Anda di halaman 1dari 1

Tuntasnya, jelas terbukti bahawa PBS dapat membangunkan akademik dan sosial murid-murid secara seimbang.

Hal ini kerana, PBS telah dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat serta menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka, sistem pendidikan dan pentaksiran dapat melangkah ke hadapan, jika PBS dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat. Walaupun, terdapat beberapa masalah yang telah dapat dikenalpasti di dalam melaksanakan penilaian PBS kesemua masalah tersebut harus diatasi dengan sebaiknya agar dasar Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang membangun secara holistik melalui perlaksanaan PBS akan tercapai dengan jayanya. Guru juga perlu mengikis segala tanggapan negatif terhadap cara baru yang dibawa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia agar perlaksanaan pentaksiran ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi membangunkan akademik dan sosial para generasi akan datang. ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia. Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa, negara dan pada masa yang sama memastikan pendidikan di Malaysia standing dengan Negara maju lain Kesimpulannya,

Anda mungkin juga menyukai