Kompetensi Kecerdasan Emosi

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

a)

Untuk mengenal pasti komponen kompetasi personal dengan tepat, kita harus menguasai perbengaharaan kata emosi. Ini adalah kerana kita lazimnya

menggambarkan perasaan melalui perkataan emosi yang sesuai. Emosi adalah perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi merupakan reaksi terhadap seseorang atau sesuatu kejadian. Emosi dapat ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu Menurut Daniel Goleman, emosi asas(primary emotion) manusia merangkumi rasa marah, sedih , takut, seronok, kasih saying, terperanjat, jijik dan malu. Setiap emosi asas ini mempunyai berbilang-bilang ahli emosi yang berkaitan. Misalnya , ahliahli emosi marah ialah radang, berang, murka, sengit , hangat, dan sebagainya. marah sedih Perasaan yang dihadapi oleh seseorang apabila ataupun selepas berlakunya sesuatu peristiwa yang malang. Contohnya kematian, kemalangan,

perpisahan dan sebagainya. takut seronok kasih saying -

terperanjat jijik malu

B) Emosi boleh diklasifikasikan dalam 2 komponen iaitu, Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial. Dalam kedua- dua kompenan tersebut, disenaraikan ciri- ciri dan kualiti seorang guru yang tinggi. Seseorang guru yang mempunyai kompetensi personal yang tinggi harusnya memperoleh sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati. Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid- murid yang bakal belajar dalam suasana tenteram, yakin dan senang hati. Selain itu, seorang guru mestilah mempunyai sifat jenaka. Sifat ini penting karana jika guru tersebut boleh menjadikan kelas masing- masing riang gembira. Oleh itu, guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didamping rapat oleh muridnya. Dengan sifat ini, guru akan dapat menyampaikan pelajaranya dengan lebih menarik dan berkesan. Seterusnya, seorang guru harus mempunyai emosi yang dapat dikawal olehnya. Seseorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. guru ini tidak mudah meradang dalam sebarang situasi. Guru yang bersifat sabar akan dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan murid- muridnya. Di samping itu, seorang guru harus menjadi seorang yang bertanggungjawab. Sifat ini amat penting dalam diri setiap insane terutamanya guru. Sifat ini akan menggerakkan guru mengutamakan tugas yang telah diamanahkan tugas yang telah

diamanahkan kepadanya. Seseorang guru yang bertanggungjawab akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. Selain itu, seorang guru harus mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Ini penting supaya murid- murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru. Muridmurid akan menghormati guru yang mempunyai kualiti kepimpinan dan dengan kualiti ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin. Kompetensi Kemahiran sosial seseorang guru boleh dihayati daripada sifat kualiti sosialnya, iaitu budi pekerti, ramah mesra, merendah diri, semangat berbakti dan jujur.

C) Kompetensi personal merujuk kepada pengenal pastian emosi diri dan orang lain. I. Keyakinan diri Seseorang perlu mempunyai tahap sesedaran tinggi terhadap nilai dan matlamat hidup. Mereka harus menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri bagi mengenali diri mereka lebih dalam. Selain itu, mereka harus menerima segala informasi dengan hati yang terbuka. Seterusnya, harus mempunyai keyakinan yang tinggi dan berketerampilan dalam semua bidang.

II.

Berorientasikan pencapaian Seseorang yang memiliki ciri berorientasikan pencapaian mereka boleh motivasi intrinsik kuat. Mereka harus mengamal pembelajaran sepanjang hayat. Mereka juga boleh melaksanakan tugas dengan sempurna.

III.

Amanah Seseorang harus mempunyai nilai jujur, amanah dan bertanggungjawab. Mereka juga perlu mempunyai sifat menepati janji. Selain itu, mereka harus bertindak mengikut peraturan.

IV.

Inisiatif

Anda mungkin juga menyukai