Anda di halaman 1dari 7

TEORI BEHAVIORIS SKINNER

NAMA : MOHD AIZUDDIN B. AZERAN MUHAMMAD ASHRAAF SAFWAN AMIR FAKHRI B. ISMAIL MUHAMMAD ILYAS B. FOZILAN MUHD FIRDAUS B. JOHARI NIK AIMAN AKIF B. NIK AYUB DICKLY MICHAEL

KOTAK SKINNER
Kotak skinner mempunyai satu penekan yang terletak pada dinding. Apabila ditekan satu ketulan makanan akan keluar dan akan masuk ke dalam kotak itu. Hasil kajian menggunakan kotak Skinner, Skinner telah mengutarakan satu konsep penting yang dikenali sebagai pelaziman operan. Pelaziman operan merujuk kepada satu proses yang beroperasi ke atas persekitaran. Suatu rangsangan khas yang dikenali sebagai pengukuh berupaya untuk meningkatkan berlakunya operan ataupun tingkahlaku yang berlaku sebelum pengukuh diberikan. Kecenderungan kita untuk mengulangi satu satu tingkahlaku pada masa depan bergantung pada akibat yang terhasil.

PRINSIP-PRINSIP PELAZIMAN OPERAN


Tingkahlaku yang diikuti oleh pengukuh akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa depan. Tingkahlaku yang tidak lagi diikuti oleh pengukuh akan mengurangkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku tersebut pada masa depan.

KONSEP PENTING BERKAITAN TEORI BEHAVIORIS


PENGKUHAN Pengukuhan positif. Merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu tingkahlaku disebabkan pemberian sesuatu rangsangan berikutan gerak balas yang ditunjukkan. Contohnya, seorang ibu memberi kata-kata pujian kepada anak yang telah menyiapkan kerja rumah. Pengukuhan negatif. Merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu tingkahlaku disebabkan penghapusan sesuatu rangsangan aversif berikutan gerakbalas yang ditunjukkan. Contohnya, apabila kita terlupa memakai tali pinggang keledar, bunyi buzer akan kedengaran. Untuk berhentikan bunyi tersebut kita akan memakai tali pinggang keledar setiap kali berada dalam kereta.

Pengukuhan berjadual Nisbah tetap. Pengukuhan diberikan selepas gerakbalas yang tertentu iaitu terdapat satu nisbah, nisbah tetap antara tingkahlaku dan pengukuh. Contohnya, tikus dalam kotak Skinner diberi makanan setelah menekan penekan sebanyak 3 kali ataupun 8 kali dan sebagainya. Sela tetap. Pengukuhan diberikan untuk gerakbalas pertama setelah satu tempoh masa tetap berikutan dengan pemberian pegukuhan yang terakhir. Contohnya, tikus diberikan pengukuhan berbentuk satu ketulan makanan bagi tekanan penekan pertama setelah berlangsungnya 20 saat pemberian pengukuhan terakhir. Variable nisbah. Pengukuhan diberikan setelah jumlah gerakbalas secara rawak diberi iaitu secara purata setiap gerakbalas ke 3. Contohnya, pada peringkat permulaan, tikus perlu menekan butang sebanyak 3 kali untuk mendapatkan satu ketulan makanan kemudian satu kali, seterusnya 8 kali dan sebagainya. Variable Sela. Pengukuhan diberikan setelah satu jangka masa yang berubah ubah, contohnya, pada peringkat awal tikus diberikan pengukuhan selepas 20 saat pertama, kemudian 5 saat seterusnya 20 saat kemudian 10 saat dan sebagainya.

PEMBENTUKAN Pembentukan bermaksud tingkahlaku tertentu diberikan pengukuhan sehingga ia merupai tingkahlaku yang diingini. Teknik yang digunakan untuk mencapai matlamat ini dipanggil successive approximations. Teknik ini boleh digunakan dalam terapi yang dikenali sebagai disentiasasi bersistematik. Terapi ini telah diutarakan Joseph Wolpe bagi merawat sesiapa saja yang mempunyai fobia.

TERIMA KASIH