Anda di halaman 1dari 34

KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu SEMESTER KHAS Sidang Akademik 2011/2012

UNIT 2 PSIKOLIGUISTIK
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia PULAU PINANG
1

UNIT 2 PSIKOLINGUISTIK
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
menjelaskan definisi psikolinguistik, menerangkan proses kanak-kanak memperoleh bahasa pertama, dan menghuraikan teori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama.
2

Istilah Psikolinguistik - Gabungan kata psikologi dan linguistik.


Psikologi psyche + logos. Psyche bermakna jiwa atau akal budi, dan logos bermakna mengkaji sesuatu. Psikologi ialah ilmu yang mengkaji proses akal manusia dan segala manifestasinya yang mengatur perilaku manusia itu. (Mangantar Simanjuntak, 1986). Linguistik merujuk langue dan parole. Langue bermaksud bahasa dan parole bermaksud ujaran bahasa. Linguistik ialah bidang ilmu yang mengkaji aspek-aspek bahasa secara sistematik.
3

Definisi Psikolinguistik
Aitchison (1987: 119) Psikolinguistik ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan akal budi menyelidiki apa-apa yang berlaku dalam akal budi manusia apabila seseorang memperoleh, memahami, menghasilkan dan menyimpan unsurunsur kebahasaan.

Definisi Psikolinguistik
Garnham (1985:1) Psikolinguistik ialah kajian tentang mekanisme-mekanisme mental yang membolehkan manusia berbahasa merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya suatu teori yang sepadu tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami.
5

Simpulan Takrif Psikolinguistik


Ringkasnya, psikolinguistik ialah gabungan dua ilmu, iaitu psikologi dan linguistik yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa oleh manusia. Bidang tumpuannya ialah memahami mekanisme pemerolehan pengetahuan bahasa dan hal-hal yang ada kaitan dengannya.

Kajian Psikolinguistik
Mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan akal budi manusia. Menganalisis mekanisme-mekanisme mental, khususnya peranan dan operasi mental semasa manusia berbahasa.

Bidang Tumpuan Psikolinguistik


Pemerolehan Pengetahuan Bahasa Pertama
Maklumat tentang tahap pemerolehan pengetahuan bahasa, jenis-jenis pengetahuan bahasa yang dikuasai, peranan pengajaran daripada ibu bapa/penjaga, fungsi persekitaran, dan bentuk serta jenis data bahasa yang diterima oleh kanak-kanak pada peringkat awal kehidupan.

Kefahaman Bahasa
Maklumat tentang proses-proses kognitif yang berlaku semasa seseorang mencuba memahami bahan-bahan yang didengar atau yang dibacanya.
8

Pemerolehan Pengetahuan Bahasa Pertama (PBP)


Tanggapan asas:
semua anak yang normal memperoleh satu bahasa secara alamiah. setiap anak yang normal atau yang mengalami pertumbuhan yang wajar memperoleh suatu bahasa pertama atau bahasa ibunda dalam tahun-tahun pertama kehidupannya. setiap anak yang normal dapat berkomunikasi secara bebas pada waktu dia mula masuk ke sekolah kecuali yang mengalami gangguan psikologi dan kekurangan upaya seperti tuli ataupun alasan-alasan sosial yang lain. Pemerolehan bahasa erat hubungannya dengan perkembangan sosial anak. 9

Dua Paradigma
Pandangan Behaviorisme (Perlakuan)
pemerolehan bahasa dipengaruhi oleh faktor luaran seperti pengukuhan dan model bahasa ibu bapa dan orang dewasa.

Pandangan Mentalisme (Kognitif)


pemerolehan bahasa sebagai faktor semula jadi yang merujuk peranan akal sebagai komponen paling penting.

10

Pandangan Behaviorisme
Golongan behavioris percaya bahawa bahasa kanakkanak dibentuk oleh persekitaran. Pemerolehan bahasa dianggap sebagai kelakuan yang dipelajari, dan hal ini sama dengan kelakuan lain yang dipelajari dengan peraturan dan syarat yang sama. (B.F. Skinner, 1957) Kanak-kanak didedahkan dengan bahasa. Mereka menerima latih tubi, rangsangan dan gerak balas. Mereka meniru bahasa; mereka diberi ganjaran kerana meniru dan mereka terus mengulangi apaapa yang didengari. 11

Konsep Pelaziman Behaviorisme


Sesuatu yang lazim membawa maksud sesuatu yang telah biasa atau kerap dilakukan. Orang yang telah lazim melakukan sesuatu lakuan biasanya dapat melakukan tindakan tersebut dengan baik. Proses pelaziman akan menambahkan ketepatan atau kualiti tingkah laku. Pelaziman menjadi suatu bentuk pembelajaran.
12

Teori pembelajaran ini berlandaskan behaviorisme. Asasnya ialah rangsangan dan gerak balas yang bersandarkan faktor luaran. Organisma boleh dilazimkan atau dilatih untuk melakukan sesuatu jika latihan diberikan secara berulang kali. Pembelajaran berasaskan pemberian ganjaran.
13

Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Anjing Pavlov dalam Uji Kaji


Uji kaji pada anjing Pavlov yang dikurung di dalam satu kandang khas dengan daging dan loceng membuktikan bahawa gerak balas akan terhasil sebagai akibat rangsangan.
14

Rangsangan dan Gerak Balas Pelaziman


Rangsangan terlazim ialah rangsangan semula jadi manakala rangsangan dilazimkan ialah rangsangan melalui latihan. Gerak balas terlazim ialah gerak balas yang bersifat semula jadi. Gerak balas dilazimkan ialah gerak balas yang terhasil melalui latihan secara berulang.
15

Pelaziman R-GB Terlazim dan Dilazimkan

16

Tiga konsep penting teori pelaziman klasik:


Generalisasi: rangsangan yang sama akan menghasilkan gerak balas yang sama. Diskriminasi: organisma bertindak balas pada sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Penghapusan: rangsangan dilazimkan yang tidak disertai rangsangan terlazim akan menghentikan gerak balas.
17

Teori Pelaziman Operan (Thorndike)


Kaedah Pembelajaran Cuba Jaya
Belajar melalui kaedah cuba dan ralat. Motivasi, ganjaran dan denda dalam pembelajaran. Pembelajaran berteraskan hubungan rangsangan dan gerak balas.

Tiga Prinsip R-GB Thorndike


Kesediaan - dari segi psikomotor, afektif, kognitif sebelum boleh belajar. Latihan diulang-ulang untuk meningkatkan kemahiran. Kesan keseronokan belajar daripada rangsangan dan gerak balas. 18

Teori Pelaziman Operan (Skinner)


Tingkah laku organisma dapat dikawal dan gerak balasnya dapat diperhatikan dan direkodkan. Tiga prinsip pelaziman Skinner:
Pengukuhan positif memberikan ganjaran; perlakuan diulang dan diperkukuh. Pengukuhan negatif rangsangan serta-merta yang tidak selesa atau menyakitkan. Dendaan proses melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.
19

Amalan Pelaziman dalam P&P Bahasa


1. Rangsangan 2. Gerak Balas Guru menyediakan BBM untuk menarik perhatian murid. Murid yang terangsang dengan BBM akan memberikan respons.

3. Pengulangan / Latih Tubi 4. Peneguhan

Pengulangan dilakukan jika murid belum menguasai P&P tersebut. Pengukuhan berlaku apabila murid menguasai P&P atau objektif tercapai.
Ganjaran diberikan dalam pelbagai bentuk seperti pujian, hadiah dan sebagainya.

5. Ganjaran

20

Pandangan Mentalisme/Kognitif
Golongan mentalis berpandangan bahawa kemampuan berbahasa berlaku semula jadi. Chomsky (1965) berpandangan bahawa manusia dilengkapkan dengan Peranti Pemerolehan Bahasa(LAD)struktur dalaman otak yang memungkinkan pembelajaran bahasa (Brewer, 1992). Dengan adanya LAD, pembelajaran bahasa akan berlaku sekiranya ada input bahasa daripada persekitaran. Chomsky (1972) membuat hipotesis bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan struktur yang mengupayakan mereka memperoleh bahasa dengan pantas sebagaimana yang ditunjukkan oleh kanak-kanak pada masa prasekolah lagi.
21

Peranti Pemerolehan Bahasa atau LAD (Language Acquisition Device) ialah satu set prosedur dan aturan bahasa yang dibawa lahir untuk memungkinkan seseorang anak mengolah data linguistik. Peranti ini merupakan sebuah alat nurani (bawaan) yang sudah tersedia dibawa lahir untuk memperoleh bahasa ibunya (Simanjuntak, 2009:108).

