Anda di halaman 1dari 2

PALANI KUMAR A/L MARIAPPAN 830715-04-5433

Saya Palani Kumar A/L Mariappan (830715-04-5433), ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan BIG ketiga pada kali ini, terutama sekali pensyarah saya yang telah banyak membimbing dan memberi sokongan dalam menjayakan BIG ini. Kami telah melaksanakan BIG kali ini di SJKT Ladang Seremban. Pada 14 Ogos yang lepas, kami telah mengikuti satu program khidmat Masyarakat Bina Insan Guru ( BIG) bertempat di SJKT Ladang Seremban. Program ini telah dihadiri oleh lima orang guru dan 20 orang murid tahun 6.

Program ini telah berlangsung selama sehari di sekolah tersebut. Program gotong royong ini telah membantu saya dalam meningkatkan profesion perguruan saya. Penceramah telah memberi banyak input yang berfaedah dan berguna sepanjang program ini.menurut beliau, apa sahaja pengajaran atau maklumat yang

disampaikan haruslah disalurkan kepada sesebuah organisasi dengan betul dan tepat. Saya berasa bangga kerana mendapat peluang untuk melaksanakan program seperti ini yang telah memberi banyak pengalaman dan kepuasan kepada saya. Sepanjang saya dan ahli kumpulan menjalankan program ini, saya mendapat banyak maklumat yang berfaedah disamping dapat menimba ilmu pengetahuan tentang ceramah ini. Ceramah seperti ini memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan ilmu pengetahuannya dalam merancang sesuatu projek seperti di atas. Disamping itu juga, saya dapat mengenalpasti perancangan terbaik yang mampu mencapai objektif yang telah digariskan.

Walaupun guru mempunyai pengalaman bekerja yang lama, disini saya telah mengenalpasti kelemahan diri dan rakan-rakan cara menyalurkan sesuatu perkara adalah amat penting sekali bagi menjaga dan menjamin kelancaran mencari

penyelesaian. Prosedur-prosedur yang telah ditetapkan perlulah diikuti dengan betul. Budaya ini sangat penting dalam kehidupan seorang guru kerana semua ini adalah perkara lumrah yang perlu dihadapi oleh insan bernama seorang guru. Penceramah juga sempat menyatakan tentang akauntabiliti seseorang guru, yang mana guru haruslah mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi terhadap pelajar mereka dan juga tugasan yang diberikan oleh pengurusan. Guru juga harus menepati masa semasa memasuki kelas dan mengajar murid. Jadi saya telah mempelajari banyak kaedah perancangan serta cara mengurus, mengelola dan mentadbirkan sesuatu ceramah. Saya juga telah mendapat banyak input dalam penentuan objektif ceramah yang mana ia membantu guru dalam menyusun atur aktiviti susulan. Sepanjang pelaksanaan ceramah ini saya mendapat peluang dalam mengenali pendekatan, peralatan dan teknik yang membantu saya semasa menjalankan ceramah ini. Jadi tidak dapat dinafikan BIG ini telah banyak membantu saya dalam memperolehi maklumat berfaedah. Secara kesimpulannya, saya berasa syukur kerana dapat melaksanakan BIG ini dengan sempurna walaupun terdapat halangan. Walaupun saya mengalami kesuntukan masa, tetapi dengan bimbingan pensyarah saya, ibu bapa, kawan-kawan dapatlah saya menyempurnakan program BIG bersama dengan ahli kumpulan saya. Saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah berganding bahu dalam melaksanakan ceramah ini. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai