Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN PEMERHATIAN

Tahun Tarikh Masa Guru

: : : :

Darjah 4 19.03.2013 7.30 pagi 8.30 pagi En. Ganesan

1) SEMASA AKTIVITI MEMANASKAN BADAN.

a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan. Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap kelas pendidikan jasmani di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Lorong Jawa, Seremban. Saya dapat menjalankan pemerhatian terhadap kelas tahun 4. Masa yang diambil untuk kelas pendidikan jasmani adalah selama satu jam. Aktiviti pemanasan badan telah dijalankan secara baik dan teratur. Guru mengambil masa selama sepuluh minit dalam menjalankan aktiviti pemanasan badan seawal bermulanya masa pendidikan jasmani.

b) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada murid-murid?

Penerangan mengenai aktiviti memanaskan badan ada diberikan. Semasa menjalankan aktiviti pemanasan badan guru telah membuat penerangan secara serentak supaya murid dapat memahami tujuan sebenar maksud tersirat di dalam aktiviti pemanasan badan tersebut. Guru tersebut menerangkan 7 kepentingan utama melakukan aktiviti memanaskan badan. Antaranya ialah mengelakkan kecedaran, mengelakkan kekejangan otot, menyesuaikan kadar denyutan jantung, meningkatkan prestasi, meningkatkan ketahanan badan, mengelakkan kesakitan selepas bersukan dan merehatkan minda. Penerangan tersebut juga dilakukan secara ringkas tetapi

padat dengan objektif sebenar proses pemanasan badan yang dilakukan. Sebagai contoh aktiviti memanaskan badan ini adalah bertujuan melakukan regangan kepada otot-otot dan sendi-sendi supaya berada dalam keadaan bersedia untuk melakukan aktiviti permainan. Selain itu, guru ini ada menegur para pelajar untuk melakukan senaman memanaskan badan dengan betul tanpa bergurau.

c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan?

Pada hari tersebut guru telah merancang menjalakan permainan hoki. Guru hanya menyentuh asas permainan hoki seperti menolak, memukul, mengelecek dan menahan bola. Otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan. Antara bahagian Otot-otot besar yang terlibat dalam aktiviti tersebut adalah otot biceps brachii, triceps brachii, deltoid dan brachioradialis. Otot Otot besar ini diberi tumpuan supaya semasa menjalankan aktiviti permainan murid tidak mengalami kecederaan yang tidak diingini. Jika otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang tidak diberi tumpuan ia

mungkin akan mengakibatkan kecederaan. Selain itu, guru juga memberikan bimbingan kepada murid yang lemah dan mengajar mereka secara beransur maju.

d) Adakah aktiviti yang diberi membahayakan diri atau anggota badan?

Aktiviti yang diberikan oleh guru tidak membahayakan diri dan anggota badan murid. Pihak sekolah tidak membenarkan guru- guru untuk menjalankan aktiviti yang membahayakan murid. Dalam konteks Antatomi dan Fisiologi pula, aktiviti yang

diberikan tidak membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan Ini kerana, aktiviti yang di rancang tidak menggunakan tenaga, otot-otot, tulang dan sendi yang banyak. Manakala guru tersebut menitikberatkan umur pelajar dalam merancang aktivit tersebut. Ia hanya sekadar permainan kecil dan dijalankan secara teliti oleh gurunya. Cikgu berkenaan telah menegur pelajarnya untuk mengikut arahannya. Sekiranya pelajar tidak mengikut arahan atau melanggar arahan yang diberikan cikgu akan mendenda mereka. Tambahan pula, guru telah memberi penjelasan yang baik tentang permainan hoki dan kemahiran asas dalam permainan tersebut. Manakala, guru juga dapat menerangkan cara menggunakan kayu hoki dengan cara yang betul supaya murid tidak mencedaran diri sendiri dan orang lain. Selain itu, guru membuat pemerhatian terhadap pergerakan mereka semasa mereka bermain. Ini kerana jika cikgu tidak memerhati dengan teliti. Pelajar akan bermain kasar antara satu sama lain dan ia mungkin mengakibatkan pelajar bergaduh dan mencederakan rakan yang lain. Selain itu, guru tidak membenarkan murid yang tidak memakan pakaian sukan untuk terlibat dalam permainan tersebut. Hal ini kerana, pakaian serangam sekolah tidak sesuai untuk melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani dan juga mentusahkan pelajar ketika bermain. Disamping itu, guru juga telah memberi masa untuk berehat semasa melakukan aktiviti monolak, mengelecek, memukul dan menahan bola. Hal ini kerana, rehat antara permainan ini membantu menggelakkan kecederaan terhadap pelajar.

2) Adakah keperluan gerak kendur (cooling down) dijalankan dan diberikan penjelasan kepada pelajar? Keperluan cooling down dijalankan dan diberi penerangan yang jelas oleh guru. Selepas habis mengajar, guru menjemput semua pelajar duduk dalam bulatan dan memberi penerangan tentang kepentingan cooling down sambil melakukan cooling down. Cooling down dilakukan selama 10 minit. Antara aktiviti cooling down yang dilakukan ialah aktiviti gerak kendur yang menggunakan kaki dan pinggang. Guru mengemukakan sebab melakukan cooling down dan beberapa contoh apa yang akan berlaku ke atas pelajar jika cooling down tidak dijalankan. Selepas bermain pelajar harus melakukan cooling down untuk memastikan otot-otot, sendi dan tulang kembali ke tahap normal. Ini kerana selepas bermain otot-otot, sendi dan tulang kita berada dalam keadaan aktif.Selepas melakukan cooling down otot-otot kita akan kembali ke tahap normal. Ini akan mengelakkan otot-otot, tulang dan sendi daripada mengalami kecederaan dalaman. Selain daripada itu, cooling down juga dilakukan untuk memastikan denyutan nadi dan jantung kembali ke tahap normal. Pada akhir sesi pendidikan jasmani semua pelajar menarik dan menghembus nafas sebanyak tiga kali. Pada hembusan terakhir pelajar menarik nafas dalam dan menghembusnya dengan kuat. Cara ini boleh membantu untuk mengurangkan tekanan pelajar. mereka dan Akhirnya, guru meminta murid tentang perkara yang belajar pada hari tersebut. Selepas itu, pelajar balik ke kelas masing-masing.

3) Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang?

Selepas melakukan aktiviti memanaskan badan, guru akan meneruskan dengan aktiviti yang telah ditetapkan. Sewaktu PBS yang kami jalani, guru yang mengendalikan kelas pendidikan jasmani melakukan aktiviti STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK). Selain itu, ada juga guru mengisi aktiviti kelas pendidikan jasmani dengan melakukan aktiviti permainan kecil. Berbagai permainan kecil yang dapat kami lihat dan pelajari. Diakhir waktu pendidikan jasmani, guru yang mengajar telah memperuntukkan masa bagi aktiviti menyejukkan badan selama 5-10 minit. Di samping itu, masa bagi pelajar menyiapkan diri bagi kelas yang seterusnya turut diperuntukkan selama 10 minit bagi mengelakkan murid lewat ke kelas yang seterusnya.

Menurut guru yang kami termuramah, kebanyakan masa yang diperuntukkan bagi kelas pendidikan jasmani ialah satu jam. Bagi kelas Tahun 6 waktu untuk pendidikan jasmani mereka dikurangkan sedikit bagi dipenuhi dengan pengisian

akademik kerana bakal menduduki peperiksaan UPSR. Selain itu, menurut guru pendidikan jasmani, jika pada waktu itu hujan guru akan membuat pengisian di dalam bilik darjah dengan membuat pengisian tentang silibus dari buku teks.

Berkaitan pembahagian masa, berdasarkan pemerhatian yang kami lakukan setiap kali waktu kelas jasmani, guru-guru yang bertugas menggunakan masa yang ada dengan berkesan sekali. Contohnya, pada permulaan kelas, guru memulakan dengan aktiviti memanaskan badan selama lima hingga sepuluh minit dagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada murid.

4) Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang?

Berdasarkan

pemerhatian

kami

ketika

melakuan

Program

Pengalaman

Bersasaskan Sekolah(PBS) di sekolah ini, terdapat beberapa perkara yang kami lihat tentang pembahagian masa ataupun lebih senang tentang pengurusan masa yang diambil oleh guru yang mengendalikan kelas pada waktu pendidikan jasmani. Hasil pemerhatian kami menunjukkan kebanyakkan masa yang digunakan untuk kelas pendidikan jasmani ialah pada waktu awal pagi iaitu bermula pada pukul 7.45 pagi.Jadi waktu ini amatlah sesuai untuk murid-murid kerana tidak terlalu panas bagi mereka menjalankan sebarang aktiviti yang ditentukan oleh guru-guru mereka. Kesemua alat tersebut diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan untuk keselamatan murid-murid. Ini adalah kerana peralatan yang rosak dan membahayakan tidak boleh digunakan dalam semua aktiviti permainan. Guru juga memastikan muridmurid menggunakan alatan tersebut dengan balik dan cermat serta dapat

memulangkannya seperti yang diambil diakhir aktiviti. Dari pemerhatian saya, peralatan
7

pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Sebagai contoh, aktiviti kelas tahun 4 bijak yang menggunakan raket untuk permainan badminton. Guru terlebih dahulu mengajar murid-murid cara memegang raket dengan betul sebelum melakukan aktiviti seterusnya. Selepas itu, guru mengajar murid-murid pula untuk melakukan pukulan servis yang betul sebelum membenarkan murid-murid bebas bermain dengan pasangan masing-masing sambil diperhatikan oleh guru. Selain itu, hasil dari pemerhatian saya terhadap penggunaan alatan untuk aktiviti pendidikan jasmani ini, saya dapati, guru mengenal pasti dahulu tahap keselamatan peralatan sebelum di gunakan. Ini kerana untuk mengelakkan sesuatu kemalangan semasa aktiviti di padang di jalankan.

5) Berikan sasaran anda untuk penambahbaikan dalam pengajaran pengajaran tersebut berfokuskan Anatomi dan Fisiologi Saya dapat mengenal pasti beberapa kekurangan semasa membuat

pemerhatian kelas pendidikan Jasmani tahun 4. Kekurangan masa adalah punca utama dalam pengajaran pendidikan jasmani. Pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai dengan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran. Kesuntukkan masa ini akan menyebabkan guru tidak boleh menjalankan aktiviti dengan sepenuhnya. Manakala murid pula tidak berpuas hati terhadap permainan yang dimainkan pada subjek tersebut. Selain itu, guru hanya dapat mengajar kemahiran asas sahaja dalam masa yang suntuk. Guru tidak dapat menguji kefahaman murid terhapa kemahiran yang diajar oleh gurunya. Oleh itu, guru perlulah masa yang lebih untuk mengajar supaya dapat menilai pencapaian murid terhadap kemahiran yang terdapat sesuatu permainan. Guru haruslah memastikan semua pelajar dapat menguasai kemahiran yang penting. Pengajaran secara praktikal adalah sangat penting dan memberi kesan dengan lebih cepat berbanding pengajaran teori. Oleh sebab itu, pihak sekolah perlulah meningkatkan masa untuk pengajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu, guru kurang memberi keutamaan terhadap aktiviti cooling down. Hal ini kerana, guru tersebut mengaggap bahawa aktivitu cooling down adalah tidak
8

seberapa pentingnya kepada muridnya. Tambahan pula, aktiviti cooling down ini tidak begitu menarik kepada murid murid. Sebagai contohnya, guru sentiasa melakukan aktiviti menggerakan tangan dan kaki sebagai aktiviti cooling down kepada pelajar. Hal ini membosankan pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Oleh sebab itu, guru perlulah berfikir kreatif untuk menjala nkan pelbagai jenis aktiviti cooling down kepada pelajar bagi merangsang minat pelajar untuk terlibat dengan efektif. Tambahan pula, guru perlu menrangkan kepentingan melakukan aktiviti cooling down ini kepada pelajar. Jika boleh, guru boleh melakukan aktiviti cooling down ini dengan melibatkan otot-otot supaya murid menjadi lebih cergas. Tambahan pula, kemudahan infrastuktur juga adalah salah satu halangan dalam sekolah ini untuk menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani dengan lebih sempurna. Sekolah ini memang tidak mempunyai padang permainan untuk pelajar bermain. Mereka hanya menggunakan tanah kecil yang berhampiran dengan sekolah sebagai tempat permainan mereka. Pelajar menghadapi kesukaran semasa melakukan aktiviti di tempat yang kecil tersebut. Selain itu, tempat tersebut juga tidak selamat dan selesa untuk melakukan aktiviti. Tanah tersebut dipenuhi dengan batu- batu yang kecil yang menyebabkan kecederaan apabila murid lari di tempat tersebut. Oleh sebab itu, pihak sekolah perlulah mencari jalan penyelesaian yang baik untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam permainan dengan sempurna tanpa sebarang masalah dari segi keselamatan. Dari segi Anotomi dan Fisiologi, tempat melakukan aktiviti adalah sangat penting untuk melakukan sebarang aktiviti dengan efektif. Oleh sebab itu, guru Pendidikan Jasmani perlulah menggunakan pelbagai jenis pendekatan dalam pengajaran untuk merangsang minat pelajar dan melibatkan diri dalam aktiviti dengan lebih aktif.

REFLEKSI
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu projek yang di rancang oleh Badan Pendidikan Guru bagi melatih pelatih di institut perguruan bagi membiasakan diri dengan iklim sekolah. Pada semester ini saya telah diberi tugasan berkaitan Pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

Pada pemerhatian saya pendidikan jasmani ini adalah untuk memberikan keseronokkan kepada murid-murid sambil mempelajari sesuatu yang baru. Pada pendapat saya, aktiviti yang dijalankan amat sesuai untuk para pelajar dan ia dijalankan dengan penuh teliti. . Pada masa inilah murid-murid dapat merehatkan diri mereka dan bersama rakan-rakan dalam menjalakan aktiviti. Pelbagai permainan atau aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam membentuk kemahiran di dalam diri murid. Guru-guru juga dapat memilih pasukan sekolah melalui kemahiran yang dimiliki murid untuk mempersembahkan bakat mereka di peringkat yang lebih tinggi.

Pentadbiran dan pengurusan sekolah tersebut berada dalam keadaan yang amat strategik. Faktor ini membantu saya menjalankan tugasan saya dengan sempurna tanpa sebarang sekatan atau gangguan. Guru guru Pendidikan Jasmani telah membantu saya apabila memerlukannya tanpa berasa iri hati. En.Ganesan telah membantu saya dengan memberi penjelasan yang terperinci mengenai mata pelajaran Pendidikan Jasmani, perkara yang perlu dititikberatkan semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani dan pelaksanaannya di sekolah. Segala maklumat tambahan yang telah diberikan oleh mereka amat berguna untuk menjawab soalan-soalan kerja kursus dengan teliti. Saya telah mendapat banyak faedah melalui aktiviti PBS ini. Saya dapat memperluaskan pengetahuan saya mengenai Pendidikan Jasmani dan juga Anotami dan Fisiologi. Sebelum ini, saya kurang faham tentang perkara ini misalya, keperluan gerak kendur, kepentingan memanaskan badan, mengaplikasikan konsep Anatomi dan Fisiologi dalam Pendidikan Jasmani dan sebagainya walaupun saya telah mempelajari

10

subjek ini. Oleh sebab itu, saya mengambil peluang ini untuk menambahkan ilmu saya mengenai subjek ini melalui beberapa keadah seperti pemerhatian, temu bual, perbincangan dan sebagainya.

