peribadi,watak dan tingkah lakunya.

Seorang wakil dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan

perkara-perkara berkaitan perkhawinan. - Segala ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki. - Hari pertunangan pula dilakukan berdasarkan kalender cina. - Dalam upacara ini,khidmat tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-su. - Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang selama setahun atau mengikut tempoh yang ditetapkan. - Akhir sekali,mereka akan menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka.

Alat Muzik Tradisional Cina


Pi Pa
Erh hu Zhu Di

Gu zheng

Yang Qin

Tarian Tradisional Orang Cina


- Warisan seni tari masyarakat cina pula ditonjolkan terutamanya semasa sambutan tahun baru cina. - Tarian yang sering dipersembahkan ialah tarian singa dan tarian naga. - Malah terdapat satu lagi seni tari yang popular yang asalnya ditarikan oleh 2 lelaki dan 7 orang wanita. - Namun, setelah beberapa ketika tarian ini banyak ditarikan oleh golongan wanita sahaja dalam majlis-majlis perayaan. - Tarian-tarian tradisional ini juga semakin popular sehingga dipertandingan sehingga peringkat antarabangsa.

Tarian Tradisional

Budaya Orang India


Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita.Masyarakat India kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu, terutamanya dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.

Perkahwinan Masyarakat India


-Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. -Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu vaitikat thirumanam,tamil thirumanam, dan diya thirumanam. -Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu iaitu menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya. -Menuang air susu kedalamnya,memberi sireh, mencium tapak kaki kedua dua ibu bapa. -Membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.

-Biasanya pasangan pengantin akan bertukartukar kalungan bunga sebanyak tiga kali. - Berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. - Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri. .

Kematian
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.

Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad,di mana jasad akan hancur ,tetapi kembali ke alam barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di kebumikan.

Perayaan bagi kaum India


Deepavali
- Penganut Hindu akan menjalani mandi minyak .

- Melambangkan penyucian badan dan semangat. - Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil. - Di mana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Thaipusam
-Merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas bumi. -Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar. -Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan,maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Ponggal
Perayaan ini diraikan secara beramai-ramai. - Iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat. - Bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman. - Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah. - Dianggap sebagai hari masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.
-

Budaya Orang Iban


- Berasal daripada Sarawak . - Merupakan suku kaum terbesar di Sarawak. - Terbahagi kepada beberapa suku kaum, contohnya, Balau, sembayau, lemanak, dan lain-lain. - Pada zaman dahulu, kaum Iban sangat terkenal sebagai pejuang yang handal dan berani dalam pemburuan kepala dan perlanunan. - Kaum Iban lazimnya tinggal di kawasan pendalaman berbanding kawasan bandar.

PERAYAAN GAWAI
-Disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 jun. -Disambut sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. -Mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun-temurun. -Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang seperti persembahan tari-menari, meminum arak beras atau dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan.

- Menyembahkan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil tuaian yang baik. -Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat Iban akan membacakan mantera . - Seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut. - Perayaan ini akan berakhir apabila ranyai dibuang.

Aspek Keagamaan
- Mereka menyembah tuhan yang dikenali

sebagai singalang burung dan tuhan burung peperangan. - Namun kini kebanyakan menganut agama Kristian.

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG


-Tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah . - Dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan. -Dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat. -Dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan. -Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut.

-Dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan. -Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut. -Dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah.

ADAT SELEPAS BERSALIN


- Sebaik sahaja bayi dilahirkan ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai potong . - Sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga. -Dibalut atau dibedung menggunakan kain khas yang iaitu kain pua kumbu atau kain yang disulam.

Budaya Kaum Kadazan Dusun


- Merupakan sebuah etnik peribumi . - Menetapkan di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. - Sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu Kadazan dan Dusun - Namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik . - Satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu Kadazan-Dusun.

Suku Kaum Kadazan Dusun

Bonggi Bunddu Dumpas

Idaan Garo Gana

Kedayan Kimarang Kuijau

Bahasa Pengantar Masyarakat Kadazan Dusun


Satu daripada 50 atau lebih bahasa dan lebih daripada 80 dielet di Sabah. - Dituturkan oleh kebanyakan populasi di Sabah terutamanya di kawasan pendalaman Kota Kinabalu,Penampang,Ranau,Keningau dan Tambunan . - Digunakan oleh kaum kadazan dusun dalam melakukan aktiviti harian seperti bertani,berdagang,berniaga, dan lain-lain.
-

SEKIAN TERIMA KASIH


4/14/2014