Anda di halaman 1dari 28

KERJA KURSUS: QGJ3033 SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

NO. KUMPULAN: UPSI 04

DISEDIAKAN OLEH: NAMA NORIS BINTI KASSIM NO. MATRIK D20102045539

NAMA PENSYARAH

: EN. YUSOP BIN AHMAD

TARIKH SERAHAN

: 03 MEI 2013

PENGENALAN Aktiviti sukan dan rekreasi telah sekian lama menjadi sebahagian daripada cara hidup rakyat dan penduduk negara ini dan berkembang hingga menghasilkan kepimpinan dan organisasi sukarela dalam tahun-tahun lima puluhan. (Persatuan Olahraga Amatur Brunei ditubuhkan pada tahun 1953 dan Persatuan Bolasepak Amatur Brunei pada tahun 1956). Kini kira-kira 32 jenis sukan mempunyai Persatuan Sukan Kebangsaan dan lebih daripada 150 pertubuhan / kelab sukan dan belia menjalankan aktiviti sukan. Majlis Sukan Brunei yang telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan dibubarkan pada tahun 1987 bertujuan menggabung dan menyelaraskan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan. Peranannya diambil alih oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada tahun 1984. Majlis ini menjadi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan mewakili Negara dalam temasya / kejohanan anjuran / naungannya. Aktiviti sukan di sekolah dan institusi pelajaran tinggi dirancang dan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan, termasuk persediaan dan penyertaan di kejohanan peringkat ASEAN. Kementerian ini sedang merancang dan melaksanakan beberapa program pembangunan yang positif untuk melahirkan kumpulan atlit yang bermutu dan supaya dapat diselaraskan dengan program pembangunan sukan negara yang berasaskan kesinambungan. Jabatan-jabatan Kerajaan, Gedung-gedung Perniagaan dan Kelab-kelab Belia dan Sukan mengadakan berbagai aktiviti sukan dan rekreasi untuk faedah pegawai dan kakitangan dan ahli kelab. Di pihak Kerajaan usaha memimpin dan menyelaras aktiviti sukan bermula secara rasmi pada tahun 1974 dengan tugas seperti berikut:1. Mengawasi, mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan kebajikan, belia dan sukan; 2. Merancang dan memajukan sukan secara terpimpin dan terkawal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatu padu, kukuh bukan saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu
(4)

dengan penubuhan Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan

tetapi juga dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat dan Negara Brunei Darussalam. Pada tahun 1984 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah ditubuhkan untuk memperkukuhkan lagi kepimpinan, pelaksanaan dasar penyelarasan program. Pada

keseluruhannya penyertaan masyarakat dalam sukan dan rekreasi semakin bertambah melalui berbagai-bagai rancangan dan kemudahan sukan yang disediakan / dalam proses pembinaan / perancangan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Di sektor "Sukan Untuk Masyarakat" banyak lagi yang perlu diungkayahkan bagi memperluaskan penyertaan yang lebih aktif dan menghasilkan satu tapak atau landasan yang kukuh ke arah kecemerlangan. Di sektor "Sukan Prestasi Tinggi", walaupun beberapa kemajuan telah dicapai tetapi jika dibandingkan dengan negaranegara di rantau ASEAN kemampuan atlit dan pasukan negara amat terhad dan jauh ketinggalan.

KONSEP SUKAN REKREASI.

Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman. Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri. Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni deperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya. Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

DEFINISI. Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap. Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Kesenggangan pula memebawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan member kepuasa dalam diri individu. Pengertian perkataan rekreasi dan masa lapang mestilah difahami supaya tidak ada kekeliruan di masa hadapan. Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan ini mempunyai pertalian iaitu rekreasi selalunya dibuat pada masa lapang. Justeru itu dalam menuju ke arah gaya hidup sihat seseorang itu mestilah pandai membahagikan masa supaya masa untuk berekreasi wujud. Rekreasi terbahagi kepada dua jenis iaitu: (a) Rekreasi Aktif (b) Rekreasi Pasif

(a) Rekreasi Aktif Semasa Revolusi Industri berlaku pada era 1970-an, pekerjaan di United Kingdom lebih tertumpu kepada sektor perkilangan. Walau bagaimanapun pada 1980-an, terdapat suatu pergerakan yang menjurus ke arah dasar ekonomi perkhidmatan di UK, di mana orang kurang lagi aktif di tempat kerja. Hasilnya, semakin ramai pekerja mempunyai lebih banyak masa terluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi. Fenomena ini kemudian meningkat dari tahun ke tahun dan sejak akhir-akhir ini timbul pula aktiviti yang luar biasa dan berbahaya seperti bungee jumping.

Ciri-ciri Rekreasi Aktif Rekreasi aktif banyak melibatkan aktiviti fizikal. Pada zaman ini, ramai orang lebih cenderung melakukan rekreasi aktif. Ini kerana ia memberikan pengalaman, cabaran dan keseronokan kepada individu. Berikut ialah ciri-ciri rekreasi aktif: (a) Kegiatan sukan, sama ada sebagai pemain atau penonton golf, bola sepak, berenang, bermain tenis, boling, gimnastik. (b) Rekreasi luar suka membawa kereta, bersiar di tepi pantai, berjalan atau berkelah. (c) Melancong lebih dari satu malam membuat perjalanan yang jauh, lawatan, cuti hujung minggu dan bercuti.

Aktiviti-aktiviti Aktif Pada masa ini anda mungkin sudah mendapat gambaran mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi aktif. Seperti yang anda ketahui, aktiviti-aktiviti rekreasi aktif banyak melibatkan kegunaan fizikal berbanding rekreasi pasif. Dengan erti kata lain, rekreasi aktif menggunakan lebih tenaga.

Sumbangan Rekreasi Aktif kepada Gaya Hidup Sihat Rekreasi juga merupakan satu senaman. Oleh itu kebaikan atau sumbangannya terhadap gaya hidup adalah amat besar kerana dengan berekreasi, anggota tubuh badan kita sentiasa bergerak. Secara tidak langsung ia menyebabkan badan anda berpeluh, membakar kalori dan mengurangkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Rekreasi aktif banyak menyumbang kepada kesihatan fizikal kerana ia melibatkan aktiviti-aktiviti permainan. Selain itu rekreasi aktif juga boleh meningkatkan stamina anda. Ini kerana kebanyakan rekreasi aktif menggunakan ketahanan kardiovaskular atau aerobik. Contohnya, jika anda selalu berjoging atau berjalan kaki dengan masa dan kaedah yang betul bukan sahaja stamina anda yang meningkat tetapi juga tahap kesihatan anda. Rekreasi aktif juga dapat membantu dari segi emosi. Apabila anda melakukan perkara-perkara yang anda gemar seperti bermain bola sepak bersama-sama

rakan, anda akan berasa gembira. Hasilnya, anda juga akan berasa ceria dan tenang menempuh rutin harian. Semangat kerjasama sesama sendiri juga wujud di dalam rekreasi aktif. Contohnya bila anda menyertai perlawanan bola jaring atau futsal, kerjasama antara rakan sepasukan adalah penting selain daripada kemahiran dan kecergasan. Ini kerana ia membentuk satu pemahaman yang mantap apabila anda bermain dan merupakan faktor utama memenangi sesuatu perlawanan.

(b) Rekreasi Pasif Walaupun pada masa kini rekreasi aktif menjadi pilihan orang ramai, masih terdapat lagi ruang untuk rekreasi pasif. Sekali lagi, corak kerja di sesuatu negara memberi kesan kepada aktiviti masa lapang. Semasa era 1970an, ekonomi UK dilihat sebagai orang sakit di Eropah. Ia merosakkan disebabkan tidak efektif, perhubungan industri yang tidak baik dan kejatuhan produktiviti. Sejak pada masa itu ekonomi UK telah melalui transformasi yang dramatik dan banyak penyakit lampau telah dapat diubati. Namun begitu, perubahan ini bermakna ramai orang sekarang bekerja dengan bersungguh-sungguh sehingga menyebabkan tekanan di tempat kerja. Bagi golongan ini, rekreasi pasif seperti membaca atau mendengar muzik adalah cara terbaik menghilangkan stres dan tekanan kerja. Selalunya terdapat masalah untuk membezakan kegiatan aktif dan kegiatan masa lapang, dan dalam kebanyakan kes, orang lebih gemar menggabungkan kedua-duanya. Justeru itu, sesetengah orang akan membahagikan masa lapang mereka kepada aktiviti yang dilakukan di dalam dan di luar rumah.

