Anda di halaman 1dari 23

Tajuk tugasan : Ulasan/ analisis 3 artikel kajian lepas yang mengandungi mana-mana teori yang dibincangkan dalam modul.

1.0 PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pelbagai teori wujud di dalam kehidupan mengikut keperluan, bidang atau disiplin yang tertentu seperti Teori mengikut Littlejohn(1996) adalah satu konsep yang cuba menerangkan sesuatu pengalaman, idea tentang suatu fenomena yang berlaku atau peristiwa manakala komunikasi menurut bahasa ialah kenyataan atau perhubungan sementara menurut Miller(1996) satu situasi di mana sumber memancarkan mesej kepada penerima dengan secara sedar bertujuan mempengaruhi perlakuan penerima. Ini bermakna gabungan dua kata dasar teori komunikasi adalah satu percubaan menerangkan, menjelaskan, membuat ramalan dan menjadi panduan untuk memahami sesuatu situasi fenomena komunikasi. Teori komunikasi ini berfungsi untuk menjelas dan menerangkan fungsi-fungsinya seperti teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman, teori memanjangkan ilmu, teori merangsang dan menjadikan panduan untuk kajian pada masa hadapan serta teori membantu dalam membuat sesuatu ramalan. Oleh itu, dalam setiap kajian yang dilakukan tidak telepas dengan teori-teori yang telah diperkenalkan.

1.2

Objektif

Menganalisis kertas kajian yang dibuat oleh Hasrul Bin Hashim & Bahiyah Omar yang bertajuk Transformasi Penyiaran Televisyen Melalui Internet: Kajian Perhubungan Kepuasan Terhadap Pengguna Remaja. Jusang Bolong, Ezhar Tamam, Md. Salleh Hassan,
1

Musa Abu Hasan yang bertajuk Strategi Meningkatkan Hubungan Interpersonal Dalam Talian Dalam Kalangan Remaja Malaysia dan M. Al. Muzzammil B. Yasin & Kamariah Binti Matrawi yang bertajuk Komunikasi Interpersonal Guru Besar Dan Komitmen Guru Di Sekolah Rendah Zon Maharani Muar.

1.3

Definisi konsep

Analisis merupakan sebuah kegiatan untuk meneliti suatu perkara tertentu secara sistematik untuk mendapatkan informasi mengenai perkara tersebut. Menurut Ensiklopedia Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Analysis) analisis merupakan proses pemecahan masalah yang kompleks menjadi sub-sub permasalahan agar lebih mudah difahami. Menurut Plato mengatakan bahawa analisis merupakan sebuah proses isolation (pembatasan permasalahan) dan bekerja pada sesuatu yang bersifat dasar (fundamental) untuk menemukan informasi mengenai objek yang dianalisis. Berdasarkan kedua pendapat diatas, analisis dapat disimpulkan sebagai satu kegiatan yang bertujuan untuk mencari informasi yang bersifat dasar (fundamental) mengenai satu atau lebih perkara secara sistematik dengan menggunakan metodologi tertentu.

1.4

Skop kajian

Kajian ini bertumpu kepada kertas kerja Hasrul Bin Hashim & Bahiyah Omar yang bertajuk Transformasi Penyiaran Televisyen Melalui Internet: Kajian Perhubungan Kepuasan Terhadap Pengguna Remaja. Jusang Bolong, Ezhar Tamam, Md. Salleh Hassan, Musa Abu Hasan yang bertajuk Strategi Meningkatkan Hubungan Interpersonal Dalam Talian Dalam Kalangan Remaja Malaysia dan M. Al. Muzzammil B. Yasin & Kamariah

Binti Matrawi yang bertajuk Komunikasi Interpersonal Guru Besar Dan Komitmen Guru Di Sekolah Rendah Zon Maharani Muar.

1.5

Kaedah kajian

Kaedah kepustakaan telah digunakan semasa menyiapkan tugasan ini. Selain mendapatkan maklumat dari beberapa buah buku dan majalah, saya turut menggunakan enjin carian seperti laman sesawang untuk dijadikan panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi dianalisis mengikut kesesuaian untuk dikelaskan di bawah tajuk yang berkenaan.

2.0

Analisis Kajian 1 : Transformasi Penyiaran Televisyen Melalui Internet: Kajian

Perhubungan Kepuasan Terhadap Pengguna Remaja oleh Hasrul Bin Hashim & Bahiyah Omar, Jilid 27(1): 146-169,Malaysian Journal of Communication

2.1

ISU UTAMA KAJIAN

Pengkaji memilih tajuk Transformasi Penyiaran Televisyen Melalui Internet: Kajian Perhubungan Kepuasan Terhadap Pengguna Remaja sebagai kajian. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih satu medium baru hasil dari gabungan internet dan televisyen iaitu portal stesen televisyen untuk menilai tahap kepuasan penggunaan medium tersebut dalam kalangan pengguna remaja. Melalui konsep portal, pengkaji mendapati khalayak bebas memilih rancangan yang dikehendaki, bebas menonton mengikut waktu dan masa yang digemari, mempunyai ciri-ciri interaktiviti seperti kemudahan memberikan komentar, laman sembang dan juga muat turun pelbagai episod serta tidak terikat dengan mana-mana gangguan penontonan seperti iklan.

