Anda di halaman 1dari 7

GURU ABAD KE 21 : GURU BERKUALITI DAN BERINTERGRITI TINGGI

Guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan mampu menguasai serta mereaisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Manakala guru yang berintergriti bermaksud sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, dan boleh dipercayai. Seseorang guru yang berintegriti menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Guru berintergriti juga tidak sekali-kali melakukan penyelewengan

dalam aspek yang melibatkan kewangan. Guru berintergriti sentiasa memaparkan ciri-ciri dipercayai dan mendapat kepercayaan utuh daripada semua pihak serta taat dan setia terhadap perkhidmatannya dan mempertahan martabat profesionnya. Ciri guru yang berkualiti dan berintergriti tinggi yang pertama ialah bepengetahuan. Seorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengamalkan konsep pembelajaran seumur hidup. Guru yang berpengetahuan juga adalah seorang guru yang berjiwa sentiasa positif dengan keilmuan dan ketrampilan tinggi untuk melaksanakan tugas mereka. Mereka juga akan berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007). Seorang guru berpengetahuan akan mengetahui inovasi terkini dalam teknologi, sentiasa mengemaskini pengetahuan, sentiasa menghadiri kursus-kursus ilmu, selalu
1

membuat perbincangan intelektual. Bagi mendapat ciri berkualiti ini, pendidik/guru perlu mempunyai minat dalam menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Ini adalah kerana dengan memiliki ilmu yang luas, guru tentu dapat mengajar dengan lebih baik dari pelbagai sudut. Mengajar dengan ilmu yang cetek iaitu hanya daripada satu sudut sahaja, proses pengajaran berkemungkinan menjadi tidak seronok. Tetapi kalau ilmu tersebut luas, pengajaran menjadi lebih menarik puas. Seorang guru cemerlang sentiasa memiliki sikap tidak puas hati terhadap keupayaan diri, sentiasa ingin belajar bagi menambahbaikkan ilmu pengetahuan/kemahiran yang dimiliki. Kepekaan terhadap peubahan yang berlaku di serantau berkaitan dengan bidang pendidikan perlu dimiliki kerana ia menganggap perubahan sebagai petunjukarah terhadap perubahan yang perlu dilakukan olehnya terhadap diri mereka sebagai pelengkap untuk berhadapan dengan anak-anak didik. Jika guru bersedia maka gaya pengajaran dan pembelajaran juga akan berjaya diperoleh. Ciri guru berkualiti dan berintergriti tinggi yang kedua ialah berkepimpinan. Guru-guru bertanggungjawab atas setiap perlakuan murid di sekolah kerana guru sebagai pemimpin. Menurut Shippen (2004), ciri guru berkepimpinan berkesan adalah guru yang sentiasa mengamalkan pembelajaran berterusan untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran diri, mampu membuat pertimbangan yang wajar untuk mengelak perasaan tidak puas hati dalam kalangan murid disamping

membentuk kerjasama, membuang sifat mementingkan diri sendiri, bijak membuat keputusan, menjadi teladan kepada murid-muridnya, mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel, boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah. Seterusnya, seorang guru yang berkualiti dan berintergriti juga adalah seorang guru yang beriltizam. Beriltizam bermaksud keterlibatan secara bersungguhsungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu komitmen . Seorang guru yang beriltizam akan bersungguh-sungguh mengamalkan kemahiran professional iaitu mempelajari/menguasai kemahiran profesional keguruan serta mengorbankan masa cuti sekolah untuk menghadiri kursus. Guru beriltizam juga sentiasa berdaya usaha mengamalkan pengajaran efektif dimana seorang guru itu sentiasa berusaha dan memikir pendekatan atau kaedah mengajar yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan. Contohnya seperti penggunaan ICT, LCD, online learing dan lain-lain. Selain itu juga, guru beriltizam juga sentiasa
2