Ciri-ciri Rekreasi Pasif Secara dasarnya konsep rekreasi adalah sama, iaitu melakukan aktiviti yang anda suka pada waktu lapang. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan di antara rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Antara perbezaan ketara di antara kedua-dua rekreasi ini ialah dari segi aktiviti. Rekreasi aktif banyak melibatkan tenaga dan fizikal seperti bermain bola dan mendaki gunung. Manakala, rekreasi pasif berlainan kerana ia kurang menggunakan tenaga atau kekuatan fizikal berbanding rekreasi aktif. Ia lebih kepada kaedah relaksasi yang boleh menghiburkan mereka dari segi emosi dan psikologi.

Antaranya ialah: (a) Aktiviti yang dibuat di rumah menonton TV, membaca, mendengar muzik, bercucuk tanam dan melakukan hobi lain. (b) Aktiviti berunsur sosial yang tinggi menghibur atau melayan kawan atau saudara, makan di luar dan menghadiri majlis keramaian. (c) Aktiviti kebudayaan, pembelajaran dan minat kepada perkara-perkara artistik pergi teater, konsert, pameran dan muzium.

Aktiviti-aktiviti Pasif Aktiviti-aktiviti rekreasi pasif mempunyai perbezaan dengan rekreasi aktif di mana ia banyak melibatkan aktiviti relaksasi. Pada zaman sekarang, kebanyakan orang lebih suka berekreasi pasif dengan menonton televisyen atau mendengar radio. Berdasarkan statistik aktiviti-aktiviti rekreasi di Amerika dari tahun 1987 ke 1996, kemunculan teknologi seperti televisyen dan radio memberi impak yang ketara dalam cara mereka menghabiskan masa lapang mereka.

Sumbangan Rekreasi Pasif Kepada Gaya Hidup Sihat Seperti yang anda sudah ketahui rekreasi pasif tidak banyak menggunakan tenaga seperti rekreasi aktif. Namun begitu ia tetap memberi kebaikan atau sumbangan kepada gaya hidup sihat. Rekreasi pasif adalah penting di dalam gaya hidup sihat kerana ia memberikan keseronokan atau hiburan kepada seseorang dari segi psikologi. Apabila anda berasa ceria atau seronok, anda akan bertambah sihat. Ini disebabkan jiwa anda lebih tenang dan tidak mengalami tekanan. Cara terbaik memulihkan seseorang yang menghadapi tekanan atau stres ialah dengan menenangkan mereka dengan relaksasi, keseronokan, kegembiraan dan hiburan. Rekreasi pasif juga memupuk semangat perpaduan kerana ia menggalakkan pergaulan dengan orang ramai. Selain itu, ia juga boleh merapatkan perhubungan sosial anda dengan keluarga, rakan dan masyarakat. Walaupun rekreasi pasif tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti rekreasi aktif, ini tidak bermakna ia tidak baik. Sebagai contohnya bercucuk tanam juga adalah rekreasi pasif, tetapi ia tetap mengeluarkan peluh. Dengan erti kata lain ia juga memberi sumbangan yang sama iaitu

meningkatkan kesihatan. Namun jika anda selalu menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau mendengar radio tanpa melakukan pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh, ini tidak baik untuk kesihatan. Ia boleh menambahkan lemak berlebihan serta meningkatkan kolesterol dalam badan anda dan seterusnya mendedahkan anda kepada penyakit-penyakit yang berbahaya. Oleh itu anda bukan sahaja perlu menjaga pemakanan atau kesihatan dengan bersenam, tetapi anda juga mesti menjaga mental dan emosi anda sekali. Apabila kesemua ini dapat diseimbangkan, hidup anda akan menjadi lebih sihat, ceria dan cergas.

MATLAMAT SUKAN REKREASI Melalui program sukan dan rekreasi ini, ia dapat membantu pelajar untuk mempertahankan diri pada masa kecemasan dan mengaplikasikan langkah-langkah serta asas sains yang sewajarnya sesuai dengan keadaan atau situasi tertentu. Selain itu, program ini menolong pelajar menggunakan langkah-langkah dan prosedur keselamatan ketika melakukan aktiviti rekreasi di sungai, tasik, laut, darat, udara dan sebagainya. Program sukandan rekreasi ini juga untuk membantu menambahkan lagi pengetahuan tentang spesies flora dan fauna dan ikhtiar hidup seperti mengenali simbol arah, menentukan arah mata angina, cara-cara menggunakan kompas dan sebagainya. Di samping itu, program ini adalah untuk menolong pelajar mencapai pembangunan individu yang optimum dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Tambahan lagi, program sukan dan rekreasi ini adalah untuk membantu pelajar yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

JENIS-JENIS SUKAN REKREASI Secara amnya, terdapat dua aktiviti pendidikan luar yang dilakukan - aktiviti air dan aktiviti darat: 1. Aktiviti Air Merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan aktiviti air yang dilakukan sama ada di sungai, tasik dan laut seperti: Berkayak Snorkelling Berakit Keselamatan air

2. Aktiviti Darat Dilaksanakan di kawasan darat sama ada di tepi pantai, di kaki gunung atau di atas gunung. Antara aktiviti darat ialah: Perkhemahan; Kajian alam sekitar; Abseiling; Treking ; Perkhemahan solo; Membina istana pasir; Aktiviti berjalan berhalangan; dan Orienteering.

KEPENTINGAN SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI DALAM PEMBANGUNAN DOMAIN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN AFEKTIF Sukan rekreasi memain peranan yang penting dalam merealisasi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Denganya adanya sukan rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat. Apabila sukan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibakan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri

daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok. Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. Contohnya apabila individu A berasa marah atau hatinya tidak tenteram , pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi dia pasti dapat menenangkan fikirnya dan membuat keputusan yang baik untuk menyelesaikan masalahnya. Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula, Seseorang individu boleh mempelajari nilai nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah.

Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya member banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadi sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di IPTA.

Aspek Kemahiran Psikomotor Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor. Oleh yang demikian, sukan dan rekreasi dapat memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Membina ketahanan diri terutamanya dari segi fizikal. Selain itu, meningkatkan status professional dan meningkatkan tahap kesihatan melalui pergerakan psikomotor. Selain itu juga, mendapat pendedahan dari segi cabaran fizikal dan mental dalam suatu aktiviti rekreasi yang dijalankan.

Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar. Selain itu juga, berpeluang untuk menunjukkan kemahiran membuat keputusan secara rasional berdasarkan pengetahuan dan pengalaman dalam situasi

sebenar dan menambahkan pengetahuan sedia ada dan dapat mempelajari aspek-aspek teori dan praktikal. Di samping itu, mengasah kemahiran berfikir di kalangan ahli dalam menghadapi sesuatu situasi.

Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar. Aktiviti sukan dan rekreasi perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri. Di samping itu, dapat memupuk sikap cintakan alam semula jadi dan sikap bersyukur terhadap alam semula jadi. Melalui aktiviti ini juga akan dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri setiap peserta serta mewujudkan perantaraan hubungan terhadap individu yang berlainan latar belakang.

PROGRAM

SUKAN

SEPANJANG

HAYAT

DAN

REKREASI

YANG

MAMPU

DILAKSANAKAN DI SEKOLAH .

1. Perkhemahan Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan. Selain itu, aktiviti

perkhemahan juga merupakan diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada

kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabarancabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing masing. Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna, tetapi juga

kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar

KRITERIA PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN 1. Tanah atau tapak yang rata. Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan

selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut. Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun.

2. Berhampiran punca air. Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih. Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih. Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran.

3.Perhubungan Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara.

4. Jauh daripada dahan mati. Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan. Ini penting kerana jika berlaku

tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut.

5. Tapak yang lebih tinggi dari punca air. Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan

daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai.

6. Mudah untuk mendapatkan bantuan. Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang atau mudah dihubungi. Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan.

7. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar. Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk memasak perlu diambil kira. Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan bahan tersebut.

8. Keselamatan kawasan perkhemahan. Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting. Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar. 9. Denai Binatang Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.

JENIS-JENIS PERKHEMAHAN Khemah merupakan tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu. Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin. Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: Rigde tent Frame tent Dome tent Bell tent

Ridge tent Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat

Dome Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan

tent fleksibel.

Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.

Frame Khemah Rangka jenis khemah besar akan yang biasa digunakan dahulu dan untuk perkhemahan dipasang dipasang kanvas

tent keluarga. kemudian.

Bell tent Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis DOME.

Shelter Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi Boleh melindungi daripada serangga,panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk. Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya.

Jenis-jenis Shelter

1.Phonco-Lean-To Mudah dan cepat dibina. Diikat pada dua batang pokok. Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak menghala arah angin.

2.Phonco Tent Mudah dibina. Diikat diantara dua pokok Shelter tertutup pada dua bahagian,kiri dan kanan.

3. One man Shelter Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiz yang kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.

Selain daripada itu, lokasi perkhemahan perlulah berada di tempat yang selamat dan strategik. Tapak perkhemahan haruslah dilengkapi dengan khemah, tandas, bilik rawatan, dapur/ dewan makan, pagar untuk keselamatan dan sebagainya. Khemah pelajar lelaki haruslah didirikin berasingan dan jauh daripada khemah pelajar perempuan. Sekitar kawasan perkhemahan perlulah sentiasa bersih dan teratur.

2. Sukan Rekreasi- Senamrobik Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan. Ia dilakukan dengan melibatkan satu antara lima komponan yang dinyatakan di atas. Ahli sukan boleh membina/membentuk enam komponen yang lain.

Jenis senaman yang perlu untuk membentuk komponen kecergasan Untuk membentuk sistem jantung dan tahap ketahanan otot seseorang itu perlu melakukan senaman aerobik .Untuk meningkatkan kekuatan otot, latihan kekuatan atau latihan mengangkat berat perlu dilakukan .Untuk meningkatkan fleksibiliti, senaman regangan perlu diamalkan.Yoga juga adalah satu aktiviti yang baik untuk meningkatkan fleksibiliti .Komposisi badan juga akan bertambah baik dengan senaman aerobik .Untuk meningkatkan kemahiran yang melibatkan komponen, senaman khas yang dirancang adalah perlu. Senaman ini adalah senaman khas di mana melibatkan latihan sukan di bawah pengawasan jurulatih Senaman aerobik adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya selama 20 minit sehingga mencapai degupan jantung tidak kurang dari 120 denyutan seminit. Semasa aktiviti ini dijalankan, seseorang itu perlu mengelakkan dari mengalami kesusahan bernafas. Walaubagaimanapun pertambahan denyutan jantung adalah sesuatu yang dijangka. Denyutan jantung akan terus meningkat tetapi tidak lebih dari 175 denyutan seminit. Untuk orang yang baru memulakan latihan, mungkin mencapai sehingga 125 denyutan seminit. Kita dapat mengelaskan senaman ini kepada empat jenis senaman: Pertama Kedua Ketiga Keempat : Senaman aerobik : Senaman anaerobik : Senaman isometrik : Senaman isotonik

Senaman aerobik adalah senaman yang kita lakukan dalam keadaan oksigen dapat disalurkan secara terus kepada sel-sel badan dan seseorang itu tidak akan mengalami ketidakcukupan oksigen (hutang oksigen) berbanding senaman anaerobik yang menyebabkan seseorang itu tercungap-cungap selepas melakukannya. Dalam hal ini, kita disarankan untuk mengamalkan senaman aerobik dalam aktiviti harian yang kita lakukan, tentu bila memperkatakan tentang senaman aerobik anda akan terbayang senaman yang dilakukan beramai-ramai dengan beberapa orang jurulatih di depan dan diiringi dengan alunan muzik bukan? Namun pemahaman senaman aerobik adalah lebih luas daripada itu, apa jua bentuk aktiviti yang melibatkan pergerakan badan dan tidak menyebabkan keletihan yang melampau disebabkan kekurangan oksigen adalah merupakan senaman aerobik. Cara untuk anda memastikan samada aktiviti atau senaman yang anda lakukan itu adalah senaman aerobik ataupun tidak adalah dengan memastikan bahawa anda masih boleh melakukannya dalam keadaan anda masih boleh bercakap-cakap tanpa termengah-mengah. Dalam hal ini, berjalan adalah merupakan salah satu senaman yang baik untuk diamalkan. Berjalanlah setiap hari selama lebih kurang 30 minit setiap hari bagi memastikan anda telah melakukan senaman yang secukupnya. Ini tidak termasuk perjalanan anda untuk ke mana-mana, tetapi peruntukkanlah masa untuk berjalan secara terus menerus seperti pada waktu petang dan awal pagi. Berjalan dan beriadah pada waktu petang dapat membantu anda mendapatkan tidur yang cukup dan nyenyak pada waktu malamnya. Selain berjalan, anda juga mungkin boleh melakukan apa sahaja jenis sukan yang anda minati seperti bermain bola sepak, berlari dan sebagainya, namun anda dinasihatkan tidak melakukannya dalam tempoh yang lama kerana senaman yang dilakukan ini agak merbahaya kerana ia menyusutkan bekalan oksigen kepada sel-sel badan. Senamrobik merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kecergasan, banyak masyarakat yang memilih senamrobik sebagai alternative pilihan untuk meningkatkan kecergasan. Latihan senamrobik merupakan latihan yang menggerakkan seluruh bahagian tubuh, dengan gerakan yang terus-menerus, berirama, maju dan berlanjutan. Dalam senamrobik biasanya melakukan gerakan yang mudah, menyenangkan dan bervariasi. Sebelum senamrobik, kita haruslah membuat pemeriksaan doktor agar dapat mengetahui sekiranya terdapat masalah sebelum melakukan senamrobik.

3. Sukan Olahraga Olahraga dikenali sebagai acara sukan trek dan padang atau olahraga trek dan padang. Olahraga merupakan satu aktiviti fizikal yang lebih kepada saingan. Ia jua merangkumi beberapa acara berbeza yang berasaskan kepada pelbagai pergerakan semulajadi seperti aktiviti larian, lompatan dan balingan. Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia tahun ditubuhkan. bergilir-

Semenjak itu, kejohanan gilir antara semua negeri

olahraga di

MSSM

diadakan pada setiap Malaysia juga telah

secara

Malaysia.

menganjurkan beberapa

kejohanan besar di peringkat antarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah SukanKomanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.

SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH LUAR NEGARA.

Di United Kingdom, aktiviti yang luar biasa dan berbahaya seperti bungee jumping. Pada zaman ini, ramai orang lebih cenderung melakukan rekreasi aktif. Ini kerana ia memberikan pengalaman, cabaran dan keseronokan kepada individu. Kegiatan sukan juga sering dilakukan sama ada sebagai pemain atau penonton iaitu seperti golf, bola sepak, berenang, bermain tenis, boling, gimnastik. Manakala rekreasi luar pula adalah seperti suka membawa kereta, bersiar di tepi pantai, berjalan atau berkelah. Selain itu, rekreasi di luar negara juga ialah seperti melancong lebih dari satu malam iaitu dengan membuat perjalanan yang jauh, lawatan, cuti hujung minggu dan bercuti.

GIMNASTIK Gimnastik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar. Sejak 2000 tahun dahulu orang-orang Cina telah menggunakan senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan. Seratus tahun kemudian, orang-orang India dan Persia telah mengikutinya. Orang-orang Greek pula telah menamakan pergerakan ini sebagai gymnastics dan tempat melakukan senaman ini secara beramai-ramai dikenali sebagai gymnasium. Pehr Ling dan Johan Ludwig Jahn merupakan penggerak utama sukan gimnastik, di mana Ling telah menyediakan asas pergerakan dalam Pendidikan Jasmani dan telah menjadi ikutan banyak Negara. Sementara itu, Jahn pula telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih digunakan sekarang. Turnvereine atau kelab gimnastik merupakan idea beliau yang telah berkembang keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat, dan perkataan turners yang bermaksud gimnas ( peserta atau ahli gimnastik ), masih digunakan di sana sehingga sekarang.