2.2

OBJEKTIF DAN HIPOTESIS KAJIAN

Objektif kajian yang dipilih oleh pengkaji ialah untuk melihat fenomena cara tontonan baru terutamanya golongan remaja yang dilihat lebih dekat dengan dunia siber disebabkan oleh kadar tembusan internet yang tinggi serta keupayaan RTM dalam menarik minat golongan ini mendekati stesen berkenaan. Justeru, kajian ini melihat tahap penggunaan mereka terhadap portal stesen televisyen tersebut dan tahap kepuasan yang dicari (GS) dan kepuasan yang diperolehi (GO) dengan melihat kepada ukuran-ukuran kepuasan yang selari dengan perkembangan penyiaran di internet iaitu keperluan mendapatkan maklumat, hiburan,

utiliti interpersonal dan juga interaktiviti. Perbandingan juga dilakukan terhadap pengguna portal stesen TV3.

Empat hipotesis telah diuji pengkaji dalam kajian ini dengan menggunakan ujian Pearson r. Dalam Jadual 13 menunjukkan keputusan ujian hipotesis yang dibuat terhadap keempat-empat pemboleh ubah kajian gagal untuk ditolak. Daripada bacaan nilai r secara keseluruhannya membuktikan pemboleh ubah keperluan mendapatkan maklumat dan hiburan menunjukkan perhubungan signifikan yang sederhana manakala pemboleh ubah utiliti interpersonal dan interaktiviti menunjukkan hubungan yang rendah.

`Mengikut hipotesis pertama A (H1a), terdapat hubungan antara kepuasan yang dicari (GS) dengan kepuasan yang diperoleh (GO) dalam keperluan mendapatkan maklumat. Keputusan ujian korelasi terhadap pengujian hipotesis ini menunjukkan terdapatnya hubungan signifikan antara kepuasan yang dicari dengan kepuasan yang peroleh (r= .606, p= .000) dalam keperluan mendapatkan maklumat. Hipotesis kedua A (H2a) pula, terdapat hubungan antara kepuasan yang dicari (GS) dengan kepuasan yang diperoleh (GO) dalam hiburan. Berdasarkan Jadual 13, pengkaji melihat peningkatan kepuasan yang dicari dan kepuasan yang diperolehi bagi pemboleh ubah hiburan dalam kedua-dua kumpulan kajian. Oleh yang demikian, wujud hubungan signifikan bagi pemboleh ubah ini bagi kepuasan yang dicari dan kepuasan yang diperoleh. Hubungan yang ditunjukkan adalah berada pada tahap sederhana (r= .573) tetapi signifikan(p= .000) Hal ini menunjukkan jangkaan kepuasan yang tinggi di dalam hiburan sebelum menggunakan portal televisyen juga memberikan kepuasan yang tinggi selepas menggunakan portal berkenaan. Maka, hipotesis 2a juga gagal untuk ditolak. Manakala hipotesis ketiga A (H3a) melihat terdapat hubungan antara kepuasan yang dicari (GS) dengan kepuasan yang diperoleh (GO) dalam utiliti interpersonal. Bacaan nilai r

bagi hubungan korelasi kepuasan yang dicari dan kepuasan yang diperoleh dalam pemboleh ubah utiliti interpersonal adalah berada pada tahap yang rendah hingga sederhana (r= .434) tetapi signifikan(p=.000). Keadaan ini boleh ditafsirkan melalui penurunan kepuasan yang diperolehi dalam kumpulan RTM yang tidak menunjukkan bahawa semakin tinggi kepuasan yang dicari maka semakin tinggi kepuasan yang diperolehi. Walau bagaimanapun, hipotesis ini gagal untuk ditolak kerana nilai p adalah kurang daripada 0.01. Hipotesis keempat A (H4a) pula mengkaji terdapat hubungan di antara kepuasan yang dicari (GS) dengan kepuasan yang diperoleh (GO) dalam interaktiviti. Keputusan di dalam Jadual 13 membuktikan bahawa hubungan antara kepuasan yang dicari dengan kepuasan yang diperoleh adalah pada tahap rendah hingga sederhana tetapi siknifikan(r= .405, p= .000) di dalam interaktiviti. Wujud perhubungan yang siknifikan di antara kepuasan yang dicari dan diperoleh secara keseluruhannya. Semakin tinggi kepuasan yang dicari dalam interaktiviti sebelum menggunakan portal maka semakin tinggi kepuasan yang diperolehi selepas menggunakan portal. Walau bagaimanapun hal ini tidak berlaku dalam kumpulan RTM dan menyebabkan perhubungan yang wujud adalah rendah. Keputusan yang berbeza ditunjukkan terhadap perhubungan kepuasan di dalam interaktiviti yang menunjukkan perhubungan yang tinggi. Namun begitu, hipotesis 4a adalah gagal untuk ditolak.

2.3

TEORI YANG DIGUNAKAN

Pengkaji memilih Teori kegunaan dan kepuasan semasa menjalankan kajian ini. Ini kerana dalam media baru, perbezaan di antara pengguna dan pengeluar cenderung menjadi kabur yang membawa kepada terma prosumer bagi menggambarkan kebolehan pengguna mengawal bentuk produksi dan pengedaran kandungan. Keadaan ini membolehkan khalayak mengawal kandungan dan penggunaan serta menjadikannya penting dalam mengukur

kepuasan yang disediakan oleh media baru melalui perbandingan dengan media lama. Teori kegunaan dan kepuasan mengandaikan khalayak yang bersifat aktif mencari media dengan bermatlamatkan media yang dicari itu dapat memberikan kepuasan kepada mereka. Secara semulajadinya teori ini memberikan satu paradigma dalam memahami revolusi yang dicetuskan oleh media dan khalayak serta mampu menerangkan tentang fenomena perkembangan media baru seperti internet.

2.4

RINGKASAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang diperoleh pengkaji dari sudut diskripsi responden dan penggunaan media ialah taburan data menunjukkan 67% merupakan responden perempuan dan baki 33% merupakan responden lelaki. Daripada jumlah tersebut majoriti responden berbangsa Melayu (84%), diikuti India (8%), Cina (5%) manakala 3% lagi merupakan lainlain bangsa termasuk Bumiputera Sabah dan Sawarak. Purata umur responden adalah 21 tahun dan perbezaan umur antara responden adalah sangat kecil (S.D=1.11). Pengkaji turut mengambil kira taraf pendidikan ibu bapa responden untuk analisis diskriptif sosio ekonomi. Lima puluh lapan peratus daripadanya berpendidikan diploma dan menengah atas, 32.5% berpendidikan menengah rendah manakala selebihnya berpendidikan ijazah tinggi. Latar belakang kawasan tempat tinggal asal responden juga dianalisis. Secara keseluruhannya, pecahan responden datang daripada latar tempat yang setara iaitu kawasan luar bandar (38%), diikuti kawasan pinggir bandar (32%) dan kawasan bandar (30%). Dalam Jadual 2 pula menunjukkan majoriti responden iaitu 97%, mengakses internet dari dalam kampus berbanding hanya 3% yang mengakses dari luar kampus. Daripada dapatan ini, jumlah yang sama juga iaitu 97% responden menggunakan laptop sebagai peralatan akses utama terhadap kemudahan internet berbanding 3% menggunakan komputer peribadi sebagai alat akses

terhadap internet. Majoriti responden menggunakan saluran akses WIFI yang disediakan oleh pihak universiti untuk melayari internet. Enam peratus responden pula menggunakan kemudahan Local Area Network (LAN) dan selebihnya (4%) menggunakan jalur lebar (broadband) sebagai pilihan saluran akses internet. Jadual 3 pula menunjukkan kekerapan penggunaan media seperti televisyen, radio, akhbar dan internet bagi responden yang terlibat di dalam kajian ini. Hampir 3/4 daripada responden (71%) merupakan pengguna tegar internet berbanding dengan media lain. Penggunaan media konvensional pula menunjukkan kekerapan penggunaan yang sederhana.

Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan internet dalam kalangan responden adalah lebih tinggi berbanding dengan penggunaan media lain terutamanya radio dan televisyen. Perkara ini membuktikan faktor kedekatan golongan remaja dengan internet. Di samping itu, faktor kemudahan capaian akses internet yang disediakan secara percuma di dalam kampus berbanding media lain turut menyumbang dalam penggunaan internet yang tinggi dalam Jadual 4 menunjukkan kekerapan penggunaan aplikasi media internet dalam kalangan responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain merupakan aplikasi yang menjadi kegemaran responden. Lebih separuh daripada responden (63%) menyatakan mereka sangat kerap menggunakan laman sosial. Penggunaan aplikasi portal televisyen dalam kalangan responden kajian ini adalah pada tahap yang sederhana (36%) dan kerap (35%). Cuma segelintir (16%) responden menyatakan mereka sangat kerap menggunakan portal televisyen. Berdasarkan jadual, purata masa penggunaan internet dalam seminggu adalah tinggi (68 jam) berbanding media konvensional dan portal televisyen. Ini menunjukkan responden menghabiskan rata-rata selama 10 jam sehari menggunakan internet. Purata masa penggunaan televisyen dan portal televisyen dalam seminggu pula mencatatkan masa

penggunaan yang hampir sama iaitu 23 jam.

Empat pemboleh ubah teoretikal yang terlibat di dalam kajian ini adalah keperluan mendapatkan maklumat, hiburan, utiliti interpersonal dan juga interaktiviti. Terdapat empat penyataan dalam mengukur keperluan mendapatkan maklumat. Secara keseluruhannya, berlaku peningkatan kepuasan dalam diri responden kedua-dua kumpulan dalam keperluan mendapatkan maklumat. Beradasarkan Jadual 8, jumlah keseluruhan min kepuasan yang dicari (GS) adalah 3.85 manakala kepuasan yang diperoleh (GO) adalah 3.99. Untuk pemboleh ubah ini, peningkatan kepuasan dapat dilihat dengan lebih jelas di dalam kumpulan responden TV3 berbanding RTM. Khalayak responden portal stesen TV3 menunjukkan kepuasan yang diperolehi lebih tinggi berbanding khalayak portal stesen RTM dalam semua ukuran kepuasan keperluan mendapatkan maklumat. Perkara ini adalah disebabkan oleh khalayak responden portal stesen RTM kurang mendapat kepuasan berdasarkan kepada faktor dari ketinggalan mengetahui isu semasa dan juga pilihan rancangan pengetahuan am yang digemari apabila nilai kepuasan yang dicari lebih tinggi berbanding kepuasan yang diperolehi. Jangkaan kepuasan yang dijangkakan berdasarkan kepada faktor tersebut tidak diperoleh oleh responden dan menyebabkan nilai kepuasan yang diperolehi lebih rendah.

Pengkaji menunjukkan jumlah min dan sisihan piawai secara terperinci bagi tujuh diskripsi dalam mengukur pemboleh ubah iaitu hiburan. Berdasarkan Jadual 8, berlaku peningkatan kepuasan terhadap responden apabila nilai min keseluruhan untuk kepuasan yang diperolehi (M=3.75) adalah lebih tinggi daripada min keseluruhan kepuasan yang dicari (M=3.43). Berdasarkan kepada jumlah ini, kedua-dua min keseluruhan kepuasan yang dicari dan kepuasan yang diperolehi lebih tinggi bagi kumpulan TV3 berbanding dengan kumpulan RTM. Min kepuasan yang dicari dalam kumpulan TV3 (M=3.84, SD=0.93) adalah tinggi

disebabkan oleh faktor kepelbagaian pilihan rancangan drama. Faktor yang sama juga menyumbang kepada jumlah min kepuasan dicari yang tinggi dalam kumpulan RTM (M=3.90, SD=0.95). Nilai min tertinggi dalam kumpulan TV3 untuk kepuasan yang diperolehi adalah 4.40 dengan sisihan piawai yang kecil sebanyak 0.83 disebabkan oleh faktor kepelbagaian pilihan rancangan hiburan yang digemari, manakala bagi kumpulan RTM, min kepuasan yang diperolehi adalah tinggi (M=3.86, SD=0.73) bagi faktor ketinggalan mengetahui rancangan hiburan. Perbezaan kepuasan dilihat berbeza antara kedua-dua kumpulan ini adalah disebabkan oleh tiga ukuran kepuasan hiburan iaitu faktor merehatkan minda, pilihan drama yang digemari dan pilihan rancangan hiburan yang digemari mencatatkan nilai min kepuasan yang diperolehi lebih rendah berbanding kepuasan yang dicari dalam kumpulan RTM.

Bagi pemboleh ubah utiliti interpersonal, pengaji mendapati ketiga-tiga nilai min pernyataan kepuasan yang dicari bagi responden kumpulan TV3 mencatatkan kenaikan pada nilai min kepuasan yang diperoleh. Faktor mencari bahan yang boleh dikongsi bersama rakan merupakan item yang memperoleh nilai min tertinggi dalam kepuasan dicari dan kepuasan yang diperoleh untuk kedua-dua kumpulan dengan masing-masing (M=3.92, SD=0.72) bagi kumpulan TV3 dan (M=3.86, SD=0.78) bagi kumpulan RTM. Kesemua item mencatatkan kenaikan pada kepuasan yang diperolehi dalam kumpulan TV3 berbanding kumpulan RTM yang mencatatkan penurunan kepuasan diperolehi bagi faktor berkongsi maklumat bersama rakan dan menyokong pandangan terhadap pendapat orang lain. Responden kumpulan RTM hanya memperoleh kepuasan bagi pernyataan mencari bahan yang boleh dikongsi bersama rakan. Hal ini bermaksud, responden kumpulan RTM kurang mendapat kepuasan dalam utiliti interpersonal berbanding dengan responden kumpulan TV3.

10

Dari sudut mengukur pemboleh ubah yang terakhir iaitu interaktiviti pula berbeza dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terdahulu, interaktivi mencatatkan penurunan dalam kepuasan yang diperoleh secara keseluruhannya iaitu min sebanyak 3.57 untuk kepuasan yang dicari dan 3.47 untuk kepuasan yang diperoleh. Hal ini adalah disebabkan oleh nilai min yang rendah dicatatkan oleh responden dalam kumpulan RTM berbanding TV3. Kepuasan yang dicari adalah tinggi dalam kumpulan TV3 disebabkan oleh faktor boleh menonton pada bila-bila masa dengan min sebanyak (M=4.40, SD=0.69), manakala kepuasan yang diperoleh adalah tinggi disebabkan oleh faktor boleh memuat turun rancangan yang digemari. Dalam pada itu, faktor boleh menonton pada bila-bila masa dan juga boleh berinteraksi dengan pengguna lain mencatatkan nilai min kepuasan yang diperolehi yang rendah berbanding dengan faktor-faktor lain dalam kumpulan ini. Bagi kumpulan RTM pula, nilai min kepuasan yang dicari adalah tinggi disebabkan oleh pernyataan tidak perlu menunggu waktu siaran untuk menonton (M=4.18, SD=0.78). Min kepuasan yang diperolehi pula mencatatkan nilai yang lebih rendah berbanding kepuasan yang dicari untuk kesemua pernyataan mengukur kepuasan dalam interaktiviti untuk kumpulan ini. Hal ini membuktikan interaktiviti kurang memberikan kepuasan terhadap penggunaan portal stesen televisyen kepada responden kumpulan RTM berbanding dengan kumpulan TV3.

