Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
NAMA
KUMPULAN : PENGAJIAN TAMIL ANGKA GILIRAN : 2013272340018 NO.MATRIK KAD : PSM(PT)125/12/11 NO. KAD PENGENALAN : 910515-08-6396
Saya mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Tuhan dan juga rakan rakan sekalian sebab telah selamat menjalani pertandingan permainan bola jaring iaitu 3 on 3. Pada 8 April 2014 yang lalu, kami ahli Gerko Bola Jaring yang terdiri daripada pelajar kelas Matematik dan Pengajian Tamil telah menganjurkan satu perlawanan bola jaring yang bertempat di padang (gelanggang bola jarring) Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Penganjuran kali ini mendapat sambutan yang agak baik daripada kalangan pelatih-pelatih. Perlawanan ini disertai oleh pelajar-pelajar dari PISMP Semester 2 .Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 8.00pagi hingga 10.00 pagi selama dua jam. Penganjuran perlawanan bola jaring kali ini merupakan kali pertama kami sekumpulan buat saya menjadikan saya begitu teruja dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah gerko kami iaitu CIK.JOYCE ONG CHOON KIM. Selepas beliau menyerahkan tugasan ini kepada ketua iaitu Annie Manggalam, kami kemudian terus berbincang tentang penganjuran ini. Antara perkara yang kami bincangkan ialah pembahagian tugasan dalam pengajuran yang bermula dari menyiapkan kertas kerja, pengadil permainan dan urusetia. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola tampar yang sistematik. Selain itu, kami juga dapat mempraktikkan segala kemahiran bola Jaring yang telah dipelajari dalam interaksi GERKO bola jaring setiap minggu, pada hari selasa 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Dengan menganjurkan pertandingan ini, saya juga dapat menilai kemampuan
diri dalam sukan bola jaring. Dalam pengeloaan tersebut, saya telah berjaya mempraktikan cara mengisi borang skor, mencatat markah, menjadi permain dan pengadil pertandingan. Saya juga mendapat pendedahan tentang bagaimana sesuatu pertandingan itu dijalankan. Penganjuran pertandingan ini juga adalah untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran kokurikukum GERKO Bola Jaring.
Antara permasalahan yang saya telah tempuhi semasa menganjurkan gerko bola jaring ialah proses pemilihan tarikh pengajuran dimana tarikh-tarikh yang kami senarai pendek sebelum ini telah bertembung dengan Pertandingan Inovasi peringkat institut dan bagi mengelakkan pertembungan penganjuran dengan beberapa pengajuran sukan dari gerko lain seperti bola baling. Namun begitu itu bukanlah satu permasalahan yang besar kerana kami berjaya memilih tarikh yang sesuai dan mampu dihadiri oleh semua peserta. Melalui penganjuran ini juga saya mendapat pengalaman yang amat bermakna di mana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya peroleh semasa sesi gerko sebelum ini. Hal ini jelas dapat dilihat apabila saya dapat menggunakan segala pengetahuan tentang peraturan bola Jaring semasa mengadili dan mengambil bahagian dalam perlawanan. Secara tidak langsung pengalaman yang saya perolehi kali ini dapat saya gunakan terutama apabila menjadi guru kelak. Saya akan berusaha untuk menaik tarafkan permainan bola jaring ini dalam kalangan pelajar dengan menganjurkan perlawanan sebegini di sekolah. Hal ini kerana permainan bola jaring ini merupakan salah satu permainan yang dapat menyihatkan badan dan mampu memantapkan fizikal dan kognitif pelajar terutama dalam mengatur strategi dalam permainan Walaupun saya bakal mengajar Matematik namun ia bukan alasan saya untuk tidak bergiat aktif dalam sukan dan permainan ini. Insyaallah segala pengalaman yang saya timba di institut hari ini akan saya aplikasikan semaksimum mungkin kelak. Sekian terima kasih