OLAHRAGA Musim acara trek dan padang luar biasanya bermula pada musim bunga dan berakhir pada musim panas. Kebanyakan trek adalah berbentuk bujur 400 meter dalam lilitan. "Trek tartan" moden atau "trek mondo" yang lebih baru diperbuat dengan satu permukaan diturap dengan getah; trek lebih lama adalah diliputi sinder. Trek biasanya terdiri daripada 6-10 buah lorong (sehingga 12 lorong di 'front' straight) dan kebanyakan termasuk satu lorong halangan lumba kuda dengan lubang air pada satu daripada selekoh. Pit halangan lumba kuda ini boleh ditempatkan sama ada di dalam atau luar trek, untuk membuat satu selekoh lebih ketat atau selekoh lebih luas. Ia adalah biasa untuk trek mengelilingi satu padang permainan digunakan untuk bola sepak Amerika, bola sepak, atau permainan bola lakros. Padang dalaman ini

lazimnya dikenali sebagai kawasan dekat (infield) dan mempunyai permukaan sama ada rumput atau rumput tiruan. Segala acara padang boleh dipertandingkan di kawasan dekat. Bagaimanapun rejam lembing, membaling tukul besi dan melempar cakera kadangkala merupakan diadakan pada padang luar daripada stadium trek kerana mereka memerlukan ruang yang besar, alat-alat itu boleh merosakkan kawasan dekat, dan alat tersebut mungkin berkesudahan mendarat pada trek. Bagaimanapun, sebahagian infields adalah digunakan khas untuk acara ini, dan untuk rejam lembing, seorang atlet mungkin mempunyai run-up lebih panjang dengan memulakan ia pada sebelah landasan yang lain, dan melintas apabila tiada atlet melalui.

RUMUSAN Sukan rekreasi memain peranan yang penting dalam merealisasi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Denganya adanya sukan rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat. Apabila sukan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibakan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri

daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok. Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. Contohnya apabila individu A berasa marah atau hatinya tidak tenteram , pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi dia pasti dapat menenangkan fikirnya dan membuat keputusan yang baik untuk menyelesaikan masalahnya. Apabila bersukan dan berekreasi, anggota tubuh badan kita bergerak. Secara tidak langsung ia membuat badan anda berpeluh. Cara terbaik memulihkan seseorang yang menghadapi tekanan atau stres ialah dengan menenangkan fikiran melalui relaksasi, keseronokan, kegembiraan dan hiburan. Selain itu, rekreasi aktif juga boleh meningkatkan stamina kita. Kesimpulannya, kepentingan sukan rekreasi adalah untuk meluaskan pendidikan alam sekitar melalui alam sekitar kepada murid-murid. Di samping itu, untuk mengajar para pelajar supaya tidak mencemarkan alam sekitar dan untuk beramah mesra dengan alam sekitar. Selain itu, menyuntik semangat murid-murid untuk menjaga alam sekitat serta memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar. Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula,

Seseorang individu boleh mempelajari nilai nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah. Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya member banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadi sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di IPTA.

RUJUKAN

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan 2. http://www.jpa.gov.my/pelbagai/sukan-dan-rekreasi

3. http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/ssukan/hsp sainsukan_f4n5.pdf

4. Khairul Azman Arshad, Asas perkhemahan dan ikhtiar hidup, 1997, m/s: 15

5. Kasim, R. b., Sukan dan Rekreasi, 2008, m/s: 6-11

6. Abdul

Alim

Abdul

Rahim,

Panduan

Perkhemahan

Simpulan

dan

Pioneering,2004, m/s: 9-27

7. http://definisi-pengertian.blogspot.com/2010/01/pengertian-olahraga.html