2.5

LIMITASI DAN SARANAN PENGKAJI

Pengkaji menggunakan kaedah eksperimen yang melibatkan 100 orang responden daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pemilihan responden dilakukan secara persampelan rawak dan melibatkan pelajar daripada pelbagai fakulti serta latar belakang demografi dan tahap penggunaan media yang berbeza-beza. Justifikasi pemilihan golongan remaja yang berada di IPT di dalam kajian ini dianggap wajar kerana golongan ini juga

11

dilabel sebagai golongan yang terbiasa dengan penggunaan internet. Faktor pemilihan lokasi akademik seperti di universiti pula dapat membantu pengkaji mencapai objektif kajian. Oleh kerana internet merupakan media baru, tidak semua golongan mampu untuk mengaksesnya, pengkaji melihat lokasi akademik merupakan lokasi terbaik untuk menilai penggunaan internet internet mudah diakses di universiti.

Pengkaji menyarankan agar penyelidik-penyelik yang akan datang bersedia untuk memperluaskan jangkauan model teoretikal yang sedia ini dengan konsep-konsep baru yang bersesuaian dengan ledakan perkembangan media baru seperti interaktiviti dan banyak lagi. Kajian-kajian bagi penyelidik di dalam bidang ini pada masa akan datang membolehkan kajian bersifat rentas bidang atau integrasi bidang dapat dijalankan terutamanya di Malaysia. Pengkaji memberi contoh seperti, kajian mengenai media baru dan bentuk komunikasi baru ini dapat diintegrasikan bersama-sama dengan bidang sains dan teknologi serta bidang psikologi manusia. Ini kerana pengkaji berpendapat bahawa perkembangan bidang sains dan teknologi juga sebenarnya sangat berkait rapat dengan bidang komunikasi. Pengkaji mengharapkan kajian ini dapat memberi percambahan idea dalam merintis jalan ke arah kajian yang lebih besar dan bermanfaat kepada sejagat pada masa akan datang.

12

3.0

ANALISIS KAJIAN 2 : Strategi Meningkatkan Hubungan Interpersonal Dalam

Talian Dalam Kalangan Remaja Malaysia oleh Jusang Bolong, Ezhar Tamam, Md. Salleh Hassan, Musa Abu Hasan, Malaysian Journal Of Media Studies Volume 12.

3.1

ISU UTAMA KAJIAN

Pengkaji memilih tajuk Strategi Meningkatkan Hubungan Interpersonal Dalam Talian Dalam Kalangan Remaja Malaysia sebagai kajian. Dalam topik ini pengkaji mendapati strategi membina hubungan interpersonal melalui komunikasi dalam talian lebih merujuk pada cara, kaedah, ataupun muslihat yang digunakan oleh seseorang untuk mewujudkan ataupun mengeratkan hubungan dengan individu lain dengan menggunakan medium komputer sebagai perantara. Konsep ini berasaskan beberapa strategi membina hubungan interpersonal melalui komunikasi dalam talian yang dihuraikan melalui beberapa subtopik. Secara umum pengkaji mendapati tujuh strategi yang lazim digunakan untuk membina hubungan interpersonal dalam talian: Strategi Tarikan Interpersonal, Strategi Pendedahan Kendiri, Strategi Mewujudkan Kesamaan, Strategi Penggunaan Emotikon, Strategi Penggunaan Ruang Masa (Kronemiks), Strategi Penggunaan Penanda Teks, dan Strategi Kesinambungan Hubungan.

3.2

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah mengenal pasti strategi remaja lelaki meningkatkan hubungan interpersonal dalam talian dengan pasangan sama gender dan berlainan gender serta mengenal pasti strategi remaja perempuan meningkatkan hubungan interpersonal dalam talian dengan pasangan sama gender dan berlainan gender.

13

3.3

TEORI YANG DIGUNAKAN

Teori Tembusan Sosial (Social Penetration Theory) adalah antara teori yang digunakan pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Teori ini menerangkan bahawa setiap hubungan pada peringkat awal, berlaku komunikasi yang formal dan kurang personal. Selepas beberapa lama, keadaan semula jadi personal lebih mudah ditembusi atau diterokai oleh orang lain (Altman & Taylor, 1973). Ini bermakna komunikasi interpersonal dalam talian boleh menjadi lebih bersifat personal jika masa yang lebih lama digunakan untuk berinteraksi, malah mungkin lebih bersifat personal daripada interaksi bersemuka. Pengkaji juga mendapati remaja kurang memberi perhatian pada impresi disebabkan unsur kerahsiaan melalui saluran komunikasi dalam talian . Oleh itu, mereka tidak bimbang tentang formaliti dan ini menyebabkan ada ketikanya hubungan melalui komputer menjadi lebih intim atau akrab pada peringkat awal perkenalan berbanding secara bersemuka.

Pengkaji melihat komunikasi lebih positif kerana penggunanya dibenarkan menyampaikan ciri-ciri tertentu mengenai identiti mereka melalui teori ini. Remaja yang menghantar mesej sebagai maklum balas kepada remaja lain mempunyai masa untuk merancang apa-apa yang ingin disampaikan bagi menggambarkan identiti yang baik kepada penerima mesej berkenaan. Kerahsiaan melalui komunikasi dalam talian ini boleh menghilangkan rasa takut atau bimbang seseorang untuk dihakimi atau dinilai berasaskan pandangan orang lain. Saluran komunikasi melalui komputer boleh menyebabkan seseorang remaja merasa lebih bebas untuk menyatakan sesuatu untuk memaparkan diri mereka sendiri dan berpendirian tetap terhadap apa-apa yang dirasakan benar.

