Anda di halaman 1dari 26

1.

0 PENGENALAN Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober 2013, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean.Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan dan hampir memasuki peringkat akhir itu. Malaysia mula menyertai TPP pada tahun 2011 dan rundingan tersebut yang sudah memasuki pusingan ke 17 dan dijangka dimuktamadkan menjelang Oktober 2013. Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) adalah wakil perunding bagi Malaysia dalam rundingan itu yang turut disertai 10 negara iaitu Amerika Syarikat(AS), Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun yang turut serta pada Julai lalu. Selepas kegagalan mencapai kata sepakat dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia dan Amerika kelihatan mencuba nasib semula dalam TPPA. Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bersifat dua hala atau bilateral hanya di antara Malaysia dan Amerika namun sekarang ia melibatkan multi-lateral. Menyorot sekali imbas FTA di antara Malaysia dan Amerika pada 2005 adalah amat penting bagi memahami TPPA dan kesannya. Bayangkan jika perjanjian bilateral sudah memberikan kesan yang besar kepada masa depan negara apatah lagi jika perjanjian tersebut bersifat multi-lateral yag melibatkan 11 buah negara dan beberapa negara maju seperti TPPA. FTA Malaysia-Amerika adalah satu perjanjian perdagangan bagi meliberalisasikan pasaran di antara kedua-dua negara yang berjanji. Pada ketika itu Malaysia merupakan rakan dagang ke 10 terbesar Amerika manakala Amerika rakan dagang utama Malaysia. Rundingan yang berlangsung selama beberapa siri ini bertujuan menggalakkan pelaburan asing masuk ke Malaysia khususnya dari Amerika yang akhirnya diyakini dapat merancakkan ekonomi domestik dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Pada satu ketika di akhir pemerintahan Bush, rundingan FTA cuba dipercepatkan untuk dimuktamadkan segera melalui negosiasi fast track iaitu satu keistimewaan yang diberikan Kongres Amerika di bawah peruntukan Trade Promotion Authority kepada Presiden Bush yang hampir tamat tempoh jawatannya. Oleh kerana kekangan masa dan rundingan yang kompleks, rakyat Malaysia mampu menghela nafas lega kerana ianya gagal dimuktamadkan. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ketika itu dengan tegas memutuskan untuk tidak menandatangani FTA berdasarkan 58 Garis Merah berkaitan kepentingan negara yang tidak boleh dikompromi melalui perjanjian ini.Antara isu yang menjadi keprihatinan masyarakat Malaysia berkaitan rundingan ini ialah perolehan kerajaan atau government procurement, kesan langsung kepada industri kecil yang terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi Amerika, hak harta intelek, akses kepada ubat-ubatan yang dikhuatiri bakal menjadi mahal di bawah FTA dan pelbagai lagi isu yang sukar dirungkai dan memberikan kesan negatif kepada rakyat Malaysia. Setelah beberapa ketika FTA menyepi kini ianya muncul semula dalam bentuk penampilan yang baru namun masih membawa falsafah lama melalui TPPA. Menurut sumber Utusan Pengguna keluaran Julai-Ogos 2013, TPPA jelas mengambil contoh teks Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Syarikat (USFTA) yang digunakan semasa rundingan bilateral atau dua hala antara Amerika dengan Negara-negara lain termasuk dengan Malaysia. Amerika mempunyai pencontoh yang kuat dan mungkin hanya 5% daripada teks FTA yang dicadangkan boleh diubah. Negara-negara yang sebelum ini berunding dengan
1

Amerika mendapati isi perjanjian dalam teks FTA tersebut tidak fleksibel dan tidak sesuai dengan kepentingan Negara mereka lalu mereka bertindak menarik diri daripada rundingan. Sebagai rekod, daripada 63 buah Negara yang terjebak mengadakan rundingan FTA. 43 negara telah menarik diri. TPPA mendapat reaksi yang rencam daripada pelbagai pihak namun kebanyakkan menjurus kepada penolakan kepada pembabitan Malaysia dalam rundingan yang dipercayai didominasi oleh Amerika Syarikat yang mempunyai agenda tersendiri.

2.0 ISU/ PENYATAAN MASALAH TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini ialah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi. Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan. Ianya diasaskan oleh 4 buah negara-negara yang jauh terpencil antara satu sama lain kecuali Singapura dan Brunei. Dua negara anggota asal lain ialah Chile dan New Zealand kecuali Chile yang mempunyai penduduk yang ramai di Amerika Selatan, tiga negara lain iaitu Singapura, Brunei dan New Zealand adalah negara berpendudukan kecil. akhirnya gagasan penubuhan TPPA ini telah menerima rakan-rakan baru seperti Malaysia, Australia, Peru, Vietnam, Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada yang berjumlah 11 buah negara. Sebenarnya masih banyak negara yang berminat untuk menyertai rundingan TPP tersebut, malah Jepun telah mengadakan satu pungutan suara khas bagi mendapatkan mandat untuk menyertainya. Dengan kemasukan Jepun dalam forum TPPA ini yang baru saja diterima, maka jumlah keanggotaannya kini ialah 12 buah Negara. Sebenarnya TPPA bukanlah berbentuk FTA yang baru walaupun mungkin sebahagian besar klausnya adalah kesinambungan daripada FTA sediada. Cuma ia lebih merangkumi negaranegara yang lebih luas di kedua-dua belah lautan Pasifik. TPPA yang dirancang untuk ditandatangani pada bulan Oktober tahun ini di Brunei Darussalam adalah satu kelangsungan daripada rundingan TPP yang bermula dari tahun 2005 lagi, walaupun ketika itu, mungkin atas nama yang lain tetapi mempunyai visi yang jelas bagi kerjasama negara-negara Asia Pasifik. Penghormatan untuk menandatangani perjanjian ini di Brunei Darussalam juga dibuat sebagai penghormatan terhadap Brunei yang menjadi salah sebuah negara pengasas kumpulan ini. FTA (Free Trade Agreement atau Perjanjian Perdagangan Bebas) adalah sejenis perjanjian ekonomi dua hala antara negara-negara yang terlibat. Tujuannya bagi merendahkan harga keperluan yang dikehendaki oleh pengguna. Barang-barang yang kompetatif di pasaran boleh beredar dan di pasarkan tanpa sekatan cukai bertindih iaitu percukaian satu hala dari negara asalnya. Kebiasaan isu-isu percukaian, halangan birokrasi, perjanjian-perjanjian sediada, masalah teknikal dalam urusan kastam dan imigresen menjadi halangan. Pada asalnya perjanjian FTA lebih menjurus kepada penjualan dan pembelian barangan antara negaranegara yang terlibat. Tetapi akhir-akhir ini versi FTA lebih melibatkan isu-isu lain seperti
2

import dan eksport perkhidmatan, harta intelek, pergerakan tenaga mahir dan teknokrat, pengurusan kanan dan lembaga pengarah. Dan yang terbaru ialah hubung kait di antara perdagangan barangan dengan perkhidmatan serta pelaburan. Antara kelebihan FTA ialah apa jua barangan boleh dimport dan dieksport ke seluruh dunia. Dalam dunia globalisasi dan ledakan internet, permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmatan yang berasaskan internet boleh dipasarkan ke seluruh dunia dengan pantas. Ia membuka peluang e-commerce dan e-pembayaran yang tiada batasannya. Dengan teknologi kejuruteraan dan bioteknologi membolehkan pengeluaran produk ke tahap yang lebih tinggi. Di samping pengedaran produk yang meluas bagi meminimakan lambakan barang-barangan. Seterusnya pengguna akhir amat beruntung dengan mendapat produk dengan harga yang murah. Malaysia telah menandatangani perjanjian FTA dengan Jepun, Pakistan, India, Chile, New Zealand dan Australia secara dua hala. Manakala melalui ASEAN pula telah menandatangani dengan Australia, New Zealand, Korea Selatan, China, India dan Jepun. Malaysia sedang merundingkan FTA dengan Kesatuan Eropah dan Turki. Bagi Malaysia, Perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat yang ditandatangani dalam tahun 2010 lebih menonjol berbanding dengan blok negara-negara lain. Ini kerana Malaysia mengeksport banyak barangan perkilangan, perabot, komoditi dan sebagainya. Mengikut perangkaan tahun 2012, Malaysia menduduki tangga ke 18 sebagai negara sumber import bagi Amerika Syarikat dan negara ke 10 terbesar dalam dagangan dua hala Amerika Syarikat-Malaysia. Malaysia adalah pengeksport terbesar dari kalangan negara-negara Asean dengan nilai RM12.6 billion, diekori oleh Thailand dan Vietnam. Memang tidak dinafikan bahawa kempat-empat negara pengasas TPP iaitu Singapura, Brunei, New Zealand dan Chile tidak mampu untuk menggerakan momentum bagi melaksanakan gagasan yang sebesar itu, maka peranan negara-negara yang lebih besar seperti Amerika Syarikat adalah diperlukan.Untuk pengetahuan, nama asal forum ekonomi ini dinamakan sebagai Trans-Pasific Strategic Economic Partnership Agreement atau TPSEP yang bertujuan untuk meliberalisasikan ekonomi rantau Asia Pasifik. Sehingga kini mesyuarat dan rundingan TPP telahpun dijalankan sebanyak 19 kali, manakala yang ke 19 akan diadakan di Brunei Darussalam pada 23-30 Ogos nanti. Penyertaan Malaysia dalam TPP Malaysia adalah rakan perdagangan Amerika Syarikat barangan kelima terbesar di kalangan negara-negara TPP, berjumlah hampir $ 39 bilion pada tahun 2012. Perkhidmatan perdagangan AS dengan Malaysia adalah $ 3.9 bilion pada 2011. Amerika Syarikat import hampir dua kali ganda kerana ia eksport ke Malaysia, menyebabkan barang-barang yang besar defisit perdagangan hampir $ 13100000000 pada tahun 2012. Lebih sedekad yang lalu, import Amerika Syarikat dari Malaysia telah menjadi tidak menentu, walaupun penurunan ketara dalam tempoh lima tahun yang lalu. Dari tahun 2000 hingga 2006, import meningkat daripada $ 25 bilion kepada lebih $ 35 bilion, kemudian jatuh kembali kepada $25900000000 pada tahun 2012. Jentera elektrik membentuk hampir separuh daripada semua import AS dari, dan eksport ke Malaysia. Sebahagian daripada perdagangan ini terdiri daripada kategori produk yang sama yang mengalir di dalam dan di luar Amerika Syarikat dan boleh mewakili barang pengantara merentasi sempadan di pelbagai peringkat pengeluaran. Amerika Syarikat dan Malaysia sebelum ini terlibat dalam rundingan FTA namun, rundingan terhenti pada tahun 2008 kerana perbezaan pendapat tentang perolehan kerajaan amalan dan lain-lain isu.
3

Dalam rundingan TPP, Malaysia boleh mendapatkan akses tambahan kepada pasaran AS gula dan produk tenusu yang kini tertakluk kepada AS kuota tarif kadar. 2.1 Kandungan TPPA 2.1.1 Pelaburan dan Kedaulatan TPPA akan menyekat ruang pembuatan dasar oleh kerajaan melalui klausa Investor-To-State Dispute Settlement (ISDS) dan State-To-State Dispute Settlement (SSDS). ISDS ialah peruntukan dibawah Bab Pelaburan, yang secara asasnya membenarkan mana-mana syarikat untuk mengheret kerajaan Malaysia ke mahkamah bagi tuntutan kerosakan dan ganti rugi. TPPA bakal memperkuat keadilan korporat merentasi semua negara atas alasan kesaksamaan dan kesama rataan. Maksud kesakmaan dan kesama rataan ialah syarikat multinasional boleh selesa dengan kefahaman bahawa tiada perubahan ke atas undangundang domestik yang akan melibatkan mereka secara buruk, sebaik sahaja mereka memulakan operasi di negara-negara rakan TPPA mereka. Hakikatnya, hal ini menjadi tiket kepada syarikat gergasi multinasional untuk melangkah sistem undang-undang sebuah negara, melalui sebuah tribunal pengadilan antarabangsa yang dianggotai oleh tiga orang hakim yang terdiri daripada dua orang hakim antarabangsa dan seorang hakim tempatan. Misalnya, jika Malaysia tiba-tiba mendapati bahawa terdapat kandungan kecil di dalam tembakau yang merbahaya dan membuat keputusan untuk mengharamkan kandungan tersebut, seterusnya akan menjejaskan keuntungan syarikat multinasional tembakau, syarikat itu mempunyai hak untuk menyaman kerajaan Malaysia berdasarkan potensi kerugian yang mereka alami sepanjang tempoh permit mereka beroperasi di Malaysia, beserta faedah. Hal ini sama juga yang berlaku dalam kes Philip Morris, apabila syarikat itu menyaman kerajaan Australia atas pembentukan undang-undang baru tentang pembungkusan rokok. Perkara yang sama boleh terjadi ke atas Malaysia sekiranya negara kita hendak mengenakan undangundang yang lebih ketat, ke atas pengusaha LYNAS, misalnya. Perkara ini menjadi serius dan menjangkakan bahawa penggubal undang-undang dan Parlimen akan dibiarkan tidak berfungsi dan mereka tidak boleh menggubal undang-undang yang memberi kesan kepada keuntungan syarikat multinasional dan kelansungan perniagaan. Sebagai contoh Mexico di saman Dollar AS16 juta kerana tidak membenarkan pembuangan sisa toksik merbahaya ke dalam alam sekitarnya oleh syarikat Amerika. Negara maju seperti Amerika dan Jepun sedang berusaha untuk melaksanakan ISDS melalui TPPA dan juga apa-apa yang dilihat sebagai kekurangan di bawah perjanjian Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Walaupun kita hanya boleh mengandaikan klausa ini tidak diratifikasikan kerana potensi kesan negatif, kebimbangan yang wujud ini ada asasnya. 2.1.2 Harta Intelek- Paten Perubatan dan Hak Cipta Syarikat farmasi gergasi akan mendapat hak ke atas paten ubat-ubatan dan mengekalkan pegangan hak cipta lebih lama dengan cara yang lebih mudah. Hal ini akan melewatkan pengeluaran ubat generik dan penggunaan ubat-ubatan penyakit kronik dan melewatkan akses kepada ubat-ubatan untuk penyakit seperti kanser, HIV dan penyakit kronik lain. Sebagai contoh, Herceptin, yang digunakan untuk kanser pada masa kini memerlukan RM8,000 setiap rawatan dan memerlukan kepada 17 pusingan rawatan. Purata kos untuk rawatan pesakit kanser paru-paru boleh mencecah RM 44,725 (Dollar AS14,455) setiap tahun untuk seorang pesakit. Peluang untuk mendapatkan rawatan ubat-ubatan ini semakin berkurang, terutamanya bagi mereka yang tidak mampu kerana harga yang terlalu tinggi, apabila akses kepada ubat-ubatan generik akan dilewatkan melalui TPPA kerana negara maju akan menambah jangka hayat paten lebih daripada tempoh 20 tahun.
4

Bahagian Hak Cipta dalam TPPA akan mengakibatkan rawatan perubatan bertambah mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia, aktiviti penyelidikan dan pendidikan juga akan menerima musibah dan kosnya meningkat disebabkan oleh undang-undang hak cipta yang lebih ketat dicadangkan. Ini termasuklah digital commons atau harta umum digital seperti sumber maklumat daripada internet. Undang-undang hak cipta kini akan dipanjangkan hayatnya daripada 50 kepada 120 tahun. Maksudnya, 70 tahun lagi akses kepada pelajar dan dunia akademik diterhadkan, kerana harga buku rujukan dan sumber maklumat yang begitu tinggi. 2.1.3 Telekomunikasi Bahagian telekomunikasi dalam FTA yang juga dibincangkan dalam TPPA merupakan antara bahagian yang wajar diberikan perhatian. Rancangan telekomunikasi adalah untuk mempromosikan persaingan ke atas pembekal telekomunikasi dalam kalangan negara anggota TPPA. Perusahaan telekomunikasi daripada negara-negara rakan TPPA akan diberikan akses kepada jaringan kemudahan telekomunikasi awam sedia ada melalui jaringan kemudahan dan akses kemudahan fizikal. Dalam kes Malaysia, kita prihatin terhadap keupayaan TM Berhad yang selama ini telah membangunkan infrastruktur fizikal telekomunikasi di Malaysia dan menghubungkan negara dengan jaringan kabel fiber optik kelajuan tinggi melalui skim Perkongsian Awam-Swasta (PPP). 2.1.4 Masalah Cukai Ekport Cukai ekport dikenakan kepada pengekport barangan utama. Cukai ini berfungsi melalui dua cara iaitu menaikkan pendapatan kerajaan dan membangunkan industri perantara tempatan. Cukai ekport menaikkan harga bahan mentah dalam pasaran ekport menyebabkan produk akhir yang dihasilkan oleh pasaran tempatan lebih murah dan kompetitif berbanding produk yang dihasilkan oleh pasaran luar. TPPA mahu mengubah perkara ini. Dengan mengurangkan atau menghapuskan cukai ekport, negara seperti Malaysia yang sebahagian besar eksportnya masih barangan mentah, akan menyaksikan negara-negara rakan TPPA menikmati sumber-sumber kita dengan harga yang jauh lebih murah, seterusnya membunuh pengeluar industri perantara tempatan seperti pembekal kelengkapan teknologi dan perabot, industri penapisan kelapa sawit dan pengeluar produk tani dan makanan. 2.1.5 Kemampuan Kawalan Modal (Capital Control) Salah satu kandungan utama TPPA ialah pengehadan kemampuan kita untuk melaksanakan kawalan modal. Menurut Reinhart & Roghoff (2009), situasi pergerakan kapital antarabangsa yang tinggi selalunya menimbulkan krisis perbankan antarabangsa, seperti yang berlaku kepada Malaysia dan rantau sebelah sini pada tahun 1997, yang juga telah banyak kali berlaku dalam sejarah perbankan. Apabila sistem kewangan diregulasikan dengan baik, kemungkinan untuk kitaran kegawatan kewangan dapat dikawal, atau sekurangnya melindungi situasi ekonomi daripada terdedah kepada kitaran kegawatan kewangan yang banyak kali kita saksikan kerana persekitaran ekonomi yang bebas tanpa kawalan. Hal ini bukanlah bertujuan untuk menentang usaha meliberalisasikan ekonomi demi mweujudkan persekitaran ekonomi yang lebih berkesan, malah bukan juga untuk merosakkan peluang Malaysia untuk menarik pelaburan asing. Tetapi, ia bertujuan untuk bertindak sebagai shock absorber atau penyerap hentakan akibat daripada krisis-krisis ekonomi yang cenderung kepada ekonomi-ekonomi yang lebih liberal. Hal ini penting terutamanya untuk perniagaan-perniagaan dan perusahaan-perusahaan Malaysia yang masih lagi setahun jagung untuk menghadapi saingan asing. Bukanlah satu kebobrokan pun untuk kita menyiapkan diri
5

dengan satu sistem kawalan modal sementara seperti yang kita laksanakan ketika Krisis Kewangan Asia. Malah IMF sendiri mengakui keberkesanan kawalan modal dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia berbanding Indonesia dan Thailand. 2.1.6 SME dan Pertanian TPPA bertujuan untuk membebaskan perdagangan dan mengurangkan tarif, yang mana boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan yang drastik dalam banyak sektor. Ia adalah bertujuan untuk memberi tekanan terus kepada gaji pekerja lantas meluaskan lagi jurang pendapatan yang sudah sedia besar sekarang. Mexico ialah contoh terbaik, hasil daripada pemeteraian Perjanjian Perdagangan Besar Amerika Utara (NAFTA) dengan Kanada dan Amerika, tiga juta daripada sepuluh juta rakyat Mexico kehilangan pekerjaan. Pengurangan tarif akan memberikan kesan langsung terutama kepada produk pertanian.Walau bagaimana mulia pun niat TPPA mempromosikan keberkesanan dan persaingan sihat, niat itu menjadi tidak adil apabila kita melihat hakikat bahawa lebih 90% syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian ialah syarikat kecil dan sederhana (SME). Mereka akan menghadapi persaingan yang tidak seimbang daripada syarikat-syarikat gergasi pertanian daripada negara-negara seperti Amerika, Kanada dan Jepun, yang mana kerajaan tidak menurunkan pun subsidi yang besar kepada petani mereka. Kajian oleh UNCTAD menunjukkan bahawa subsidi telah merendahkan kos pengeluaran beras Amerika sebanyak 45%, kacang soya 32% dan kapas sebanyak 52%. 2.1.7 Perolehan Kerajaan dan Program Pembangunan Vendor Petronas Dalam bahagian ini, semua perolehan kerajaan termasuklah berkaitan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas tidak boleh dalam apa jua cara memihak kepada kontraktor tempatan dalam kaedah yang boleh disifatkan sebagai tidak adil kepada perusahaan asing lain daripada negara-negara rakan TPPA. Ada paras lantai dalam peraturan ini; daripada perjanjian-perjanjian lepas FTA Amerika, kita boleh menganggarkan ianya sekitar RM23 juta dan ke atas. Jelas hanya kontrak sampingan kepada kontraktor tempatan yang tinggal. Sementara itu, kita melihat saiz perolehan kerajaan Malaysia sebanyak RM130 bilion, atau 25% daripada KDN Malaysia. Bukti empirikal menunjukkan bahawa 94% daripada perolehan kerajaan Amerika diperolehi oleh syarikat tempatan Amerika (Khor, 2008) dan hanya 6% diberikan kepada 170 syarikat di seluruh dunia.

3.0 KESAN/ IMPLIKASI 3.1 KEBAIKAN 3.1.1. Peningkatan Dalam Industi Tekstil Industri tekstil mendapat sokongan padu TPPA, dimana jumlah eksport tekstil dan pakaian Malaysia diunjurkan meningkat 20 peratus dengan pelaksanaan perjanjian itu. Persatuan Pengeluar Tekstil Malaysia berkata penghapusan duti di bawah perjanjian perdagangan itu akan menjadikan produk tekstil dan pakaian Malaysia lebih berdaya saing. Nilai eksport ke negara anggota TPP pada 2012 berjumlah sehingga RM3.3 bilion. Perjanjian TPP akan menyaksikan penurunan duti import untuk produk tekstil dan pakaian Malaysia yang memasuki negara-negara anggota TPP.

3.1.2. Pasaran Global TPPA, inisiatif perdagangan bebas melibatkan 12 negara, dijangka dapat mengembangkan eksport negara-negara yang menyertai asas pasaran global yang lebih luas dan menyediakan asas produk yang lebih murah kepada pengguna. Ini adalah menerusi penurunan tarif yang dicadangkan dalam kalangan negara-negara yang menyertai TPPA. Dengan cadangan penghapusan ataupun penurunan tarif dalam perjanjian TPP, produk Malaysia akan lebih berdaya saing, terutamanya dalam pasaran AS. 3.2 KEBURUKAN 3.2.1. Tentang Harta Intelek- Paten Perubatan dan Hak Cipta Syarikat farmasi gergasi akan mendapat hak ke atas paten ubat-ubatan dan mengekalkan pegangan hak cipta lebih lama dengan cara yang lebih mudah. Hal ini akan melewatkan pengeluaran ubat generik dan penggunaan ubat-ubatan penyakit kronik dan melewatkan akses kepada ubat-ubatan untuk penyakit seperti kanser, HIV dan penyakit kronik lain. Sebagai contoh, Herceptin, yang digunakan untuk kanser pada masa kini memerlukan RM8,000 setiap rawatan dan memerlukan kepada 17 pusingan rawatan. Purata kos untuk rawatan pesakit kanser paru-paru boleh mencecah RM 44,725 (Dollar AS14,455) setiap tahun untuk seorang pesakit. Peluang untuk mendapatkan rawatan ubat-ubatan ini semakin berkurang, terutamanya bagi mereka yang tidak mampu kerana harga yang terlalu tinggi, apabila akses kepada ubat-ubatan generik akan dilewatkan melalui TPPA kerana negara maju akan menambah jangka hayat paten lebih daripada tempoh 20 tahun. Bahagian Hak Cipta dalam TPPA akan mengakibatkan rawatan perubatan bertambah mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia. Perjanjian itu antaranya akan melibatkan peraturan ubat generik tidak dibenarkan dijual di negara ini iaitu ubat tiruan seperti panadol umpamanya yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli. Ubat-ubatan yang digunakan di Malaysia kebanyakannya adalah ubatan generik, harga ubatan generik ini adalah lebih murah berbanding ubat-ubatan asli yang telah dipatenkan. Harga ubat yang telah dipatenkan boleh mencapai harga lebih tinggi daripada harga ubatan generik. Hal ini jelas akan memberi kesan kepada semua masyarakat terutamanya pesakit-pesakit yang bergantung hidup sepenuhnya terhadap ubat. Hal ini sebenarnya akan menjejaskan setiap orang awam kerana uba-ubatan adalah satu keperluan. Hal ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal. Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi Farmakeutikal antarabangsa. Ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Ini akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubat menjadi sangat tinggi dan mereka tidak mampu untuk membeli ubat tersebut. Aktiviti penyelidikan dan pendidikan juga akan menerima musibah dan kosnya meningkat disebabkan oleh undang-undang hak cipta yang lebih ketat dicadangkan. Ini termasuklah digital commons atau harta umum digital seperti sumber maklumat daripada internet. Undang-undang hak cipta kini akan dipanjangkan hayatnya daripada 50 kepada 120 tahun. Maksudnya, 70 tahun lagi akses kepada pelajar dan dunia akademik diterhadkan, kerana harga buku rujukan dan sumber maklumat yang begitu tinggi. Ini bermakna segala bahanbahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Hal ini akan memberi kesan yang amat ketara kepada pelajar kerana segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus mengehadkan kemudahan ilmu
7

kepada rakyat yang kurang mampu. Sebagai contoh, buku untuk tujuan pembelajaran yang kini percuma tidak lagi boleh dibuat salinan. Hal ini akan memaksa para pelajar untuk membeli buku tersebut dengan harga yang mungkin mencecah ratusan ringgit terutamanya mahasiswa yang memerlukan buku untuk membuat rujukan. 3.2.2. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar. Antara isi perjanjian ini adalah, pelabur dari luar boleh menyaman kerajaan sekiranya tindakan atau dasar yang dijalankan oleh kerajaan boleh menggugat kestabilan dan hak perdagangan mereka. Walaupun tindakan itu adalah untuk kebaikan dari segi kesihatan, pendidikan dan alam sekitar kepada rakyat tempatan. Hal ini boleh terjadi dan kita boleh melihat Kanada sebagai contoh. Kerajaan Kanada telah menyekat methylcyclopentadienyl manganese tricarbonyl (MMT) kerana bimbang akan kesihatan orang awam. Kesan daripada itu, kerajaan Kanada telah disaman oleh pengeluar MMT iaitu Ethyl Corporation kerana menyekat hak perdagangan mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan akan hilang kuasa untuk memperjuangkan hak orang awam dan hak kemanusiaan dalam negara meraka sendiri. Keadaan ini akan bertambah buruk apabila syarikat tempatan dan negara akan terdedah kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika ada layanan lebih diberi kepada syarikat tempatan (misalnya syarikat Bumiputera) tetapi mengenepikan syarikat asing. Hal ini kerana, melalui peruntukan dalam perjanjian TPPA syarikat asing yang melabur di negara ini harus diberikan layan sama rata dengan syarikat tempatan. Kerajaan Malaysia boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Hal ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa-apa yang terbaik untuk rakyat dan negara. 3.2 3. Tentang SME dan Pertanian TPPA bertujuan untuk membebaskan perdagangan dan mengurangkan tarif, yang mana boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan yang drastik dalam banyak sektor. Kesan langsung ialah tekanan terus kepada gaji pekerja lantas meluaskan lagi jurang pendapatan yang sudah sedia besar sekarang. Mexico ialah contoh terbaik apabila hasil daripada pemeteraian Perjanjian Perdagangan Besar Amerika Utara (NAFTA) dengan Kanada dan Amerika, tiga juta daripada sepuluh juta rakyat Mexico kehilangan pekerjaan. Pengurangan tarif akan memberikan kesan langsung terutama kepada produk pertanian.Walaupun niat TPPA mempromosikan keberkesanan dan persaingan sihat, niat itu menjadi tidak adil apabila kita melihat hakikat bahawa lebih 90% syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian ialah syarikat kecil dan sederhana (SME). Mereka akan menghadapi persaingan yang tidak seimbang daripada syarikat-syarikat gergasi pertanian seperti Amerika, Kanada dan Jepun, yang mana kerajaan tidak menurunkan subsidi yang besar kepada petani mereka. Kajian oleh UNCTAD menunjukkan bahawa subsidi telah merendahkan kos pengeluaran beras Amerika sebanyak 45%, kacang soya 32% dan kapas sebanyak 52%. Pengiraan kasar menunjukkan bahawa hasil beras mereka mampu memenuhi pasaran Malaysia serendah RM 1.40/ kg. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi yang lebih tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai. Perkara ini pernah diusahakan AS melalui FTA dahulu tetapi gagal. Petani tempatan terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara.
8

3.2.4. Bidang pelaburan dan perundangan terpaksa bersaing di pasaran terbuka. Sekiranya perjanjian ini dimeterai, negara-negara TPPA akan bebas berniaga di dalam negara kita. Sebagai contoh perniagaan beras di dalam negara kita. Beras yang dibekalkan dari Amerika mempunyai jumlah subsidi yang sangat tinggi. Jadi, bagaimanakah pengusaha tanaman padi mampu menyaingi Amerika dalam pemerdagaan beras? Selain itu, peniaga peniaga kecil terutamanya orang Melayu tidak mungkin mampu menandingi pasaran beras yang dibawa dari luar. Hal ini akan menjejaskan taraf hidup sesetangah orang awam. Bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain juga akan berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. industri perkhidmatan kita tidak bersedia untuk berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi dari luar negara. 3.2.5. Tentang Perolehan Kerajaan dan Program Pembangunan Vendor Petronas Dalam bahagian ini, semua perolehan kerajaan termasuklah berkaitan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas tidak boleh dalam apa-apa jua cara memihak kepada kontraktor tempatan dalam kaedah yang boleh disifatkan sebagai tidak adil kepada perusahaan asing lain daripada negara-negara rakan TPPA. Terdapat paras lantai dalam peraturan daripada perjanjian-perjanjian lepas FTA Amerika, kita boleh menganggarkan sekitar RM23 juta dan ke atas. Sementara itu, kita melihat saiz perolehan kerajaan Malaysia sebanyak RM130 bilion, atau 25% daripada KDN Malaysia. Bukti empirikal menunjukkan bahawa 94% daripada perolehan kerajaan Amerika diperolehi oleh syarikat tempatan Amerika dan hanya 6% diberikan kepada 170 syarikat di seluruh dunia. Betapa terhadnya potensi yang diperolehi daripada sebuah usaha yang sepatutnya membuka peluang kita di Amerika. Walau syarikat besar milik tempatan seperti Sapura Kencana dan MMHE sekalipun, tidak mampu untuk bertahan menghadapi persaingan yang tidak bersimpati daripada negara maju. Apatah lagi nasib pemain-pemain industri kecil sederhana (SME). Program Pembangunan Vendor Petronas yang telah banyak membantu membangunkan industi gas dan minyak tempatan juga bakal tersingkir daripada persaingan ini. 3.2.6. Tentang kawalan Tembakau dan Kesihatan Awam Tembakau bukanlah produk biasa yang profil permintaannya seperti produk-produk biasa. Semahal mana pun harga rokok tetap akan ada pembelinya. Rokok membunuh sekurangkurangnya 50% daripada penggunanya. Malaysia dan juga negara-negara lain dalam TPP kecuali Amerika, ahli kepada WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang mensyaratkan supaya negara-negara ahli meregulasikan industri tembakau, mengurangkan penggunaannya dan menyekat insentif kepada industri tembakau. FCTC merupakan perjanjian antarabangsa yang mengikat Malaysia sebagai ahli yang bermaksud untuk mewujudkan dasar kebangsaan yang bermatlamat mengurangkan penggunaan tembakau dan meregulasikan industri tembakau. Banyak syarat dalam banyak bab-bab TPPA bertentangan dengan FCTC. Hal ini menimbulkan kebimbangan terutamanya mengenai potensi konflik di masa depan. Isu ini menjadi lebih penting apabila kita menimbangkan kesan negatif kepada kesihatan awam dalam masyarakat yang tinggi penggunaan tembakaunya. 3.2.7. Tentang Kemampuan Kawalan Modal (Capital Control) Salah satu kesan utama TPPA ialah pengehadan kemampuan kita untuk melaksanakan kawalan modal. Situasi pergerakan kapital antarabangsa yang tinggi selalunya menimbulkan
9

krisis perbankan antarabangsa, seperti yang berlaku kepada Malaysia pada tahun 1997 yang telah banyak kali berlaku dalam sejarah perbankan. Apabila sistem kewangan diregulasikan dengan baik, kemungkinan untuk kitaran kegawatan kewangan dapat dikawal atau sekurangkurangnya melindungi situasi ekonomi daripada terdedah kepada kitaran kegawatan kewangan yang banyak kali kita saksikan kerana persekitaran ekonomi yang bebas tanpa kawalan. Hal ini bukanlah bertujuan untuk menentang usaha meliberalisasikan ekonomi demi mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih berkesan, malah bukan juga untuk merosakkan peluang Malaysia untuk menarik pelaburan asing. Tetapi, ia bertujuan untuk bertindak sebagai shock absorber atau penyerap hentakan akibat daripada krisis-krisis ekonomi yang cenderung kepada ekonomi-ekonomi yang lebih liberal. Hal ini penting terutamanya untuk perniagaan-perniagaan dan perusahaan-perusahaan Malaysia yang masih lagi setahun jagung untuk menghadapi saingan asing. Bukanlah satu keburukan pun untuk kita menyiapkan diri dengan satu sistem kawalan modal sementara seperti yang kita laksanakan ketika Krisis Kewangan Asia. Malah IMF sendiri mengakui keberkesanan kawalan modal dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia berbanding Indonesia dan Thailand. 3.2.8. Tentang Telekomunikasi Bahagian telekomunikasi dalam FTA yang juga dibincangkan dalam TPPA merupakan antara bahagian yang wajar diberikan perhatian. Rancangan telekomunikasi adalah untuk mempromosikan persaingan ke atas pembekal telekomunikasi dalam kalangan negara anggota TPPA. Perusahaan telekomunikasi daripada negara-negara rakan TPPA akan diberikan akses kepada jaringan kemudahan telekomunikasi awam sedia ada melalui jaringan kemudahan dan akses kemudahan fizikal. Dalam kes Malaysia, kita prihatin terhadap keupayaan TM Berhad yang selama ini telah membangunkan infrastruktur fizikal telekomunikasi di Malaysia dan menghubungkan negara dengan jaringan kabel fiber optik kelajuan tinggi melalui skim Perkongsian Awam-Swasta (PPP). Apabila pesaing asing dibekalkan akses untuk menggunakan infrastruktur sedia ada, tentu sekali tekanan hebat ke atas prospek keutungan TM menyusul, malah mungkin mengheret syarikat gergasi telekomunikasi ke dalam krisis dan tutup kedai. 3.2.9. Masalah Cukai Ekport Cukai ekport dikenakan kepada pengekport barangan utama. Cukai ini berfungsi melalui dua cara iaitu menaikkan pendapatan kerajaan dan membangunkan industri perantara tempatan. Cukai ekport akan menaikkan harga bahan mentah dalam pasaran ekport menyebabkan produk akhir yang dihasilkan oleh pasaran tempatan lebih murah dan kompetitif berbanding produk yang dihasilkan oleh pasaran luar. TPPA mahu mengubah perkara ini dengan mengurangkan atau menghapuskan cukai ekport. Negara seperti Malaysia yang sebahagian besar eksportnya masih barangan mentah, akan menyaksikan negara-negara rakan TPPA menikmati sumber-sumber kita dengan harga yang jauh lebih murah, seterusnya membunuh pengeluar industri perantara tempatan seperti pembekal kelengkapan teknologi dan perabot, industri penapisan kelapa sawit dan pengeluar produk tani dan makanan. Potensi kesan ini hampir sama dengan tindakan penjajah mengambil segala sumber kekayaan asli kita satu ketika dahulu. 3.2.10. Mitos Perdagangan dan FDI Kembali kepada isu perdagangan, jangkaan manfaat yang diperolehi daripada menandatangani FTA dengan Amerika akan terlihat melalui pendapatan yang tinggi dalam
10

faedah perdagangan. Bagaimana, sesebuah negara yang secara relatifnya mempunyai kekuatan ekonomi yang lebih kuat seperti Singapura, menyaksikan peningkatan pula dalam deficit perdagangan bermula dengan USD 1.4 bilion pada 2003 apabila mereka menandatangani perjanjian, kepada USD 4.3 bilion pada 2004, USD 6.9 bilion pada 2006 kepada USD 10.5 bilion pada 2012. Tiada bukti atau korelasi yang menunjukkan peningkatan pelaburan asing (FDI) yang berkualiti daripada perjanjian-perjanjian perdagangan dua-hala selama ini. Jika kita tidak menyertai TPPA, kemungkinan trade diversion atau perdagangan yang lari daripada Malaysia kepada negara-negara TPPA tidak dapat dinafikan. Namun, kerugian daripada trade diversion ini haruslah jelas dan dipastikan mempunyai manfaat yang lebih besar berbanding pelbagai musibah dan kerugian yang dibawa oleh TPPA kepada aspek-aspek lain ekonomi negara.

4.0 CARA MENGATASI PERJANJIAN TPP Jika dilihat sepenuhnya, implikasi TPPA ini adalah begitu besar sekali kepada rakyat dan negara, maka kerajaan seharusnya mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian TPP ini dan seterusnya membuatkan kita semua terikat dengannya. Antaranya adalah seperti : 4.1 Menangguhkan Perundingan TPPA Sehingga Segala Teks Mengenainya Didedahkan Kepada Rakyat Untuk Mendapatkan Maklumbalas. Rakyat Berhak Tahu Dan Diberi Hak Memberi Pandangan Kerana Perjanjian Ini Melibatkan Kualiti Hidup Mereka. Sebagai contohnya, usaha yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada pagi Khamis 1 Ogos yang lepas harus digalakkan lagi. Pihak MITI telah mengadakan hari terbukanya di Matrade, Jalan Duta, yang mana tujuannya adalah untuk mendengar keluhan rakyat tentang TPPA dan memberi penerangan mengenainya. Ini adalah satu usaha Kementerian yang baik, tetapi menurut sumber, telah banyak penerangan seumpama itu diberikan, namun tidak satu pun penjelasannya yang menyakinkan. Alih-alih apa yang kita dengar ialah Malaysia akan mendapat manfaat daripada TPPA ini kerana pasaran Malaysia akan lebih besar mengjangkau ke 793 juta orang orang di 60 negara Pasifik. Malaysia akan hebat kerana tidak lagi menjadi jaguh kampung, tetapi menjadi jaguh global. Barangan di Malaysia pula semuanya berkualiti kerana tidak banyak lagi barang tiruan yang dilambakkan di pasaran negara kita. MITI juga cuba meyakinkan kita bahawa kita tidak akan berkompromi sekiranya perjanjian ini menggugat kedaulatan negara kita. Kita juga mempunyai pakar-pakar ekonomi dalam agensi kerajaan seperti UPE, Perbendaharaan dan Bank Negara untuk memantau keadaan ini. Namun persoalannya, jikalah TPPA ini baik, mengapa dari 60 negara Pasifik, hanya 12 sahaja yang terlibat dalam perundingan ini? Jika pasaran terbuka luas untuk Malaysia, mengapa China dan Korea Selatan tidak turut sama menyertai perundingan ini? Jika kerajaan cuba menjustifikasikan kemasukan Jepun dalam perundingan ini sebagai bukti TPPA itu baik, kami kira itu merupakan analisis yang silap. Hal ini kerana Jepun telah lama maju sebagai pedagang dunia sejak sebelum datangnya TPPA lagi. Jadi Jepun tidak perlukan TPPA untuk mengajar mereka tentang perdagangan dunia. Jadi, satu cara untuk menghilangkan keraguan rakyat tentang TPPA ini ialah kerajaan perlu dedahkan inti utama kandungan perundingan ini supaya rakyat tidak lagi mempunyai persepsi negatif. Ini kerana TPPA ini memberi kesan kepada kita semua. Dalam berhubung dengan kuasa besar, tulisan seorang pemerhati ini perlu diberi perhatian: anything that is
11

aggressively promoted by the super-power are not good for the non super-power. More often than not, it will benefit the super-power at the expense of non-super-power. Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia ini, kita mempunyai hak untuk tahu apakah langkah dan tindakan yang kerajaan akan ambil untuk perkara-perkara berikut: i. Memastikan kos kesihatan dan kos ubat tidak naik. ii. Memastikan harga buku dan kos pendidikan tidak naik. iii. Memastikan peniaga IKS tidak terjejas? iv. Memastikan kedaulatan negara kita tidak dicabar oleh syarikat besar?

Secara keseluruhannya, kami melihat TPPA ini ada baiknya untuk negara. Kita perlu menyokongnya jika kerajaan dapat membuktikan telah mempunyai mekanisme untuk mengatasi kerisauan yang telah kami timbulkan di atas. Sekiranya pihak kerajaan tidak dapat memberikan jawapan yang menyakinkan, maka kami fikir kita mesti berhati-hati sebelum bertindak lebih jauh. Ini kerana jurang kehidupan antara rakyat kita masih luas. Jika kita bercakap soal untungnya kita dengan pasaran bebas, ingatlah bahawasanya apa yang kita mahu ialah FAIR trade bukannya FREE trade. 4.2 Ahli Parlimen Perlu Diberi Pencerahan Dan Perlu Membahaskan Baik Buruk Perjanjian Ini. Semasa Membahaskan Hal Ini, Ahli Parlimen Perlulah Melihat Perjanjian Ini Dari Aspek Kebaikannya Untuk Rakyat Dan Negara, Bukannya Berterusan Terikat Kepada Kepentingan Parti. Pihak kerajaan, khususnya ahli-ahli dalam Parlimen perlu membahaskan serta mengkaji dengan lebih teliti berkenaan TPPA ini dengan mendengar pendapat rakyat dan mengkaji kesannya kepada negara serta kepada seluruh rakyat negara ini. Justeru itu, ahli Parlimen perlu mendengar dan mengambil kira pandangan daripada Badan Bertindak Bantah TPPA. Badan Bertindak Bantah TPPA ini, atau dikenali dengan nama ringkas BANTAH TPPA, ialah gabungan 52 badan bukan kerajaan dan 7 Jawatankuasa Bersama yang dibentuk untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap TPPA bagi memastikan Malaysia memperolehi manfaat terbaik daripada TPPA. Kami berpendapat TPPA ini wujud di tengah-tengah harapan sebilangan kecil syarikat multinasional yang mencari keuntungan komersial hasil daripada bab-bab dalam rundingan, dan juga kebimbangan benar organisasi-organisasi masyarakat sivil yang mewakili rakyat 12 buah negara dalam TPPA. Hakikatnya, TPPA bukanlah satu FTA yang mempromosikan perdagangan bebas semata-mata, kerana ia memelihara kepentingan syarikat gergasi dalam industri terpilih. TPPA bertujuan memastikan perlindungan dan kepentingan korporat yang mengatasi kebajikan awam, keselamatan dan kepentingan sosio-ekonomi negara-negara yang ekonominya jelas lemah berbanding gergasi ekonomi dalam rundingan ini, yakni Amerika. Perlu diingatkan bahawa Amerika dibantu oleh jawatankuasa penasihat khas terdiri daripada 1,000 orang pakar. Kami menuntut yang sama untuk Malaysia. Satu kajian oleh UNDP tidak mencukupi untuk meyakinkan orang awam bahawa kehidupan kami dan anak cucu kami tidak terancam. Melihat kepada rekod, Malaysia bukanlah pakar yang mahir dalam rundingan, kehilangan Blok L dan M, perjanjian berat sebelah air dengan Singapura, dan Pulau Batu Putih, sekadar menjadi contoh. Pasukan perunding daripada MITI semata-mata tidak boleh dibiarkan menentukan nasih seluruh rakyat Malaysia. Akhirnya, BANTAH TPPA menuntut supaya Kerajaan Malaysia menggantungkan rundingan atau keluar daripada TPPA
12

sehinggalah sebuah kajian menyeluruh analisis kos dan faedah serta kajian perbandingan dilakukan, dihebahkan kepada umum dan dibincangkan oleh semua pihak di Malaysia, teks rundingan dibentangkan, dianalisis dan dinilai oleh parlimen untuk memastikan bahawa rundingan TPPA yang dijalankan memihak kepada kedudukan dan kepentingan Malaysia, dan kebimbangan mengenai pelbagai isu dimasukkan dalam pendirian dan dibincangkan dalam rundingan TPPA; serta akhirnya satu referendum popular dilakukan untuk menentukan sejauh mana rakyat Malaysia menyokong kerajaan mereka untuk menandatangani dan meratifikasikan TPPA. Dengan itu, kerajaan dituntut untuk mengamalkan pendirian telus dalam hal ini dan semua kebimbangan pelbagai pihak berkepentingan dalam kalangan rakyat Malaysia dipertimbangkan dalam pusingan rundingan. Jika tidak, tarik diri daripada rundingan TPPA secara berhemah. Garis panduan tentang faedah-faedah perjanjian FTA yang hanya teori-teori buku teks tidak mencukupi; TPPA mungkin kelihatan seperti perjanjian FTA di atas kertas, tetapi hakikat pelaksanaannya menunjukkan impak lebih besar kepada kedaulatan negara. Perhatian dan empati diperlukan daripada masyarakat sivil, ahli akademik, pakar dan pengamal industri malah orang awam yang prihatin terhadap masa depan Malaysia mesti mencari maklumat, cuba memahami, bersuara dan menulis bagi menyumbang kepada usaha kita untuk menuntut yang terbaik daripada rundingan. Jika tidak, lebih baik ucapkan selamat tinggal kepada Amerika dan cabut lari sebelum terlambat. Walaupun diakui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, kami dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini. Jadi, harapan kami cuma satu daripada keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti; Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini dan jangan biarkan menang sorak kampung tergadai. 4.3 Kerajaan Mesti Menolak Status Layanan Tempatan Yang Perlu Diberikan Kepada Syarikat Gergasi Luar. Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) ini adalah meupakan salah satu strategi licik Amerika syarikat untuk menguasai ekonomi negara lain bagi memastikan negara-negara ini akan sentiasa tunduk kepada kehendak mereka. TPPA yang dicadangkan untuk di tandatangani oleh kerajaan pada Oktober 2013 antara lainnya mengandungi: i. Penghapusan cukai import terhadap barangan yang masuk dari Amerika.

ii. Memberi kebebasan rakyat negara lain untuk bekreja dan membuka perniagaan di negara ini tanpa ada sebaarang sekatan. iii. Pengeluaran kapital ke luar negara secara bebas.

iv. Pemilihan Bumiputra kepada syarkat asing yang ingin beroperasi di negara ini tidak lagi menjadi syarat. v. Malaysia boleh di saman oleh syarikat asing atau pun kerajaan asing jika merubah undang-undang atau peraturan perniagaan yang dilihat merugikan mereka. vi. Kontrak-kontrak kerajaan mesti dibuka kepada syarikat asing tanpa menambil kira kepentingan Bumiputra.
13

Jika negara bersetuju untuk menandatangani perjanian ini, ia bermakna Malaysia akan kehilangan ratusan juta ringgit setahun, pengusaha tempatan sukar untuk besaing dan mungkin akan kehilangan ratusan peluang berniaga, kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat yang mengakibatkan pengangguran dan kemusnahan sistem sosial negara. Justeru itu,kerajaan Malaysia haruslah lebih peka dengan syarat-syarat yang digunakan oleh Amerika Syarikat dalam mengikat perjanjian ini. Jika status layanan tempatan diberikan kepada negara-negara asing dalam TPP ini, maka negara-negara luar bebas untuk mengaut segala keuntungan di negara kita yang selama ini dikecapi rakyat sendiri. Lebih teruk lagi apabila bank asing, syarikat insurans dan peniaga wang akan mendapat lebih kuasa untuk mencabar undang-undang negara sekiranya undang-undang kita boleh memberi kesan kepada nilai pelaburan mereka dan banyak lagi lainnya. Jika kita kata bahawa kita perlu TPPA untuk pasaran barangan kita, saya tidak nampak pula barangan kita banyak. Eksport kita banyak bergantung kepada petroleum dan minyak sawit sahaja, bukannya banyak barangan lain pun. Tetapi kalau eksport Amerika Syarikat, memang banyak. Jadi, perlukah kita terus menjadi alat kepada Amerika Syarikat ini? Jika Malaysia masuk TPPA ini dan menjadi negara pasaran bebas, maka yang paling untung nantinya ialah Singapura. Ini kerana perdagangan Singapura ini jauh lebih cekap dan efisien dari negara kita. Saya ragu kita boleh bersaing dengan kehebatan Singapura dalam soal ini. Jika sebelum ini Singapura sukar untuk menceroboh masuk secara bebas dalam pasaran.

5.0 RUNDINGAN TPPA 5.1 Pusingan Pertama Mac 2010, ( Melbourne, Australia ) Pusingan pertama rundingan TPP diadakan di Melbourne pada 15-19 Mac 2010 dengan penyertaan lebih 200 pegawai dari Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Singapura, Brunei, Peru dan Vietnam. Dalam rundingan ini, para perunding TPP bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang perlu dilindungi dan akan meneroka pendekatan baru bagi setiap halangan yang dihadapi oleh setiap perniagaan di rantau ini, termasuk sektor-sektor yang baru muncul dalam bidang perniagaan antarabangsa seperti perkhidmatan, e-dagang dan teknologi hijau yang semakin dikenali ini. Mereka memberi tumpuan kepada setiap perniagaan yang dijalankan di rantau ini dan mencari pendekatan untuk menjadikan perniagaan itu dijalankan dengan lebih pantas, murah dan mudah. Melalui perjanjian ini ia dapat menggalakkan lagi penyertaan perniagaan kecil dan sederhana dalam perdagangan antarabangsa. Satu rangka kerja dibuat dalam rundingan pusingan pertama ini untuk menggalakkan objektif bersilang seperti integrasi serantau, perpaduan peraturan antara ahli TPP, daya saing ekonomi TPP, ketelusan dan pembangunan. Hal ini dilakukan untuk mewujudkan hubungan antarabangsa yang lebih harmoni di antara negara-negara yang menjadi ahli TPP dalam dunia perdagangan antarabangsa. Matlamat untuk meluaskan lagi perjanjian ini dengan negaranegara seluruh Asia Pasifik turut dibincangkan dan juga proses untuk pertimbangkan tambahan negara sebagai ahli TPP. Hasil daripada perundingan ini, TPP dapat dilihat sebagai laluan untuk mencapai matlamat APEC daripada Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP).

14

5.2 Pusingan Kedua Jun 2010, ( San Francisco, US ) Rundingan TPP pusingan kedua telah diadakan di San Francisco pada 14-18 Jun 2010 dimana ia membincangkan mengenai kedua-dua seni bina yang luas daripada perjanjian itu dan juga isu-isu yang berkaitan. Dalam rundingan ini, TPP bersetuju sekiranya Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) yang sedia ada ini terus menjalin kerjasama dengan TPP bagi mewujudkan pembentukan pembangunan ekonomi yang lebih sesuai dan berkualiti tinggi dalam abad ke-21 ini. Selain itu, perkhidmatan rawatan dan pelaburan juga dapat dipertingkatkan melalui perjanjian ini. Peningkatan kemajuan yang dilakukan ini merupakan usaha meletakkan asas untuk mendapatkan hasil yang positif mengenai isu yang akan dibincangkan dalam rundingan pusingan yang ketiga iaitu pada bulan Oktober. Ketua perunding dalam pusingan ini telah bersetuju untuk membantu membimbing rundingan seperti : Menggalakkan penyertaan kecil dalam perdagangan Menangani isu-isu berkaitan sempadan antara negara seperti pemeriksaan kastam Menggalakkan pengawalseliaan termasuk melalui kerjasama antara badan-badan yang berkaitan kawal selia. Memikirkan cara terbaik untuk meningkatkan daya saing pihak TPP. Memberi tumpuan kepada ketelusan dari segi peraturan dan proses pentadbiran.

Di samping itu, pihak TPP akan mencapai kemajuan yang baik berkaitan isu-isu lama dengan FTA dimana segala isu tersebut akan dilindungi oleh perjanjian yang dibuat. Antara isu-isu tersebut ialah berkaitan barangan, perkhidmatan, pelaburan, perolehan kerajaan, harta intelek, halangan teknikal perdagangan, dasar persaingan, isu undang-undang dan institusi dan juga pembinaan keupayaan. Jenis-jenis perdagangan dan tenaga kerja perdagangan turut diberi peruntukan kepada perjanjian TPP ini. Maka dengan itu, pihak TPP bersetuju untuk meneruskan program jalinan kerja yang dilaksanakan ini untuk membolehkan pihak TPP meneruskan rundingan pada pusingan yang ketiga nanti. Pihak TPP juga bersetuju dengan intensif jadual mesyuarat bagi 2010-2011 dimana ia dapat menghasilkan sesuatu yang dapat meningkatkan kerjasama yang lebih maksimum antara negara-negara yang terlibat dalam TPP. Walau bagaimanapun , tarikh akhir untuk memuktamadkan rundingan ini tidak ditetapkan.

5.3 Pusingan Ketiga Oktober 2010 ( Brunei ) Pusingan rundingan yang seterusnya diadakan di Brunei pada 4-9 Oktober 2010 dengan penyertaan ahli baru iaitu Malaysia. Dalam rundingan sebelum ini, pihak TPP mencapai kata sepakat untuk memilih Malaysia menyertai rundingan ini dan ketika rundingan di Brunei Malaysia turut serta. Malaysia merupakan negara yang pertama menyertai rundingan tersebut sejak kumpulan itu melancarkan rundingan pada Mac 2010. Dengan penyertaan baru ini, pihak TPP semakin berkomited untuk mengembangkan lagi keahlian dari masa ke semasa ke seluruh negara di Asia Pasifik bagi mencapai objektif dan matlamat TPP. Dalam rundingan kali ini, ia membincangkan mengenai objektif dan pendekatan untuk mewujudkan pasaran perniagaan yang berterusan dengan tujuan untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama melalui perjanjian yang dimetarai. Pihak TPP juga bersetuju untuk mewujudkan satu proses untuk memulakan rundingan akses pasaran termasuk kerja-

15

kerja awal berkaitan teknikal untuk memudahkan penawaran dibuat pada awal 2011. Pihak TPP meneruskan perbincangan mengenai isu-isu berbangkit termasuklah : Menggalakkan hubungan dengan mewujudkan peluang untuk memaksimumkan kecekapan rantaian bekalan di rantau ini. Membangunkan kesepakatan peraturan yang lebih tinggi di rantau ini. Memudahkan perusahaan kecil dan sederhana meluaskan perniagaan melalui TPP Menyokong setiap pembangunan yang dilakukan.

Di samping itu, pihak TPP akan menganjurkan seminar bantuan teknikal mengenai standard kebersihan, fitosanitasi, tenaga buruh dan alam sekitar dan juga isu-isu berkaitan perdagangan.

5.4 Pusingan Keempat Disember 2010, (Auckland, New Zealand) Pusingan keempat TPP ini telah diadakan di Auckland dari 6-10 Disember 2010. Kesemua pihak TPP iaitu Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura Amerika Syarikat dan Vietnam terus membuat rundingan untuk memajukan dan memantapkan lagi kerjasama yang dibuat dengan membincangkan isu dari pelbagai sudut. Rundingan kali ini telah mengisytiharkan Vietnam sebagai anggota penuh TPP kerana telah menyempurnakan proses domestik yang diumumkan dalam margin Mesyuarat Pemimpin APEC di Yokohama pada November 2010. Oleh itu, negara Virtnam perlu bergerak sebagai ahli penuh dalam rundingan daripada ahli bersekutu pada asalnya. Pemimpin TPP berharap dapat memuktamadkan rundingan ini sepantas yang mungkin dengan mewujudkan 24 kumpulan perunding untuk membincangkan kesemua isu yang dimatlamatkan oleh TPP. Isu-isu ini dibincangkan adalah untuk memantapkan lagi kerjasama antara negara yang terlibat. Antara objektif isu-isu tersebut dibincangkan adalah untuk: Menggalakkan integrasi serantau di Asia Pasifik, contohnya melalui sokongan TPP dalam penyediaan bekalan yang cekap. Meningkatkan keserasian dan kerjasama sistem peraturan TPP supaya setiap perniagaan dapat beroperasi dengan lebih lancar dalam pasaran TPP. Mewujudkan perjanjian hidup yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan yang sentiasa berubah dan dapat menampung ahli TPP yang baru dari masa ke semasa. Menyokong setiap pembangunan yang dijalankan termasuklah melalui bantuan teknikal yang sesuai dan berterusan.

Apabila terdapatnya ramai pihak yang berkepentingan seperti kumpulan ahli perniagaan, NGO dan ahli akademik menyertai rundingan ini, ia akan memberi faedah yang tinggi kepada TPP kerana melalui mereka, rundingan ini akan mendapat input-input baru yang boleh dibincangkan di dalam rundingan TPP yang seterusnya.

5.5 Pusingan Kelima Februari 2011, (Santiago, Chile) Rundingan TPP kali ini dijalankan di Santiago pada 14-18 Februari 2011 dengan masih lagi Sembilan penyertaan dalam TPP. Rundingan ini masih lagi menumpukan matlamat mereka untuk meningkatkan lagi kualiti secara menyeluruh perjanjian ini di dalam wilayah perdagangan antarabangsa. Para pegawai membuat kajian dengan teliti pada setiap cadangan yang dikemukakan oleh setiap negara yang terlibat. Mereka menggabungkan cadangan16

cadangan yang diusul dan mencari perbezaan kecil antara cadangan tersebut. Setelah itu mereka memikirkan pula kepentingan cadangan itu kepada setiap negara. Rundingan akses pasaran bagi barangan tariff bermula di rundingan pusingan kelima ini. hal ini berikutan pertukaran tawaran awal yang dibuat oleh semua sembilan parti pada Januari 2011. Para perunding bersetuju untuk bertukar-tukar senarai permintaan untuk penambahbaikan dalam tawaran pada awal bulan depan iaitu sebelum pusingan rundingan yang seterusnya. Para pegawai rundingan juga meluaskan perbincangan mengenai cara terbaik untuk meningkatkan peraturan asal TPP. Dalam rundingan ini, pihak dari Australia terusan menolak untuk menghapuskan tariff maksimum dari masa ke semasa dan peraturan asal serantau bagi memudahkan rantaian bekalan dapat disediakan dengan lebih cekap dan dapat diselaraskan bagi perniagaan di Asia Pasifik. Pihak TPP juga bersetuju untuk menukarkan tawaran awal berkaitan akses pasaran kepada perkhidmatan, pelaburan dan pemerolehan kerajaan sebelum rundingan yang seterusnya. Setiap tawaran perkhidmatan dan pelaburan ini dibuat berdasarkan senarai yang memberi keburukan kepada setiap ahli TPP. Kumpulan perunding ini bertanggungjawab untuk mengkaji dan menganalisis setiap cadangan yang dibincangkan. Mereka memberi tumpuan kepada : Cadangan untuk meningkatkan daya saing dan memudahkan perniagaan dijalankan di rantau ini. Bagaimana untuk mempromosikan kerjasama ini untuk menarik penyertaan perniagaan kecil dan sederhana dalam perdagangan antarabangsa. Bagaimana untuk menambahkan lagi pengeluaran rantaian bekalan antara negaranegara TPP. Bagaimana untuk meningkatkan kepaduan sistem peraturan negara-negara TPP untuk mewujudkan perdagangan yang lebih baik.

Seperti rundingan dalam pusingan sebelum ini, pihak TPP masih lagi menerima inputinput yang berharga hasil penyertaan pihak berkepentingan yang menyertai rundingan ini. namun dalam rundingan kali ini, pihak TPP masih belum lagi memperoleh tarikh yang sesuai untuk menjalankan rundingan yang seterusnya berikutan mahukan setiap perunding membuat lebih banyak lagi peningkatan berkaitan isu-isu yang dibincangkan sebelum rundingan seterusnya dijalankan.

5.6 Pusingan Keenam March/April 2011 (Singapura) Ahli-ahli TPP terus membuat kemajuan ke arah meningkatkan lagi kualiti perjanjian ini pada pusingan keenam rundingan ini yang diadakan di Singapura yang bermula pada 24 Mac- 1 April 2011. Rundingan kali ini memberi tumpuan kepada cara untuk merapatkan jurang dalam setiap jawatan dan membincangkan mengenai tawaran akses pasaran. Setiap kumpulan perunding membuat perbincangan dengan giat berdasarkan draf yang disediakan oleh setiap kumpulan. Mereka menjelaskan setiap draf yang dibuat dan cuba mengurangkan perbezaan kedudukan antara satu sama lain. Mengenai barangan akses pasaran, para perunding diminta untuk menukar senarai permintaan agar dapat membuat penambahbaikan terhadap tawaran awal yang dibuat sebelum pusingan rundingan di Singapura ini. selain itu, tawaran tariff juga perlu disemak semula sebelum pusingan rundingan yang seterusnya. Bagi negara Australia mereka memberi
17

tumpuan untuk mewujudkan satu perjanjian serantau dengan memberi komitmen kepada tawaran tariff biasa dan menggunakan peraturan asal dengan mudah yang ada di dalam perjanjian. Pihak TPP turut membincangkan mengenai peraturan khusus penggunaan produk asal dimana ia merupakan elemen terpenting dalam mencapai FTA serantau yang menyokong perniagaan integrasi berkaitan rantaian bekalan moden. Selaras dengan matlamat yang tinggi di dalam perjanjian TPP itu, tawaran akses pasaran dalam perkhidmatan dan pelaburan telah dibuat secara senarai negatif dimana ia merupakan satu usaha yang tidak pernah dibuat oleh sesetengah negara TPP. Dalam rundingan ini, Australia juga turut meletakkan tawaran yang tinggi. Hal ini kerana mereka mahu mengekalkan keupayaan kerajaan untuk mengawal setiap perkara-perkara penting dalam soal sosial, alam sekitar dan dasar awam yang lain. Dalam pusingan seterusnya, Australia cuba berusaha untuk mengurangkan sekatan yang dilakukan oleh negara-negara TPP terhadap pembekal perkhidmatan dan pelabur asing. Mereka juga ingin menggalakkan ketelusan yang lebih tinggi untuk perniagaan yang beroperasi dalam bidang ini. Rundingan di Singapura ini diteruskan dengan membincangkan mengenai isu-isu berbangkit seperti menggalakkan penyertaan perniagaan kecil dan sederhana dalam perdagangan antarabangsa, meningkatkan kawal selia dan menggalakkan pengeluaran rantaian bekalan di rantau ini supaya lebih lancar. Terdapat juga perbincangan mengenai cadangan untuk memastikan perjanjian TPP ini merupakan perjanjian hidup dimana ia memudahkan kemasukan ahli-ahli baru dan juga mampu untuk berkembang di dalam persekitaran perniagaan yang berubah-ubah. Pada hari ketiga dalam rundingan pusingan keenam ini, satu forum yang berkepentingan telah diadakan. Lebih daripada 50 wakil yang terdiri daripada kumpulan perniagaan, ahli akademik dan NGO dari negara-negara TPP hadir. Di samping itu juga, satu seminar buruh turut diadakan pada 30 Mac iaitu hari keenam rundingan di Singapura itu. Seminar tersebut memberi tumpuan kepada isu-isu utama yang dihadapi oleh pekerja-pekerja dan perniagaan yang dijalankan dan juga cara penyelesaian untuk menangani masalahmasalah yang timbul.

5.7 Pusingan Ketujuh Jun 2011, ( Ho Chi Minh, Vietnam ) Pusingan seterusnya ini diadakan pada 15-24 Jun 2011 di Ho Chi Minh. Pihak perunding bekerja untuk menyatukan draf-draf teks yang dibuat dan mewujudkan cadangan teks baru dalam setiap kumpulan peunding termasuklah menegenai harta intelektual, perkhidmatan, ketelusan, telekomunikasi, adat dan alam sekitar. Setiap cadangan dalam draf teks tersebut akan dibentangkan kemudian. Setiap pihak membuat perbincangan mengenai tawaran masing-masing yang telah dibuat dan mencari pendekatan yang dapat membantu untuk mencapai hasil yang memberangsangkan. Beberapa negara yang telah menyediakan penawaran tariff perlu menyemak semula tawaran tersebut berikutan permintaan untuk menambahbaikan pada penawaran awal yang telah dibuat oleh mereka sebelum ini. Australia seperti rundingan sebelum ini masih menumpukan kepada perjanjian serantau dan peraturan asalnya. Isu-isu bersilang yang pernah dibincangkan sebelum ini dianggap cadangan daripada Amerika Syarikat dimana mahu menggalakkan penyertaan perniagaan kecil dan sedrhana dalam perdagangan antarabangsa, meningkatkan kepaduan, mewujudkan daya saing yang tinggi dan peraturan rantaian bekalan makanan. Selain itu, pihak TPP membuat perbincangan mengenai kepentingan perjanjian yang dibuat itu untuk memberi khidmat serta merapatkan jurang
18

pembangunan antara ahli-ahli TPP. Oleh itu, satu forum yang berkepentingan telah dibuat pada 19 Jun yang dihadiri oleh pelbagai kumpulan industri, ahli akademik, ahli perniagaan dan NGO.

5.8 Pusingan Kelapan September 2011 ( Chicago ) Pusingan rundingan seterusnya telah diadakan di Chicago, Amerika Syarikat pada 6-15 September 2011. Seperti rundingan sebelum ini, semua pihak TPP masih terus berusaha untuk terus meluaskan perjanjian yang dibuat. Mereka juga berusaha untuk menyatukan dan merapatkan jurang kedudukan antara negara-negara TPP melalui teks2 cadangan yang telah dikemukan oleh setiap negara. Hasil daripada rundingan ini, terdapat beberapa kemajuan yang telah dicapai iaitu berkaitan kastam, isu-isu kebersihan dan Fitosanitasi (SPS, Halangan Teknikal kepada Perdagangan (TBT), telekomunikasi dan juga perolehan kerajaan. Selain itu, terdapat juga perbincangan yang terperinci mengenai isu-isu abad ke-21 seperti cara-cara untuk mengukuhkan manfaat dalam perjanjian untuk PKS, daya saing, kepaduan dan pembangunan peraturan. Namun terdapat beberapa teks cadangan yang masih dalam perancangan dan dijangka akan dibentangkan sebelum pusingan rundingan seterusnya. Dalam aspek barangan pasaran, pihak TPP membincangkan mengenai tawaran masing-masing dan bersama-sama mencari pendekatan yang akan membantu untuk mencapai hasil yang tertinggi. Beberapa negara yang menyediakan tawaran itu memberi tawaran yang baik di dalam akses pasaran ini termasuklah negara Australia yang begitu komited untuk memajukan akses pasaran yang dibuat melalui perjanjian serantau ini. Dalam sektor perkhidmatan, pelaburan dan perolehan kerajaan, pihak rundingan terus berhasrat untuk memajukan sektor ini dengan membincangkan dengan terperinci langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh setiap negara TPP. Pada hari keempat rundingan iaitu 10 September, sebuah forum secara besar-besaran diadakan. Forum ini telah menarik 250 perwakilan. Terdapat juga lebih daripada 60 persembahaan yang berkaitan kepentingan sektor swasta, perindustrian, akademik dan masyarakat sivil. Isu-isu lain seperti harat intelek, tekstil, pelaburan negeri, penyelesaian pertikaian, rantaian bekalan, alam sekitar, kawalan modal dan perusahaan milik negara juga dipersembahkan dalam forum tersebut.

5.9 Pusingan Kesembilan Oktober 2011 ( Lima, Peru ) Pusingan rundingan pada kali ini dihadiri oleh kira-kira 870 perwakilan yang terdiri daripada perunding, pemegang kepentingan dan media. . Rundingan masih tertumpu pada isu yang sama iaitu isu-isu kebersihan dan Fitosanitasi, Halangan Teknikal kepada Perdagangan (TBT) dan Peraturan Tempatan (Roos). Pada rundingan di Lima ini, satu cadangan baru telah dibentangkan dan akan dibincangkan dalam kumpulan kerja Dasar Persaingan. Hampir kesemua teks cadangan dibentangkan walaupuan isu berkaitan tenaga kerja dilanjutkan dan akan dibincangkan dalam masa yang terdekat ini. Kemajuan yang ketara berkaitan peruntukan telah dicapai dalam rundingan ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan manfaat perjanjian diperolehi. Selain itu, ia dapat meningkatkan kepaduan kawal selia di rantau ini, membangunkan daya saing serantau dan rantaian bekalan dan juga mengiktiraf keutamaan pembangunan daripada sembilan pihak.

19

Namun begitu, terdapat beberapa cadangan yang sensitif dan kompleks yang dikemukakan termasuklah berkaitan harta intelek dan ketelusan. Walaupun ramai pihak yang menyokong, namun isu seperti ini akan mengambil masa untuk mencapai hasil yang memuaskan hati semua pihak. Semua ahli TPP bebas untuk mengemukakan cadangan namun cadangan itu akan dilaksanakan jika ia dipersetujui oleh semua pihak. Pusingan rundingan pada kali merupakan pusingan terakhir sebelum Menteri dan Pemimpin TPP bertemu semasa Sidang Kemuncak APEC di Hawaii. Dalam mesyuarat mereka itu, menteri-menteri dan pemimpin TPP akan mengkaji sejauh mana rundingan dilaksanakan dan menawarkan bimbingan kepada perunding. Semasa rundingan kali ini juga, pegawai Australia dari Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan, Austrade dan Jabatan Pertanian, Perhutanan dan Perikanan mengemukakan beberapa isu pada forum yang dianjurka pada 23 Oktober oleh PromPeru iaitu sebuah agensi pembangunan eksport Peru. Ia bertujuan untuk menyerlahkan potensi kebaikan perjanjian dalam eksport masyarakat.

5.10 Pusingan Kesepuluh Disember 2011 ( Kuala Lumpur ) Pada pusingan rundingan pada kali ini dikenali sebagai pusingan mini kerana hanya sebilangan kumpulan kecil sahaja yang terlibat. Kumpulan kumpulan tersebut terdiri daripada kumpulan perundangan, perkhidmatan, pelaburan dan harta intelek. Pasukan rundingan bagi akses pasaran perindustrian, pertanian dan tekstil juga turut serta. Semuanya diberi peningkatan untuk merapatkan jurang mengenai isu-isu dalam teks cadangan berkaitan undang-undang dan perundingan pengaturan akses pasaran. Sembilan pihak diadakan di Malaysia berikutan mesyuarat bersama Pemimpin TPP di Honolulu pada pertengahan November. Dalam mesyuarat itu, Pemimpin TPP telah mengumumkan bahawa hasrat untuk meluaskan perjanjian TPP ini telah dicapai dan disahkan laporannya yang telah diterima daripada menteri perdagangan TPP. Hal ini termasuklah hasrat FTA yang ingin menghapuskan tariff dan halangan lain terhadap sektor perdagangan dan pelaburan. Selain itu, pemimpin juga mengarahkan setiap pegawai bergerak ke hadapan untuk memuktamadkan secepat mungkin perjanjian TPP. Dalam usaha untuk memenuhi matlamat ini, ketua perunding bertemu untuk membincangkan pelan tindakan yang seterusnya bagi membuat perjanjian tersebut. Semua pihak saling bekerjasama untuk membangunkan pelan tindakan yang terperinci untuk memuktamadkan rundingan dalam setiap satu daripada 20 kumpulan rundingan. Dalam pusingan rundingan ini, Australia telah ditawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi rundingan penuh dalam pusingan seterusnya dan beberapa perancangan sedang dilakukan. Seperti dalam pusingan rundingan sebelum ini, akan ada peluang bagi mereka yang berkepentingan untuk melibatkan diri dengan perunding di beberapa acara dalam pusingan. Keahlian rundingan TPP juga akan bertambah apabila Jepun, Kanada dan Mexico telah secara rasmi menyatakan minat untuk turut serta. Dengan itu, wujudnya proses dua hala dengan negara-negara ini untuk membincangkan kesediaan mereka untuk menyertai dan membincangkan mengenai keupayaan mereka untuk mengekalkan matlamat rundingan. Proses yang sama berlaku kepada setiap negara TPP yang menyertai di mana setiap keputusan muktamad dipersetujui oleh semua pihak TPP semasa.

20

5.11 Pusingan Kesebelas Mac 2012 ( Melbourne, Australia ) Australia telah menjadi tuan rumah pusingan kesebelas ini dari 1-9 Mac 2012. Pusingan ini merupakan pusingan penuh yang pertama yang melibatkan kesemua ahli kumpulan sejak rundingan bertemu pemimpin TPP di Honolulu pada November tahun lepas diadakan. Ketiki di Honolulu, pemimpin TPP mengumunkan bahawa perjanjian penuh telah dicapai dan beliau mengarahkan semua ahli rundingan terus melipatgandakan usaha mereka untuk memuktamadkan perjanjian tersebut. Pada pusingan ni, seramai 500 orang perunding telah hadir yang datangnya dari Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. Pihak TPP telah mencapai tahap hubungan yang semakin erat dan ia kekal di landasan yang betul. Kerja-kerja yang dijalankan pada pusingan ini menunjukkan negara-negara TPP khususnya diberi peruntukkan sumber yang diperlukan supaya ia dapat mengakhirkan rundingan ini secepat mungkin. Peningkatan yang ketara telah dtunjukkan melalui peraturan kepaduan, ketelusan, daya saing dan kemudahan perniagaan, kepentingan perusahaan kecil dan sederhana serta pembangunan. Rundingan mengenai akses pasaran bagi barangan, perkhidmatan, pelaburan dan pemerolehan kerajaan berjalan dengan lancar. Beberapa negara telah membentangkan tawaran yang baik untuk perkhidmatan, pelaburan dan pemerolehan kerajaan. Pihak TPP terus berusaha ke arah meningkatkan penawaran dan meminta membuat penambahbaikan untuk mencapai matlamat secara menyeluruh. Pada hari Ahad 4 Mac, satu forum dengan pihak berkepentingan telah diadakan yang dihadiri oleh semua perunding dari setiap negara TPP. Forum ini memaparkan kira-kira 40 persembahan daripada pelbagai kumpulan akademik, ahli perniagaan dan kumpulan kepentingan awam. Satu lagi majlis telah diadakan pada hari Selasa 6 Mac. Melalui majlis yang diadakan ini, ia dapat memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkepentingan daan para perunding untuk bertemu secara tidak rasmi dan seterusnya membincangkan pandangan mereka mengenai perkara-perkara berkaitan TPP.

5.12 Pusingan Kedua Belas Mei 2012, ( Texas ) Pada pusingan rundingan seterusnya telah menjadikan Dallas, Texas sebagai tuan rumah yang diadakan pada 8-18 Mei 2012. Semua pihak berkomited untuk meneruskan hasrat mencapai matlamat yang diinginkan. Selain itu, mereka mengiktiraf fleksibiliti yang diperlukan untuk membangunkan penyelesaian yang akan diterima oleh semua pihak. Segala kemajuan telah dibuat iaitu dari sudut barangan, perkhidmatan, pelaburan, telekomunikasi, e-dagang, perolehan kerajaan, adat, harta intelek, tenaga kerja dan persaingan kumpulan kerja. Perunding menyimpulkan bahawa perbincangan mengenai peruntukan itu bertujuan untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana selain untuk mengambil manfaat daripada perjanjian yang dibuat. Dalam rundingan itu juga, setiap negara terus berusaha untuk membangunkan pakej tariff yang berkualiti tinggi dan yang akan memberikan akses kepada pasaran perindustrian dan pertanian di negara masing-masing. Format baru bagi penyertaan pihak berkepentingan telah diperkenalkan dalam pusingan ini dimana ia membenarkan penglibatan satu pihak yang berkepentingan dengan perunding dari sembilan buah negara TPP itu. Kira-kira 300 pihak berkepentingan berdaftar mengambil bahagian dalam acara ini dan mereka mengatakan bahawa format ini hanya
21

dibenarkan untuk membincangkan perkara-perkara yang khusus sahaja. Ketua perunding juga telah memberi taklimat kepada pihak-pihak berkepentingan mengenai peningkatan yang telah dibuat sepanjang rundingan yang telah dijalankan dan juga menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pihak berkepentingan yang tertumpu kepada perkara berkaitan perolehan kerajaan, harta intelek, pelaburan dan isu-isu ketelusan. Menteri-menteri perdagangan TPP akan bertemu menteri perdagangan APEC di dalam mesyuarat yang akan datang yang diadakan di Kazastan, Rusia pada awal Jun untuk membincangkan mengenai kemajuan rundingan. Mereka akan bertukar-tukar pandangan mengenai rundingan dua hala ini untuk mempertimbangkan keahlian Kanada, Jepun dan Mexico dalam TPP ini.

5.13 Pusingan Ketiga Belas Julai 2012 ( San Diego,California ) Pada pusingan ini, rundingan lebih menumpukan kepada membuat kesimpulan mengenai lebih 20 bab yang selama ini dibincangkan antara Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Perjanjian TPP ini merupakan inisiatif perdagangan utama pentadbiran Barack Obama di mana beliau memohon untuk menyokong pekerjaan bagi pekerja-pekerja Amerika dengan meningkatkan eksport Amerika ke rantau Asia Pasifik yang lebih dinamik. Selain itu, beliau juga menggalakkan pengeluaran dari segi pembuatan, inovasi dan keusahawanan, dan pada masa yang sama ingin mencerminkan nilai-nilai penting yang terdapat dalam perjanjian tersebut iaitu berkaitan isuisu hak-hak pekerja dan alam sekitar. Pada rundingan kali ini, seluruh bab-bab yang dibincangkan diberi peningkatan yang lebih menyeluruh oleh setiap negara TPP. Setiap kumpulan perunding telah mencapai kemajuan yang penting dalam beberapa bab termasuklah berkaitan kastam, perkhidmatan merentas sempadan, telekomunikasi, perolehan kerajaan, dasar persaingan dan pembinaan keupayaan. Di samping itu, kumpulan perunding ini juga turut membincangkan mengenai isu-isu lain yang berkaitan seperti pelaburan, perkhidmatan kewangan, kemasukan sementara dan isu-isu lain. Contohnya Amerika Syarikat yang telah membentangkan cadangan baru dalam hartanah kumpulan hak intelektual yang mempunyai kaitan dengan batasan hakcipta dan pengecualian. Sembilan negara TPP yang terlibat dalam rundingan ini meneruskan perbincangan mengenai bagaimana untuk menggalakkan rantaian bekalan serantau kerana ia dapat menambahkan lagi manfaat daripada perjanjian tersebut. Di samping itu, mereka membincangkan mengenai komitmen tertentu kepada liberalisasi pasaran mereka berkaitan perkhidmatan, di mana ia merupakan salah satu perkara yang dilihat mempunyai potensi untuk meraih peluang melalui perjanjian TPP. Pada rundingan ini juga dapat memberi pelbagai peluang hampir 300 orang yang berdaftar untuk bertemu dengan Amerika Syarikat dan perunding TPP yang lain. Pada 2 Julai, iaitu hari pertama rundingan, pihak berkepentingan telah terlibat dalam forum semasa rundingan diadakan. Hal ini membolehkan wakil-wakil industri, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan orang awam untuk bertemu secara langsung dengan para perunding TPP untuk membincangkan isu-isu tertentu. Sesetengah pihak berkepentingan ini juga turut membentangkan secara rasmi kepada perunding. Pada 3 Julai pula, ketua perunding dari sembilan negara TPP telah mengadakan taklimat dengan pihak berkepentingan dan Ketua Perunding dari Amerika Syarikat telah turut serta dalam perbincangan tersebut yang diadakan di University of California, San Diego. Pada 6 Julai, para perunding telah mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan oleh AFL-CIO dan kumpulan-kumpulan lain yang memaparkan ucapan daripada Kongres Bob Filner, San Diego Port, Pesuruhjaya
22

Scott Peters, dan Lorena Gonzalez, Secretary-Treasurer/ CEO daripada San Diego dan Imperial Daerah-daerah Majlis Buruh AFL-CIO. Terdapat juga mesyuarat tambahan antara perunding dan pihak berkepentingan di seluruh pusingan rundingan. Pada rundingan bertarikh 9 dan 10 Julai, kongres memberitahu kepada pihak TPP bahawa negara Mexico dan Kanada ingin menyertai rundingan TPP. Pemberitahuan ini telah mencetuskan tempoh 90 hari di mana pentadbiran Obama akan berunding dengan kongres mengenai objektif berkaitan kepada peserta baru.

5.14 Pusingan Keempat Belas September 2012 ( Virginia ) Rundingan kali ini telah dibuat di Leesburg, Virginia. Para perunding memberi tumpuan kepada penyelesaian mengenai isu-isu tertunggak. Setelah 10 hari membuat rundingan di Virginia ini, perunding dari Amerika Syarikat dan negara TPP yang lain berusaha untuk mencapai persetujuan mengenai teks-teks daripada 29 perjanjian. Delegasi ahli TPP juga terus bergerak ke hadapan dalam membina tariff dan komitmen mengenai pembukaan pasaran lain. Melalui TPP ini, pentadbiran Obama sedang berusaha untuk memuktamadkan perdagangan dan perjanjian pelaburan dengan beberapa ekonomi yang paling dinamik di Asia Pasifik. Selain itu, mereka juga berusaha untuk meningkatkan eksport AS dan menyokong pembentukan dan pengekalan pekerjaan di AS serta memajukan nilai teras AS seperti hakhak pekerja dan perlindungan alam sekitar. Pada 9 September, lebih daripada 250 pihak-pihak berkepentingan yang mewakili 93 kumpulan yang terdiri daripada masyarakat sivil, organisasi pembangunan perniagaan dan tenaga pekerja. 60 pembentang telah diberi peluang untuk membuat persembahan ringkas mengenai pandangan mereka mengenai isu-isu utama rundingan. Pada hari yang sama juga, Ketua Perunding dari AS dan Penolong Wakil Perdagangan AS, Barbara Weisel serta ketua perunding yang lain telah memberi taklimat kepada pihak berkepentingan dan mengambil soalan-soalan mengenai bahan dan proses berkaitan rundingan TPP.

