Anda di halaman 1dari 43

BIODATA DIRI

1.0 NARMATHA A/P MANI MARAN

NARMATHA A/P MANI MARAN


MAKLUMAT DIRI No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Tempat Lahir Warganegara Jantina Program Opsyen : : : : : : : 930425-05-5244 25 APRIL 1993 SEREMBAN MALAYSIA PEREMPUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) PENDIDIKAN SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH SJKT MAKLUMAT IBU / BAPA / PENJAGA Nama Bapa Nama Ibu : : MANI MARAN A/L MOORTHY UMAH A/P APPAVOO MAKLUMAT PENDIDIKAN Program Nama Institut Tahun Major & Minor Kelulusan : : : : : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS AMBILAN JANUARI 2013 PENDIDIKAN SEJARAH SPM Pekerjaan Pekerjaan : : PEMANDU LORI SURI RUMAH Agama Bangsa Status : : : HINDU INDIA BUJANG

2.0 THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN

THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN

MAKLUMAT DIRI No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Tempat Lahir : : : 931022-08-5654 22 OKTOBER 1993 IPOH Status Warganegara Jantina Program Opsyen : : : : MALAYSIA PEREMPUAN Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) PENDIDIKAN SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH(SJKT) MAKLUMAT IBU / BAPA / PENJAGA Nama Bapa Nama Ibu : : RAJANDRAN A/L BALAKRISHNAN SITHRADEVI A/P KAMAL MAKLUMAT PENDIDIKAN Program Nama Institut Tahun Major & Minor Kelulusan : : : : : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis Ambilan Januari 2013 PENDIDIKAN SEJARAH SPM Pekerjaan Pekerjaan : : PEGUAM SURI RUMAH : BUJANG Agama Bangsa : : HINDU INDIA

SURAT PENGAKUAN

SURAT PENGAKUAN ____________________________________________________________ Kami dengan ini mengaku bahawa semua tugasan kami dalam kerja kursus bagi mata pelajaran PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK adalah kerja ASAL yang kami sediakan sendiri dalam perkataan kami dan kami TIDAK MENCIPLAK, mahupun MEMPLAGIAT mana-mana bahagian dalam tugasan yang dihantar. Kami dengan ini mengaku bahawa :

i.

setiap kerja dan idea dalam tugasan kami diambil dari bahan bercetak dan sumber elektronik yang didaftarkan;

ii.

kami tidak menyalin bulat-bulat daripada sebarang sumber ataupun seseorang pelajar;

iii.

kami tidak membenarkan seseorang pelajar untuk menyalin laporan kami; dan

iv.

kami dengan ikhlas hati mengungkap setiap perkataan yang diucapkan oleh penulis tertentu dalam kertas kerja kami.

Dengan ini, kami yang bernama Narmatha A/P Mani Maran dan Thilagavathy A/P Rajandran, faham sekiranya perkara di atas TIDAK DIPATUHI atau didapati MENIPU, mana-mana bahagian di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib, seperti mana yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar yang terkini.

..................................................... Nama: Narmatha A/P Mani Maran No. Kad Pengenalan : 930425-05-5244 Tarikh: 3 April 2014

.................................................... Nama: Thilagavathy A/P Rajandran No. Kad Pengenalan : 931022-08-5654 Tarikh: 3 April 2014

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada segala pihak yang telah membantu kami untuk menyelesaikan tugasan projek ini. Kami berasa bersyukur kepada Tuhan kerana kami dapat menyelesaikan tugasan ini mengikut tempoh ynag telah diberikan. Kami juga amat berterima kasih kepada pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis kerana telah menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang telah membantu kami dalam menjalankan tugasan projek ini. Pelbagai bahan rujukan telah disediakan dan telah membantu kami apabila kami menemui jalan kebuntuan. Kami telah dibantu oleh rakan-rakan kami dengan berkongsi bahan-bahan rujukan yang telah kami kumpulkan bersama. Kami juga telah menyelesaikan kemusykilan yang kami hadapi dengan berinteraksi sesama rakan kami yang lain. Kami juga telah menggunakan sumber internet demi mendapatkan nota-nota yang berkaitan dengan tugasan projek yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN Tajuk tugasan ini adalah tentang tugasan projek PBS ini . Fakta-fakta tentang Matematik telah dikumpul demi membuat penyelidikan dan memperbandingkannya dalam tugasan ini. Hasil kajian akan digunakan untuk mengkaji tugasan projek PBS tersebut terhadap sistem pendidikan Negara kita. Tajuk ini berkenaan kurikulum Matematik. Perubahan-perubahan yang berlaku telah memberi kesan terhadap sistem pendidikan Negara kita. Pelbagai persediaan mestilah dilakukan terhadap tugasan projek PBS ini supaya dokumen yang akan dipersembahkan mengandungi butiran yang tepat dan terperinci. Sekian, terima kasih.