14

3.4

RINGKASAN DAPATAN KAJIAN

Kajian menunjukkan bahawa apabila pengguna IRC lelaki berinteraksi sesama jantinanya, hanya satu sahaja strategi membina hubungan interpersonal yang digunakan oleh mereka, iaitu strategi mewujudkan persamaan nilai/ persefahaman makna emotikon (=0.19, p=0.007). Strategi 4 ini menyumbang 13.0 peratus varians (R =0.13) terhadap sebarang perubahan tahap hubungan interpersonal apabila mereka berinteraksi melalui dalam talian. Sumbangan ini adalah signifikan pada paras 0.05. Ini bermakna apabila seseorang lelaki berinteraksi dengan lelaki lain melalui dalam talian dengan tujuan menjalin hubungan interpersonal, strategi yang paling berkesan adalah strategi mewujudkan persamaan nilai/persefahaman makna emotikon. Bagaimanapun, pengkaji hanya dapat meramalkan bahawa perubahan yang berlaku kepada hubungan interpersonal agak sedikit (13 peratus) sahaja.

Dapatan kajian berbeza apabila pengguna IRC lelaki berinteraksi dengan perempuan. Kajian ini merumuskan bahawa terdapat tiga strategi utama untuk meningkatkan hubungan interpersonal dalam talian. Strategi itu ialah strategi kesinambungan hubungan melalui e-mel (=0.21, p=0.00), strategi pendedahan kendiri personal (=0.10, p=0.00), dan strategi memenuhi kepuasan rakan sembang (=0.05, p=0.04). Ketiga-tiga strategi ini menyumbang 38.2 peratus varians (R=0.382) kepada sebarang perubahan tahap hubungan interpersonal. Sumbangan ini adalah signifikan pada paras 0.05. Oleh itu, untuk meramalkan peningkatan tahap hubungan interpersonal melalui komunikasi dalam talian, khususnya dalam kalangan pengguna IRC bagi seorang lelaki yang berinteraksi dengan seorang perempuan, strategi kesinambungan hubungan melalui e-mel, strategi pendedahan kendiri personal dan strategi memenuhi kepuasan rakan sembang boleh digunakan. Ini bermakna semakin kerap

15

penggunaan ketiga-tiga strategi tersebut, maka semakin intim hubungan interpersonal mereka.

Apabila pengguna IRC perempuan yang berinteraksi sesama jantinanya pula penkaji mendapati terdapat tiga strategi yang digunakan untuk meningkatkan hubungan interpersonal dalam talian. Tiga strategi itu adalah strategi kesinambungan hubungan melalui e-mel (=0.24, p=0.00), strategi mewujudkan persamaan nilai/ persefahaman makna emotikon (=0.14, p=0.01) dan strategi memenuhi kepuasan rakan chat (=0.17, p=0.00). Sumbangan ketiga-tiga strategi ini adalah 49.5 peratus varians (R=0.495) kepada perubahan tahap hubungan interpersonal. Ini bermakna, dapat diramalkan bahawa tahap hubungan interpersonal dapat ditingkatkan apabila pengguna perempuan menggunakan ketiga strategi ini untuk menjalin hubungan interpersonal dengan pengguna perempuan yang lain.

Melalui kajian pengguna IRC perempuan yang berinteraksi dengan lelaki pula pengkaji mendapati mereka menggunakan lebih banyak strategi. Kajian ini (Jadual 3)

merumuskan terdapat lima strategi untuk meningkatkan hubungan interpersonal melalui dalam talian oleh perempuan yang berinteraksi dengan jantina yang berlainan dengan mereka. Strategi tersebut ialah strategi kesinambungan hubungan melalui e-mel (=0.22, p=0.00), strategi pendedahan kendiri personal (=0.06, p=0.00), strategi mewujudkan persamaan nilai/ persefahaman makna emotikon (=0.07, p=0.01), strategi pendedahan kendiri famili (=0.05, p=0.00), strategi tarikan interpersonal melalui nama samaran (=0.04, p=0.02). Semua strategi ini menyumbang 45.4 peratus varians (R=0.454) kepada sebarang perubahan tahap hubungan interpersonal melalui dalam talian.

16

3.5

LIMITASI DAN SARANAN PENGKAJI

Pengkaji telah melakukan kajian menggunakan pendekatan kuantitatif. Bagaimanapun temu bual secara mendalam telah diambil untuk mendapatkan strategi membina hubungan interpersonal melalui komunikasi dalam talian oleh pengguna IRC. Temu bual bersemuka dilakukan terhadap dua pasangan (empat orang informan) yang telah membina hubungan interpersonal dalam jangka masa lebih daripada satu tahun. Temu bual ringkas dengan informan ini dirakamkan dan ditranskripsikan pengkaji untuk dianalisis. Pengkaji telah menggunakan kaedah tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik di kafe siber yang mudah dicapai oleh enumerator kajian di seluruh Malaysia. Sejumlah 1,025 pengguna IRC yang sering berbual dalam Internet dipilih sebagai responden kajian ini. Pemilihan responden ini menggunakan teknik persampelan sukarela berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan oleh penyelidik mengikut kesesuaian objektif kajian ini.

