Anda di halaman 1dari 3

SELAMAT PAGI, SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA,

TERIMA KASIH SAUDARA/SAUDARI PENGERUSI MAJLIS,

YANG BERUSAHA DRS. MAHANIN OSMAN, PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TONGOD, TELUPID, PENGETUA-PENGETUA, GURU-GURU BESAR, PARA JEMAAH HAKIM MTQ DAERAH TONGOD, TELUPID, GURU-GURU PENGIRING, PESERTA-PESERTA MTQ DAERAH TONGOD, TELUPID, SETERUSNYA, HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN.

1. TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA DRS.MAHANIN OSMAN, PENGARAH PPD TONGOD, TELUPID DI ATAS KESUDIAN MELUANGKAN MASA DAN BERSAMA-SAMA KITA PADA HARI INI UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN NASYID DAERAH TONGOD, TELUPID. 2. KEHADIRAN TUAN DI MAJLIS INI SUDAH TENTU MENYERIKAN LAGI MAJLIS HARI INI. KEPRIHATINAN TUAN TERHADAP MAJLIS SEUMPAMA INI MENYEMARAKKAN LAGI SEMANGAT KAMI

KHUSUSNYA GURU-GURU DI DAERAH TONGOD, TELUPID UNTUK TERUS BERUSAHA MENINGKATKAN LAGI PROGRAMPROGRAM BERKUALITI DI DAERAH INI. 3. SYUKUR KEPADA TUHAN, PADA HARI INI SEKALI LAGI KITA DAPAT BERKUMPUL DALAM MAJLIS PENUTUPAN MTQ PERINGKAT DAERAH TONGOD, TELUPID TAHUN 2014. TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA YANG TERLIBAT KERANA BERJAYA MELAKSANAKAN MAJLIS MTQ INI. 4. TIDAK LUPA JUGA SAYA SELAKU GURU BESAR CEMERLANG DI SEKOLAH SK.PEKAN TELUPID, SELAKU TUAN RUMAH MTQ KALI INI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE SK.PEKAN TELUPID, DAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, PARA PESERTA, JEMAAH HAKIM DAN PARA TETAMU YANG BERKESEMPATAN HADIR PADA MAJLIS HARI INI. HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, 5. OBJEKTIF UTAMA MTQ INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MENYINTAI AGAMA SEPANJANG MASA SERTA SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MEMILIH PESERTA TERBAIK PADA SETIAP KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN PADA PERINGKAT BAHAGIAN NANTI INI SELARAS DENGAN TEMANYA PADA TAHUN INI IAITU WASSOTIAH TONGGAK KESATUAN UMMAH. 6. SEBAGAI PENDIDIK YANG HIDUP DALAM NEGARA PELBAGAI AGAMA, SUDAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PARA PENDIDIK AGAR MENANAMKAN PENGHAYATAN AGAMA DALAM DIRI SETIAP PELAJAR. KITA MENGHARAPKAN AGAR PENGHAYATAN AGAMA DAPAT MEMBANGUNKAN KEKUATAN ROHANI, DAN MEMBENTUK AHLAK PARA PELAJAR. JUSTERU, SAYA SELAKU GURU BESAR CEMERLANG DI SEKOLAH INI, AMAT MENITIKBERATKAN PELAKSANAAN PROGRAM SEPERTI INI DEMI KEPENTINGAN GENERASI MASA HADAPAN.

SEMOGA SEGALA USAHA YANG DILAKSANAKAN, DAPAT MEREALISASIKAN OBJEKTIF YANG INGIN DICAPAI DI DALAM MAJLIS INI. HADIRIN SEKALIAN, 7. SAYA AMAT GEMBIRA DAN BERBESAR HATI DI ATAS KERJASAMA YANG TELAH DIHULURKAN OLEH SEMUA PIHAK, TERUTAMA KAKITANGAN-KAKITANGAN DARI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TONGOD, TELUPID, PENGETUA DAN GURU BESAR DARI SEMUA SEKOLAH YANG TERLIBAT, JEMAAH HAKIM DAN PENGLIBATAN PARA PESERTA YANG DEKAT MAHUPUN DATANG DARI JAUH UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM INI. KERJASAMA SEUMPAMA INI DIHARAPKAN AGAR DAPAT DITERUSKAN UNTUK TAHUN-TAHUN SETERUSNYA. 8. TERIMA KASIH JUGA SAYA UCAPKAN KEPADA PETUGASPETUGAS YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM INI. SEMOGA SEGALA KHIDMAT YANG DIBERIKAN MENDAPAT BALASAN YANG BAIK DARI TUHAN. BUNGA DEDAP DI ATAS PARA. ANAK DUSUN PASANG PELITA, KALAU TERSILAP TUTUR BICARA, JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA. DEMIKIAN SAHAJA UCAPAN SAYA PADA HARI INI. SEKIAN TERIMA KASIH.