Anda di halaman 1dari 10

Langkah-langkah mengatasi Peribahasa berusaha tangga kejayaan perlu dijadikan pegangan sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan

dalam hidup ini. Seseorang pelajar yang ingin berjaya perlu berusaha dengan gigih bagi merealisasikan impiannya. Terdapat banyak faktor yang menentukan kejayaan seseorang pelajar. Antaranya ialah sifat bertanggungjawab, disiplin diri, kebijaksanaan pelajar membahagikan masa, dorongan serta galakan keluarga, ketenangan emosi dan kekuatan minda seseorang pelajar. Sifat bertanggungjawab dalam diri seseorang pelajar merupakan faktor yang amat penting bagi menentukan kejayaannya. Sifat bertanggungjawab ini boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu sebagai anak dan pelajar. Sebagai seorang anak, seorang remaja perlu menghormati orang tuanya serta tahu menjaga diri di mana sahaja dia berada sepanjang waktu. Sebagai anak yang bertanggungjawab, dia pastinya akan sentiasa mahu membahagiakan orang tuanya dan memastikan dia tidak akan menconteng arang ke muka keluarganya. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab juga, seorang remaja tahu mengambil hati orang tuanya seperti dengan membantu ibu melakukan kerja-kerja rumah tanpa disuruh terutama sekali jika ibu bapa keluar bekerja. Pastinya apabila keadaan rumah bersih dan teratur, ibu bapa yang penat sehari suntuk bekerja mencari nafkah akan berasa tenang dan senang apabila mereka pulang dari tempat kerja. Kedamaian yang wujud dalam sesebuah keluarga akan membuat pelajar berasa tenang dan gembira di rumah kerana rumahku, syurgaku.

Seorang pelajar yang bertanggungjawab tahu kewajipannya sebagai seorang pelajar. Dia akan memberi sepenuh perhatiannya kepada pengajaran guru di kelas dan bertanya jika dia tidak faham. Dia juga akan mengulangkaji pelajaran secara konsisten. Oleh sebab itu, pelajar yang berjaya sudah bersedia menghadapi peperiksaan dan tidak akan kelam-kabut atau bersengkang-mata demi menyiapkan dirinya untuk menduduki peperiksaan. Seorang pelajar yang bertanggungjawab juga dapat menilai antara sesuatu yang baik dan salah. Dengan demikian, pelajar

tersebut dapat menolak pelawaaan teman-temannya sekiranya mereka mengajaknya melakukan sesuatu yang kurang berfaedah.

Selain sifat bertanggungjawab, seorang pelajar yang berjaya perlu ada disiplin diri. Disiplin diri seseorang itu dapat memastikan pelajar tersebut dapat mengatur dan mengimbangi masanya dengan baik antara pelajaran, kegiatan luar darjah dan beriadah bersama kawan atau keluarga. Dengan disiplin diri, seseorang pelajar itu berupaya mengelakkan dirinya daripada melakukan pekerjaan yang tidak berfaedah. Aktiviti yang tidak bermanfaat adalah seperti bersembang di pusat-pusat membelibelah atau taman, merokok dan berfoya-foya di kelab-kelab.

Galakan serta dorongan keluarga juga merupakan faktor yang penting dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Ibu bapa serta ahli keluarga ialah orang yang paling rapat dengan pelajar. Jika seseorang pelajar mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, dia akan berasa selesa di rumah dan dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ibu bapa yang prihatin akan kebajikan serta pelajaran anak-anak mereka juga akan memberikan perhatian serius kepada emosi, minda serta pemakanan anak-anak mereka.

Pelajar yang berjaya juga tahu menjaga kesihatan mereka dengan menjaga pemakanan serta beriadah atau bersenam dengan kawan-kawan atau ahli keluarga bagi menenangkan fikiran mereka. Ini kerana otak yang sihat terletak pada badan yang sihat.