TUGASAN PROJEK

PENGENALAN Sebagai bakal pendidik kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan mereka ke arah pelajaran. Pelajar juga digalakkan membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd Fadzli, 2001). Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan. Ini termasuklah amalan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan pembelajaran berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan. Pendekatan ini

mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Puan Rani telah menggunakan amalan pengajaran berpusatkan pelajar misalnya menggunakan pendekatan belajar secara berkumpulan memberi peluang murid-murid berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melali pengalaman sendiri. Pelajar-pelajar melakukan aktiviti secara aktif semasa proses pembelajaran dan ini meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri oleh mereka. Aktiviti-aktiviti dirancang sebegitu rupa supaya berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 1994). Semasa pelajar-pelajar belajar dalam kumpulan, mereka boleh berkongsi pengetahuan (intelek), memupuk nilai-nilai murni (rohani), bertimbang rasa (emosi) serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi (sosial). Justeru itu adalah diharapkan oleh Puan Rani iaitu apabila pelajar-pelajar yang keluar dari bangku sekolah nanti, mereka akan mencerminkan diri mereka sebagai insan yang menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Puan Ravi juga telah menggunakan kaedah kumpulan menerusi pengajarannya yang merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran matematik. Kumpulan murid terbahagi kepada dua iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan guru membimbing pelajar-pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan memberikan pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan

sahsiah dan kemahiran sosial (Buku Panduan KBSR, 1982).

Puan

Ravi

juga

telah

menjalankan

permainan matematik yang merupakan adalah salah satu kaedah pembelajaran yang berpusat kepada murid. Permainan matematik

menggunakan kad adalah yang berkesan untuk diamalkan di dalam bilik darjah. My Rummy adalah salah satu permainan matematik yang dirumus khas untuk pembelajaran matematik pada peringkat sekolah rendah yang telah disusun mengikut tahap kebolehan kumpulan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik dengan kaedah kumpulan boleh dilakukan dengan pelbagai strategi. Satu daripada strategi adalah melalui amalan Pembelajaran Koperatif/Pembelajaran Kooperatif (PK). Negara Malaysia kini memerlukan lebih banyak pakar dalam bidang Matematik. Bidang ini memerlukan para guru yang berkebolehan mengasimilasi dan mentafsir maklumat secara matematik dan statistik. Ini bermakna matematik adalah merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dalam era menuju kemajuan sains dan teknologi di samping kehidupan harian dalam survival manusia sejagat hari ini. Matematik boleh dikatakan kunci kepada peluang pekerjaan dan karier di mana kebolehan menyelesaian masalah dalam matematik adalah mustahak sebagai asas pendemokrasian dalam era teknologi terkini. Oleh itu, Puan Ravi sentiasa mengemaskini tentang pengetahuan mengenai Matematiknya mengikut peredaran masa dengan menghadiri kursus dan juga melalui sumber bacaan. Pembelajaran matematik KBSR (1993) dirancang supaya mencapai matlamat iaitu untuk meningkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat pelajar terhadap matematik. Mereka diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara berkesan dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka. Matapelajaran matematik telah dijadikan mata pelajaran teras di semua peringkat persekolahan. Oleh yang demikian, Puan Ravi memastikan pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut menggalakkan yang mungkin ada kaitan dengan pendekatan pengajaran oleh guru-guru itu sendiri.

Menurut Byres (1993), kaedah pengajaran hanya mementingkan pelajar menurut sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya yang telah saya memerhatikan adalah berbentuk aktif dimana Cik Bhavani menyampaikan pengetahuan serta memastikan pelajar mengaplikasikannya melalui aktiviti yang dilakukannya di dalam bilik darjah. Peranannya dalam bilik darjah lebih kepada menjadi sebagai pembimbing, pemudah cara, fasilitator dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut melibatkan murid semasa proses

pembelajaran di bilik darjah. Beliau telah merancang dan memilih kaedah pengajaran yang sesuai supaya pembelajaran matematik berlaku dalam keadaan yang dapat merangsang minat dan tumpuan serta belajar bersungguh-sungguh. Satu perkara yang menjadi kebimbangan yang serius di negara kita hari ini ialah kesedaran bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik boleh dikatakan sangat tidak menggalakkan kerana kebanyakan guru matematik tidak melibatkan pelajar semasa proses pembelajaran di bilik darjah, yang seterusnya mencetuskan satu kebimbangan lain yang lebih cemas terutama dalam menghadapi era Wawasan 2020 nanti. Ini seterusnya menjadi pertanyaan bagaimana pelajar-pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik yang berkaitan dengan kehidupan harian selepas meninggalkan sekolah sekiranya mempunyai sedikit ilmu matematik. Menyedari hakikat ini, Cik Bhavani mengajar Matematik di

sekolahnya dengan memilih pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat para pelajar. Noraini (1994) menyatakan di antara faktor-faktor yang boleh menarik dan merangsangkan minat seseorang kepada sesuatu perkara iaitu: Pendengar atau pengguna sedar atau tahu bahawa perkara atau benda itu berguna atau berfungsi kepadanya. Ia disampaikan atau

dipersembahkan kepadanya dengan cara dan gaya yang menarik. Perkara atau benda itu indah, mengembirakan dan menyeronokkan.

Dengan cara ini mereka tidak akan merasakan bahawa mereka berhadapan dengan peraturan yang menakutkan bahkan mereka akan merasa seronok sewaktu proses pembelajaran matematik. Justeru itu, Cik Bhavani telah merancang dan memilih kaedah pengajaran matematik yang berlaku sesuai dalam supaya keadaan pembelajaran yang dapat

merangsang minat dan tumpuan para pelajarnya serta untuk belajar bersungguh-sungguh. Pendekatan yang digunakan oleh beliau telah

menggalakkan pelajar-pelajar untuk belajar dan mencari ilmu sendiri. Iklim bilik darjah pembelajaran matematik yang telah dibina oleh beliau adalah bertujuan untuk

memperkembangkan inovasi pelajar-pelajarnya supaya mempunyai lokus kawalan dalaman disebabkan yang menggerakkan mereka ialah dirinya sendiri dan standard yang hendak dicapai juga adalah relatif kepada dirinya sendiri. Pemikiran kritikal dipupuk kerana proses pembelajaran ialah induktif. Cik Bhavani juga telah menggunakan pembelajaran koperatif atau kooperatif di dalam pengajarannya dalam bilik darjah yang merupakan suatu kaeadah yang menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Kaedah ini juga mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri. Selain daripada pelajarnya memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah yang semaksimum mungkin, mereka juga boleh bersosialisasi. Namun begitu sebagai seorang guru, apa yang diperhatikan ialah guru-guru tidak gemar mengajar secara kumpulan sebagaimana yang diharapkan. Kedudukan para pelajar dalam bilik darjah, suasana sekitaran, kekangan masa dan tumpuan untuk menghabiskan sukatan mendorong guru-guru beralih semula kepada kaedah pembelajaran tradisional. Akan tetapi menurut Zahrah (1996), interaksi antara guru dan pelajar dalam kerja kumpulan menentukan tahap pencapaian objektif pengajaran guru. Menurut pandangan Cik Bhavani interaksi dua hala dan secara kumpulan merupakan iklim sosial pembelajaran yang paling berkesan.

Saya telah meminta kebenaran daripada Cik Bhavani untuk memasuki kelas Tahun Empat Vairam. Saya ingin melihat cara penyampaiannya dalam sebuah sekolah bermedium Tamil tentang cara pelaksanaan matapelajaran Matematik di sekolah ini. Saya telah merekodkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukannya semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran ini. Beliau telah mengagumkan saya dengan pengajarannya kerana menggunakan pelbagai variasi untuk menjayakan pengajarannya. Beliau telah menggunakan perkara-perkara yang digemari oleh pelajar seperti nyanyian, tarian, lakonan, berpuisi dan berpantun. Beliau berbuat demikian untuk menggalakkan penglibatan para pelajar dalam aktivitiaktiviti yang dilakukannya. Para pelajar menunjukkan minat yang tinggi apabila melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sedemikian. Para pelajar juga mengatakan bahawa mereka tidak berasa bosan untuk belajar matapelajaran Matematik. Para pelajar menunjukkan kreativiti mereka apabila melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Mereka mengekspresikan diri mereka dengan tenaga positif apabila berada dengan guru tersebut. Beliau pun tanpa segan mengajar para pelajar dengan penuh semangat dan menjadikan dirinya ke tahap mereka. Melalui pemerhatian saya, para pelajar berasa gembira dengan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Oleh sebab, pelajar ini merupakan

daripada sekolah medium Tamil, jadi Cik Bhavani terpaksa menggunkan bahasa Tamil untuk menjelaskan secara terperinci kepada para pelajar. Beliau berusaha dengan para

bersungguh-sungguh pelajar.

dalam

mengajar

Saya dan pasangan saya, Narmatha A/P Mani Maran juga telah menjawab borang soal selidik berdasarkan pengalaman kami daripada proses pemerhatian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matemati di bilik darjah. Kami menjawab borang soal selidik tersebut berdasarkan pengalaman kami daripada pemerhatian tersebut.

