Anda di halaman 1dari 1

SJH 3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH 7.

0 KESIMPULAN

Sudah jelas lagi bersuluh kepada kita bahawa tugas sebagai seorang pengajar bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan, tetapi dalam masa yang sama juga berperanan dalam memahami perbezaan antara konsep pendekatan, konsep strategi, konsep teknik dan konsep kaedah yang dapat membantu melicinkan sesi pengajaran. Di samping itu, pendidik juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam menjayakan Wawasan Negara. Kenyataan ini adalah selari dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang berbunyi: Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan Wawasan Negara, peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai Nasional dapat disempurnakan. (Y.B Dato Sri Hishamuddin bin Tun Hussein, Perutusan HariGuru 2006). Maka, perbezaan antara konsep iaitu pendekatan, strategi, teknik dan kaedah berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke arah keberkesanan dalam usaha

menyampaikan ilmu kepada pelajar. Untuk mencapai berkesanan dalam keempat-empat konsep ini, pengajar perlu mempertimbangkan pelbagai faktor antaranya keadaan pelajar yang mencakupi penilaian tentang tingkat kecerdasan, kematangan dan perbezaan individu. Maka sebagai seorang pengajar, kita perlu memikirkan bagaimana untuk menjadi guru yang berketrampilan dengan memahami ciri-cirinya, iaitu yang berkaitan dengan kepelbagaian pengetahuan dalam keempat-empat konsep tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, selain daripada keempat-empat konsep tersebut aspek-aspek lain yang perlu difahami oleh pengajar ialah prinsip pengajaran dan pembelajaran, kurikulum dan perlaksanaannya dan juga persediaan mengajar. Dengan keupayaan pengajar untuk memahami diri sendiri maka strategi, kaedah, teknik serta pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjadi semakin baik, malah mampu menjadikan tahap pendidikan negara antara yang terbaik serta dapat memperkembangkan potensi pelajar atau individu bagi mencapai kesempurnaan rohani, akal dan jasmani.

31

Anda mungkin juga menyukai