berdedikasi sebagai penyebar ilmu dimana guru tersebut mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa ilmu kepada para muridnya dan mengadakan aktiviti-aktiviti pemulihan bagi pelajar lemah di luar persekolahan dan tidak menerima bayaran. Guru beriltizam juga sentiasa ikhlas dan jujur sebagai pemimpin pendidik. Guru berkualiti juga haruslah mempunyai variasi gaya mengajar. Menurut Syaiful Bahri Djamarah (2000), meliputi variasi suara, variasi gerakan anggota badan dan variasi perpindahan posisi guru dalam kelas. Bagi melahirkan guru yang cemerlang dan berkualiti, variasi-variasi tersebut perlu ada pada diri setiap guru. Variasi tersebut dilihat sebagai sesuatu yang bertenaga, bersemangat dan memiliki relevan yang baik. Tingkah laku guru seperti itu ketika proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi dinamik dan mempertinggi komunikasi antara guru dengan murid, memudahkan penerimaan bahan pengajaran dan memberi ransangan kepada murid. Terdapat beberapa variasi gaya mengajar, antaranya ialah variasi suara, penekanan, gerakan anggota badan dan pindah posisi. Variasi suara melibatkan suara guru dalam mengawal kelas. Antara variasi suara adalah intonasi, nada dan sebagainya. Guru yang baik perlu menggunakan variasi tersebut dengan mengaitkan suatu peristiwa dengan menunjukkan hal-hal yang dianggap penting. Ini kerana seseorang guru perlu melihat keadaan sekeliling semasa proses

pembelajaran supaya semasa mengajar guru tersebut mengetahui untuk bercakap secara perlahan atau secara tajam, dengan pelajar sekiranya mereka kurang memberi tumpuan sewaktu dalam kelas dan sebagainya. Variasi penekanan juga amat penting kepada guru. Penekanan penting untuk memfokuskan perhatian pelajar pada suatu aspek penting. Oleh sebab itu, guru perlu menggunakan penekanan secara verbal seperti perhatian baik-baik, ini merupakan bahagian yang sukar. Penekanan seperti ini biasanya di gabungkan dengan gerakan anggota badan. Dengan cara ini dapat menarik perhatian murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Seterusnya gerakan badan juga memainkan peranan penting sewaktu di dalam kelas. Variasi gerakan anggota badan seperti mimik, gerakan kepala atau badan merupakan bahagian yang penting dalam komunikasi. Gerakan anggota badan bukan hanya untuk menarik perhatian sahaja, malah menolong menyampaikan erti pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Variasi pindah posisi dalam ruangan kelas pula amat penting kerana dapat membantu menarik perhatian
3

pelajar dan meningkatkan keperibadian guru. Perpindahan posisi dapat dilakukan dari bahagian depan ke bahagian belakang, dari sisi ke kanan atau di antara pelajar dari belakang ke pelajar. Di samping itu, dapat juga dilakukan dengan posisi berdiri kemudian berubah menjadi yang posisi duduk. Perubahan posisi ini harus ada tujuannya dan bukan sekadar mundar-mandir yang boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, ciri berketrampilan.Bagi melahirkan guru yang berkerterampilan, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti atau sahsiah diri yang baik. Hal ini kerana, personaliti ini perlu ditunjukkan dan dipraktikkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan dan perbuatan pendidik menjadi teladan bagi muridmurid. Bagi melahirkan gru yang berkesan ialah individu yang dapat menghormati antara perkataan, ucapan, perintah serta larangan dengan tindakan yang dipercayai, digunakan sebagai pegangan dan pedoman serta gerak geri diperhatikan dan dicontohi. Tugas pendidik sangat penting dan memikul satu tugas berat kerana dianggap sebagai suatu amanah Tuhan kepada manusia. Bagi melahirkan guru yang berkerterampilan, seseorang guru itu perlu bertanggungjawab dan ikhlas serta amanah kepada tugas yang dipikul. Selain daripada itu, seorang guru yang baik perlu ikhlas terhadap Allah S.W.T dan tidak boleh mengharapkan upah pembalasan dan ucapan terima kasih daripada tugas mereka. Oleh itu, gaji atau pendapatan bagi pendidik perlu diterima dan diharuskan, tetapi gaji bukanlah menjadi matlamat utama bagi bergelar seorang guru. Menurut iman Al-Ghazali (1996) niat Wajib memainkan peranan utama sebagai asas dalam proses pengajaran. Wajib membetulkan niat murid-murid, maka wajib juga membetulkan niat guru bahkan itu adalah lebih mulia daripada berlajar, Abdul Salam Yussof (2003). Selain itu, seorang pendidik yang berkualiti perlu menilai tujuan dan perkhidmatannya untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.t semata-mata. Hal ini dilihat pada sua sudut pandangan yang berbeza. Pertama, guru merupakan khalifah Allah S.W.T demi mencari keredhaan dan menghampiri diri kepada tuhan. Oleh itu, keadaan seperti ini dapat memurnikan tugas mendidik dan membimbing murid-murid. Komitmen menurut Slavain(1997) kesungguhan guru dalam proses keberkesanan pengajaran bergantung kepada empat faktor iaitu kualiti pengajaran, aras pengajaran, insentif dan juga masa. Kempat-empat faktor ini perlu ada dalam diri guru bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan berkesan. Kualiti pengajaran sememangnya
4

sangatpenting dalam proses pembelajaran. Kualiti pengajaran merujuk kepada kualiti maklumat dan kemahiran guru dalam mempersembahkan pengajaran supaya pelajar mudah memahami pelajaranya. Ini bermaksuda segala maklumat yang disampaikan mestilah terbaharu dan terkini. Disamping isi kandungan pembelajaran mestilah mudah dan padat bagi memudahkan pelajar memahami setiap isi pengajaran yang disampaiakn oleh guru. Aras pengajaran merujuk kepada kebolehan guru memberi makna kesesuaian dengan kebolehan pelajar dan kesediaan pelajar untuk belajar perkara yang baru. Oleh itu, guru haruslah peka dan bijak dalam meneliti setiap tahap keberkesanan pengajaran yang diajar. Jika pengajaran yang diajar tidak sesuai dan mendatangkan kesusahan kepada pelajar,guru perlu menukar dan mencari idea baru untuk memastikan setiap maklumat sampai kepada pelajar. Faktor insentif adalah merujuk kepada kebolehan guru yang memotivasi pelajar untuk terus belajar, menyiapkan kerja rumah serta tugas lain. Hal ini merupakan salah satu faktor yang boleh menarik minat pelajar untuk terus belajar. Kebolehan guru dalam memotivasikan pelajar akan meningkatkan kesedaran pelajar bahawa pentingnya ilmu kepada kehidupan. Faktor yang terakhir adalah masa. Masa sememangnya penting kepada guru dan juga pelajar. Guru yang menitikberatkan soal masa merupakan guru yang sangat menghargai setiap masa yang diperuntukan. Setiap guru mestilah peka terhadap masa yang telah diberikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, masa yang sesuai dapat menjamin proses pedagogi berjalan dengan baik dan berkesan. Penentuan masa boleh mempengaruhi minat dan meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang. Akal yang sihat terdapat pada tubuh yang sihat justeru itu, masa pembelajaran yang akan dibentuk mestilah sesuai dengan keadaan pelajar dan pengajar terutama dari segi masa yang bersesuaian dengan kecerdasan dan kesegaran otak. Guru yang berketerampilan adalah guru yang memanfaatkan setiap masa yang ada dengan melakukan perkara yang boleh meningkatkan prestasi dan mutu pembelajaran. Ciri yang terakhir ialah berkemahiran. Guru yang cemerlang perlu mempunyai kemahiran yang tinggi. Ini penting kerana dengan adanya kemahiran-kemahiran tertentu seseorang guru itu boleh menggunakan kemahiran yang ada justeru dapat mempraktikkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Setiap guru kini perlu mempunyai kemahiran dalam ICT. Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat, guru perlu di ubah supaya benarbenar mampu menjadi penyebar kepada perubahan budaya literasi teknologi,
5

khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik budaya. Guru yang tidak berkemahiran asas digalakkan menghadiri kursus sama ada yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negara atau Pejabat Pendidikan Daerah disamping kursus dalaman diperingkat sekolah. Manakala, guru yang sudah mahir dengan selok belok komputer, dijadikan fasilitator yang berfungsi secara langsung membimbing guru yang kurang mahir. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi adalah di antara faktor yang telah mengubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan.Perubahan akan terus berlaku dan jenis serta bentuk pekerjaan yang akan wujud pada masa hadapan sukar diramal dengan tepat.Untuk menangani perubahan dalam dunia pekerjaan ini,pendidikan guru teknologi memainkan faktor terpenting. Cabaran ini kepada guru teknologi ialah untuk melahirkan tenaga manusia yang mampu menghadapi perubahan dalam dunia pekerjaan.(Rashidi Azizan,1995). Cabaran kepada sistem pendidikan guru teknologi adalah besar sekiranya ingin mencapai tahap negara maju dalam tahun 2020. Tidak dinafikan bahawa asas sudah ada dalam pendidikan guru teknologi yang akan membolehkan merancang untuk menuju ke arah cita-cita tersebut. Namun,dengan persaingan yang guru akan hadapi pada tahun-tahun akan datang, sumber manusia yang bakal dilahirkan oleh guru teknologi haruslah mempunyai daya saingan yang peka kepada perubahan yang berlaku sekelilingnya. Mereka mestilah mempunyai kemahiran yang secukupnya dan menjadi pendidik yang terbaik dan mempunyai moral dan beretika serta teguh dalam nilai agama dan kerohanian yang mantap. Kemahiran dalam bahasa dan komunikasi perlu untuk penyampaian maklumat yang tepat dan jelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemahiran komunikasi memberi pendedahan kepada kefasihan bahasa, kemahiran interpersonal dan kemahiran sosial yang diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Menurut Gardner (1993), interpersonal ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Oleh sebab itu, kemahiran interpersonal ini perlu ada dalam diri seseorang guru. Hal ini demikian kerana, hubungan interaksi antara guru dengan pelajar sangat penting kerana dapat guru merupakan orang yang hampir dengan pelajar disekolah serta gurulah tempat mereka rujuk sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran berkomunikasi juga penting dalam proses pedagogi yang melibatkan kaedah tanya jawab. Kaedah tanya jawab ini memerlukan komunikasi yang baik antara guru dengan pelajar. Kaedah ini juga, ialah satu cara penyampaian bahan
6

pelajaran melalui bentuk pertanyaan yang perlu dijawab oleh pelajar. Sekiranya kurang komunikasi antara guru dengan pelajar, hal ini akan mendatangkan masalah semasa proses pembelajaran dan pembelajaran. Guru merupakan ibu dan juga bapa pelajar ketika di sekolah. Oleh itu, guru yang cemerlang hendaklah mempunyai kemahiran motivasi dan memberi motivasi kepada pelajar mereka agar mereka sentiasa berada di landasan yang betul. Guru yang mempunyai sifat dalaman yang tinggi dapat mampu menangani masalah pelajar dan meningkatkan semangat pelajar untuk belajar. Selain itu, kemahiran motivasi juga penting kepada guru sendiri kerana sekiranya guru menerima kritikan orang atasan, ini dapat dijadikan sebagai motivasi kepada diri sendiri dan semangat membina kepada guru tersebut. Antara kemahiran yang boleh meningkatkan motivasi pelajar ialah menggunakan teknik bercerita dan mengemukakan soalan yang mencabar. Tambahan pula, sekiranya bahan pelajaran yang disampaikan menarik, kemungkinan besar motivasi belajar pelajar akan semakin meningkat. Terdapat dua jenis motivasi yang boleh digunakan oleh guru iaitu motivasi yang datang dari dalam diri pelajar iaitu motivasi instrisik seperti persaingan, autonomi, keinginan, cabaran dan usaha. Kedua ialah motivasi yang berada di luar diri pelajar disebut motivasi ekstrinsik seperti pemberian hadiah dan hukuman. Menurut Ryan dan Deci (2001 dalam Suppiah N,2009),motivasi instrisik biasanya menghasilkan prestasi yang meningkat,kreativiti dan penghargaan kendiri. Oleh itu, guru yang berkualiti perlu ada kemahiran motivasi ini dalam proses pedagogi dengan menggabungkan kedua-dua motivasi bagi membantu pelajar melaksanakan tugasan dengan berkesan.disamping itu juga dapat membangkitkan rasa ingin tahu dan secara tidak langsung akan menggerakkan mereka untuk melibatkan diri secara aktif. Kesediaan guru yang penuh motivasi dan mahir dalam ilmu pengetahuan subjek yang diajar merupakan faktor yang harus dimilikinya. Mewujudkan motivasi adalah sangat penting untuk mengekalkan minat mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, menjadi guru berkualiti dan berintergriti tinggi menjelang abad ke 21 adalah perkara yang harus selaras dengan perkembangan dunia pendidikan yang pesat. Guru perlulah mempunyai ciri berpengetahuan, berkemahiran, beriltizam, berkepimpinan, berketrampilan dan menguasai variasi gaya mengajar. Ciri ciri ini akan membantu untuk meningkatkan prestasi murid dan juga sekolah.

Anda mungkin juga menyukai