Pengkaji menyarankan bahawa hubungan interpersonal perlu diteruskan dari semasa ke semasa dengan menggunakan perantara yang bersifat ketidakserentakan (asinkronis) seperti e- mel selepas interaksi melalui saluran bersifat serentak (sinkronis, iaitu IRC). Ini kerana interaksi melalui e-mel mengekalkan tahap hubungan sosial dan mengizinkan hubungan interpersonal dikendalikan secara berterusan. E-mel yang digunakan sebagai lanjutan interaksi melalui IRC, bukan hanya mengizinkan hubungan antara individu, malah mengekalkan ikatan hubungan yang kuat.

17

4.0

ANALISIS KAJIAN 3: Komunikasi Interpersonal Guru Besar Dan Komitmen Guru

Di Sekolah Rendah Zon Maharani Muar oleh M. Al. Muzzammil B. Yasin & Kamariah Binti Matrawi, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

4.1

ISU UTAMA KAJIAN

Pengkaji memilih tajuk Komunikasi Interpersonal Guru Besar Dan Komitmen Guru Di Sekolah Rendah Zon Maharani, Muar sebagai kajian. Pengkaji mendapati komunikasi interpersonal merupakan elemen penting dalam pengurusan organisasi sekolah yang dianggotai oleh pelbagai budaya. Kebolehan guru besar menyampaikan maklumat dengan jelas serta bebas daripada kekeliruan membangkitkan dorongan bekerja yang tinggi dalam kalangan guru-guru, mengelak berlakunya konflik dan salah faham serta membangkitkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain.

Antara faktor ketidakberkesanan komunikasi ialah guru besar dan guru-guru tiada kemahiran komunikasi. Maklumat yang disampaikan tidak jelas, prosedur kerja tidak sistematik, tiada kriteria untuk membuat keputusan, kurang penghargaan, tiada penilaian dalaman antara penyebab komunikasi interpersonal Guru Besar tidak berfungsi dengan sebaiknya. Pengkaji juga dilihat ingin mencari perkaitan yang wujud di antara komunikasi interpersonal Guru Besar yang dikaji terhadap komitmen guru.

4.2

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah untuk mengenal pasti komitmen guru terhadap Komunikasi Interpersonal yang digunakan oleh guru besar semasa

18

berkomunikasi di sekolah. Manakala objektif khusus pula, pengkaji ingin mengenal pasti jenis-jenis Komunikasi Interpersonal guru besar yang sering digunakan dan komitmen guru terhadap Komunikasi Interpersonal Guru Besar serta pengkaji ingin mengenal pasti sama ada terdapat perhubungan dan perbezaan yang signifikan antara jenis-jenis Komunikasi Interpersonal guru besar berdasarkan jantina, bangsa, taraf pendidikan dan pengalaman bekerja responden.

4.3

TEORI YANG DIGUNAKAN

Pengkaji memilih Teori Tembusan Sosial (Social Penetration Theory) yang dikemukakan oleh Altman & Taylor (1973) . Teori ini menyatakan dalam proses menjalin hubungan, komunikasi berubah daripada tahap cetek, tidak intim kepada tahap yang lebih mendalam dan peribadi dalam jangka masa tertentu. Dalam konteks ini proses komunikasi interpersonal Guru Besar dan guru-guru di sekolah adalah proses tembusan sosial yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang diri dengan pasangan masing-masing. Pengkaji bersetuju dengan proses pembentukan hubungan di antara dua individu yang dilihat oleh Altman dan Taylor sebagai proses menembusi lapisan bawang besar. Ini kerana untuk mengetahui diri orang lain komunikasi antara dua individu penting supaya proses pendedahan kendiri boleh berlaku.

Pengkaji juga turut menggunakan Teori Pengurangan Ketidakpastian (Uncertainty Reduction Theory) dalam kajian ini. Ini kerana semasa berkomunikasi pelbagai persoalan dapat dilontarkan. Teori Pengurangan Ketidakpastian ini mengatakan apabila kita berjumpa seseorang yang kita tidak kenali sebelumnya, kita merasa tidak pasti seperti ketidakpastian perlakuan yang boleh diatasi dengan mengikut prosedur dan ketidakpastian kognitif yang kita

19

tidak dapat atasi dengan mendapatkan maklumat. Teori ini mempunyai beberapa aksiom ( kenyataan yang diterima sebagai benar tanpa perlu diuji ) dan dikenali sebagai teori aksiomatrik yang menyatakan bahawa seseorang itu melalui tiga tahap dalam membentuk hubungan iaitu fasa pemulaan ( memberi maklumat biografi diri ), fasa peribadi (berkongsi nilai, kepercayaan, sikap dan maklumat peribadi) dan fasa exit (rancangan interaksi seterusnya). Teori ini dapat membantu pengkaji melihat sejauh manakah komitmen guru terhadap komunikasi interpersonal guru besar.

4.4

RINGKASAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang diperoleh pengkaji ialah purata keseluruhan min bagi aspek Komitmen Guru ialah 4.26. Min tertinggi ialah pada item 12 iaitu 4.42. Dalam item 12, di dapati seramai 198 orang (91.2%) responden setuju bahawa mereka bertugas dengan ikhlas dan rela. Seramai 18 orang (8.3%) mengatakan tidak pasti dan 1 orang (0.5%) tidak setuju. Diikuti oleh item 4 yang mengatakan bahawa usaha saya selama ini bukan untuk saya sahaja tetapi untuk sekolah juga mendapati seramai 203 orang (93.5%) responden bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala 14 orang ( 6.5%) mengatakan tidak pasti.