Pandangan Mentalisme/Hipotesis Nurani

22

Andaian Mentalisme/Teori Kognitif


Kanak-kanak telah dilengkapi set bahasa sejagat semasa mereka lahir ke dunia. Proses penguasaan bahasa sebagai adaptasi prinsip atau aturan rumus nahu semula jadi yang sedia ada di dalam otak kanak-kanak dengan ciri-ciri dan sistem linguistik bahasa ibunda mereka. Proses perkembangan bahasa kanak-kanak bersejajar dengan perkembangan mental mereka.

23

Perkembangan kognitif bersifat evolusi, iaitu berlaku secara beransur-ansur. Perkembangan bahasa kanak-kanak sejajar dengan perkembangan mental mereka. Penguasaan pengetahuan bahasa tidak terpisah daripada proses perkembangan penguasaan kemahiran-kemahiran lain. Proses pembelajaran ialah proses yang bersepadu yang melibatkan perasaan, pemikiran dan emosi secara menyeluruh.
24

Teori Kognitif Piaget

Dalam Teori Kognitif Piaget, empat konsep berikut menjelaskan peranan akal:
Skema potensi am diri manusia dengan set tingkah laku untuk memahami dan bertindak balas dengan persekitaran. Asimilasi proses penyesuaian antara objek baru dengan skema tingkah laku yang sedia ada. Akomodasi struktur kognitif mengalami perubahan apabila skema tidak dapat mengasimilasi persekitaran baharu sebagai proses belajar. Adaptasi keseimbangan antara akomodasi dengan asimilasi untuk disesuaikan dalam hubungan antara yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Teori Kognitif Piaget

25

Empat tahap perkembangan mental oleh Piaget

26

Empat tahap perkembangan mental oleh Piaget


1. Tahap motor deria (sensorimotor) 2. Tahap pemikiran praoperasi 3. Tahap operasi konkrit 4. Tahap operasi formal 0 2 tahun 2 hingga 7 tahun 7 hingga 11 tahun 11 tahun hingga dewasa
27

1. Tahap Motor Deria (0 2 tahun)


Tahap umur Dari lahir 1 bulan 1 4 bulan Gerak/tindak balas sistem deria terhadap persekitaran Refleks atau gerakan pantulan seperti menyedut, memandang, menggenggam dsb. Reaksi asas berulang, koordinasi deria dan skema baharu seperti menghisap jari, menggerakkan kepala dan mata ke arah punca bunyi dsb. Reaksi sekunder berulang terhadap objek dalam persekitaran seperti memasukkan barang mainan ke dalam mulut dsb. Reaksi koordinasi sebagai pengukuhan kebolehan mental asas bayi bagi memahami asas sebab akibat. Reaksi tertier berulang dengan pemahaman konsep yang lebih kukuh tentang sesuatu objek seperti proses cuba jaya dan pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk menarik perhatian. Gambaran pemikiran awal melalui kombinasi mental untuk memahami aktiviti permainan dan dunianya.
28

4 8 bulan 8 12 bulan 12 18 bulan

18 bulan 2 tahun

2. Tahap Praoperasi (2 7 tahun)


Kanak-kanak mula menggunakan simbol dalam permainan. Perkembangan bahasa paling penting pada tahap ini. Berlaku perkembangan kebolehan mengira. Pembentukan dan pengukuhan skema tingkah laku yang stabil melalui latihan yang diulang-ulang. Kandungan utama proses kognitif ialah egosentrisme, konsep sebab akibat, peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri.
29

Kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik. Berkembangnya perasaan ingin tahu dengan bertanya kepada orang lebih dewasa. Kanak-kanak mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan sebaya. Mula memahami konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta mengenali objek yang konkrit seperti haiwan dan tumbuhan.

3. Tahap Operasi Konkrit (7 11 tahun)

30

4. Tahap Operasi Formal ( 11 tahun ke atas)


Kebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan untuk sesuatu masalah. Berupaya berfikir secara abstrak. Berupaya menulis frasa dan karangan yang ringkas. Otak kanak-kanak sudah beroperasi sepenuhnya dari segi keupayaan berbahasa.
31

RUMUSAN
Aspek pemerolehan bahasa murid perlu dititikberatkan supaya masalah buta huruf sewaktu murid memasuki sekolah menengah tidak timbul dan intervensi awal dapat dijalankan terhadap murid bermasalah pembelajaran.
32

Psikolinguistik
Dengan berakhirnya pembelajaran ini, cikgu-cikgu sekalian/pelajar seharusnya dapat:
menjelaskan definisi psikolinguistik, menerangkan proses kanak-kanak memperoleh bahasa pertama, dan menghuraikan teori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama.
33

TERIMA KASIH

34

Anda mungkin juga menyukai