Kejayaan yang dikecapi seseorang pelajar itu pastinya hanya dapat diraih sekiranya pelajar tersebut berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Pada era globalisasi ini , pencapaian yang cemerlang dan seimbang dalam bidang akademik serta kokurikulum oleh anak anak merupakan harapan ibu bapa sebagai langkah untuk menjamin masa depan anak-anak yang cerah . Hal ini menyebabkan ramai anak yang mengalami tekanan kerana ingin memuaskan kehendak ibu bapa mereka .Oleh itu , remaja yang terlibat dalam masalah disiplin ibarat cendawan tumbuh selepas hujan .Hal ini menyebabkan remaja mencari jalan untuk menghilangkan stress. Contohnya, membuli , merokok dan berlumba haram. Akhirnya , masalah disiplin pelajar menjadi lebih serius dan mereka terjebak ke dalam kancah kebinasaan .Oleh itu , pelajar harus belajar untuk menjadi disiplin kerana disiplin asas kejayaan . Sebagaimana yang kita tahu, seseorang yang mempunyai disiplin diri dapat membina jati diri .Remaja sekarang mempunyai jati diri yang lemah .Hal ini disebabkan oleh pengaruh media massa dan pengaruh kawan yang kuat. Kesannya , remaja tidak berminat dalam pelajaran kerana terlalu berminat dalam pelajaran dan menumpukkan perhatian dan masa kepada media massa atau kawan . Sekolah harus mengadakan kelas intensif untuk membantu pelajar yang lemah dan membaiki kelemahan pelajar. Dengan itu , pencapaian akademik pelajar akan meningkat . Apabila pemikiran pelajar menjadi matang , jati diri pelajar akan turut meningkat .

Selain itu , sikap disiplin dalam seseorang dapat meningkatkan kesedaran remaja dalam pelbagai perkara .Remaja kini tidak menyedari kepentingan akademik dan suka hidup dalam mimpi .Mereka suka melepak ,merokok dan hidup dalam alam fantasi mereka .Akhirnya , mereka lupa daratan dan hilang arah tuju.Oleh itu, para guru disiplin sekolah harus sentiasa tegas dalam mengatasi masalah disiplin pelajar dan menguatkuasakan peraturan sekolah sebelum nasi menjadi bubur. Sebuah sekolah yang berada dalam keadaan yang erkawal akan dapat melahirkan tempat yang kondusif kepada pelajar-pelajar .

Seterusnya , disiplin yang ada pada seseorang remaja dapat menetapkan masa depan seorang remaja .Remaja alaf baharu ini mudah hilang arah tujuan kerna mereka tiada motivasi diri .Contohnya , mereka tidak membuat jadual belajar dan mereka malas untuk berusaha . Oleh itu , guru sekolah harus mendidik murid untuk

menjadi disiplin .Dengan teknik pembelajaran yang disiplin . remaja dapat mengetahui perkara yang sedang dibuatnya dengan jelas dan tahu mencari cara untuk memajukan diri mereka .Dengan itu , remaja akan menghargai masa dan mereka akan sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah .

Sementara itu, sikap disiplin yang ada pada seseorang dapat meningkatkan imej diri .Pada masa ini , masalah remaja seperti berpakaian selekeh dan berambut panjang sudah menjadi perkara yang umum . Budaya Punk dan Barat dipraktikkan dalam kehidupan mereka.Contohnya , mereka mewarnakan rambut dan berseluar ketat . Pepatah Melayu pernah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungya ,ibu bapa harus menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan menjadi suri telada kepada anak sejak kecil kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.Sebagaimana yang kita tahu , anak-anak yang dididik dengan baik dari rumah sentiasa mempunyai sikap disiplin dan perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka tidak menconteng arang di muka ibu bapa.

Di samping itu , disiplin merupakan kunci kejayaan diri . Anak muda pada masa kini antikokurikulum dan antipeperiksaan kerana mereka tidak dapat mencari

keseronokan yang mereka kira seronok . Misalnya , mereka ponteng sekolah semasa dikehendaki untuk menghadiri aktiviti kokurikulum dan hanya hadir pada hari peperiksaan sahaja. Pengetua sekolah haruslah memberikan nasihat dan teguran untuk menyedarkan remaja bahawa pentingnya kokurikulum dan akademik dalam dunia ini . Pengetua juga harus member kata-kata yang dapat memotivasikan pelajar supaya pelajar lebih yakin akan diri sendiri . Pelajar haruslah menunjukkan muhasabah disiplin diri yang tinggi dan harus memperbaik sikap yang buruk kerana buang yang keruh , ambil yang jernih .

Tuntasnya , masalah disiplin pelajar dapat dikawal tetapi memerlukan usaha yang pragmatik dan kerjasama bagai aur dengan tebing oleh semua pihak . Pepatah Melayu sentiasa berbunyi pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara , rem aja harus diasuh untuk menjadi pemimpim negara yang berketerampilan dan berwibawa .Kesimpulannya ,sikap disiplin merupakan penentu kejayaan untuk memastikan

masa depan negara cerah dan sejahtera . Saya yakin bahawa remaja ialah aset negara dan mereka akan menerajui dan mendukung cita-cita negara pada masa depan dengan sikap disiplin yang utuh dalam diri mereka .

