Anda di halaman 1dari 2

Analisis Filem Dangerous mind.

Sinopsis Mrs Louanne Johnson yang merupakan veteren angkatan laut mengajar sebagai guru bahasa Inggeris di Calmont High School. Pada hari pertama dia masuk ke kelas, para pelajarnya tidak mempedulikannya. Akhirnya, di hari pertama, dia meninggalkan kelas dengan kemarahan. Mrs. Jphnson berusaha menarik perhatian mereka dengan pelajaran karate. Cara ini berhasil. Setelah itu, dia mula menghubungkan pelajaran dengan sehidupan pelajarnya dan memeberikan ganjaran seperti coklat kepada pelajar yang dapat menjawab soalannya. Masalah muncul apabila tiga orang pelajarnya berkelahi sesama sendiri. Mereka digantung selama tiga hari. Mrs. Johnson berkunjug ke rumah meraka dan akhirnya mereka insaf. Masalah muncul lagi apabila Callie, pelajarnya yang paling cerdas hamil anak luar nikah dan terpaksa berpindah sekolah. Selain itu, ibu kepada pelajarnya meminta anaknya bethenti sekolah kerana mendakwa Mrs. Johnson telah meracuni pemikiran anaknya. Kejadian tersebut membuatkan dia memutuskan untuk berhenti belajar. Namun, para pelajarnya menyedarkannya tentang pengorbananya selama ini yang banyak membantu mereka supaya tidak menyerah kepada kegagalan. Akhirnya, Mrs. Johnson bersedia untuk kembali mengajar. Banyak pelajaran yang saya dapat melalui filem ini. 1. Sebagai seorang guru, kita harus mampu memahami perangai pelajar kita sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, kita boleh menentukan teknik dan strategi pembelajaran yang sesuai untuk mereka. Pengunaan strategi yang sesuai amat penting agar objektif pelajaran dapat dikuasai oleh murid. Jika tidak, tujuan pembelajaran tidak akan tercapai. 2. Sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai motivasi yang tinggi untuk melakukan sesi pengajaran. Kita tidak boleh mudah berputus asa apabila usaha kita menemui kegagalan. Guru harus bijak dan kreatif dalam menggabungjalinkan pelbagai kaedah agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. 3. Terdapat banyak cara untuk seorang guru itu mendapatkan perhatian para pelajarnya. Antaranya ialah: Memberi motivasi (motivation)

Meberi hadiah (reward) Memberi hukuman / peneguhan yang positif.

4. Namun, guru perlu berpada- pada ketika memberikan hadiah supaya tidak berlebihan. Ini akan menjadikan pemikiran para pelajar kurang baik. Mungkin selepas ini, para pelajar tidak mahu membuat tigasan sekiranya tidak diberikan hadiah. Guru perlu memberitahu mereka bahawa, proses

pembelajaran itu sendiri merupakan hadiah yang sangat berharga seta bermanfaat bagi masa depan mereka. 5. Setiap pelajar mempunyai perangai dan sifat yang berbeza. Oleh sebab itu, sebagai seorang guru, kita mestilah boleh melakukan pelbaagai pendekatan kepada para pelajar. Pendekatan ini boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Contohnya di dalam filem ini, ketika Mrs. Johson melakukan DylanDylan Contest merupakan pendekatan berkelompok. Bagi pendekatan individu pula apabila Mrs. Johnson berkunjung ke rumah pelajarnya yang bermasalah. Selainitu, sebagai seorang guru, kita mampu untuk

menumbuhkan semangat dalam diri para pelajar supaya mereka sentiasa aktif dalam kegiatan penagaran dan pembelajaran. 6. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mampu menjangka dan memberi perhatian lebih kepada perkembagan psikologis para pelajar kita kerana bebarapa masalah keluarga boleh mempengaruhi perkembangan psikologi individu tersebut. Para pelajar ini berkemungkinan akan menjadi individu yang tertutup (introvet), stress dan emosional.