Anda di halaman 1dari 6

Kesahan

Kesahan Ujian
Adakah suatu ujian itu mengukur apa yang sepatutnya diukur?

2002 ATGCI

Dr. Effandi Zakaria

Konsep kesahan
Proses mengumpul dan membuat penilaian tentang maklumat kesahan Pengesahan ujian adalah proses dimana kita menentukan darjah keyakinan yang boleh kita beri kepada inferens yang kita buat tentang seseorang berdasarkan skor mereka dalam sesuatu ujian.

Kesahan
Popham (1990) menyatakan konsep kesahan dalam pengukuran pendidikan adalah membincangkan tentang skor berdsarkan inferen. Inferen yang dimaksudkan berkait rapat dengan: a) Prestasi item yang dibina (kesahan kadungan) b) Prestasi berdasarkan sesuatu kriterion (kesahan kriterion) c) Darjah (degree) sesuatu trait psikologi atau konstruk yang diuji (kesahan konstruk)

Kesahan
Oleh itu kesahan adalah satu konsep multifaceted yang memerlukan lebih daripada satu jenis kesahan untuk membuktikanya. Adalah menjadi tanggungjawab pembina ujian bagi menentukan kesahan sesuatu ujian.

Setakat manakah keputusan ujian memberi manafaat kepada kegunaan tertentu seperti yang diharapkan? Contoh: Ujian sikap Ujian pencapaian Ujian bakat melukis

Tiga kategori kesahan:


Secara umumnya terdapat tiga kategori kesahan: Kesahan kandungan Kesahan kriteria Kesahan konstruk

Kesahan kandungan

Dr. Effandi Zakaria

Takrifan Kesahan Kandungan


Kesahan kandungan dapat ditakrifkan sebagai takat penyediaan item dalam sesuatu ujian yang benar-benar mewakili keseluruhan domain ujian yang hendak ditaksir oleh sesuatu ujian

Kesahan kandungan
Kesahan kandungan pada asasnya melibatkan
pemeriksaan sistematik ke atas kandungan ujian untuk menentukan samada isinya terbentuk daripada sampel daripada domain yang ingin diukur. Kalau seorang guru sejarah ingin menguji pelajarnya, sudah tentu dia tidak akan mengambil butiran daripada ujian Bahasa Melayu untuk dijadikan butiran ujiannya.
10

Kesahan kandungan
Perkara berikut harus diberi perhatian: Adakah kandungan ujian selari dengan objektif kurikulum dari segi kandungan dan proses? Adakah penekanan kurikulum yang dibuat dalam ujian seimbang? Adakah ujian berkenaan bebas daripada keperluan awal yang tidak relevan?
11

Bagaimana menentukan kesahan kandungan?.


Jadual Penentuan Ujian boleh digunakan untuk menyemak kesahan kandungan Dengan membina JPU bermakna guru inginkan ujian pencapaian yang dibina itu dapat memberi keputusan yang mewakili isi atau topik, dan objektif pengajaran yang ingin diuji Kesahan kandungan boleh juga ditentukan oleh pakar sesuatu bidang.

12

Kesahan muka
Sesuatu ujian dikatakan mempunyai kesahan muka jika pada pandangan pertama, ujian berkenaan kelihatan mengukur kandungan atau trait yang hendak diukur. Ujian yang mempunyai kesahan kandungan selalunya mempunyai kesahan muka.

Kesahan berhubung dengan kriteria

13

Dr. Effandi Zakaria

Kesahan berhubung dengan kriteria


Kesahan berhubung dengan kriteria terdiri daripada dua bentuk: Kesahan ramalan Kesahan serentak
Kedua-dua bentuk ini merujuk kepada teknik empirikal dalam mengkaji hubungan antara markat ujian dengan pengukuran luaran atau disebut sebagai kriteria
15

Kesahan berhubung kriteria


Kesahan berhubung kriteria merujuk kepada takat dimana skor seseorang individu di atas sesuatu ujian membenarkan kita membuat inferen prestasi pelajar di atas pembolehubah kriteria Teknik korelasi biasanya digunakan untuk tujuan menentukan kesahan kriteria
16

Kesahan Ramalan
Kesahan ramalan adalah merujuk kepada bagaimana tepatnya skor ujian bagi pelajar pada masa sekarang boleh digunakan untuk meramal skor kriterion pada satu masa akan datang Contoh: Markat ujian kesediaan membaca digunakan untuk meramal pencapaian pelajar dalam kemahiran membaca pada masa hadapan.

Kesahan serentak
Kesahan serentak merujuk kepada bagaimana tepatnya skor ujian bagi individu pada masa sekarang boleh digunakan untuk menanggarkan skor kriteria pada masa sekarang juga. Hanya digunakan bila terdapat kaedah penaksiran yang telah sedia ada dan kita memerlukan satu kaedah yang lebih baik daripada sedia ada. Kesahan bagi sesuatu ujian yang baru ditaksirkan dengan mengira pekali korelasi antara ujian yang berkenaan dengan ujian baru itu.
18

17

Kesahan Serentak
Apakah sesuatu ujian yang baru dibina boleh mengantikan ujian yang kompleks atau kos yang mahal? Pengantian dapat dilakukan sekiranya: (a) terdapat pertalian yang rapat antara markat ujian dengan markat kriteria (b) Penggunaan ujian lebih menjimatkan belanja dan lebih mudah digunakan.
19

Kesahan serentak
Kesahan serentak berbeza dengan kesahan ramalan sebab kesahan serentak melibatkan penggantian ujian untuk kriteria dan bukan membuat ramalan tentang kriteria.

20

Kesahan serentak
Seorang guru berminat untuk melihat hubungan antara prestasi suatu ujian dengan prestasi semasa ujian yang berlainan. Guru memperoleh kedua-dua pengukuran tersebut dalam masa yang hampir sama dan keputusannya dikorelasikan. Jika korelasinya tinggi, guru boleh mengunakan ujian itu pada masa hadapan untuk menanggar pengetahuan atau kemahiran tertentu.
21

Kesahan konstruk

Dr. Effandi Zakaria

Kesahan Konstruk
Kesahan konstruk adalah merujuk kepada sejauh mana sesuatu markat ujian mengukur atau mengambil kira konstruk tertentu.

Kesahan konstruk
Adakah murid mempunyai ciri-ciri psikologi tertentu, seperti kebolehan menaakul, kecerdasan, kerisauan, pemikiran kritis, dan kemahiran belajar? Apabila guru berhajat menginterpretasi ujian berdasarkan ciri atau trait psikologi, guru sebenarnya berbicara tentang kesahan konstruk.
24

23

Kesahan konstruk
Contoh: Seorang guru membina ujian bagi mengukur kreativiti. Setelah dibina dan ditadbirkan, ujian kretiviti ini boleh dianggap mempunyai kesahan konstruk, sekiranya markat ujian itu mempunyai pertalian dengan pertimbangan yang dibuat daripada pemerhatian ke atas tingkah laku yang dikenal pasti oleh teori psikologi sebagai kreatif.

Kesahan Konvergen
Jika ujian-ujian yang berlainan semuanya mengukur konstruk yang sama, konstruk itu mempunyai kesahan konvergen

25

26

Kesahan konvergen
Konstruk Penyelesaian Masalah

Kesahan Diskriminan
Konstruk tidak mempunyai perkaitan dengan faktor-faktor yang tak relevan. Contoh: Ujian pemikiran kritikal seharusnya tidak mempunyai korelasi yang tinggi atau positif dengan ujian sikap terhadap sekolah.

27

28

Kesahan Diskrminan
Konstruk Penyelesaian Masalah KM1 KM2 Konstruk Pengetahuan Fakta KF1 KF2

Kaitan antara kesahan


Kesahan kandungan mestilah wujud terlebih dahulu sebelum kesahan kriteria dapat ditunjukkan. Untuk membina kesahan konstruk, ia memerlukan data dan digunakan untuk kedua-dua kesahan kandungan dan kesahan kriteria.

rKM1, KF1 = 0.12 rKM1, KF2 = 0.09 rKM2, KF1 = 0.04 rKM2, KF2 = 0.11
29

30

Untuk difikirkan:

Apakah konstruk yang diiukur oleh peperiksaan UPSR,PMR,SPM, Matrikulasi atau STPM ?
Dr. Effandi Zakaria

Anda mungkin juga menyukai