Antara langkah-langkah mengatasi yang boleh diambil ialah mengadakan kaedah kumpulan, pembelajaran, peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya

dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya

pelajar tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Di bawah topik ini kita akan membincangkan maksud, matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, kemahiran yang digunakan dalam bimbingan, dan peranan guru dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah dalam hidupnya. Kita juga akan melihat jenis-jenis

bimbingan yang diberi oleh sekolah kepada pelajar secara ringkas, serta cara guru dan murid dapat menggunakannya.

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru di sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak kata pepatah malas berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Malahan, jika saya tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat

sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga akan menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama yang telah diajar di pusat tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu, saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemrlangan dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala program-program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam programprogram sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan salah satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaan. Ianya berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain. ICT juga dapat memberikan pengalaman, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomina secara simulasi serta melihat demonstrasi sesuatu kejadian. Melalui cara ini murid-murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Murid-murid mempunyai kebebasan dalam menggunakan kemudahan ICT berdasarkan kehendak mereka. Berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam bilik darjah, saya memberikan beberapa alamat yang berkaitan yang boleh dilayari oleh murid melalui intenet. Dengan cara ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses sendiri maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet. Murid-murid akan mengumpul bahan-bahan ini, dan maklumat ini akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat menengah rendah, saya membimbing dan menggalakkan murid-murid melayari laman web yang tersedia, antaranya Portal Pendidikan Utusan, dan Trengganu. Com. Memuatkan antaranya koleksi soalan dan nota panduan . Murid-murid yang melayari laman web ini dapat menjawab terus soalan-soalan yang tersedia, mereka diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklum balas yang sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. Mereka akan

memperoleh maklum balas terhadap jawapan secara serta merta. Hal ini menimbulkan keseronokan sekaligus boleh memotivasikan murid dengan peneguhan positif yang diberi apabila murid memberikan jawapan. Aktiviti ini boleh dilakukan sendiri oleh murid saya sama ada di rumah atau di Pusat Akses sekolah. Dalam mata pelajaran Tasawwur Islam terdapat pengetahuan yang tidak dapat dijangkau oleh panca indera manusia apatah lagi kalau ianya perkara yang berlaku di luar ruang lingkup dan pengalaman murid-murid. Jusetru, saya membimbing murid-murid mengakses internet untuk mendapatkan pengetahuan dan gambaran yang lebih jelas. Contohnya, Bab 4 Tasawwur Islam Tingkatan 4 tentang Konsep Alam. Saya bimbing murid-murid saya melayari laman web berkaitan pengetahuan geografi, contohnya murid-murid saya dapat melihat kejadian letupan gunung berapi secara jelas seolah-olah ianya berlaku depan mata. Saya kaitkan gambaran itu dengan kebesaran dan kekuasaan Allah yang mencipta alam ini. Murid-murid saya dapat memahami dan mudah mengingatinya, malah dapat menghuraikan kejadian tersebut secara terperinci. Murid-muid saya juga merujuk kepada World Facts Book di laman web Central Intelligence Agency (CIA) dan ensaiklopedia untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Murid-murid saya juga buat capaian di rumah untuk ulangkaji dan ulang tayang. Pembelajaran kendiri ini membolehkan murid saya mempunyai latihan yang secukupnya sebagai persediaan menghadapai peperiksaan. Manakala pembelajaran penerokaan menjadikan murid yang lebih pintar lebih berminat dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan mencabar. Mereka mencari sendiri hasil-hasil penyelidikan supaya mereka boleh maju ke hadapan tanpa mengikuti dengan jemu rakan mereka yang kurang pintar. Hal ini memberikan keseronokan kepada muridmurid saya. Kesimpulannya, ICT memudahkan pelajar meneroka ilmu-ilmu baru yang menjadikan proses P & P menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid-murid saya dapat berfiki secara kritis, penyelesaian masalah, pengelaaman belajar yang autentik, pengetahuan yang dibina adalah melalui interaksi sosial. Murid-murid saya telah bertukar sikapnya daripada seorang yang pasif menjadi aktif semasa dan selepas proses pembelajaran dan pembelajaran berjalan.