Kami juga telah meminta kebenaran daripada guru panitia Matematik, Puan Khasturi untuk memerhatikan cara beliau mengajar di bilik darjah tahun 2 Bharathiar. Sungguhpun penerapan nilai merupakan satu

daripada matlamat utama kurikulum matematik, namun terdapat pengkaji pendidikan mempersoalkan keberkesanan dalam

amalan pengajaran dan pembelajaran matematik. Tetapi Puan Khasturi yang merupakan guru panitia Matematik SJKT Lin Sum menganggap pengajaran matematik adalah sebahagian daripada proses penerapan nilai. Contohnya, apabila Puan Khasturi meminta pelajar menjelaskan atau membandingkan antara tiga cara membuktikan Teorem Pythagoras, adalah berkait dengan nilai matematik rasionalisme dan keterbukaan. Nilai pendidikan matematik ialah kualiti nilai terterap melalui amalan dan norma dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sebagaimana yang diterapkan oleh Puan Khasturi, buku-buku matematik ataupun pihak sekolah Sebagai contoh, Puan Khasturi menyuruh pelajar menyemak kembali penyelesaian masalah yang dilaksanakan sendiri oleh pelajar adalah merupakan cara penerapan nilai penilaian dalam pengajaran bilik darjah. Bagaimanapun, proses saling interaksi antara Puan Khasturi dengan pelajar, disamping ahli dalam budaya, seperti pentadbir sekolah, kurikulum dan ibu bapa, mungkin boleh mempengaruhi penerapan nilai pengajaran Puan Khasturi matematik dalam bilik darjah. Nilai pengajaran

Puan Khasturi matematik merupakan keutamaan peribadi yang berkaitan dengan piawai (standard) seseorang guru matematik untuk mempertimbangkan kepentingan atau faedah sesuatu perkara untuk mereka sendiri berfikir dan bertindak. Ini bererti nilai dalam pengajaran Puan Khasturi matematik adalah merupakan kecenderungan seseorang guru matematik tentang bagaimana sepatutnya atau tidak sepatutnya mereka bertindak atau kecenderungan

seseorang guru matematik melakukan sesuatu perkara dalam proses pengajaran di bilik darjah. Jadi, amalan Puan Khasturi dalam pengajaran bilik darjah, sama ada melalui tutur kata ataupun tindakan, menggambarkan nilai yang terterap dalam pengajaran bilik darjah. Dalam proses

pengajaran bilik darjah, Puan Khasturi mungkin berupaya melaksanakan penerapan nilai yang dirancang ataupun berlakunya konflik dalam penerapan nilai yang dirancang. Konflik mungkin berlaku apabila nilai selain Puan Khasturi yang

melaksanakan

penerapan

daripada

dirancang. Tiga kemungkinan nilai terterap dalam pengajaran bilik darjah adalah nilai pendidikan umum, nilai matematik dan nilai pendidikan matematik. Ketiga-tiga nilai terterap ini tidak semestinya saling eksklusif. Sebagai contoh,

penerapan nilai rasionalisme (nilai matematik) dan nilai penaakulan (nilai pendidikan matematik) boleh berlaku melalui pengajaran Puan Khasturi yang menyuruh pelajar menyatakan pendapat atau berhujah. Memberi peluang kepada pelajar berhujah merupakan penerapan nilai penaakulan. Manakala, pelajar membina hubungan logik antara idea atau konsep semasa berhujah adalah penerapan nilai rasionalisme. Puan Kasthuri menerapkan dalam nilai proses dalam pengajarannya dan tentang kepentingan Dengan

mempertimbangkan

nilai

pengajaran

pembelajaran.

mempertimbangkan nilai, akan menjadikan tumpuan pengajaran bilik darjah lebih menyeluruh, iaitu tidak hanya menekankan kepada faktor kognitif semata-mata, tetapi mempertimbangkan juga faktor afektif. Seterusnya, dapatan kajian juga diharapkan dapat memberi gambaran kepada Puan Khasturi tentang kepelbagaian nilai yang harus diberi penekanan dalam pengajaran bilik darjah. Ini bererti, para Puan Khasturi tidak hanya menekankan kepada penerapan nilai pendidikan umum semata-mata, tetapi juga memberi penekanan kepada nilai matematik dan nilai pendidikan matematik. Dapatan kajian juga diharapkan dapat mendedahkan kepada para Puan Khasturi tentang kesan yang mungkin dihadapi dalam menerap sesuatu nilai kepada para pelajar. Oleh itu, perancangan yang teliti telah dilakukan oleh Puan Khasturi demi memastikan penerapan nilai dapat dibuat dengan berkesan dan seterusnya menghindar daripada berlakunya konflik. Seterusnya, dapatan kajian ini juga memberikan gambaran bahawa Puan Khasturi menggunakan dua pendekatan dalam penerapan nilai, iaitu secara tersurat dan secara tersirat.

Penerapan nilai secara tersurat adalah melibatkan pengajaran dengan Puan Khasturi menyebut secara langsung dalam pengajaran mengenai sesuatu nilai. Contohnya Puan Khasturi meminta pelajar menulis penyelesaian dengan kemas adalah merupakan penerapan nilai tentang kebersihan dan kekemasan. Penerapan nilai secara tersirat pula adalah penerapan secara tidak langsung melalui aktiviti bilik darjah. Contohnya, meminta pelajar menjelaskan penyelesaian masalah kepada rakan-rakan yang lain boleh menerap nilai yakin. Nilai pendidikan umum ialah kualiti yang ingin dilaksanakan penerapan oleh Puan Khasturi, sekolah, masyarakat atau budaya kepada pelajar di bilik darjah, bagi menyediakan pelajar sebagai individu dan ahli dalam masyarakat. Contohnya, apabila Puan Khasturi meminta seseorang pelajar menjelaskan jawapan bagi sesuatu masalah merupakan nilai tentang berani mencuba, dan apabila Puan Khasturi menegur pelajar yang menipu dalam peperiksaan, adalah merupakan nilai tentang kejujuran Nilai matematik ialah kualiti berkait dengan sifat-sifat pengetahuan matematik itu sendiri, iaitu tentang cara bagaimana disiplin matematik dibina oleh ahli matematik dalam berbagai budaya. Nilai matematik berkait dengan aspek epistemologikal matematik sebagai suatu disiplin. Contohnya, menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah dengan tidak menghadkan cara adalah merupakan penerapan nilai keterbukaan. Nilai pendidikan matematik ialah nilai yang terterap melalui amalan dan norma dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sebagaimana yang digunakan oleh Puan Khasturi. Sebagai contoh, menyuruh pelajar menghafal rumus matematik adalah nilai instrumental yang berasaskan pertimbangan pedagogi, manakala membincangkan konsep matematik dalam konteks tempatan adalah nilai relevan yang berasaskan pertimbangan budaya. Nilai bersifat tersurat merupakan nilai yang dinyatakan oleh Puan Khasturi (misalnya dalam tulisan atau pertuturan) ketika merancang atau melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah. Contohnya, jika Puan Khasturi menegur pelajar semasa pengajaran bilik darjah atau menulis dalam rancangan pengajaran ungkapan seperti Pelajar mestilah jujur dan tidak meniru semasa menjawab soalan berikut: . adalah merupakan nilai kejujuran yang bersifat tersurat. Kami juga telah diberikan peluang untuk mengajar para pelajar tahun 1 Vairam. Kami berdua merancang untuk mengajar assending numbers kepada mereka. Kami mereka satu bentuk aktiviti permainan yang boleh kami menjalankan di bilik darjah tersebut. Kami berasa teruja dengan peluang tersebut. Kami merancang dengan teliti supaya kami bersedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Kesimpulannya,

kami

telah

mendapatkan pelbagai

maklumat tentang

kaedah

pengajaran matematik di sekolah rendah kelak. Kami berharap melalui tugasan projek ini, kami dapat memantapkan kemahiran kami demi menjadi seorang guru Matematik yang bertauliah dan cemerlang pada masa depan. Kami akan mengaplikasikan segala ilmu kami dalam kehidupan kami supaya pengetahuan kami tidak dipersiakan.

KESIMPULAN

KESIMPULAN Akhirnya, kami telah menyelesaikan tugasan projek ini dengan berjaya. Kami telah mempelajari pelbagai fakta melalui tugasan projek ini. Kami telah memahami tugasan projek PBS dan persediaannya dalam bentuk pendokumentasian. Pelbagai pihak yang berpengaruh telah melakukan penyelidikan terhadap kurikulum Matematik dan cara-cara untuk menukarkannya kepada bentuk yang boleh dirujuk oleh para guru pelatih yang lain. Setiap nota-nota yang telah kami kumpulkan telah memberi impak yang besar kepada kami. Kami berasa kagum dengan kurikulum Matematik ini yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesahihan sesuatu fakta tersebut dalam sukatan pelajaran. Kurikulum Matematik telah memberikan pelbagai pengajaran kepada kami dalam kehidupan kami. Kami berharap kurikulum Matematik ini akan dimantapkan dari masa ke masa. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

1.0 NARMATHA A/P MANI MARAN

Refleksi Saya telah ditugaskan untuk menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Linsum selama satu minggu iaitu bermula dari 17 March hingga 21 March 2014. Pelbagai pengalaman baru yang dapat saya rasai walaupun ini adalah kali ketiga saya menjejaki kaki ke sekolah sebagai guru.

Pertamanya dari segi kawasan persekitaran sekolah agak besar sekolah ini. Kawasan persekitaran luar sekolah agak damai walaupun ia merupakan jalanraya utama perjalanan ke bandar. Persekitaran yang sedemikian ini, tidak begitu sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, sekelilingi yang sibuk ini tidak menjadi penghalang kepada para murid dan guru-guru untuk memainkan peranan masing-masing di sekolah.

Pengalaman berikutnya adalah berdasarkan hubungan saya dengan para guru di sekolah dan pihak pentadbiran serta staf-staf sekolah. Pada hari pertama PBS, saya dan guruguru pelatih, telah membuat sesi pengenalan dengan Guru Besar. Saya menerangkannya tujuan kehadiran saya ke sekolah ini, beserta surat-menyurat dan borang perjanjian untuk ditandatangani oleh saya di hadapan beliau. Selepas perhimpunan kami diminta ke pejabat dan kami telah di berikan sedikit taklimat mengenai sekolah ini, latarbelakang, prestasi akademik, kokurikulum dan sebagainnya. Saya dibawa ke bilik guru yang kelihatan agak padat untuk para guru yang bertugas di sekolah tersebut. Guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut majoritinya ialah guru perempuan dan hanya terdapat seorang sahaja guru lelaki, kerana

sekolah ini merupakan sekolah kurang murid. Guru-guru di sana amat memberikan kerjasama kepada saya terutama apabila saya ingin membuat tinjauan semasa mereka mengajar. Mereka tidak kedekut ilmu. Mereka menceritakan pengalaman-pengalaman mereka sepanjang menjadi guru kepada saya agar menjadi bekalan panduan kepada kami apabila mengajar kelak.

Sepanjang sesi persekolahan yang berlangsung dari Isnin hingga Jumaat pelbagai ragam dan gelagat murid-murid sekolah dapat dilihat. Antaranya, ialah, semasa membeli makanan di kantin murid-murid berbaris untuk membeli makanan. Kemudian di kelas terdapat segelintir murid yang nakal menyebabkan murid yang lain turut mengikutinya. Malah, terdapat murid yang agak lemah dalam matapelajaran Matematik sehingga mereka tidak tahu operasi tolak yang merupakan asas bagi subjek ini bagi kelas-kelas yang agak belakang. Disamping itu, terdapat murid-murid yang bersungguh-sungguh untuk belajar dan cuba untuk meningkatkan

prestasi mereka dalam matapelajaran Matematik. Kebanyakkan murid sekolah tersebut fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris hal ini walaupun, sekolah ini merupakan sekolah kurang murid dan terdapat di luar bandar. Ramai murid sekolah ini agak berdisplin dan senang untuk dikawal. Mereka sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan di sekolah.

Sikap ibu-bapa turut mewarnai pengalaman saya ketika menjalankan PBS disekolah ini. Gelagat ibu bapa atau waris murid-murid tersebut menjadi satu persoalan tentang persekitaran sekolah tersebut. Apabila loceng pertama dibunyikan pada 7.20 pagi, terdapat ibu bapa yang masih sibuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan apabila loceng kedua berbunyi pada 7.35 pagi ramai ibu bapa yang menemani anak-anak mereka hingga ke pintu pagar. Malah, semasa menghantar anak-anak mereka ke sekolah ibu bapa berkelakuan kasar. Hai ini kerana, tempat untuk meletakkan kereta di kawasan sekolah agak sempit untuk memuatkan semua kenderaan waris murid-murid. Walaubagaimanpun, ibu bapa tidak dibenarkan bebas memasuki bilik guru sesuka hati mereka. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang bertanggungjawab, menemani anak-anak mereka untuk melintas jalan raya dan menghantar mereka ke kawasan sekolah. ini menunjukkan ibu bapa pada masa kini lebih menitikberatkan anak-anak merekadan bukan hanya bergantung kepada guru-guru sahaja.

Ketiga ialah, staf-staf di sekolah. Pembersih-pembersih kontraktor sangat rajin dan giat membersihkan kawasan sekolah. Kawasan sekolah sangat bersih dan saya tidak melihat sampah di sekelilingi sekolah sepanjan berada di situ. Malah, mereka juga mencantikkan sekolah dengan menanam sayur-sayuran, bunga-bunga dan seumpamanya sekelilingi sekolah. Bagi pengurus kantin pula, mereka menyediakan makanan yang berkhasiat dan sedap kepada murid-murid sekolah tersebut. Hasil daripada pemerhatian saya, tiada pewaris murid yang membawa bekal untuk anak-anak mereka. Ini menunjukkan bahawa makanan di kantin dijual dengan harga yang berpatutan dan sedap dimakanan oleh murid.

Semua pengalaman di atas adalah amat bermakna untuk saya pelajari dan menjadi teladan. Semua ini juga menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi seorang guru yang cemerlang demi menghasilkan modal insan selari dengan tuntutan falsafah pendidikan negara.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

2.0 THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN

REFLEKSI Saya dengan jayanya telah menyempurnakan tugasan projek matematik ini. Tugasan ini telah mengubah perspektif saya tentang proses perkembangan perancangan dan pengajaran kurikulum matematik. Pelbagai usaha telah diambil demi mengukuhkan fakta yang telah saya mengumpulkan. Walaupun dengan hanya sumber buku dan internet saya memastikan butiran yang ditranskripkan adalah tepat dan sebulat-bulatnya perkara yang dibuktikan. Saya berasa amat bangga dengan sokongan yang diberikan kepada saya oleh pihak perpustakaan kerana sanggup meluangkan masa untuk berkolabrasi dengan saya, saya berasa terharu dengan semangat mereka untuk membantu saya, Saya telah mengeksploitasi beberapa buah buku demi membuat ulasan untuk tugasan projek ini. Pelbagai cadangan dan laporan telah dikemukakan untuk saya supaya dapat menyudahkan tugasan projek ini. Saya telah mempelajari kepentingan perancangan dan pengajaran matematik dalam mendapatkan maklumat serta cara untuk mendokumenkannya. Saya juga telah menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu proses pengajaran matematik tersebut supaya tidak tersasar dalam meliputi tajuk yang berkaitan dan tidak tersimpang kepada perkara yang tidak penting ataupun tidak kaitan dengan tajuk. Selain itu, saya telah merancang sebuah aktiviti yang akan dijalankan dengan pelajar. Saya telah merancang dengan terperincing tentang pelaksanaan aktiviti ini supaya dapat menjalankan aktiviti ini dengan lancar. Perkara yang paling penting yang harus diutamakan ialah setiap arahan yang diberikan kepada para pelajar mestilah jelas dan senang difahami. Arahan yang disampaikan mestilah ditaati oleh para pelajar supaya dapat menggelakkkan para pelajar daripada berasa tersisir daripada berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran ini. Disamping itu, aktiviti ini akan menguji pelbagai aspek setiap pelajar dalam kelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya hanyalah berdasarkan

buku teks tetapi para guru mestilah mengajar untuk mengaitkan proses tersebut dengan hidupan harian. Aktiviti ini akan membantu para pelajar untuk mengembangkan cara pemikiran mereka kepada tahap yang lebih tinggi. Aktiviti ini akan menggalakkkan mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Aktiviti ini tidak akan membebankan para pelajar kerana pelaksanaan aktivit ini adalah berupa permainan supaya para peljar tertarik dengan pelaksanaannya serta memberikan sepenuh komitmen mereka terhadap aktiviti ini.

Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

RUJUKAN Abdul Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Sufiza Ishak. (2013). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(1), 42-51. Dimuat turun pada Mac 20, 2014 dari http://www.ukm.my/jpbm/pdf/42 51%20Rasid%20et%20al.UPM.pdf. Daia & Musa (1992). Kaedah dan teknik pengajaran. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri (2012). Pendidikan Islam: Kaedah pengajaran dan pembelajaran. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM). N. S. Rajendran. (2001). Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesediaan guru mengendalikan proses pengajaran pembelajaran. Dimuat turun dari http://nsrajendran.tripod.com/Papers/PPK12001A.pdf. Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

SENARAI SEMAK

Senarai semak bagi SJK (T) Linsum :

Bil 1.

Perkara Guru melaksanakan aktivitiaktiviti bagi pengukuhan murid-murid

Ya

Tidak

Catatan Aktiviti kumpulan diadakan : Contoh : Aktiviti Rummy * Kaedah perbincangan digunakan antara murid-murid dan guru sebagai aktiviti pengukuhan. * Guru juga menggunakan lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan

2. Guru menggunakan beberapa sumber sebagai rujukan dalam pengajaran 3. Guru telah menerapkan beberapa nilai dan kemahiran berfikir dalam pengajaran

Bahan bantu mengajar digunakan oleh guru seperti: * penyedut minuman untuk mengajar operasi tolak.

* nilai kerjasama semasa aktiviti kumpulan - meminta murid-murid bekerjasama dan semua murid diberikan peluang untuk mencuba * kemahiran kreatif digunakan di mana meminta murid-murid menggunakan penyedut minuman sebagai bahan rujukan untuk mengajar operasi tolak. * kesabaran semasa mengajar murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran matematik

TEMUBUAL BERSAMA KETUA PANITIA MATEMATIK SEKOLAH SJK(T) LADANG LINSUM

TEMUBUAL BERSAMA KETUA PANITIA MATEMATIK SEKOLAH SJK(T) LADANG LINSUM Guru Pelatih :Selamat pagi Puan. Saya Narmatha Mani Maran dari IPG Perlis ingin menemubual anda. Bolehkah Puan memperkenalkan diri anda? K.P.Matematik : Saya Kasthuri dan merupakan Ketua Panitia Matematik bagi sekolah SJK(T) Ladang Linsum iaitu sekolah ini serta guru Matematik bagi tahap II. Guru Pelatih : Selama berapa tahun, Puan bertugas sebagai guru matematik dan Ketua Panitia Matematik di sekolah ini? K.P.Matematik : Saya telah bertugas di sekolah ini selama 13 tahun dan menjadi Ketua Panitia selama 7 tahun. Guru Pelatih :Bolehkah Puan menjelaskan secara terperinci mengenai pencapaian Puan sebagai Ketua Panitia Matematik? K.P.Matematik : Pada tahun 2011 peratus matapelajaran matematik yang lulus adalah 88.9% dan 7 orang murid telah mendapat A dalam matapelajaran ini. Pada tahun 2012 pula peratus lulus matapelajaran ini adalah 100%. Manakala, pada tahun lepas iaitu 2013 ialah 95.7 %. Hal ini kerana seorang murid telah gagal dalam matapelajaran matematik pada tahun tersebut.Kami berharap pada tahun ini peratus lulus matapelajaran ini akan menjadi 100%. Guru Pelatih :Seperti yang semua ketahui sekolah ini adalah Sekolah Kurang Murid (SKM) dan peningkatan pencapaian subjek Matematik telah meningkat dari tahun ke tahun. Bagaimanakah peningkatan ini berlaku? K.P.Matematik :Sekolah ini lebih memberi fokus kepada subjek bahasa tamil berbanding subjek yang lain. Matapelajaran ini hanya difokuskan kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaanUPSR sahaja. Guru Pelatih : Apakah strategi P & P yang anda laksanakan di sekolah ini bagi matapelajaran Matematik? K.P.Matematik : Strategi P&P yang dilaksanakan untuk matapelajaran ini ialah dikaitkan dengan kehidupan seharian para pelajar. Dengan ini murid akan senang mengingati apa yang diajar. Selepas itu murid diberikan latihan yang banyak untuk

memperkukuhkan lagi apa yang diajar. Perkara- perkara yang asas sahaja diberikan utama dalam matapelajaran ini iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Guru Pelatih :Bagaimanakah penglibatan murid dalam matapelajaran ini? K.P.Matematik : Di sini terdapat hanya satu kelas untuk darjah enam. Setahu saya kelas tersebut aktif ketika P&P dijalankan,tetapi mereka tidak mengaplikasikan apa yang diajar dalam kehidupan. Mereka hanya berfokus untuk menyelesaikan masalah matematik yang terpapar dalam kertas soalan. Selain itu murid- murid hanya memberikan keutamaan kepada langkah yang pendek untuk mendapat jawapan. Tetapi terdapat juga murid-murid yang tidak bergiat aktif dalam kelas tersebut. Guru Pelatih : Apakah keistimewaan matapelajaran Matematik dalam sekolah ini? K.P.Matematik : Murid dedahkan dengan konsep matematik yang jelas dan mereka menganggap matapelajaran ini sebagai matepelajaran yang seronok untuk belajar. Pada pendapat saya kaedah lama yang digunakan untuk mempelajari matapelajaran ini adalah sangat sesuai dan terbaik untuk pelajar. Contohnya, pada dulu setiap murid harus mengingat sifar. Tapi pada masa kini dengan adanya teknologi muridmurid sudah pandai menggunakan kalkulator untuk mendapat jawapan. Kaedah ini adalah kurang sesuai untuk pelajar. Guru Pelatih :Bagaimanakah dengan penggunaan ABM dan BBM dalam pelaksanaan subjek Matematik? K.P.Matematik : Pada pendapat saya guru hanya menggunakan BBM untuk memperkenalkan tajuk sahaja. Langkah lain guru kurang menggunakan bbm. Di sekolah ini penggunaan buku teks adalah kurang, malah terdapat modul & lembaran kerja yang dirujuk pada setiap tahun 1 murid harus mempelajari matematik dalam bahasa ibunda mereka. Guru Pelatih :Sumbangan jenis apa yang anda perolehi dalam pelaksanaan &pencapaian proses P&P Matematik? K.P.Matematik : Di sekolah ini, guru besar akan menyediakan semua keperluanyang diperlukan untuk matapelajaran ini. Selain itu, guru-guru juga sanggup memberikan duit sendiri mereka untuk membeli buku dan lembaran kerjabila ditanya. Pada

pendapat saya, kerjasama antara guru memainkan peranan yang penting dalam pencapaian sekolah ini. Guru Pelatih :Pada masa hadapan apakah harapan anda terhadap subjek ini dan pencapaiannya? K.P.Matematik : Harapan saya adalah agar semua guru memfokuskan semua pelajar dari tahun satu hingga tahun enam. Jangan hanya guru mengambil berat akan pelajar tahun enam sahaja, malah guru harus mengekalkan pencapaian murid dari tahun satu hingga tahun enam secara berterusan. Guru Pelatih :Bolehkah kami dapatkan sebarang bahan bukti mengenai subjek /pencapaian subjek ini? K.P.Matematik : Ya, boleh apa salahnya. Terdapat banyak bukti yang kukuhmengenai pencapaian matematik di sekolah ini. Guru Pelatih :Bagaimanakah sukatan KSSR mmepengaruhi matapelajaran matematik di sekolah ini? K.P.Matematik : Setahu saya murid menghadapi masalah dalam memahami sesuatu topik Sukatan KSSR untuk tahun satu adanya tajuk pecahan yang merumitkan para pelajar untuk memahaminya. Hal ini kerana, murid tahun satu merupakan murid pelajar yang kecil untuk memahami topik sebegini, Selain itu, murid juga mendapat masalah bahasa. Hal ini kerana ketika di tadika, murid menggunakan bahasa Melayu. Tetapi setelah menjejak kaki ke tahun 1 murid harus mempelajari matematik dalam bahasa ibunda mereka. Guru Pelatih : Kami ingin mengucapkan sekalung terimah kasih kepada puan kerana sudi meluangkan masa bersama kami dan berkongsi infomasi mengenai sekolah ini. Terima Kasih. K.P.Matematik : Sama-sama