Dapatan ini juga menunjukkan bahawa pengkaji mendapati majoriti guru-guru di Zon Maharani dapat menerima kenyataan bahawa mereka menjalankan tugas dengan ikhlas dan rela dan dapat memberikan komitmen padu untuk sekolah. Berdasarkan item 7, dapatan menunjukkan min berada pada tahap penilaian yang terendah iaitu 4.18. Hasil kajian item 7, di dapati seramai 195 orang (89.8%) responden setuju bahawa mereka tidak akan mencadangkan kepada rakan-rakan supaya bertukar ke sekolah lain tetapi terdapat seramai 21 orang (9.7%) yang mengatakan tidak pasti manakala seramai 1 orang (0.5%) mengatakan

20

tidak setuju dengan pernyataan tersebut.

Melalui dapatan, pengkaji mendapati komitmen guru terhadap sekolah adalah tinggi sehingga mereka tidak sanggup memberitahu rakan-rakan untuk berpindah ke sekolah lain. Kesimpulannya, guru di Sekolah Rendah Zon Maharani sebenarnya dapat menerima tanggungjawab yang diberikan oleh Guru Besar untuk menyelesaikan tugasan sekolah sekiranya guru besar dapat menggunakan komunikasi interpersonal dengan baik dan memberikan arahan-arahan secara diplomasi.

4.5

LIMITASI DAN SARANAN PENGKAJI

Pengkaji bersetuju dengan kajian yang dijalankan oleh Morton (1990), mengakui bahawa stail komunikasi kepemimpinan pihak pentadbir mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan para pekerjanya. Oleh itu, pengkaji menyarankan agar seseorang pemimpin yang ingin meningkatkan produktiviti organisasinya, maka mereka perlu terlebih dahulu mempertingkatkan hubungan komunikasi mereka dengan pegawai bawahan. Ini kerana tingkah laku tersebut akan meningkatkan pula kepuasan dan komitmen pegawai bawahan tersebut dan seterusnya meningkatkan prestasi para pekerja dalam membantu keberkesanan dan produktiviti organisasi.

21

5.0

KESIMPULAN

Bidang komunikasi dianggap penting apabila mula menjadi tumpuan pada abad ke20. Perkembangan dari beberapa sudut atau perkara seperti teknologi komunikasi, perindustrian dan politik dunia dilihat secara tidak langsung telah meletakkan bidang ini sebagai satu bidang pengajian yang penting. Teknologi komunikasi seperti radio, televisyen, telefon dan rangkaian komputer telah membuahkan idea untuk mengetahui kesan kepada perkembangan teknologi komunikasi terhadap individu, masyarakat dan penduduk dalam sesebuah negara.Teori komunikasi mempunyai pelbagai fungsinya. Teori komunikasi membantu untuk meramal mengenai perkara-perkara yang bakal berlaku dalam bidang komunikasi. Selain itu, melalui teori juga dapat memanjangkan ilmu dan

pengetahuan melebihi perkara yang dilihat. Hal ini bermakna pengetahuan dan ilmu boleh diperolehi melalui kajian yang dilakukan, kerana kebanyakan teori yang diaplikasikan diperolehi daripada kajian dan ujian.

Teori juga berfungsi untuk merangsang dan menjadi panduan untuk kajian pada masa hadapan oleh penyelidikan komunikasi. Setiap teori yang telah dikemukakan selalunya menjadi panduan oleh pengkaji mahupun para pelajar, oleh itu teori sememangnya penting bagi bertindak sebagai rujukan dalam bidang terbabit. Teori ini turut menyusun dan merumus tentang segala pengalaman yang melibatkan perlakuan komunikasi. Jadi

jelaslah teori komunikasi sangat penting dan mempunyi fungsi tersendiri.

22

6.0

BIBLIOGRAFI

Hasrul Bin Hashim & Bahiyah . Transformasi Penyiaran Televisyen Melalui Internet: Kajian Perhubungan Kepuasan Terhadap Pengguna Remaja. Malaysian Journal of Communication. Jld 27 (1):146-169

Jusang Bolong, Ezhar Tamam, Md. Salleh Hassan, Musa Abu Hasan. ( 2010 ) Strategi Meningkatkan Hubungan Interpersonal Dalam Talian Dalam Kalangan Remaja Malaysia . Jurnal Pengajian Media Malaysia Jld 12.

M. Al. Muzzammil B. Yasin & Kamariah Binti Matrawi yang bertajuk Komunikasi Interpersonal Guru Besar Dan Komitmen Guru Di Sekolah Rendah Zon Maharani Muar.Fakulti Pendidikan . Universiti Teknologi Malaysia.

Narimah Ismail (2012). Pengenalan Kepada Teori Komunikasi.Universiti Putra Malaysia. Selangor

Samsudin A. Rahim. (2008). Generasi muda dan internet : Tren dan isu. Media dan generasi muda. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia. Putrajaya.

Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd Yusof Hussain. (2003). Teoriteori Komunikasi. Pahang: PTS Profesional Sdn. Bhd.

23