3.5.2 Memudah Dan Mempercepatkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

5.1 Kaedah kumpulan

Di dalam sesebuah kelas terdapat beberapa orang murid yang mempunyai tahap keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid. Ini dapat memudahkan guru menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mengasingkan murid yang lemah, sederhana dan pandai dalam kumpulan yang ditetapkan. Dengan cara ini, guru dapat memantau prestasi setiap kumpulan berdasarkan tahap keupayaan dan kecerdasan murid-murid tersebut. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga tidak membebankan murid kerana guru menggunakan aras yang berbeza untuk setiap kumpulan.Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil untuk setiap murid-muridnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian murid perlu dicatat dari masa ke masa.

5.2 Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana biasanya terdapat murid cerdas dan lambat. Di dalam aktiviti pembelajaran ini, murid cerdas dikehendaki membantu murid lemah. Murid yang cerdas akan bersungguh-sungguh membantu murid yang lemah kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Secara tidak langsung, dapat memupuk semangat bekerjasama apabila setiap kumpulan bersaing satu sama lain. Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea perancah (scaffolding) dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana murid cerdas akan membimbing pelajar lemah di dalam zon perkembangan proksimal. Ini kerana, ada kalanya pengajaran rakan sebaya lebih berkesan daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh pelajar yang cerdas ini.

5.3 Peneguhan positif dan negative Semasa berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Murid-murid akan berasa dihargai apabila dipuji oleh guru. Guru boleh membuat peneguhan positif dengan mengatakan bagusapabila murid dapat

memberi jawapan yang betul ketika sesi soal jawab di dalam kelas. Peneguhan positif juga boleh diberikan dengan memberikan simbol bintang pada buku latihan murid kerana dapat menyiapkan kerja dengan tulisan yang kemas dan cantik. Manakala, peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang yang tidak disukai. Contoh, guru yang hendak mengelakkan muridnya membuat bising akan mengatakan bahawa, Saya akan membenarkan murid yang telah menyiapkan kerja keluar rehat lebih awal. Oleh itu, murid akan menyiapkan kerja yang diberikan untuk keluar rehat lebih awal. Selain itu, guru juga boleh menggunakan prinsip Premack atau grandmothers rule, iaitu dengan menyatakan , Murid yang membua t kerja dengan tulisan yang cantik dan kemas akan dibenarkan membaca komik Naruto. Ini bermakna murid akan membuat latihan yang diberikan dengan teliti untuk mendapatkan sesuatu yang disukainya.

5.4 Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Strategi dan kaedah pengajaran guru berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid supaya dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat. Antaranya, kuiz, perbincangan, percambahan idea, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan. Guru juga boleh menngunakan pelbagai soalan bagi mengetahui tahap pencapaian dan kebolehan muridnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh, guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan memulakan set induksi menggunakan tayangan video, bercerita, bernasyid dan sebagainya. Secara langsung dapat menggalakkan penglibatan murid-murid dan meningkatkan motivasi untuk belajar.

3.5 Mempelbagaikan bahan Bantu mengajar Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti

penyampaian maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain lagi. Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid

yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik. Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati di dalam surat khabar tersebut. Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid untuk belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada yang mudah hingga susah. Oleh itu, murid yang lemah, sederhana dan pandai dapat menjawab soalan mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pembelajaran berbantukan komputer amat menarik digunakan kerana mengandungi elemenelemen visual grafik yang dapat menarik perhatian murid contohnya animasi kartun.

4.0 Kesimpulan

Pencapaian akademik murid yang berbeza adalah disebabkan oleh faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan dan faktor lokasi. Ini kerana setiap murid mempunyai perbezaan individu tersendiri. Oleh itu, setiap guru perlu mengenalpasti apakah tahap kecerdasan murid di dalam kelas. Ini untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keupayaan seseorang murid itu. Langkah-langkah mengatasi yang boleh di ambil oleh guru ialah mengaplikasikan kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, memberi peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Guru juga perlu mengenalpasti dan memahami setiap masalah yang berlaku pada murid-muridnya. Keprihatinan dan kerjasama guru membantu murid yang mengalami masalah perbezaan individu ini akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang suatu hari nanti. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan bahawa modal insan yang dilahirkan haruslah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah memainkan peranan amat penting iaitu mendidik dan membimbing murid menjadi insan yang berguna, cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai