Anda di halaman 1dari 4

Rancanganan Pengajaran Hariaan PJ KSSR Tahun 2 Unit 16 Tajuk : Manipulasi Alatan : Menangkap Bola

Standard Pembelajaran : 1.2.1 - Melakukan pergerakan melompat sebelah kaki 2.2.3 - Menyatakan postur yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor 5.2.2 - Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti

Objektif Pembelajaran : 1. Boleh menangkap bola sebanyak 4 kali daripada 7 percubaan dengan lakuan betul. 2. Boleh menangkap pelbagai arah. 3. Seronok dan berkeyakinan. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : 1. Set Induksi Pening - Pening Lalat 1. Murid berada di dalam bentuk bulatan mengelilingi kawasan skitel 2. Murid akan bergerak perlahan dan akan menambah kelajuan apabila wisel dibunyikan. 3. Ritma pergerakan murid berlari adalah mengikut jenis tiupan wisel oleh guru. 4. Murid akan berlari dalam keadaan perlahan, sederhana dan laju 5. Regangan otot tangan dan kaki 6. Guru perlu peka dengan keadaan murid agar tiada tolak menolak

2. Menangkap bola pelbagai aras (Statik) 1. Murid berada di dalam kumpulan (5 orang) 2. Seorang murid akan berada di tengah dan menjadi pengumpan dan akan bertukar tempat secara bergilir - gilir 3. Murid akan menangkap bola dari aras yang berbeza - beza aras lutut, pinggang, dada dan kepala.

3. Menangkap bola (dinamik) 1. Murid berada di dalam kumpulan (5orang) 2. Murid akan bergerak melalui halangan rendah, tinggi dan gelung rotan 3. Murid akan menangkap bola semasa bergerak ke hadapan 4. Guru perlu mengingatkan kepada murid tentang postur badan yang betul dan tidak perlu berlumba untuk melakukan kemahiran.

Aktiviti 3 : Permainan kecil Bola Baling Mini 1. Murid berada dalam kumpulan (5 orang) 2. Murid hanya dibenarkan bergerak 3 langkah dan menghantar bola kepada rakan. 3. Murid yang berjaya menjaringkan gol dengan tangkapan bola paling banyak dikira pemenang. 4. Guru menerapkan nilai kejujuran dan mengarahkan murid melakukan kemahiran dengan betul.

4. Regangan dan Pentaksiran Lisan 1. Murid melakukan Cooling Down pada bahagian otot kaki dan tangan 2. Guru menyoal murid berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari contoh : 1. Apakah kemahiran yang kita pelajari dan kuasai hari ini? 2. Otot manakah yang banyak digunakan dalam melakukan kemahiran ini? 3. Permainan apakah yang menggunakan kemahiran ini? Murid

Guru

Alatan : Skitel, gelung, kon, bola baling Nilai : Bekerjasama EMK : Kreativiti dan Inovasi Impak : 32 / 32 orang murid dapat melakukan kemahiran menangkap dengan betul dan yakin serta dapat menyatakan postur badan yang betul dalam pelbagai aras. Refleksi :

Anda mungkin juga menyukai