Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH-LANGKAH MENYIAPKAN APRON.

Menyusun atur pola 1. Tekan fabrik dengan seterika sebelum dibentangkan untuk mendapatkan permukaan yang licin dan rata. 2. Kenal pasti sebelah luar, sebelah dalam, dan corak fabric. 3. Fabrik perlu dibentangkan di atas permukaan yang rata dan luas. 4. Susun atur kepingan pola yang besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola yang kecil. 5. Pastikan tanda ira pada pola selari dengan ira fabric. 6. Pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada lipatan fabric. 7. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti. 8. Pastikan semua hujung jarum peniti menghala ke tengah dan tidak terkeluar dari garisan gunting. 9. Sematkan jarum peniti pada jarak yang sesuai.

Menggunting Fabrik Menggunting adalah proses selepas pola disusun atur di atas fabric.Perkara- perkara penting yang harus diberi perhatian semasa menggunting fabrik adalah seperti berikut: 1. Pastikan pola disusun dengan betul di atas fabrik. 2. Gunakan gunting fabric yang tajam. 3. Letakkan sebelah tangan di atas pola apabila menggunting fabrik. 4. Gunting dengan gerakan sekata. 5. Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti dengan kepingan pola yang kecil. 6. Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola.

a) Jahit jelujur serong pada kedua-dua kain bagi mencantumkan kedua-dua kain kotton dan kain bercorak. b) Selepas proses itu, untuk tujuan perhiasaan, kain kotton digunakan untuk membuat kelim pada bahagian dada. c) Kain tersebut dicantumkan mengunakan cara kelim lipat tindih. d) Kun digunakan sebagai satu cara penyudah tepi apron. e) Setelah mengukur apron, kun dipotong dan dijahit mengunakan jelujur kasar buat sementara sehingga jahit menggunakan mesin. f) Di samping itu, kocek dibuat sebagai tempat menyimpan alatan. g) Satu corak dilakarkan atas kertas karbon. h) Setelah itu, ia dipindahkan atas fabrik kotton menggunakan roda surih. i) Beberapa sulaman yang menarik disulamkan atas fabrik atas tujuan hiasan. j) Kocek yang disulam kemudian dipotong dan dijahit atas bahagian perut di apron. k) Akhirnya, tali yang diukur untuk leher dan pinggang dipotong dan dicantumkan atas apron. l) Setelah seterika, apron siap digunakan.