5.15 Pusingan Kelima Belas Disember 2012 ( Auckland ) Pusingan rundingan kelima belas ini telah diadakan di Auckland, New Zealand pada 3-12 Disember 2012. Para perunding mencapai kemajuan yang baik semasa di Auckland dengan harapan untuk memuktamadkan rundingan menjelang akhir tahun 2013. Pada rundingan kali ini negara Kanada dan Mexico telah menyertai rundingan buat kali pertama. Kemajuan yang ketara telah dibuat dalam isu telekomunikasi, perolehan kerajaan, tenaga kerja, halangan teknikal berkaitan perdagangan dan kastam. Para perunding terus berusaha untuk membangunkan barangan dan pakej akses pasaran perkhidmatan untuk menghapuskan tariff dan halangan lain dalam pedagangan. Hal ini adalah untuk memenuhi matlamat yang telah ditetapkan oleh Pemimpin TPP dan Menteri-menteri berkaitan. Pada forum bersama pihak berkepentingan yang diadakan pada 6 Disember, ia telah memberi peluang kepada mereka untuk membuat persembahan formal dan bertemu secara langsung dengan pihak perunding TPP. Perunding dari Autralia juga turut bertemu dengan pihak berkepentingan yang berminat dalam margin pusingan di samping untuk melengkapkan peluang yang berterusan bagi mereka yang berkepentingan untuk memberi input kepada kerajaan mengenai isu-isu yang dibincangkan dalam TPP.

23

5.16 Pusingan Keenam Belas Mac 2013 ( Singapura ) Pusingan rundingan kali ini diadakan di Singapura pada 4-13 Mac 2013 dimana Singapura yang menjadi pengerusi rundingan telah melaporkan bahawa terdapat pembaharuan dalam gerak kerja rundingan dengan matlamat meletakkan rundingan ini dalam proses yang lebih pantas untuk menamatkan perjanjian secara menyeluruh sepanjang tempoh tahun 2013. Pihak rundingan telah berjaya mencari jalan yang lebih maju ke hadapan bagi menyelesaikan isuisu yang masih dalam teks perjanjian. Selain itu, mereka juga mencapai kata sepakat mengenai isu-isu yang tertunggak berkaitan adat, telekomunikasi, kepaduan dan pembangunan peraturan. Apa-apa kerja yang masih lagi dalam proses tindakan akan diambil kira pada pusingan akhir rundingan ini nanti. Ketua perunding telah mengatakan dalam rundingan ini bahawa tumpuan untuk pusingan rundingan seterusnya adalah untuk menyelesaikan isu-isu yang paling mencabar termasuk berkaitan harta intelektual, persainagn dan persekitaran. Rundingan TPP ditangguhkan buat sementara waktu pada 6 Mac supaya para perunding boleh mengambil bahagian dalam program yang dijalankan bersama pihak berkepentingan.

5.17 Pusingan Ketujuh Belas April 2013 ( Surabaya,Indonesia ) Pusingan rundingan ini masih lagi mengekalkan momentum yang kuat ke arah mencapai satu perjanjian yang berkualiti tinggi dan menyeluruh. Piahak-pihak TPP telah berjaya mencapai kemajuan dalam kebanyakan bab dalam perjanjian tersebut termasuklah berkaitan langkahlangkah sanitari dan fitosanitari, pemulihan perdagangan, tenaga kerja, perolehan kerajaan, perdagangan merentas sempadan, perkhidmatan dan isu undang-undang. Semua pihak juga turut menbincangkan isu-isu yang tertunggak dan bersetuju untuk mengambil langkahlangkah untuk mengatasi masalah yang timbul.para perunding menyatakan bahawa mereka akan terus bekerjasama untuk membina pakej akses pasaran yang komprehensif dalam perindustrian, pertanian, tekstil, perkhidmatan dan perolehan kerajaan. Pada 19 Mei, seramai 300 orang pihak berkepentingan yang datangnya dari Australia, Peru, Amerika Syarikat dan negara TPP yang lain telah mengambil bahagian dalam forum pemegang amanah. Mereka memberikan persembahan kepada para perunding mengenai pelbagai isu-isu yang dibincangkan dalam pusingan rundingan TPP. Dalam forum itu, ketua perunding telah memberi taklimat kepada pihak berkepentingan tersebut mengenai status rundingan dan menjawab soalan-soalan mengenai isu-isu tertentu. Beliau juga mengatakan bahawa Jepun akan mengambil bahagian dalam pusingan rundingan TPP yang seterusnya.

5.18 Pusingan Kelapan Belas Julai 2013 ( Kota Kinabalu, Sabah ) Dalam pusingan rundingan yang bermula pada 15 Julai dan berakhir 25 Julai ini telah menyaksikan penyertaan lebih daripada 650 pegawai-pegawai dari Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia ,Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. Pada 23 Julai, Jepun telah menjadi ahli ke-12 rundingan TPP secara rasmi. Dalam rundingan ini, Jepun menunjukkan komitmen yang baik dengan menyertai rundingan secara aktif. Hal ini menunjukkan negara Jepun bersedia untuk bekerjasama mengintegrasikan proses rundingan. Penyertaan Jepun dalam TPP ini telah mewujudkan pasaran sebanyak 790 juta orang dengan KDNK sebanyak 27 trilion dolar AS, iaitu satu pertiga daripada

24

perdagangan global. Mereka terus membuat kemajuan yang lebih baik semasa rundingan ini dalam menyelesaikan isu-isu yang lebih teknikal. Berhubung dengan akses pasaran bagi perindustrian, pertanian, tekstil dan produk pakaian, para perunding bersetuju untuk mengadakan program bagi mempercepatkan rundingan untuk mencapai matlamat perjanjian secara menyeluruh. Walaupun kejayaan besar telah dicapai dalam tempoh sehingga pusingan rundingan kelapan belas ini, namun masih lagi terdapat beberapa isu yang memerlukan kajian lanjut. Pada pusingan ini, para perunding berdepan dengan isu-isu yang lebih sukar dan sensetif. Pada 20 Julai 2013, forum bersam pihak berkepentingan telah diadakan yang dihadiri lebih daripada 200 orang peserta dan 44 orang daripada mereka mengambil bahagian dalam sesi pembentangan kertas kerja mengenai isu-isu berkaitan. Seperti pusingan rundingan sebelum ini, ketua perunding memberi taklimat kepada pihak berkepentingan tentang status rundingan dan menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan.

6.0 PANDANGAN TOKOH BERKENAAN ISU TPPA Isu TPPA ini telah mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pandangan dari tokoh-tokoh negara yang memandang isu ini sebagai isu besar. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diantara tokoh yang lantang memberikan pendapat berkenaan pelbagai isu yang berlaku dalam negara termasuklah isu TPPA ini. Menurut Dr. Mahathir, Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan beliau menyifatkan TPPA sebagai perkongsian yang tidak sama rata. Beliau juga menyifatkan TPPA sebagai satu percubaan Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan. Amerika Syarikat memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Seterusnya, mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan dimana wang mereka mampu menembusi mana-mana negara lalu memusnahkan ekonomi negara tersebut dengan menarik keluar pasaran wang. Manakala menurut Datuk Hamim Samuri iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Malaysia boleh menarik diri di saat akhir perbincangan berkenaan Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA), jika didapati ia tidak memberi faedah kepada negara. Menurut beliau, bukan hanya Malaysia, malah negara lain yang terlibat dalam TPPA ini juga boleh menarik diri jika merasakan tiada kepentingan untuk negara masing-masing. Malahan, menurut Datuk Seri Mustapha Mohamed iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula, kerajaan tidak terdesak untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Beliau berpendapat, kerajaan tidak akan berkompromi ke atas isu-isu berkaitan kepentingan Bumiputera serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam rundingan itu.

25

7.0 PENUTUP

Secara ringkas TPPA, walaupun mempunyai faedah-faedah yang positif, namun TPPA juga mempunyai kesan-kesan negatif mengatasi faedah-faedah tersebut. Paling membimbangkan ialah kesan jangka panjang TPPA yang sukar diramal dan dikawal dengan sistem yang agak liberal dan terbuka. Ramai pihak mendedahkan kesan-kesan negatif TPPA terhadap sektor dan kepentingan masing-masing. Namun kesan TPPA kepada generasi muda secara umum mendatangkan sekurang-kurangnya tiga kesan utama iaitu seperti: Kesan pertama ialah akses kepada dunia ilmu dan pendidikan yang akan semakin dikomersialkan, impaknya sektor ini akan menjadi semakin mahal andainya bab hak harta intelek atau intellectual property rights (IPR) tidak berjaya ditangani dengan baik. Isu hak cipta atau copyrights khususnya berkaitan pembelian jurnal ilmiah secara online turut akan memberikan kesan langsung kepada mahasiswa. Antara cadangan dalam TPPA ialah penetapan tempoh akses dalam mana-mana jurnal berkaitan. Sebagai contoh, jika satu satu jurnal itu dtempah untuk digunakan sebanyak 10 kali sahaja, andai mahu diakses buat kali ke11, ia sudah tidak dibenarkan dan pengguna harus subscribe lagi. Ini sudah tentu menambahkan beban di pihak pengguna dan terus menguntungkan pihak korporat. Kesan kedua pula ialah berkaitan belia dan dunia perniagan. Persaingan yang tinggi dalam bidang keusahawanan di kalangan belia akan memberi tekanan kerana TPPA melibatkan dasar liberalisasi ekonomi yang akan memberi ruang dan peluang kepada para pelabur luar Negara yang bermodal besar untuk bersaing dengan para usahawan tempatan baik yang muda dan profesional. Berkenaan dengan tenaga mahir juga menjadi cabaran khususnya bagi lepasan graduan universiti kerana mereka sudah tentu akan bersaing sengit dengan tenaga kerja luar yang lebih berpengalaman dan lebih murah kos upah atau gajinya. Ini termasuklah penghapusan cukai ekport. Dengan mengurangkan atau menghapuskan cukai eksport, negara seperti Malaysia yang sebahagian besar eskportnya masih barangan mentah, akan menyaksikan negara-negara rakan TPPA menikmati sumber-sumber negara dengan harga yang jauh lebih murah. Ia seterusnya membunuh pengeluar industri perantara tempatan seperti pembekal kelangkapan teknologi dan perabot, industry penapisan kelapa sawit dan pengeluar produk tani dan makanan. Kesan terakhir ialah berkaitan belia dan budaya. Globalisasi adalah dunia tanpa sempadan yang akan membawa masuk budaya luar secara tidak langsung. Namun dengan kehadiran TPPA akan mengabsahkan usaha pembawaan masuk budaya asing yang sekiranya ditentang, berpotensi memberi kesan buruk kepada Kerajaan Malaysia seperti kemungkinan di saman oleh syarikat pengendalian acara yang menganjurkan konsert konsert hiburan melampau sebagai contoh.. Ini jelas merupakan agenda deIslamisasi yang tersembunyi bakal mengundang malapetaka kepada akhlak dan moral generasi muda.Walaupun TPPA tidak dinafikan mempunyai faedah kepada pembangunan ekonomi negara, namun kesan-kesan negatif jelas kelihatan dan membimbangkan.
26