Oleh itu, Pengalaman PBS ini telah memberi manfaat yang banyak kepada diri saya dan membantu saya untuk meningkatkan kemahiran dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Saya berharap saya dapat mengaplikasikan segala pengalaman yang telah saya perolehi di sekolah ini pada masa akan datang di sekolah yang akan saya bertugas kelak. Saya akan memberi idea-idea yang bernas berdasarkan pengalaman yang telah saya dapat ini kepada pihak sekolah agar dapat menghapuskan masalah yang berlaku berkaitan kegiatan pengajaran pendidikan jasmani ini.

11

REFLEKSI KESELURUHAN
Saya Puspah a/p Janasekaran dari PISMP Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan semester 3. Bersyukur kepada Tuhan yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya saya, dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan tepat pada masanya. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang tugasan ini.

Anatomi dan Fisiologi sangat penting bagi murid sekolah kerana ini akan memperkembangkan ilmu pengetahuan mereka dalam matapelajaran ini. Ini juga akan memberi input tentang perkembangan fizikal badan manusia. Mereka juga akan lebih prihatin terhadap kesihatan dan keselamatan mereka. Mereka akan lebih menyayangi tubuh badan (mengambil berat tentang kesihatan), mengambil makanan yang berkualiti dan sihat serta mengamalkan diet yang seimbang. Matapelajaran ini juga akan menjadi sebagai asas untuk mereka, jika mereka ingin melanjutkan pelajaran kelak.

Dengan pembelajaran subjek ini, saya telah mempelajari tentang anatomi badan manusia dan fungsi setiap organ-organ badan. Saya juga dapat meningkatkan ilmu saya dengan lebih mendalam tentang fungsi dan anggota-anggota yang terlibat dalam setiap sistem dalam badan manusia seperti sistem peredaran darah, sistem otot, sistem rangka, sistem pernafasan dan lain-lain lagi. Setelah mempelajari subjek Anatomi dan Fisiologi saya dapat memahami dan mengetahui bahawa setiap anggota badan memainkan peranan yang sangat penting dalam anatomi badan manusia. Oleh itu, saya harus sentiasa menjaga kesihatan badan saya bagi memastikan anatomi dan fisiologi badan berjalan dengan sempurna.

Selain itu, matapelajaran Anatomi dan Fisiologi ini dapat membina sifat keguruan dalam diri saya. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani mesti mempunyai ilmu mengenai Anotomi dan fisiologi supaya dapat menjalankan aktiviti yang selamat
12

dan baik kepada pelajar. Bukan itu sahaja, guru juga sentiasa mengmbil berat tentang keselamatan serta kesihatan murid supaya murid tidak mengalami sebarang kecedaran melalui aktiviti Pendidikan Jasmani ini. Tujuan Pendidikan Jasmani ini adalah untuk mencergaskan murid, bukan untuk mencederakan pelajar. Oleh itu, guru memansitikan keselamatan dan kesihatan pelajar terjamin. Saya juga akan sentiasa menasihati muridmurid saya supaya mengamalkan cara hidup yang sihat serta kepentingan menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani seperti ini.

Pada pendapat saya, pihak sekolah boleh menangani cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Anatomi dan Fisiologi dengan mengadakan seminar, ceramah, bengkel tentang matapelajaran ini. Dengan ini mereka akan lebih berminat untuk belajar. Para guru di sekolah juga perlu menggunakan alat bantu mengajar yang lebih menarik seperti benda-benda maujud (rangka manusia, jantung). Pihak sekolah juga perlu memperuntukan masa khas bagi matapelajaran ini selain dari masa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Pembelajaran kursus PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi membantu saya menjadi seorang guru yang baik dengan menjadi suatu garis panduan dan asas apabila saya menjadi guru kelak. Seterusnya, saya akan lebih prihatin tehadap perkembangan fizikal murid-murid saya semasa di sekolah nanti. Akhir sekali, subjek ini memberi saya input yang banyak yang dapat saya gunakan semasa di sekolah kelak. Sekian , terima kasih.

Disediakan oleh,

_____________ ( PUSPAH A/P JANASEKARAN )

13